Anda di halaman 1dari 1

7 perkara yang dianggap remeh tetapi seandainya diamalkan, Allah akan mengurniakan kebaikan dunia

dan akhirat.

1. Memulakan setiap perkara yang ingin dilakukan dengan 'Bismillah'.

2. Mengucap 'Alhamdulillah' setiap selepas melaksanakan sesuatu hatta selepas melaksanakan hajat.

3. Kita manusia sering berjanji dan juga tidak mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa depan.
Lantunan 'InshaaAllah' dalam setiap perhubungan dengan manusia.

4. Ucapkanlah 'Innalillah' selepas mendengar apa sahaja perkhabaran yang baik ataupun buruk. Ini
kerana kita kembali hanya pada Allah.

5. Seandainya terlanjur dalam berbuat perkara yang mendatangkan dosa, sebutlah 'Astagfirullah' selalu.
Semoga Allah mengampuni kita semua.

6. Memohon kekuatan kepada Allah dalam setiap perkara. Zikir selalu 'La hau la wa la quwwata illah
bilLah' dan pohonlah kekuatan dariNya. Allah kan Maha Kuat.

7. Lazimilah zikir 'La Ilaha lallah Muhammadun Rasulullah' agar dapat sentiasa memperbaharui syahadat
serta perjanjian kita kepada Allah. Zikir ini juga boleh membantu kita menghadapi sakratuul maut nanti.

Perkongsian dari tazkirah ba'da asar ringkas oleh Ustaz Ghazali Dikir Zikir di Masjid MATIN.

Anda mungkin juga menyukai