Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A

SOALAN OBJEKTIF
( 20 markah)

1. Apakah tujuan British menduduki Pulau Pinang?


I. Pusat pengumpulan barang
II. Pelabuhan persinggahan
III. Ancaman Russia
IV. Pangkalan tentera
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

2. Sultan Muhammad Jiwa telah meminta bantuan daripada SHTI


kerana___________
A. Ancaman Bugis
B. Ancaman lanun
C. Ancaman Burma
D. Ancaman Belanda

3. Berikut adalah Negeri-Negeri Selat kecuali


A. Melaka
B. Singapura
C. Selangor
D. Pulau Pinang

4. Pada 8 Februari 1819 Stamford Raffles telah membuat perjanjian dengan 2


tokoh penting. Siapakah mereka?
I. Temenggung Abdul Rahman
II. Sultan Mahmud
III. Sultan Abdul Rahman
IV. Sultan Hussein
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

5. Apakah matlamat British membentuk Negeri Negeri Selat


A. Menguasai Selat Melaka
B. Mengatasi perdagangan Belanda
C. Menyebarkan agama Kristian
D. Desakan Sultan

6. Mengapakah berlakunya Perang Dingin antara British dan Belanda di Alam


Melayu?
A. Perang Napoleon di Eropah
B. Pencerobohan British di Pulau Pinang
C. Mendakwa Singapura di bawah pengaruh Belanda
D. Menyaingi perebutan kawasan jajahan

1
7. Melaka telah dikuasai oleh ____________ pada tahun 1511
A. British
B. Belanda
C. Portugis
D. Sepanyol

8. Mengapakah Sultan Abdullah diancam oleh Siam?


A. Menuntut kembali penghantaran bunga emas
B. Menuntut Kedah menjadi negeri jajahan Siam
C. Menuntut Sultan Abdullah menyerahkan Kedah kepada Siam
D. Menyokong Burma semasa Perang Siam-Burma

9. Apakah kepentingan Singapura kepada British?


A. Sebagai pembuangan tawanan perang
B. Sebagai pelabuhan bebas cukai
C. Sebagai tanah jajahan
D. Pusat pangkalan tentera

10. Mengapakah kerabat diraja Kedah menentang Sultan Muhammad Jiwa?


A. Tidak bersetuju dengan pelantikan Raja Abdullah sebagai Raja Muda
B. Menentang kerjasama Sultan dengan orang-orang Bugis
C. Desakan orang Bugis
D. Desakan Siam

11. Siapakah pemerintah Kesultanan Johor Riau yang bersemayam di Lingga?


A. Sultan Abdul Rahman
B. Raja Hussein
C. Temenggung Abdul Rahman
D. Sultan Mahmud

12. Apakah sebab Sultan Muhammad Jiwa memohon bantuan ketenteraan


daripada SHTI?
A. Serangan daripada Belanda
B. Perebutan takhta di Kedah
C. Serangan daripada orang Bugis
D. Serangan daripada Siam

13. Belanda telah meminta pertolongan British untuk menjaga kawasan jajahan
mereka di Asia Tenggara disebabkan tercetusnya________________di
Eropah.
A. Perang Dunia Pertama
B. Perang Napoleon
C. Perang Warsaw
D. Perang Salib

2
14. Nyatakan sebab Tengku Hussein tidak dilantik sebagai Sultan Johor walaupun
beliau ialah anak sulung dan pengganti yang sah?
A. Tidak disokong oleh pembesar Johor
B. Tipu muslihat Stamford Raffles
C. Tidak hadir semasa Almarhum Sultan dimakamkan kerana berada di
Pahang
D. Tengku Hussein tidak berminat jadi sultan.

15. Antara berikut, apakah factor-faktor yang membawa pakatan antara British dan
Belanda di Eropah?
I. Menamatkan pertikaian di Alam Melayu
II. Menamatkan pertikaian antara Belanda dan Perancis
III. Mengukuhkan persahabatan di Eropah
IV. Penyelesaian untuk perdamaian
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

16. Siapakah Persuruhjaya pertama Pulau Pinang yang mentadbir Pulau Pinang?
A. Francis Xavier
B. Francis Light
C. George Leith
D. Stamford Raffles

17. British telah membentuk Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Apakah pusat
pentadbiran pertamanya?
A. Pulau Pinang
B. Melaka
C. Singapura
D. Selangor

18. British telah menubuhkan _______________dan ____________ di Negeri-


negeri Selat untuk meluluskan undang-undang sendiri.
I. Majlis Eksekutif
II. Majlis Negeri
III. Majlis Presiden
IV. Majlis Perundangan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

19. Nyatakan faktor utama penubuhan Pejabat Tanah Jajahan oleh British.
A. Menguruskan kewangan British
B. Menguruskan pedagang-pedagang British
C. Menguruskan perlombongan tanah jajahan British
D. Menguruskan hal ehwal tanah jajahan British

3
20. Apakah sebab utama system kapitan diteruskan di Melaka?
A. Memastikan pertanian lada hitam dan gambir diuruskan oleh imigran
Cina
B. Memastikan perlombongan getah diuruskan oleh imigran India
C. Meujudkan keamanan dalam komuniti kaum
D. Memastikan tiada pergaduhan kongsi gelap.

JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF


ARAHAN: Hitamkan jawapan di bawah

4
BAHAGIAN B
( SOALAN STRUKTUR)
30 markah

1. ( a ) Namakan tiga Negeri-negeri Selat.


i. _______________________________________________________
ii. _______________________________________________________
iii. _______________________________________________________
[3m]
( b ) Jelaskan kepentingan penubuhan Negeri-negeri Selat.
i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________
iv. ________________________________________________________
[4m]
( c ) Nyatakan ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin
agar mereka dapat mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh penjajah.
i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________
[3m]

2. ( a )Apakah tujuan British menduduki Pulau Pinang ?


i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________
iv. ________________________________________________________
[4m]
( b ) Nyatakan sebab-sebab pemerintah Kedah meminta bantuan daripada
SHTI dari tahun 1700 – 1800.
i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________
[3m]

5
( c ) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda ambil untuk
menghadapi ancaman Siam?
i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________
[3m]

3. ( a ) Nyatakan dua kuasa yang terlibat dengan Perjanjian London 1824.


i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
[ 2m ]

(b ) Apakah kesan Perjanjian London 1824?


i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________
[ 6 m]

( c ) Apakah iktibar yang boleh diambil daripada pertikaian antara British


dengan Belanda di Alam Melayu?
i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
[2m]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ SOALAN TAMAT ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anda mungkin juga menyukai