Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Dalam tugasan ini, saya telah mengetahui bahawa pada masa sekarang masalah
tingkah laku atau disiplin di sekolah bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid sahaja
namun juga akan berlaku dalam kalangan guru. Sebagai seorang guru, kita patutnya
menjadi pedoman dan contoh kepada anak-anak murid kita. Tambahan lagi, kita juga
merupakan seorang pendidik yang akan mengajar murid supaya mereka dapat bertingkah
laku yang baik di samping menuntut ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah Melentur Buluh
Biarlah Dari Rebungnya, oleh itu, kita yang seorang pendidik haruslah menjadi contoh yang
baik dan harus mendidik anak-anak murid kita sejak mereka masih kecil supaya mereka
dapat mengamalkan perlakuan yang baik dalam kehidupan mereka. Pendek kata, sebagai
seorang guru yang bertanggungjawab kita haruslah menjaga tingkah laku sendiri dan harus
berfikir secara rasional semasa bertindak sesuatu.
Kesimpulannya, sebagai seorang bakal guru kita haruslah sentiasa bersedia dengan
segala ilmu dan maklumat secara meluas dan tidak berhenti untuk menimbah ilmu yang
lebih baik supaya dapat menghadapi cabaran-cabaran baru yang akan datang pada bila-bila
masa. Ini sangat penting untuk menjadi seorang guru yang berjaya dan akan melahirkan
pelajar yang berilmu, berkemahiran dan dapat menyumbangkan tenaga kepada negara kita.
Oleh itu, dengan adanya generasi baru yang berpengetahuan, mimpi kita untuk mencapai
sebuah negara yang maju dan juga Wawasan 2020 yang kita kejar selama ini bukanlah lagi
sesuatu yang tidak mampu dikecapi.

Anda mungkin juga menyukai