Anda di halaman 1dari 4

PENYEDIAAN MODUL KOLEKSI SOALAN PERDAGANGAN SPM

BAB 12 PERGUDANGAN

SPM 2004

1. Mengapakah peruncit besar-besaran menyediakan gudang peruncitnya sendiri?


A. Boleh menstabilkan harga barang
B. Menjamin bekalan stok berterusan
C. Memberi saingan kepada gudang pemborong
D. Mengurangkan modal terikat dalam bentuk stok

2. Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada jenis-jenis gudang persendirian?

Gudang Persendirian

Gudang Pengilang Gudang Bayar dan X


Bawa

Apakah yang boleh diwakili oleh X?


A.Gudang awam
B.Gudang karbon
C. Gudang kerajaan
D. Gudang pemborong

SPM 2005

3. Berikut adalah maklumat mengenai seorang pengimport perabot kayu jati.

Encik Amal ialah seorang pengimport perabot kayu


jati.
Beliau berhasrat menangguhkan bayaran cukai
importnya.
Oleh itu, perabot itu perlu disimpan dalam gudang
tertentu.

Gudang yang dimaksudkan ialah gudang

A. berbon
B. peruncit
C. kerajaan
D. pemborong
SPM 2006

4. Mengapakah gudang berbon penting kepada kerajaan?


A. Mencegah perbuatan melarikan cukai barang
B. Menghalang kemasukan barang persendirian
C. Menghindar kemasukan barang berbahaya
D. Membanteras aktiviti menyorok barang

SPM 2007

5. Bagaimanakah gudang membantu menstabilkan harga barang?


A. Mengurangkan permintaan
B. Mengawal bekalan
C. Melakukan kerja akhir
D. Menambah penawaran

6. Ciri gudang yang manakah dapat melindungi barang-barang daripada risiko


kecurian?
A. Peralatan gudang yang lengkap
B. Sistem perekodan yang teratur
C. Sistem penggera yang baik
D. Lokasi yang sesuai

7. Jenis gudang yang manakah digunakan untuk menyimpan bahan-bahan mentah dan
barang-barang separuh siap?
A. Gudang kastam
B. Gudang peruncit
C. Gudang berlesen
D. Gudang pengilang

8. Apakah kepentingan gudang berbon?


A. Meningkatkan perkembangan ekonomi
B. Menyimpan barang-barang secara pukal
C. Membolehkan penjualan secara besar-besaran
D. Menangguhkan pembayaran cukai barang import

SPM 2008

9. Bagaimanakah gudang dapat menstabilkan harga barang?


I. Menyimpan barang di gudang semasa permintaan berlebihan
II. Menyimpan barang di gudang semasa penawaran berlebihan
III. Mengeluarkan barang dari gudang semasa permintaan berlebihan
IV. Mengeluarkan barang dari gudang semasa penawaran berlebihan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

10. Pernyataan yang manakah merupakan ciri gudang yang baik?


A. Lokasi di pusat Bandar
B. Hiasan dalaman yang menarik
C. Ruang simpanan yang luas
D. Buruh banyak digunakan

SPM 2009

11. Gudang manakah yang terletak di pintu masuk sesebuah negara?


I. Gudang berbon
II. Gudang kerajaan
III. Gudang pemborong
IV. Gudang pengilang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

12. Maklumat berikut berkaitan dengan seorang peniaga

Encik Chan merupakan seorang


peniaga yang membeli barang
daripada pelbagai pengeluar
seperti makanan dan pakaian.

Apakah jenis gudang yang sesuai digunakan oleh Encik Chan?

A. Gudang Berbon
B. Gudang Pemborong am
C. Gudang pemborong khas
D. Penyetoran sejuk

13. Mengapakah gudang berbon penting kepada kerajaan?


A. Mengatasi pengelakan cukai kastam
B. Menjamin permintaan barang tempatan
C. Menjaga imej barang eksport
D. Mengawal aktiviti pesaing

Jawapan

1. B
2. D
3. A
4. A
5. B
6. C
7. D
8. D
9. C
10. A
11. B
12. A
13. A

Anda mungkin juga menyukai