Anda di halaman 1dari 9

JENIS GUDANG

JENIS
GUDANG
Gudang pengilang

Gudang Berbon
Gudang
berlesen
Gudang
kastam

Gudang penyetoran
sejuk
Gudang pemborong

Gudang kerajaan

Gudang peruncit

GUDANG PENGILANG

Dimiliki oleh pengilang.

Menyediakan ruang penstoran kpd pengilang utk


menyimpan bahan mentah.

Pelbagai kerja boleh dilakukan spt menimbang, memotong,


mengotak, membungkus, melabel dan sebagainya.

Saiz gudang bergantung kpd skala pengeluaran kilang


berkenaan.

GUDANG PEMBORONG

Merupakan gudang persendirian dimiliki oleh pemborong.

Digunakan untuk menyimpan barang yg dibeli secara pukal drpd


pengeluar atau pembekal.

Terbahagi kpd dua iaitu gudang am dan gudang khas.

Gudang am :
- digunakan utk menyimpan pelbagai jenis barang yg dibeli
drpd pelbagai pengeluar.
- contoh : perkakas rumah, barang keperluan harian dan barang
makanan.

Gudang khas :
- menyimpan hanya satu keluaran tertentu.
- contoh : gudang beras, gudang pakaian, gudang barangan eletrik.

Fungsinya termasuk memecahkan barangan pukal menjadi kuantiti kecil


melakukan kerja menimbang, membungkus, melabel dan sebagainya.

GUDANG PERUNCIT

Kebanyakan peruncit tidak mempunyai gudang


kerana kuantiti stok yg disimpan adalah kecil.

Bagi peruncit besar-besaran yg mengendalikan stok


dengan banyak, gudang diperlukan utk menyimpan stok
tersebut.

Contohnya : pasar raya, gedung aneka jabatan dan pasar


hyper.

Kedai sejaras yg mempunyai byk cawangan, gudang pusat


perlu disediakan utk menyimpan stok.

GUDANG KERAJAAN

Dimiliki oleh kerajaan dan agensi-agensinya.

Menyediakan kemudahan penstoran bagi menyimpan keluaran


agensi kerajaan.

Menyediakan ruang utk disewakan kpd saudagar, pengimport, atau


pengeskport.

Contoh gudang agensi kerajaan :


a) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan menyediakan gudang
utk menstor hasil pertanian spt koko, lada hitam dan sagu.
b) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yg mempunyai gudang
beku sejuk utk menyimpan hasil tangkapan nelayan.
c) Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS), menyediakan gudang utk
menyimpan stok penimbal beras, mengawal penawaran dan
permintaan, menjamin bekalan sepanjang tahun serta menstabilkan
harga.
d) Terdapat gudang kerajaan yg terletak di pelabuhan dan lapangan
terbang.

GUDANG BERBON

Menyimpan barang-barang bercukai yg cukainya masih belum


dijelaskan.

Selagi cukai tidak dijelaskan, barang tersebut tidak boleh


dikeluarkan dari gudang berbon.

Terletak di pintu masuk sesebuah negara.

Terdiri drpd dua jenis, iaitu :


a) Gudang kastam - diletakkan secara langsung di bawah Pihak
Berkuasa Kastam Diraja Malaysia (milik kerajaan).
b) Gudang berlesen
- mesti menandatangani satu perjanjian Pihak Berkuasa Kastam
Diraja Malaysia.
- perjanjian tersebut melarang barang dibawa keluar dari
gudang melainkan cukai ke atasnya dijelaskan.

Menyimpan barang keluaran tempatan yg dikenakan duti eksais.

KEPENTINGAN GUDANG BERBON


KEPADA
KERAJAAN

Menolong
kerajaan
memungut duti.

Mencegah
pelarian duti.

Membolehkan
kerajaan
mengumpul
maklumat import
& eksport.
Menggalakkan
perniagaan
antarabangsa.

KEPADA
PENGELUAR

KEPADA PENIAGA
Dapat melakukan
kerja-kerja
pemprosesan.

Boleh
menangguhkan
pembayaran duti.

Membolehkan
pengeluaran
dijalankan secara
besar-besaran.

Boleh melakukan
kegiatan memproses
barangan.

Bahan mentah boleh


dikeluarkan secara
sedikit-sedikit.

Boleh
menangguhkan
pembayaran duti.

Boleh menjual
barangan secara
sedikit-sedikit.
Boleh mendapat
pinjaman.

Membantu
perniagaan
entrepot.

PERBEZAAN ANTARA GUDANG


BERBON & GUDANG LAIN
GUDANG BERBON

GUDANG LAIN

Dimiliki oleh kerajaan (gudang


kastam) dan pihak swasta (gudang
berlesen).

Dimiliki secara persendirian oleh


peruncit, pemborong dan pengilang.

Pemilik gudang perlu


menandatangani perjanjian dgn pihak
berkuasa kastam.

Pemilik gudang tidak perlu


menandatangani dgn pihak berkuasa
kastam.

Dikawal oleh pihak berkuasa


kastam.

Tidak dikawal oleh pihak berkuasa


kastam.

Menyimpan barang-barang bercukai


yg cukainya belum dijelaskan.

Menyimpan barang tidak bercukai


atau barang bercukai tetapi cukainya
telah dijelaskan.

Menyimpan barang import atau


barang yg diletakkan dalam bon.

Menyimpan keluar tempatan,


import, dan eskport.

Terletak di sempadan atau di pintu


utama sesebuah negara.

Terletak di mana shj yg boleh


memberi kemudahan kpd peniaga.

PENYETORAN SEJUK

Melibatkan gudang yg dilengkapkan dgn alat dingin uk


menyimpan barang segar dan mudah busuk spt ikan, daging, dan
sayur-sayuran.

Dimiliki oleh kerajaan atau pihak swasta.

Digunakan oleh penjual sayur-sayuran ikan, daging dan makanan


dingin beku. Contoh, syarikat Ayamas, Walls, Magnolia serta
pengeluar minuman spt Nestle dan F & N.

Digunakan utk menyimpan barang mudah rosak bagi menjamin


kesegarannya.

Terletak di pelabuhan dan lapangan terbang utk menyimpan


barang mudah rosak yg diimport atau dieksport.

Anda mungkin juga menyukai