Anda di halaman 1dari 3

Zaman Paleolitik

Pengenalan

Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Zaman ini
berlangsung dari 50,000 SM hingga 10,000 SM. Manusia Peking dan manusia Jawa
wujud pada zaman ini. Menjelang 50,000 SM, orang Neanderthal mula hidup di Eropah,
Asia dan Afrika. Selepas itu, menjelang tahun 20,000 SM, orang Cro-Magnon tinggal di
Eropah dan mengasaskan kebudayaan moden di Eropah dan Afrika Utara. Orang pada
zaman ini melukis gambar-gambar di dinding gua untuk melahirkan perasaan dan
idea-idea mereka.

Ciri-ciri :
Tempat Tinggal

Orang Paleolitik sudah mula belajar untuk mengadakan tempat tinggal.


Mereka tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang
ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Mereka
tinggal di kawasan ini kerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh atau
binatang liar dan tiupan angin dan sebagainya. Tempat ini telah dijadikan sebagai
tempat rehat bagi mereka yang telah penat selepas melakukan aktiviti harian seperti
memburu. Sebagai contoh, Gua Niah di Sarawak dan Gua Badak di Perak.

Cara Hidup

Orang Paleolitik hidup secara nomad, iaitu berpindah-randah dalam kelompok


kecil. faktor utama yang mendorong mereka hidup secara nomad adalah disebabkan
oleh faktor bekalan makanan. Sudahpun diketahui oleh kita semua, manusia zaman ini
tidak tahu menternak binatang dan menanam tanaman, mereka mendapatkan
bekalan makanan secara memburu dan sebagainya. Apabila sumber makanan di suatu
tempat didapati berkurangan atau habis, mereka akan pindah ke tempat lain yang
dapat membekalkan makanan yang diperlukan. Maka, tempat kediaman mereka juga
tidak tetap.

Kegiatan Seharian

Aktiviti yang dijalankan oleh orang Paleolitik setiap hari ialah memburu,
menangkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya. Semua aktiviti yang
dijalankan kebanyakannya berkaita dengan mencari bekalan makanan harian. Pada
zaman ini, mereka tidak mempunyai apa-apa hiburan. Selepas memburu, mereka akan
berehat, makan kemudian tidur, tiada perkara lain yang akan dilakukan. Binatang
yang biasa dicuru adalah seperti harimau, rusa dan sebagainya. Hasil hutan yang
dikutip pula adalah seperti sayuran liar, buah-buahan dan sebagainya.

Peralatan

Peralatan yang digunakan oleh orang Paleolitik dibuat daripada kayu, batu dan
tulang. Bentuk peralatannya tidak berapa kemas. Bentuknya boleh dikatakan kasar.
Peralatan ini digunakan untuk memburu, menumbuk, menetak, memotong dan
mempertahankan diri daripada musuh dan binatang liar. Sebagai contoh, kapak dibuat
daripada seketul batu berbentuk bujur yang hujungnya ditajamkan dan tanduk rusa
dijadikan sebagai cangkul untuk meluaskan gua-gua tempat tinggal mereka.

Kepercayaan

Orang Paleolitik mempunyai kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa


semua benda di dunia ini mempunyai roh. Mereka percaya bahawa unsur alam
semesta telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan masyarakat. Sebagai contoh,
mereka memuja unsur alam semesta untuk mendapatkan hasil tanaman yang banyak.
Unsur alam semesta yang dipuja termasuk bulan, matahari dan sebagainya.

Pakaian

Orang Paleolitik sudahpun tahu berpakaian. Pakaian mereka dibuat daripada


kulit binatang, contohnya kulit rusa, harimau, beruang dan sebagainya. Semasa rusa
berhijrah ke Selatan, mereka telah menangkap rusa tersebut. Daging rusa telah
dijadikan sebgai makanan dan kulitnya digunakan untuk dijadikan pakaian. Kulit ini
kemudiannya disambung dengan tali kulit.

Penggunaan Api

Orang

Paleolitik

tahu

menggunakan

api

untuk

memanaskan

badan,

menakutkan binatang liar dan memasak daging. Mereka mendapat pengetahuan


penggunaan api daripada fenomena kebakaran hutan yang dihasilkan akibat pokokpokok disambar kilat. Pada permulaan, mereka tidak tahu membuat api. Lamakelamaan, mereka mengetahui bahawa api boleh dihasilkan dengan kaedah geseran
batu. Selain itu, ada kemungkinan juga api dihasilkan secara tidak langsung, iaitu hasil
daripada usaha seseorang yang bersungguh-sungguh memperbaiki alat kayunya
sehingga keluar bunga api disebabkan panas. Di Australia, api dihasilkan dengan
mengumpulkan daun-daun dan lumut-lumut ke dalam sebatang kayu yang berlubang
dan kemudiannya pusing sebatang kayu tajam ke atasnya sehingga ia terbakar.

Anda mungkin juga menyukai