Anda di halaman 1dari 4

23 November 2014

Edisi terhad Keluaran 1

SELAMAT DATANG
KREW DAN PEGAWAI JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA
NEGERI PERAK , TELUK BATIK, LUMUT

SELAMAT BERTUGAS KREW DAN PEGAWAI JAMBORI


ANTARABANGSA NEGERI PERAK 2014
Menarik
Hari Ini

PENDAFTARAN

KREW PIJS
TAKLIMAT KHAS

KREW PIJ
PANORAMA

TELUK BATIK

Ahad, 23 Nov 2014


Assalamualaikum w.b.t, selamat
datang dan Selamat bertugas kepada
semua krew dan pegawai Jambori Antarabangsa Perak 2014. Ucapan aluan itu
diungkapkan oleh Tuan Kamarulazwa B.
Abu Kassim, selaku pengurus petugas
yang memasang impian agar para petugas belajar sesuatu terutamanya dari segi
pengurusan dan memantapkan pengetahuan pengurusan jambori terutamanya.
Harapan beliau yang kedua ialah
agar para petugas menanam sikap kesukarelaan yang tinggi yang terdiri daripada kalangan pelatihpelatih terutamanya daripada Institut Pendidikan
Guru dan juga Institut Pengajian Tinggi
kerana pengalaman ini penting untuk
mereka pratikkan ketika berkhidmat di
sekolah dan alam pekerjaan kelak.

Selain itu, beliau juga berharap para petugas menunjukkan semangat kerjasama
yang tinggi supaya Jambori
Antarabangsa Perak 2014
berjalan dengan lancar dan
jayanya.

Unit Buletin PIJS2014

Edisi terhad Keluaran 1

JAMBORI PENGAKAP ANTARABAN GSA PERAK 2014

PENDAFTARAN PETUGAS
PIJ 2014

KETIBAAN PETUGAS

Seramai 1,211 jumlah petugas Jambori Antarabangsa Perak 2014 telah mendaftar semalam di kaunter Unit Pendaftaran. Mereka terdiri
daripada beberapa buah Institusi Pengajian
Tinggi dari seluruh negara.
Antaranya, petugas-petugas dari Kumpulan Latihan Malaysia, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia dan Pasukan Kelana. Kehadiran mereka disambut meriah oleh Jawatankuasa Induk Jambori Antarabangsa Negeri
Perak 2014 terutamanya Pengurus Petugas, Tn.
Kamarulazwa B. Abu Kassim. Para petugas juga diberikan taklimat dan mandat oleh Tn.
Kamarulazwa dalam ucapan beliau.

PETUGAS DARI BATANG PADANG

PETUGAS DARI IPG IPOH DAN IPG ISLAM

UNIT KEWANGAN

SESI MENDIRIKAN KHEMAH

SESI TAKLIMAT

UNIT PENDAFTARAN
2

Unit Buletin

JAMBORI PENGAKAP ANTARABAN GSA PERAK 2014

Edisi terhad Keluaran 1

PENDAFTARAN PESERTA PIJ 2014


Setakat ini, terdapat beberapa buah
kontinjen peserta dari dalam mahupun luar
negara telah mendaftar semalam. Menurut
sumber laporan dari Unit Pendaftaran,
jumlah peserta yang mendaftar adalah
sebanyak 1,068 orang peserta dari dalam
dan luar negara.

KONTINJEN DAERAH
LOMBOK, INDONESIA

Antara kontinjen negeri yang hadir semalam adalah daripada negeri Sarawak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang. Selain itu, terdapat satu
pasukan peserta antarabangsa, iaitu Pramuka Indonesia, Menurut Unit Pendaftaran, dianggarkan
lebih daripada 7,600 orang peserta yang bakal
mendaftar pada hari ini dan esok. Diharapkan para peserta akan memanfaatkan peluang yang ada
disamping mengapresiasikan budaya dan pelancongan yang menjadi tema PIJ pada tahun ini.
3

Unit Buletin PIJS2014

Edisi terhad Keluaran 1

JAMBORI PENGAKAP ANTARABAN GSA PERAK 2014

SEKITAR
INFO SOLAT
Ahad 23 November 2014
30 Muharam 1436H

Subuh

5.46 am

Syuruk

7.07 am

Zohor

1.05pm

Asar

4.28 pm

Maghrib

7.03 pm

Isya

8.15 pm

Unit Buletin PIJS2014

Anda mungkin juga menyukai