Anda di halaman 1dari 24

PANDUAN MENGENAI

UNDANG-UNDANG
PEKERJAAN UNTUK
PEKERJA

Diterbitkan Bersama oleh:

Untuk Maklumat Lanjut


www.tafep.sg

www.mom.gov.sg
Hubungi Kementerian Tenaga Manusia di 6438 5122
Email: mom_lrwd@mom.gov.sg

Panduan ini diterbitkan oleh Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil sebagai usaha untuk menggalakkan amalan pekerjaan
yang adil dan bertanggungjawab.
Anda juga boleh muat turun salinan Panduan ini dari lelaman web Kementerian Tenaga Manusia dan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan
yang Adil, di www.tafep.sg
Semua maklumat di dalam Panduan ini adalah tepat pada September 2014. Maklumat yang ditulis di dalam panduan ini ditulis secara umum
dan bukan sebagai huraian lengkap bagi undang-undang yang berkaitan. Jika terdapat keraguan, sila rujuk kepada Akta Pekerjaan atau hubungi
Kementerian Tenaga Manusia.

Isi Kandungan

Page

Akta Pekerjaan
1) Adakah saya dilindungi di bawah Akta Pekerjaan?
2) Pada seksyen manakah dalam Akta Pekerjaan berkaitan dengan saya?

3
3
3

Kontrak Perkhidmatan
3) Senarai Semak Pekerjaan Asas
4) Bolehkah majikan saya menukar terma dan syarat pekerjaan selepas saya
menandatangani Kontrak Perkhidmatan?
5) Apakah perbezaan diantara Kontrak Perkhidmatan dengan Kontrak untuk
Perkhidmatan?

4
4

Hal Berkaitan Gaji


6) Bilakah saya patut menerima gaji?
7) Bagaimanakah caranya saya mengira gaji untuk kerja lembur?
8) Bolehkah majikan saya menggantikan bayaran lembur dengan cuti
berbayar atau cuti ganti?
9) Adakah majikan saya dibenarkan membuat pemotongan daripada gaji saya?
10) Apa yang perlu saya lakukan jika gaji saya tidak dibayar tepat pada masa atau
selepas saya berhenti bekerja?
11) Bagaimanakah caranya saya mengira gaji untuk kurang daripada sebulan bekerja?

5
5
5

4
4

6
6
7
7

Jam Bekerja
9
12) Berapa jam saya dijangka bekerja dalam sehari/seminggu?
9
13) Adakah terdapat had kepada bilangan jam yang boleh saya bekerja dalam sehari? 9
14) Adakah terdapat had kepada bilangan jam lembur yang boleh saya
bekerja dalam sebulan?
9
Hari Rehat
15) Berapakah hari rehat yang layak untuk saya dalam seminggu?
16) Adakah saya dibenarkan untuk bekerja pada hari rehat?
17) Adakah saya akan dibayar jika bekerja semasa hari rehat?

10
10
10
10

Cuti Sakit
18) Bilakah seorang pekerja layak mendapat cuti sakit berbayar?
19) Adakah majikan saya perlu membayar perbelanjaan perubatan saya?
20) Adakah saya layak untuk mendapat cuti sakit berbayar semasa cuti
tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja?

12
12
13

Cuti Tahunan
21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar yang akan saya dapat?

14
14

13

22) Saya telah berkhidmat untuk majikan selama lebih daripada tiga bulan
tetapi kurang daripada setahun. Bagaimanakah caranya saya mengira
jumlah cuti tahunan berbayar yang harus saya dapat?
23) Bagaimanakah caranya saya untuk mengira kelayakan cuti tahunan jika
saya bekerja separuh masa?

15
15

Cuti Bersalin dan Cuti Penjagaan Anak


24) Apakah faedah cuti bersalin yang layak untuk pekerja wanita?
25) Adakah terdapat sebarang sekatan mengenai masa cuti bersalin?
26) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja sewaktu dia dalam
cuti bersalin?
27) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja wanita yang sedang
mengandung?
28) Adakah saya layak untuk cuti penjagaan anak?

16
16
16

Penamatan Kontrak
29) Jika saya memutuskan untuk berhenti kerja, perlukah saya maklumkan kepada
majikan saya?
30) Bolehkah saya berhenti kerja tanpa memberikan notis?
31) Bilakah kontrak pekerjaan dianggap telah dilanggar?
32) Adakah saya dibenarkan bercuti sakit sewaktu berkhidmat dalam notis?
33) Bolehkah majikan saya menamatkan kontrak perkhidmatan saya semasa saya
sedang berkhidmat dalam notis?
34) Bolehkah majikan saya menamatkan kontrak perkhidmatan saya semasa saya
masih dalam tempoh percubaan?

18

Sumbangan CPF
35) Adakah majikan saya bertanggungjawab membayar sumbangan CPF ke
atas gaji bulanan saya?

20

Nasihat dan Bantuan

20

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

16
16
17

18
18
18
19
19
19

20

Akta Pekerjaan
Matlamat panduan ini ialah untuk memberikan pekerja di Singapura maklumat asas
mengenai Akta Pekerjaan (Bab 91). Akta Pekerjaan merupakan perundangan buruh
utama di Singapura. Ia menggariskan terma dan syarat asas pekerjaan di Singapura
dan hak serta tanggungjawab majikan dan pekerja di bawah kontrak perkhidmatan.
Untuk majikan yang juga menggaji tenaga kerja asing, mereka perlu mematuhi Akta
Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Bab 91A) dan peraturannya. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila rujuk laman web Kementerian Tenaga
Manusia di www.mom.gov.sg atau hubungi mereka di talian 6438 5122.
Sila maklum bahawa panduan ini bukan penyataan lengkap undang-undang dan
mungkin tidak meliputi keperluan dalam perundangan lain mengenai isu tertentu.
Dimaklumkan juga bahawa maklumat ditulis dalam istilah umum sebagai panduan untuk
pekerja dan mungkin tidak diguna pakai dalam situasi khusus. Untuk mendapatkan
nasihat khusus, anda perlu merujuk bantuan undang-undang profesional. Setiap usaha
telah dibuat untuk memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini,
tiada jaminan diberikan bahawa ia bebas daripada ralat atau kesilapan.

1) Adakah saya dilindungi di bawah Akta Pekerjaan?

Akta Pekerjaan melindungi setiap pekerja (tanpa mengira kewarganegaraan) yang


tertakluk di bawah kontrak perkhidmatan dengan seseorang majikan, kecuali:
Pengurus dan eksekutif yang memperoleh gaji pokok melebihi $4500 sebulan;
Pelaut;
Pekerja domestik; dan
Kakitangan lembaga berkanun dan pemerintah.
Akta Pekerjaan melindungi kedua-dua pekerja tempatan dan asing. Ia tidak membezakan
sama sekali pekerja sementara, pekerja kontrak, pekerja kadar harian mahu pun pekerja
dalam tempoh tertentu.

Nota:

Kontrak perkhidmatan ialah sebarang perjanjian, sama ada bertulis atau lisan, tersurat atau
tersirat, yang satu mana seorang individu bersetuju untuk menggaji seorang individu lain
sebagai pekerja dan individu lain ini bersetuju untuk memberi perkhidmatan kepada majikan
sebagai seorang pekerja.
Pengurus dan eksekutif adalah pekerja dengan fungsi eksekutif atau penyeliaan, seperti kuasa
untuk mempengaruhi dan membuat keputusan. Mereka termasuk profesional dengan pendidikan
tinggi dan pengetahuan/kemahiran khusus dan mereka yang memiliki terma pekerjaan yang
setanding dengan pengurus dan eksekutif, contohnya, peguam, doktor dan akauntan.

2) Pada seksyen manakah dalam Akta Pekerjaan berkaitan dengan saya?

Secara umum, semua seksyen Akta Pekerjaan berkuat kuasa ke atas anda jika anda
dilindungi di bawah Akta Pekerjaan. Bagaimanapun, Bahagian IV Akta Pekerjaan, yang
menetapkan peruntukan mengenai jam bekerja, hari rehat, cuti tahunan, kerja syif dan
syarat perkhidmatan yang lain, hanya berkuat kuasa ke atas pekerja yang memperoleh
gaji pokok tidak melebihi $4500 dan pekerja lain yang bukan pengurus atau eksekutif
dengan gaji pokok tidak melebihi $2500 sebulan.

Nota:

Buruh ialah pekerja, yang kerjanya biasanya melibatkan kerja kasar dan sama ada mahir atau
tidak mahir. Beberapa contoh buruh termasuk tukang bersih, pekerja di tapak pembinaan,
buruh kasar dan pemandu.
Panduan Mengenai Undang-undang
Pekerjaan Untuk Pekerja

Kontrak Perkhidmatan
3) Senarai Semak Pekerjaan Asas

Untuk mengelakkan sebarang salah faham, anda dinasihatkan untuk memiliki kontrak
perkhidmatan bertulis (dalam bentuk kontrak pekerjaan atau surat pelantikan) yang
menyatakan terma dan syarat pekerjaan anda. Anda perlu jelas mengenai terma dan
syarat pekerjaan utama yang berikut sebelum anda menerima tawaran kerja:
Nama jawatan
Skop kerja, iaitu tugas untuk dilakukan
Tarikh mula pelantikan/permulaan tugas
Gaji dan elaun jika ada
Tempoh pembayaran gaji
Sumbangan CPF
Jam bekerja setiap hari/minggu/syif
Kadar bayaran lembur
Hari rehat
Faedah, contoh cuti tahunan, cuti sakit dan cuti dimasukkan ke hospital
Penamatan kontrak pekerjaan dan tempoh notis

Terma pekerjaan tidak boleh kurang memuaskan daripada apa yang dinyatakan dalam Akta
Pekerjaan.

4) Bolehkah majikan saya menukar terma dan syarat pekerjaan selepas saya
menandatangani Kontrak Perkhidmatan?

Majikan anda tidak boleh menukar terma dan syarat pekerjaan, melainkan anda bersetuju
dengannya. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan itu, anda perlu berbincang
mengenai hal ini bersama majikan anda dan cuba mencapai persetujuan yang boleh
diterima bersama. Jika persetujuan tidak boleh dicapai, salah satu pihak boleh memilih
untuk menamatkan perkhidmatan dengan memberikan notis perkhidmatan yang sesuai
kepada pihak satu lagi.

5) Apakah perbezaan diantara Kontrak Perkhidmatan dan Kontrak untuk


Perkhidmatan?

Kontrak perkhidmatan ialah sebarang persetujuan di mana seorang individu bersetuju


untuk menggaji seorang individu lain sebagai pekerja dan dia bersetuju untuk memberi
perkhidmatan kepada majikan sebagai seorang pekerja. Majikan perlu menyumbang CPF
dan menyediakan faedah berkanun yang relevan seperti cuti tahunan dan cuti sakit.
Manakala, kontrak untuk perkhidmatan ialah perjanjian di mana seorang individu terlibat
sebagai kontraktor bebas, seperti individu yang bekerja sendiri atau vendor dengan bayaran
untuk menjalankan tugasan atau projek untuk syarikat. Di bawah persetujuan ini, tiada
hubungan majikan-pekerja dan individu tersebut tidak dilindungi di bawah Akta Pekerjaan.
Tiada ujian muktamad untuk membezakan kontrak perkhidmatan daripada kontrak untuk
perkhidmatan. Beberapa faktor untuk dipertimbangkan dalam mengenal pasti kontrak
perkhidmatan termasuk:
a) Kawalan
Siapakah yang menentukan pengambilan pekerjaan dan pemecatan seseorang?
Siapakah yang membayar gaji pekerja? Apakah bentuk bayaran?
Siapakah yang menentukan proses pengeluaran, pemasaan dan kaedah pengeluaran?
Siapakah yang bertanggungjawab untuk peruntukan kerja?
Apakah tahap kawalan dan penyeliaan terhadap kerja seseorang?

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

b) Pemilikan faktor pengeluaran


Siapakah yang menyediakan perkakas dan peralatan?
Siapakah yang menyediakan tempat bekerja dan bahan?
c) Pertimbangan ekonomi
Adakah individu tersebut menjalankan perniagaannya sendiri atau menjalankan
perniagaan untuk majikan?
Adakah individu tersebut terlibat dalam sebarang prospek keuntungan atau
bertanggungjawab terhadap sebarang risiko kerugian?
Bagaimanakah pendapatan individu tersebut dikira dan keuntungan diperolehi?
Adakah individu tersebut mempunyai hak meletakkan harga atau nilai kerja?

Hal Berkaitan Gaji


6) Bilakah saya patut menerima gaji?

Majikan anda perlu membayar gaji anda sekurang-kurangnya sekali sebulan dan dalam
masa tujuh hari selepas tamat tempoh pembayaran gaji. Tambahan lagi, semua bayaran
untuk kerja lembur hendaklah dibuat dalam masa 14 hari selepas tamat tempoh pembayaran gaji.

7) Bagaimanakah cara saya mengira gaji untuk kerja lebih masa lembur?

Jika anda diperlukan bekerja melebihi jam bekerja di dalam kontrak, anda hendaklah
dibayar sekurang-kurangnya 1.5 kali kadar gaji pokok mengikut jam untuk waktu
bekerja lembur. Bayaran lembur dikira seperti berikut:
Untuk buruh yang digaji mengikut kadar gaji bulanan:
1.5 x jam bekerja lembur x (12 x kadar gaji pokok bulanan) / (52 minggu x 44 jam)
Untuk pekerja yang mana kadar bayaran gaji pokok bulanan kurang daripada $2250:
1.5 x jam bekerja lembur x (12 x kadar gaji pokok bulanan) / (52 minggu x 44 jam)
Untuk pekerja yang mana kadar bayaran gaji pokok bulanan sebanyak $2250 atau lebih:
1.5 x jam bekerja lembur x (12 x $2250) / (52 minggu x 44 jam)

Contoh Pengiraan Bayaran Lembur (Buruh)


Jenis
pekerja

Gaji

Dikadark
an secara
bulanan

$1200
setiap
bulan

Dikadark
an secara
bulanan

$40
setiap
hari

Formula untuk
Pengiraan
mengira kadar gaji
bayaran asas
pokok mengikut jam mengikut jam

Bilangan jam
kerja lembur

Bayaran
lembur

12 x Kadar bayaran 12 x $1200


gaji pokok bulanan 52 x 44
= $6.30
52 x 44

2 jam

$6.30 x 1.5
x 2 jam
= $18.90

Bayaran harian
$40
pada kadar asas
8
Jam bekerja harian = $5

4 jam

$5 x 1.5
x 4 jam
= $30

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

Contoh Pengiraan Bayaran Lembur (Pekerja)


Jenis
pekerja

Gaji

Formula untuk mengira Pengiraan


kadar gaji pokok
bayaran asas
mengikut jam
mengikut jam

Bilangan jam
kerja Lembur

Bayaran
Lembur

Dikadark
an secara
bulanan

$1600
setiap
bulan

12 x Kadar bayaran 12 x $1600


gaji pokok bulanan 52 x 44
52 x 44
= $8.40

4 Jam

$8.40 x 1.5
x 4 jam
= $50.40

Dikadark
an secara
bulanan

$2250
setiap
bulan

12 x Kadar bayaran 12 x $2250


gaji pokok bulanan 52 x 44
52 x 44
= $11.80

2 Jam

$11.80 x 1.5
x 2 jam
= $35.40

Dikadark
an secara
bulanan

$2400
setiap
bulan

12 x $2250
52 x 44

2 Jam

$11.80 x 1.5
x 2 jam
= $35.40

12 x $2250
52 x 44
= $11.80

8) Bolehkah majikan saya menggantikan bayaran lembur dengan cuti berbayar


atau cuti ganti?
Tidak, semua kerja lembur perlu dibayar dalam bentuk wang.

9 ) Adakah majikan saya dibenarkan membuat pemotongan daripada gaji saya?

Majikan anda tidak dibenarkan membuat sebarang pemotongan selain daripada apa
yang dibenarkan di bawah Akta Pekerjaan, melainkan majikan anda diperlukan untuk
melakukan demikian (a) dengan perintah mahkamah atau pihak berkuasa lain yang
layak untuk membuat arahan seperti ini; (b) jika majikan anda disytihar sebagai ejen
diiktiraf untuk pemulihan cukai pendapatan, cukai hartanah, atau cukai barangan
dan perkhidmatan yang dibayar oleh anda; atau (c) dengan arahan Pengawal Cukai
Pendapatan. Pemotongan gaji yang dibenarkan di bawah Akta adalah:

a) Kerana tidak hadir bekerja.
b) Kerana kerosakan atau kehilangan barangan atau wang yang diamanahkan kepada
anda, di mana kerosakan atau kehilangan disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan
anda. Jumlah yang akan dipotong tidak boleh melebihi 25% daripada gaji sebulan
dan pemotongan hanya boleh dibuat selepas mengira kehilangan atau kerosakan
benar-benar disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan anda.
c) Untuk kos makanan yang diberikan oleh majikan atas permintaan anda.
d) Untuk penginapan atau kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan oleh majikan
dan yang telah anda terima. Jumlah yang dipotong untuk penginapan rumah,
kemudahan dan perkhidmatan tidak boleh melebihi 25% daripada gaji sebulan anda.
e) Untuk mendapatkan semula pendahuluan, pinjaman atau pelarasan lebihan bayaran
gaji. Jumlah yang dipotong tidak boleh melebihi 25% daripada gaji sebulan dalam
kes pemotongan bagi pendahuluan dan pinjaman;
f) Untuk sumbangan CPF.
g) Untuk sumbangan pada skim persaraan atau kumpulan wang simpanan atau
sebarang skim lain atas permintaan bertulis anda. Walau bagaimanapun, skim ini
hendaklah diiktiraf mengikut undang-undang bagi faedah pekerja dan diluluskan oleh
Suruhanjaya Buruh.
h) Untuk bayaran kepada mana-mana kerjasama masyarakat berdaftar dengan
kebenaran bertulis daripada anda.
i) Untuk sebarang tujuan lain yang boleh diluluskan semasa permohonan daripada
masa ke semasa oleh Kementerian Tenaga Manusia.

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

10) Apa yang perlu saya lakukan jika gaji saya tidak dibayar tepat
pada masa atau selepas saya berhenti daripada pekerjaan?

Jika anda merupakan seorang ahli kesatuan, anda hendaklah mendapatkan bantuan
daripada kesatuan anda.
Jika anda bukan seorang ahli kesatuan, anda boleh melaporkan tuntutan tunggakan
gaji kepada Kementerian Tenaga Kerja Manusia dengan membuat temu janji di:
www.mom.gov.sg > Quick Links (Pautan Pantas) > Appointment@MOM (TemuJanji@MOM)
Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mematuhi syarat yang berikut:
a) Anda dilindungi oleh Akta Pekerjaan.
b) Tuntutan tidak timbul untuk lebih daripada satu tahun daripada tarikh laporan.
c) Tuntutan untuk gaji sebagai ganti notis perlu dibuat, dalam masa 6 bulan dari tarikh
berhenti kerja.

11) Bagaimanakah caranya saya mengira gaji untuk kurang daripada


sebulan bekerja?

Gaji yang dibayar kepada pekerja yang dikadarkan secara bulanan bagi bulan bekerja
yang tidak lengkap dikira menggunakan formula di bawah:
Gaji yang dibayar untuk bulan bekerja yang tidak lengkap =
Kadar bayaran kasar bulanan1

Jumlah hari bekerja dalam


bulan tersebut2

Jumlah hari pekerja bekerja dalam bulan tersebut

Merujuk kepada jumlah wang termasuk elaun yang dibayar kepada pekerja untuk
bekerja selama sebulan, tidak termasuk:
a) Bayaran tambahan dengan cara::
Bayaran lembur;
Bayaran bonus; atau;
Tambahan Gaji Tahunan;
b) Sebarang jumlah yang dibayar kepada pekerja untuk pembayaran balik perbelanjaan khas yang
dikenakan olehnya sepanjang pekerjaan;
c) Bayaran insentif produktiviti; dan
d) Elaun perjalanan, makanan atau perumahan.

Tidak termasuk hari rehat, hari tidak bekerja tetapi termasuk cuti umum.

Termasuk cuti umum, cuti dimasukkan ke hospital atau cuti tahunan jika layak.

Jika bilangan jam bekerja dalam mana-mana hari bekerja ialah lima jam atau kurang, ia
akan dianggap sebagai separuh hari bekerja. Jika lebih daripada lima jam, ia akan
dianggap sebagai satu hari bekerja.

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

Contoh Pengiraan Gaji untuk Bulan Bekerja Tidak Lengkap

Sulaiman bekerja 5 hari seminggu dari Isnin hingga Jumaat. Kadar bayaran gaji pokok
bulanannya adalah $700 dan kadar bayaran gaji kasar adalah $800. Sulaiman telah
mengemukakan surat perletakan jawatan dan hari terakhir beliau bekerja adalah
pada 26 Ogos. Sepanjang bulan Ogos, Sulaiman mengambil empat hari cuti tahunan
berbayar
Mon

Tues

Sat

Sun

31

Wed

Thurs

Fri

9
Hari
Kebangsaan

10

11

Cuti menggantikan Cuti tahunan


Hari Kebangsaan

12
Cuti tahunan

13
Cuti tahunan

14

15

16

Cuti tahunan

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

Hari terakhir

Jumlah hari bekerja dalam bulan Ogos


= 31 5 Sabtu 5 Ahad
= 21 hari bekerja
Bilangan hari bekerja dalam bulan Ogos
= 13 hari (dalam warna hijau) + 4 hari cuti tahunan berbayar + 1 cuti umum
= 18 Hari
Gaji untuk bulan Ogos
= $800 (kadar bayaran kasar bulanan)
21 (bilangan hari bekerja dalam bulan Ogos)
= $685.71

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

18 hari (bilangan hari


bekerja dalam bulan Ogos)

Jam Bekerja

12) Berapa jam saya dijangka bekerja dalam sehari/seminggu?

Anda tidak perlu, di bawah Kontrak Perkhidmatan anda, untuk bekerja lebih daripada
lapan jam sehari atau 44 jam seminggu (seminggu bermakna tempoh berterusan selama
tujuh hari bermula Isnin dan berakhir pada Ahad). Jam bekerja ini tidak termasuk waktu
rehat teh/makan atau berehat. Semua kerja berlebihan bagi jam bekerja mengikut
kontrak akan dianggap sebagai kerja lembur.

13) Adakah terdapat had kepada bilangan jam yang boleh saya bekerja
dalam sehari?

Ya, secara umumnya anda tidak dibenarkan untuk bekerja lebih daripada 12 jam sehari.

14) Adakah terdapat had kepada bilangan jam lembur yang boleh saya
bekerja dalam sebulan?

Ya, anda dibenarkan untuk bekerja sehingga had 72 jam lembur dalam sebulan.
Had boleh dilebihi hanya jika pengecualian telah diberikan kepada majikan anda oleh
Pesuruhanjaya Buruh menerusi Kementerian Tenaga Manusia.

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

Hari Rehat
15) Berapakah hari rehat yang layak untuk saya dalam seminggu?

Anda layak untuk satu hari rehat setiap minggu tanpa bayaran. Hari rehat boleh sama
ada Ahad atau mana-mana hari lain dalam minggu yang sama. Jika anda bekerja syif,
hari rehat boleh menjadi tempoh 30 jam berterusan jika majikan anda membenarkan
satu hari penuh sebagai hari rehat.

16) Adakah saya dibenarkan untuk bekerja dalam hari rehat?


Ya, anda boleh meminta untuk bekerja pada hari rehat.

17) Adakah saya akan dibayar jika bekerja semasa hari rehat?

Ya, anda akan dibayar jika bekerja semasa hari rehat. Jumlah yang akan anda terima
akan berdasarkan kepada tempoh kerja dan sama ada permintaan untuk bekerja
berasal daripada majikan anda.

Tempoh Bekerja
Tidak lebih
daripada separuh
jam bekerja
mengikut
kontrak harian
Pekerja bekerja Separuh hari gaji
pada hari rehat pokok
di atas
permintaannya
sendiri
Pekerja
bekerja pada
hari rehat di
atas
permintaan
majikan

Sehari gaji pokok

Lebih daripada
Lebih daripada separuh
separuh, tetapi
jam bekerja mengikut
tidak melebihi jam kontrak harian
bekerja mengikut
kontrak harian
Sehari gaji pokok

a) Sehari gaji pokok dan


b) Bayaran lembur* sekurangkurangnya 1.5 kali kadar
asas bayaran x bilangan
jam melebihi jam bekerja
mengikut kontrak

Dua hari gaji


pokok

a) Dua hari gaji pokok dan


b) Bayaran lembur*
sekurang-kurangnya 1.5
kali kadar asas bayaran x
bilangan jam melebihi jam
bekerja mengikut kontrak

*Kadar lembur yang dibayar kepada pekerja tertakluk kepada tahap gaji pokok bulanan sebanyak $2250.

10

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

Contoh Bayaran untuk Kerja Yang Dilakukan pada Hari Rehat:

John dibayar gaji pokok bulanan sebanyak $1000. Dia perlu bekerja 5.5 hari seminggu
selama lapan jam setiap hari daripada Isnin hingga Jumaat dan empat jam pada hari
Sabtu. Dia diminta oleh majikannya untuk bekerja selama 10 jam pada hari Ahad yang
merupakan hari rehatnya. Bayaran untuk kerja yang dilakukan pada hari Ahad dikira
seperti berikut:
a) Untuk lapan jam waktu bekerja biasa, John perlu dibayar dua hari gaji pada kadar asas:
12 x kadar bayaran gaji pokok bulanan
52 x purata bilangan hari seorang
pekerja perlu bekerja dalam seminggu

2 =
=

12 x $1000
52 x 5.5

$83.92

b) Untuk dua jam tambahan kerja lembur, John perlu dibayar 1.5 kali daripada gaji dua
jam pada kadar asas:
12 x kadar bayaran gaji pokok
52 x 44

x 1.5 x 2 =
=

12 x $1000
52 x 44

x 1.5 x 2

$15.73

Oleh itu, John perlu dibayar sejumlah $99.65 ($83.92 + $15.73) untuk bekerja selama
10 jam pada hari rehatnya.

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

11

Cuti Sakit
18) Bilakah seorang pekerja layak mendapat cuti sakit berbayar?
Anda layak dibayar cuti sakit jika anda memenuhi yang berikut:

a) Bekerja dengan majikan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan;


b) Mendapatkan sijil perubatan daripada doktor syarikat anda. Jika doktor syarikat tidak
ada (contohnya doktor syarikat ditutup atau terletak jauh), pekerja boleh mendapatkan
sijil perubatan daripada doktor kerajaan*; dan
c) Memaklumkan majikan anda mengenai cuti sakit dalam masa 48 jam.
Bilangan hari cuti sakit yang layak bagi anda bergantung kepada tempoh perkhidmatan
anda:
Bilangan bulan
perkhidmatan

Cuti Sakit Pesakit Luar


Berbayar (hari)

Cuti Dimasukkan Ke
Hospital Berbayar (hari)**

3 bulan

15

4 bulan

30

5 bulan

11

45

6 bulan dan seterusnya

14

60

* Lawati www.mom.gov.sg untuk senarai institusi perubatan awam yang diluluskan.


** Termasuk mana-mana cuti sakit pesakit luar jika diambil.

12

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

19) Adakah majikan saya perlu membayar perbelanjaan perubatan saya?

Jika anda telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga bulan dan telah merujuk
sama ada dengan doktor syarikat atau doktor pemerintah, majikan anda perlu
membayar bayaran konsultasi perubatan anda. Untuk kos perubatan lain seperti ubat,
rawatan atau kemasukan ke wad, majikan bertanggungjawab untuk menanggung kos
tersebut bergentung kepada faedah perubatan yang disediakan untuk pekerja menurut
kontrak pekerjaan atau persetujuan kolektif di antara syarikat dan kesatuannya.

20) Adakah saya layak untuk mendapat cuti sakit berbayar semasa cuti
tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja?

Anda tidak layak untuk cuti sakit berbayar pada hari-hari tersebut kerana anda tidak
perlu bekerja pada hari tersebut.

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

13

Cuti Tahunan
21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar akan saya dapat?

Jika anda berkhidmat untuk majikan selama sekurang-kurangnya tiga bulan, anda layak
untuk cuti tahunan berbayar. Bilangan hari cuti tahunan berbayar bergantung kepada
apa yang dinyatakan dalam pekerjaan anda tetapi tidak boleh kurang daripada yang
berikut:

14

Tahun Perkhidmatan Berterusan

Hari Cuti

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

10

Kelima

11

Keenam

12

Ketujuh

13

Kelapan dan
seterusnya

14

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

22) Saya telah berkhidmat untuk majikan selama lebih daripada tiga bulan tetapi
kurang daripada setahun. Bagaimanakah caranya saya mengira jumlah hari cuti
tahunan berbayar yang harus saya dapat?

Jika anda telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga bulan tetapi kurang
daripada setahun, anda layak mendapat cuti tahunan dalam kadar bilangan bulan anda
berkhidmat pada tahun tersebut.
Contohnya, jika anda telah bekerja selama enam bulan, anda layak untuk empat
hari cuti tahunan berbayar yang dikira seperti berikut:
Bilangan hari cuti
tahunan berbayar

=
=
=

Bilangan bulan
dalam perkhidmatan x Kelayakan cuti tahunan
dalam tahun semasa
12
6
x
7
12
1
3.5, digenapkan kepada 4 hari

Dalam mengira kelayakan cuti prorata, sebarang pecahan hari yang kurang daripada satu
separuh hari akan diabaikan dan di mana pecahan hari melebihi satu separuh atau lebih akan
dianggap sebagai satu hari.

23) Bagaimanakah caranya saya mengira kelayakan cuti tahunan jika saya bekerja
separuh masa?
Pekerja separuh masa yang telah berkhidmat selama tiga bulan layak mendapat cuti
tahunan berbayar pada kadar kelayakan tahunan yang sama dengan pekerja sepenuh
masa berdasarkan jam bekerjanya.
Kelayakan cuti dikira seperti berikut:
Bilangan jam bekerja
setiap tahun pekerja
separuh masa
Bilangan jam bekerja
setiap tahun pekerja
sepenuh masa

Bilangan cuti
tahunan pekerja
sepenuh masa
x
dengan tempoh
perkhidmatan yang
sama

Bilangan jam bekerja


sehari pekerja
sepenuh masa

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

15

Cuti Bersalin dan Cuti Penjagaan Anak


24) Apakah faedah cuti bersalin yang layak untuk pekerja wanita?

Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan layak mendapat 12 minggu cuti bersalin.
Lapan minggu pertama cuti bersalin akan dibayar jika pekerja memenuhi syarat berikut:
a) Bekerja selama sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh bersalin;
b) Mempunyai kurang daripada dua orang anak semasa bersalin (melainkan anak-anak
ini kesemuanya dilahirkan dalam kelahiran yang sama, cth. kembar dua atau tiga); dan
c) Memberikan majikan sekurang-kurang notis satu minggu sebelum cuti bersalin dan
memaklumkan majikan mengenai kelahiran apabila boleh. Jika tidak, pekerja hanya
layak mendapat separuh bayaran gaji semasa dalam cuti bersalin.
Di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak (Bab 38A), satu
perundangan berkanun untuk menggalakkan orang yang telah berkahwin di Singapura
mempunyai lebih ramai anak dan melibatkan pengurus dan eksekutif, seorang pekerja
layak mendapat 16 minggu cuti bersalin berbayar jika:
a) Anaknya merupakan Warganegara Singapura;
b) Ibu bapa anak berkahwin secara sah; dan
c) Pekerja telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh bersalin.

25) Adakah terdapat sebarang sekatan mengenai masa cuti bersalin?

Pekerja yang layak mendapat 12 minggu cuti bersalin di bawah Akta Pekerjaan
boleh untuk tidak hadir bekerja selama empat minggu serta-merta sebelum bersalin dan
lapan minggu serta-merta selepas bersalin. Dengan kebenaran majikan, empat minggu
terakhir boleh diambil secara fleksibel dalam tempoh 12 bulan daripada kelahiran anak.
Pekerja yang layak mendapat 16 minggu cuti bersalin di bawah Akta Simpanan
Bersama Pembangunan Anak boleh untuk tidak hadir bekerja selama empat minggu
serta-merta sebelum bersalin dan 12 minggu serta-merta selepas bersalin. Di mana
terdapat persetujuan bersama dengan majikan, lapan minggu terakhir (minggu ke-9
hingga 16) cuti bersalin boleh diambil secara fleksibel dalam tempoh 12 bulan selepas
kelahiran anak.

26) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja sewatu dia dalam cuti bersalin?
Tidak, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pekerjaan.

27) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja wanita yang sedang
mengandung?

Majikan perlu membayar faedah cuti bersalin kepada pekerja jika dia dipecat tanpa
sebab yang kukuh atau diberhentikan semasa mana-mana tahap kandungannya.
Pekerja wanita layak jika:
a) Dia telah berkhidmat untuk majikan secara berterusan selama sekurang-kurangnya
tiga bulan sebelum menerima notis pemecatan atau pemberhentian kerja; dan
b) Dia disahkan mengandung oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum menerima
notis pemecatan atau pemberhentian kerja.

16

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

28) Adakah saya layak untuk cuti penjagaan anak?


Cuti Penjagaan Anak di bawah Akta Pekerjaan

Ibu bapa bagi anak-anak bukan warganegara yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan
layak untuk dua hari cuti penjagaan anak setiap tahun jika dua ciri ini dipenuhi:
a) Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri yang sah) berusia bawah tujuh tahun; dan
b) Pekerja telah berkhidmat untuk majikan selama sekurang-kurangnya tiga bulan.
Cuti penjagaan anak untuk setiap ibu bapa hanya dua hari setahun tidak mengira
bilangan anak yang layak.

Cuti Penjagaan Anak di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak


Seorang pekerja layak mendapat enam hari cuti penjagaan anak-anak setiap tahun
jika dia dilindungi di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak.
Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak melindungi semua ibu bapa
warganegara Singapura, termasuk kakitangan pengurusan dan eksekutif jika tiga
syarat berikut dipenuhi:

a) Anak kurang daripada tujuh tahun;


b) Anak merupakan Warganegara Singapura; dan
c ) Ibu bapa telah berkhidmat untuk majikan secara berterusan selama sekurang-kurangnya
tiga bulan.
Tiga hari pertama cuti penjagaan anak akan dibayar oleh majikan dan tiga hari terakhir
akan dibayar oleh pemerintah (sehingga $500 sehari, termasuk CPF). Tidak kira bilangan
anak, kelayakan cuti penjagaan anak untuk setiap ibu bapa hanya enam hari setahun.

Cuti Penjagaan Anak Dilanjutkan di bawah Akta Simpanan Bersama


Pembangunan Kanak-Kanak

Seorang pekerja dilindungi di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanakkanak dan layak untuk lanjutan dua hari cuti penjagaan anak setahun jika semua tiga
ciri berikut dipenuhi:
a) Anak paling muda berusia tujuh 12 tahun (termasuk);
b) Anak merupakan Warganegara Singapura; dan
c) Ibu bapa telah berkhidmat untuk majikan secara berterusan selama sekurang-kurangnya
tiga bulan.
Lanjutan dua hari cuti penjagaan anak akan dibayar oleh Kerajaan (sehingga $500
sehari, termasuk sumbangan CPF). Bagi ibu bapa yang mana anaknya merupakan
Warganegara Singapura dalam kedua-dua kumpulan usia (iaitu (1) bawah tujuh tahun
dan (2) di antara tujuh dan 12 tahun), jumlah cuti penjagaan anak berbayar untuk setiap
ibu bapa ialah maksimum enam hari setahun.

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

17

Penamatan Kontrak

29) Jika saya memutuskan untuk berhenti kerja, perlukah saya memaklumkan
kepada majikan saya?

Jika anda mahu berhenti kerja, anda perlu memberikan notis perletakan jawatan
bertulis kepada majikan anda. Tempoh notis sejajar dengan kontrak pekerjaan anda.
Majikan anda perlu memberikan tempoh notis yang sama dan secara bertulis jika dia
memberhentikan anda.
Jika kontrak pekerjaan anda tidak menyatakan tempoh notis, yang berikut akan
digunakan:

Tempoh Perkhidmatan
Kurang daripada 26 minggu

Tempoh Notis
1 hari

26 minggu sehingga kurang


daripada 2 tahun

1 minggu

2 tahun sehingga kurang


daripada 5 tahun

2 minggu

5 tahun dan ke atas

4 minggu

Notis boleh dilepaskan dengan persetujuan bersama daripada kedua-dua majikan


dan pekerja.

30) Bolehkah saya berhenti kerja tanpa memberikan notis?

Dalam kebanyakan situasi, anda perlu memberi notis perletakan jawatan bertulis.
Jika anda meletak jawatan tanpa notis atau tanpa menunggu tempoh notis tamat, anda
perlu membayar gaji ganti notis kepada majikan.

31) Bilakah kontrak pekerjaan dianggap telah dilanggar?

Majikan dianggap telah melanggar kontrak pekerjaan jika dia gagal membayar gaji
kepada pekerja dalam masa tujuh hari selepas tarikh gaji. Pekerja dianggap telah
melanggar kontrak pekerjaan jika dia tidak hadir secara berterusan selama lebih daripada
dua hari bekerja tanpa kebenaran atau sebab yang wajar, atau tanpa memaklumkan
atau cuba memaklumkan majikan mengenai sebab ketidakhadiran.

18

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

32) Adakah saya dibenarkan bercuti sakit sewaktu berkhidmat dalam notis?

Jika anda dalam cuti sakit (sama ada berbayar atau tidak) semasa tempoh notis, cuti
sakit yang diambil perlu dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh notis anda.
Majikan anda tidak boleh menuntut pampasan terhadap sebarang kekurangan dalam
tempoh notis.

33) Bolehkah majikan saya menamatkan Kontrak Perkhidmatan saya semasa


saya sedang berkhidmat dalam notis?

Ya, majikan anda boleh menamatkan perkhidmatan anda tanpa menunggu tempoh
notis tamat dengan membayar jumlah yang sama dengan gaji yang anda perolehi
semasa tempoh notis. Jika anda melakukan kesalahan semasa tempoh notis, majikan
anda boleh memecat anda tanpa membayar gaji untuk baki tempoh notis.

34) Bolehkah majikan saya menamatkan Kontrak Perkhidmatan saya semasa saya
masih dalam tempoh percubaan?

Ya, perkhidmatan anda boleh ditamatkan semasa dalam tempoh percubaan. Akta
Pekerjaan tidak mengandungi sebarang peruntukan mengenai tempoh percubaan atau
pengesahan. Anda perlu merujuk kepada terma yang dinyatakan dalam kontrak
pekerjaan anda untuk butiran khusus mengenai tempoh percubaan dan pengesahan.

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

19

Sumbangan CPF
35) Adakah majikan saya bertanggungjawab membayar sumbangan CPF pada gaji
bulanan saya?

Sebagai Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap, kedua-dua anda dan majikan
perlu membuat sumbangan bulanan dalam CPF jika anda bekerja di Singapura di
bawah kontrak perkhidmatan. Jumlah sumbangan CPF yang dibayar bergantung
kepada usia, gaji dan kewarganegaraan (Warganegara Singapura atau Penduduk
Tetap Singapura tahun pertama, kedua atau ketiga).

Nasihat dan Bantuan


Jika anda memerlukan bantuan selanjutnya berkenaan hal berkaitan gaji dan terma
dan syarat pekerjaan yang lain di bawah Akta Pekerjaan, anda digalakkan untuk
melawat laman web Kementerian Tenaga Manusia di www.mom.gov.sg dan ketik
pada pangkalan data lanjutan Q&A. Alternatif lain, anda boleh menghubungi 6438 5122
atau buat temu janji di:
www.mom.gov.sg > Quick Links > Appointment@MOM

20

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

Panduan Mengenai Undang-undang


Pekerjaan Untuk Pekerja

21

Anda mungkin juga menyukai