Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN BERKOMUNIKASI DI MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum,
Pada minggu yang lalu saya membawa perbincangan kita sekitar tajuk
berkomunikasi di laman sosial, dan insyaallah, kali ini saya akan memberikan
sedikit panduan cara berkomunikasi di laman sosial. Memandangkan dalam
dunia masakini , komunikasi sebegini sangat mudah berlaku, sama ada kita
sendiri meminta dilibatkan ataupun dilibatkan oleh orang lain, ataupun
penglibatan dalam satu-satu kumpulan itu sangat diperlukan, satu panduan
perlu dipatuhi agar komunikasi sebegitu tidak menjejaskan kehidupan reality
kita.
Para pendengar yang dimuliakan Allah,
Perkara pertama yang perlu kita ingat semasa kita terlibat dengan komunikasi
berkumpulan di laman sosial ialah tanggungjawab utama kita dalam
kehidupan kita. Ini akan menentukan batasan sejauh mana kita perlu dan
boleh terlibat dalam komunikasi berkumpulan. Semua kita tahu, dalam setiap
peranan yang kita pegang, telah sedia ada tanggungjawab dan
tanggungjawab itulah reality kehidupan kita yang bakal di soal oleh Allah di
akhirat kelak. Sebagai isteri, kewajipan kita adalah melayan suami. Ini
bermakna, focus keutamaan kita adalah suami. Apabila suami menjadi focus
keutamaan , bermakna, adalah agak sukar untuk kita mengalih perhatian kita
kepada perkara lain selain dari keperluan suami. Memberi perhatian kepada
komunikasi di media sosial adalah satu peralihan focus yang terlalu jauh dan
boleh mendatangkan risiko yang besar jika ianya berlaku secara berterusan.
Bila anda asyik berkomunikasi bermakna, telefon anda sentiasa di tangan, bila
anda asyik berborak bermakna perhatian anda pada keperluan suami dan
anak-anak lebih pendek dari respon anda pada org2 dalam kumpulan. Bila
anda seronok berborak, bermakna sesekali pasangan memanggil atau anak
minta itu ini boleh mencetuskan rasa marah dan dengusan dari pihak anda.
Bila anda sudah melihat orang keliling anda menyusahkan, maka suami akan
mula merasa dirinya bukan keutamaan dan merasakan ada seseorang lain
sedang menyainginya. Perasaan ini sangat normal pada seseorang lelaki,
Inilah yang dinamakan cemburu. Ramai isteri tidak pandai menangani
cemburu suami. Padanya suami salah kerana mencurigai beliau. Sedangkan
beliau lupa sikapnya sendiri yang menimbulkan rasa cemburu dan curiga.

Ramai isteri kurang sensitive menjaga dirinya dari perkara yang boleh
menimbulkan rasa cemburu suami. Sepatutnya apabila suami mula merasa
cemburu, isteri segera menghentikan segala perkara yang boleh
menimbulkan cemburu suami dan kembali memberi sepenuh perhatian dan
focus kepada suami. Itu wajib dilakukan kerana memelihara maruah diri
adalah perintah Allah, meninggalkan perkara yang mendatangkan kebencian
suami adalah juga perintah Allah.
Kedua,
Akhlak dan bentuk bahasa komunikasi dalam komunikasi dalam media
sosial. Apa banyak bentuk kumpulan dalam media sosial,bergantung pada
siapa ahli-ahlinya. Bahkan tema dan bahasa komunikasinya juga banyak
ditentukan oleh siapa ahli-ahlinya. Ada kumpulan membincangkan perkaraperkara rasmi, dan banyak kumpulan yang akhirnya terheret membincangkan
perkara-perkara yang kurang berfaedah serta adalakalanya membincangkan
perkara yang mengarut dan tidak sepatutnya dibincangkan sama sekali.
Bahasa dan nada bahasa yang digunakan bergantung kepada bagaimana
anda pamerkan imej anda pada kumpulan tersebut. Jika anda tahu
menghormati diri anda sendiri, dan mahu orang menghormati anda, sudah
tentu anda menggunakan pola bahasa yang menggambarkan imej terhormat
anda. Jika anda mahu diri anda diterima dan mahu orang lihat anda sebagai
seorang yang mesra anda akan gunakan bahasa gila-gila yang membuatkan
orang merasa anda seorang yang mesra dan senang dihampiri. Ianya
terpulang pada diri anda sendiri. Namun jika anda mendedahkan diri anda
sendiri sebagai seorang yang mudah didekati, ia bakal mengundang bahaya
kerana boleh jadi ada lelaki-lelaki yang mempunyai niat jahat di hatinya cuba
menggoda, memancing perhatian dan memikat anda tanpa anda sedar.
Sebaiknya jika anda perlu berada dalam kumpulan media sosial , kurangkan
penglibatan adalah lebih baik. Jika perlu melibatkan diri pula, gunakan bahasa
yang baik dan sopan
Para pendengar yang dirahmati Allah,
Dua panduan yang saya nyatakan tadi adalah perkara asas yang perlu dijaga
jika kita mahu melibatkan diri dalam kumpulan media sosial seperti whatsapp,
wechat, telegram , facebook dan sebagainya. Ia adalah soal anda dengan
dunia reality dengan anda dengan dunia media sosial. Tiada yang lebih

penting berbanding dengan dunia reality.


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap dapat dijadikan panduan
samada untuk kita sendiri mahupun untuk orang-orang yang akrab dalam
hidup kita. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai