Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA

PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN DAN ANAK ANGKAT


SEBAGAI PROGRAM BINA INSAN GURU PERINGKAT IPG KPM
TARIKH : 14.07.2011
TEMPAT : KG. SEBALING SEBATU

BIL

1.

CUE

ANN

CATATAN

Apabila
Penghulu tiba di
pintu utama

Mengumumkan ketibaan En.


Penghulu Dun Sg. Rambai

Arif

b.

Omar,

Protokol majlis

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
dan salam sejahtera.
Yang dihormati, En. Azman bin Kanil, Kem
Komandan Bina Insan Guru siri II, IPG Kampus
Perempuan Melayu
Yang dihormati, En. Mohd Farid bin Abu Bakar
Penolong Penyelaras Program BIG, IPG Kampus
Perempuan Melayu
Yang Berusaha, Ketua Jurulatih Bina Insan Guru
Siri II, En. Abu Bakar b. Miskon
Yang Berusaha, Wan Rosnani binti Wan Ahmad,
Penghuluwati BIG Siri 2
Fasililator-fasililator, para penduduk kampung
Sebatu, peserta Program Bina Insan Guru
Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

2.

Menyatakan
kesyukuran

Sirih berlipat siri pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi,

Apabila VIP
bersedia

kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita


sama-sama berkumpul di dalam Perasmian
Program Perkhemahan dan Anak Angkat bagi
Program Bina Insan Guru peringkat IPG KPM.

3.

Bacaan doa

Warga Dewan yang mulia,


Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan


sukacitanya dijemput saudari Nadiah binti..
________________________
dari
PISMP
Pendidikan Khas 4 untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Setelah selesai bacaan doa...........
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.

4.

Ucapan
Alu-aluan oleh
guru pelatih

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan


hormatnya mempersilakan Wan Rosnani binti Wan
Ahmad, Penghuluwati Program Bina Insan Guru
Siri II IPG KPM untuk memberi ucapan. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.
(pause)
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu
tadi.

5.

Ucapan oleh
Kem Komandan

Sidang dewan yang mulia,


Kini tibalah waktu yang dinantikan iaitu ucapan
Perasmian Penutupan Minggu Pengurusan
Pelajar Baharu.
Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan En.
Azman bin Kanil, Kem Komandan Bina Insan Guru
siri II, IPG Kampus Perempuan Melayu untuk
menyampaikan
ucapan
seterusnya
menyempurnakan penutupan rasmi Perkhemahan
dan Anak Angkat
Dengan penuh takzimnya dipersilakan.
Setelah selesai ucapan .....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas


kesudian yang berusaha En. Azman bin Kanil,
Kem Komandan Bina Insan Guru siri II, atas
ucapan dan kesudian beliau menutup rasmi (nama
program itu tadi) itu tadi.

6.

Nyanyian
lagu rasmi

Lagu- Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis pada pagi ini telah sampai ke
penghujungnya.
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,

Andai terlanjur patah bicara,


Serendah hati kemaafan dipinta.
-Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci
wabilahi............

7.

Dengan bismillah kita mulai ,


Alhamdulillah wassala tanabi,
Dengan takdir Illahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara merasmi.
Songket biru tampak berseri,
Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi, di lain acara.

8.

Majlis mengumumkan Yang Berbahagia En. Arif


bin Omar meninggalkan majlis.
Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci
wabillah.....wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai