Anda di halaman 1dari 5

5.

0 ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program wajib bagi pelajar
guru Institut Pendidikan Guru Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi setiap semester
sehingga semester empat bagi pelajar-pelajar IPG. Pelajar guru Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) ditugaskan untuk mengikuti PBS pada semester pertama. Program PBS ini
bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari
perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami
sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS
pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.
Ringkasnya, dengan menjalani program PBS pelajar guru akan lebih memahami bagaimana
guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengrurusan sekolah mentadbir
sesebuah sekolah tersebut.
Pernyataan professional/kontrak tugasan merujuk kepada harapan tugasan yang
ditetapkan sendiri oleh pelajar guru untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Focus tertentu
perlu ditetapkan oelh pelajar guru dalama melaksanakan tugasan tersebut bagi menacapai
objektif ang diharapkan. Setiap focus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh
pelajar di peringkat akhir.
Tujuan pernyataan professional adalah:
Menyatakan hala tuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas
Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan
sistematik
Membolehkan peljaar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktivti yang
difokuskan
Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan/tindakan
susulan.

Objektifnya ialah :
Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dapat :

Memahami budaya sekolah


Menyesuaikan diri di sekolah dan di dalam bilik darjah
Mendapat pendedahan awal pembelajarn murid
Memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran
Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah
Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim,

pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah


Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal
Membina sikap positif terhadap profesion keguruan
Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru
Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi

5.1 PEMERHATIAN

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman tentang


suasana dan juga budaya sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan bahawa setiap sekolah
ditekankan dengan pelaksanaan program NILAM dan mendorong pihak sekolah menjalankan
tugas dengan lebih komited. Dalam pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa
pengurusan yang lebih sempurna membawa kepada kecermelangan yang lebih besar
berbanding pengurusan yang lemah atau pasif. Ini dapat dilihatkan berdasarkan kepada
pengurusan sekolah yang terdahulu yang mana proses perkembangan dalam beberapa aspek
agak lambat berbanding pengurusan yang ada sekarang. Dari segi dispilin pula, secara
keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di
SJK (T) Maha Ganesa Viddyasalai telah dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu. Pelajarpelajar di sekolah tersebut menunjukkan kerjasama dan sikap hormat yang sangat tinggi kerana
perkara ini amat ditekankan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, peljaar bukan sahaja
mengucap selamat kepada guru ketika melintas tetapi juga turut bersalam dan membantu guru
membawa barang atau buku yang ada pada guru. Ini merupakan satu udaya yang perlu
diteruskan bagi membentuk modal insan yang gemilang. Sekolah ini juga meningkatkan
prestasinya dalam aspek kurikulum dan kokurikulum dengan melaksanakan aktiviti yang
melibatkan peningkatan kepada reputasi dan seterusnya mendapat penghargaan daripada
Jabatan Pelajaran Daerah. Hal ini menjadi satu dorongan kepada saya untuk menempuh alam
perguruan kelak jika saya ditempatkan di sekolah seperti ini.

5.2 TEMUBUAL

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam
temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakannya
berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak perkara dan maklumat yang
diperolehi. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada
mulanya saya agak malu dan takut untuk menemu bual pihak berkenaan memandangkan ia
adalah persekitaran yang baru tetapi saya cuba mengadaptasikan.
Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan PBS ini. Antara
yang

telah

saya

peroleh

adalah

ilmu

tantang

peranan

pihak

pengurusan

dalam

memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS) dalam kalangan
pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut diukur sama
ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu,
soalan-soalan yang ditanya telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak berkenaan.
Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang masalah dalam sesi temubual dan memastikan
kelancaran sesi tersebut tanpa berhenti-henti.
Antara soalan-soalan yang dikemukakan :

Apakah peranan guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)?


Bagaimanakah penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum?
Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu pentadbir?
Apakah mata pelajaran yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik?
Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?
Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam memantapkan

pencapaian akademik murid?


Bagaimanakah perkembangan kanak-kanak diukur?
Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan murid-murid?

5.3 SOAL SELIDIK

Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui individu yang
memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, Ketua Panitia dan guru kelas. Saya juga dapat
mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas menjalankan soal selidik.
Selain daripada itu juga, saja juga mengetahui nilai-nilai murni yang diamalkan dalam kalangan
murid-murid.
Definisi nilai-nilai murni adalah sifat yang baik yang terdapat dalam diri seseorang.
Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat, keberanian, rasional,
semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik hati, berhemah tinggi, berpendirian teguh,
disiplin, kasih saying, setia kawan dan sebagainya. Terdapat murid-murid yang rajin membantu
guru. Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan serba
sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden. Contohnya, saya telah bertanya
kepada para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya cuba
mendapatkan maklumat ini pada masa kelas ganti.

Anda mungkin juga menyukai