Anda di halaman 1dari 6

BAB 5: PERGUDANGAN

PERGUDANGAN

Pergudangan adalah penyimpanan atau penstoran barang-barang di tempat yang sesuai dan selamat
sehingga barang-barang itu diperlukan di pasaran.

PERANAN PERGUDANGAN

1. Membolehkan pengeluaran dijalankan berterusan


Pengeluaran barang-barang dilakukan sepanjang tahun walaupun tiada permintaan. Semasa
menunggu permintaan dan penjualan, barang-barang itu disimpan digudang.

2. Membolehkan barang-barang dibekalkan sepanjang tahun


Barang-barang bermusim seperti beras dan gandum dihasilkan pada masa tertentu sahaja, tetapi ia
diperlukan sepanjang tahun. Pergudangan membolehkan barang-barang tersebut disimpan supaya
bekalannya mencukupi sepanjang tahun.

3. Menstabilkan harga barang-barang


Pergudangangan menstabilkan harga barang dengan menyelaraskan penawaran dan permintaan
barang-barang. Barang-barang yang berlebihan akan disimpan di dalam gudang dan akan
dikeluarkan apabila terdapat kekurangan.

4. Membolehkan kerja akhir dan pemecahan pukal dilakukan


Semasa barang-barang disimpan didalam gudang, kerja-kerja menggred, menyukat, menimbang,
membungkus dan menjenama boleh dilakukan bagi menjamin barang-barang dapat disiapkan
sebelum dijual.

5. Memudahkan aktiviti import dan eksport dijalankan


Pergudangan menyediakan tempat untuk pengimport dan pengeksport menyimpan barang-barang
mereka sementara menunggu untuk dieksport

6. Menyediakan tempat untuk mempamerkan barang-barang


Gudang merupakan tempat bagi mempemerkan barang-barang supaya pembeli boleh membuat
pemeriksaan sebelum membuat pesanan.Contoh: Gudang pemborong dan Gudang 'bayar dan bawa'

7. Menjamin keselamatan barang-barang


Barang yang disimpan dalam gudang terlindung daripada hujan, sinaran matahari dan terselamat
daripada kehilangan, kerosakan dan kecurian kerana gudang biasanya dilengkapi dengan alatan
keselamatan elektronik yang canggih seperti sistem pencegah api dan alat penggera.

8. Mengelakkan pembaziran dan kerosakan barang


Gudang penyetoran sejuk boleh menyimpan barang-barang yang mudah rosak seperti daging, sayur-
sayuran dan buah-buahan.
JENIS JENIS GUDANG
1.Gudang persendirian
Contohnya:
i.Gudang Pengilang
ii.Gudang Pemborong
iii.Gudang Peruncit
iv.Penstoran Sejuk
v.Gudang Bayar & Bawa
2. Gudang Kerajaan
3. Gudang Awam
4.Gudang Berbon
Contohnya :
i.Gudang Kastam
ii.Gudang Berlesan.

JENIS GUDANG

1. Gudang Pengilang
i. Ia dimiliki oleh pengilang atau pengeluar untuk menyimpan:
bahan-bahan mentah sebelum diproses atau
barang-barang siap yang belum dijual.
ii. Ia tidak disewakan kepada orang lain.

2. Gudang Pemborong
i. Ia dimiliki oleh pemborong untuk menyimpan barang-barang yang dibelinya.
ii. Fungsi gudang pemborong :
Menyimpan stok yang dibeli secara pukal daripada pelbagai pengilang atau pengeluar.
Melakukan kerja-kerja menyediakan barang-barang untuk dijual seperti memecah pukal,
membungkus, menjenama, menimbang dsb.
Mempamerkan pelbagai jenis barang untuk pilihan peruncit.

3. Gudang Peruncit
i. Peruncit besar-besaran seperti pasar raya, gedung aneka jabatan dan kedai sejaras membeli
barang-barang secara pukal terus daripada pengeluar maka dia mesti mempunyai gudang sendiri.
ii. Fungsi gudang peruncit adalah:
Menyimpan stok yang dibeli secara pukal terus daripada pelbagai pengeluar.
Melakukan kerja-kerja memecah pukal, membungkus, menjenama serta meletakkan tanda
harga.

4. Penstoran Sejuk
i. Ia adalah sebuah gudang yang dilengkapi alat penyejuk untuk menyimpan barang-barang tidak
tahan lama atau cepat rosak seperti daging, buah-buahan, ikan, sayur-sayuran, aiskrim, mentega
dsb.
ii. Ia biasanya terletak berdekatan pasar-pasar setempat, di jeti ikan, lapangan terbang. pelabuhan,
dan stesen kereta api.
iii. Ia biasanya dimiliki oleh orang perseorangan atau syarikat untuk disewakan.

5. Gudang Bawa Dan Bayar


i. Ia dikendalikan oleh pemborong yang menjual secara layan diri dan tunai kepada peruncit.
ii. Peruncit memilih sendiri barang-barang yang dikehendakinya, mambayar di kaunter pembayaran
dan kemudian mengangkut barang-barang dengan kenderaan sendiri
iii. Barang-barang dijual dengan harga murah kerana:
Tidak ada kemudhan kredit.
Tiada kemudahan pengangkutan.
Kos sewa rendah kerana gudang ini terletak dikawasan yang murah sewanya dan premis tidak
dihias.
Belian secara pukal.

6. Gudang Kerajaan
i. Ia dimiliki oleh kerajaan atau badan berkanun.
ii. Ia terletak di pelabuhan, lapangan terbang dan stesen-stesen kereta api.
iii. Ia bertujuan menyediakan kemudahan bagi peniaga menyimpan barang-barang yang telah
menjelaskan cukai tetapi belum bersedia untuk mengambil barang-barang tersebut.
Contoh: Gudang LPN yang mengadakan stok penimbal beras untuk menjamin bekalan beras
mencukupi sepanjang tahun serta mengawal kestabilan harga beras.

7. Gudang Awam
i. Ia biasanya terletak di pintu masuk sesebuah negara seperti di pelabuhan, lapangan terbang,
stesen kereta api dan di sempadan bandar.
ii. Ia dimiliki oleh kerajaan atau syarikat swasta yang menyewakan ruang kepada peniaga yang
memerlukan ruang penyimpanan.
iii. Peniaga-peniaga mesti membayar sewa atau caj mengikut tempoh masa atau saiz ruang yang
digunakan.

8. Gudang Berbon
i. Ia digunakan untuk menyimpan barang-barang import yang cukainya belum dijelaskan
ii. Ada dua jenis gudang berbon:
a. Gudang Kastam yang dimiliki oleh kerajaan dan terletak di bawah kawalan Jabatan Kastam dan
Eksais.
b. Gudang Berlesen yang dimiliki oleh pihak swasta. Ia di bawah kawalan Jabatan Kastam dan Eksais.
Pemilik gudang menandatangi satu perjanjian (bon) dengan Pihak Kastam yang melarang barang-
barang di bawa keluar dari gudang itu sebelum cukainya dijelaskan. Tindakkan ini dikenali sebagai
"Meletakkan barang-barang di dalam bon".
iii. Semasa barang berada dalam gudang berbon, pemilik barang dibenarkan masuk bagi
menyediakan barang-barang untuk dijual (seperti menggred, menimbang, membungkus
menjenamadsb.)
iv. Pemilik barang-barang boleh mencagarkan barang-barang dalam gudang berbon untuk
mendapatkan pinjaman tanpa menyerahkan barang-barang berkenaan
v. Caj sewa dikenakan bagi menggunakan ruang-ruang dalam gudang.
vi. Ia juga digunakan bagi menyimpan barang-barang import yang menunggu untuk dieksport semula
ke negara-negara lain. Penggunaan gudang ini dapat mengelakkan:
pembayaran cukai import semasa barang-barang diimport
tuntutan bayaran duti import apabila barang-barang dieksport semula.

Fungsi-fungsi Gudang Berbon ialah:


a) menyediakan tempat untuk menyimpan barang-barang import sehingga duti import dibayar
ataupun dieksport semula.
b) memudahkan Jabatan Kastam dan Eksais meneliti kemasukan barang-barang asing ke dalam
negara dan mengutip duti kastam.
c) memudahkan Jabatan Kastam dan Eksais mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai
barangan eksport dan import.
d) memudahkan kegiatan perniagaan kerana barang-barang dalam gudang berbon boleh disiapkan
untuk dijual atau dicagarkan bagi mendapatkan pinjaman.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Pihak Kerajaan


1. Membantu kerajaan memungut cukai serta mencegah perbuatan mengelakkan cukai.
2. Membolehkan kerajaan mengumpul data tentang import dan eksport.Data ini dapat membantu
kerajaan menyelaraskan import dan eksport.
3. Gudang berbon menggalakkan perniagaan import, eksport dan entreport dijalankan kerana
pembayaran duti kastam boleh ditangguhkan.
4. Gudang berbon membantu Pihak kastam mengawal dan memeriksa barang-barang import dan
eksport. Kemasukan barang haram dapat dikawal.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Peniaga (Pengimport)


1. Membolehkan pembayaran cukai ditangguhkan. Peniaga hanya perlu membayar cukai ke atas
barang-barang yang dibawa keluardaripada gudang berbon sahaja.
2. Memudahkan barang-barang dijual kerana barang-barang dalam gudang berbon boleh dijual
sekali gus atau sedikit-sedikit. Pembayaran cukai akan ditanggung oleh pembeli sendiri.
3. Membolehkan barang-barang disiapkan untuk dijual. Semasa barang-barang berada di dalam
gudang berbon, peniaga boleh memeriksa dan menjalankan kerja-kerja seperti memecah pukal,
menggred, membungkus, menjenama dsb.
4. Barang-barang di dalam gudang berbon boleh dicagarkan untuk mendapat pinjaman. Ini dilakukan
dengan mencagar Waran Gudang.
5. Membantu aktiviti perniagaan entreport. Gudang berbon digunakan untuk menyimpan barang-
barang yang diimport untuk dieksport semula apabila kapal tiba. Dengan ini peniaga dapat
mengelakkan daripada membayar duti kastam.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Pengilang (Pengeluar)


1. Membolehkan bayaran duti ditangguhkan. Ini kerana pengilang boleh menangguhkan
pembayaran duti import ke atas bahan mentah yang diimport. Duti hanyadibayar ke atas bahan-
bahan mentah yang dikeluarkan sahaja.
2. Kerja-kerja peringkat akhir dapat dijalankan seperti membersih, memotong, menimbang dan
mengukur bahan-bahan mentah di dalam gudang sebelum dibawa keluar ke kilang.
3. Menjamin pengilang mendapatkan pasaran tetap daripada pengimport asing kerana barang-
barang yang diimport boleh disimpan di dalam gudang berbon dan tidak perlu membayar duti
dengan serta-merta. Ini menggalakkan mereka membeli lebih banyak.
4. Pengeluaran boleh dilakukan secara besar-besaran kerana pengilang boleh mendapat pesanan
tetap daripada pengimport-pengimport asing. Ini akan meningkatkan jualan dan keuntungan.

Kepentingan Gudang Berbon Kepada Pengeksport


1. Membantu menyelesaikan masalah pergudangan kerana barang-barang untuk dieksport boleh
disimpan dalam gudang berbon.
2. Barang-barang tempatan yang akan dieksport boleh disimpan dalam gudang berbon untuk
mengelakkan pembayaran duti eksais.
3. Apabila barang-barang buatan tempatan yang akan dieksport disimpan dalam gudang berbon,
duti eksais tidak perlu dibayar. Penelakkan pembayaran duti ini mengelakkan modal kerja daripada
terikat sebagai duti. Modal kerja ini boleh digunakan untuk kegunaan lain.
4. Membantu perniagaan entreport. Gudang berbon memudahkan pengeksport menjalankan
perniagaan entreport kerana barang-barang boleh diimport untuk dieksport semula tanpa
membayar duti. Semasa dalam bon barang-barang itu dapat disiapkan untuk dieksport semula.

PERBEZAAN ANTARA GUDANG BERBON DENGAN GUDANG LAIN

Gudang Berbon Gudang Lain


1. Dimiliki oleh pihak swasta atau kerajaan 1. Dimiliki oleh peruncit, pemborong dan
pengilang
2. Pemilik gudang swasta perlu menandatangani 2. Pemilik gudang tidak terikat dengan Jabatan
perjanjian (bon) dengan Jabatan Kastam dan Kastam dan Eksais. Lesen gudang diperlukan
Eksais untuk menjamin barang-barang tidak
boleh dikeluarkan tanpa menjelaskan duti eksais
3. Gudang dikawal oleh Jabatan Kastam dan 3. Gudang dikawal dan diurus oleh pemilik
Eksais sendiri
4. Menyimpan barang-barang berduti yang 4. Menyimpan barang-barang yang dutinya telah
dutinya belum dibayar dijelaskan atau barang-barang yang tidak
dikenakan duti
5. Hanya menyimpan barang-barang eksport 5. Menyimpan barang-barang keluaran
import sahaja tempatan, eksport dan import
6. Barang-barang tidak boleh dikeluarkan tanpa 6. Barang-barang boleh dikeluarkan bila-bila
menjelaskan duti masa diperlukan
7. Terletak di pelabuhan, stesen kereta api, di 7. Terletak di tempat-tempat yang boleh
bandar-bandar sempadan dan di lapangan memberi
terbang
CIRI-CIRI GUDANG YANG BAIK

1. Lokasi yang strategik


Ditempatkan dilokasi yang strategik seperti di pelabuhan, lapangan terbang, dan perhentian kereta
api untuk memudahkan pergerakan barang-barang.
Mesti mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik seperti jalan raya dan sistem komunikasi.
Memerlukan kawasan yang luas di sekelilingnya untuk memudahkan kerja punggah-memunggah.

2. Mempunyai kemudahan peralatan yang canggih


Dilengkapi dengan peralatan moden untuk memudahkan kerja-kerja punggah-memunggah seperti
forklif, trak pengangkutan, troli supaya barang-barang dapat dikendalikan dengan lebih cermat,
cepat dan selamat.

3. Ruang gudang yang luas dan susunan barang yang teratur


Ruang gudang yang luas dan lapang membolehkan barang-barang disusun dengan kemas dan rapi
mengikut jenis dan kuantiti. Ini memudahkan kerja-kerja seperti menggred, menimbang, menyukat
dsb dijalankan.

4. Sistem rekod yang teratur dan pengurusan yang cekap


Setiap barang yang dikeluarkan atau dimasukkan ke dalam gudang mesti direkodkan dengan
sempurna di dalam buku stok, kad stok atau komputer.

5. Kesesuaian gudang dengan barang-barang yang disimpan


Contohnya,
Gudang tanpa bumbung digunakan untuk menyimpan granite, batu marmar dan pasir.
Gudang yang mempunyai bilik dingin beku sesuai bagi menyimpan barang-barang yang tidak tahan
lama seperti ikan, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Gudang berbumbung tanpa dinding dapat digunakan untuk menyimpan kayu, papan dsb.

6. Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan polisi insurans


Gudang perlu mengutamakan faktor keselamatan yang dapat mencegah kecurian, kebakaran,
kerosakan, dan kehilangan.
Alat pencegah api, pengawal keselamatan dan alat penggera perlu disediakan.
Insurans mesti diambil untuk melindungi gudang dan barang-barang daripada risiko yang tidak
dijangka seperti kecurian, kebakaran dsb.

Anda mungkin juga menyukai