Anda di halaman 1dari 11

Isi Kandungan

Bil.
1.0
2.0

Tajuk
Pengenalan
Permainan kategori jaring atau dinding
2.1 Nama
22. Matlamat
2.3 Objektif
2.4 Tarikh
2.5 Jangka masa
2.6 Tempat
2.7 Kumpulan sasaran

3.0

2.8 Bilangan peserta


Panduan pelaksanaan permainan
3.1 Jawatankuasa kerja
3.2 Senarai nama peserta
3.3Senarai semak sebelum, semasa dan selepas
pelaksanaan
3.4 Senarai alatan
3.5 Prosedur pelaksanaan permainan
3.6 Pelan kedudukan pelaksanaan permainan
3.7 Langkah-langkah pelaksanaan permainan

4.0
5.0

3.8 Peraturan dan syarat-syarat permainan


Rumusan
Refleksi

1.0 Pengenalan

Muka Surat

Permainan kanak-kanak dalam Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan


kepada empat kategori, iaitu kategori sasaran, kategori jaring atau dinding, kategori
serangan atau pertahanan dan kategori memukul. Sebenarnya, semua kategori
permainan ini adalah di bawah satu konsep Teaching Games for Understanding
(TGFU). Konsep ini merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang
dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982. Konsep ini
merupakan satu cara pengajaran permainan untuk tujuan kefahaman yang dapat
menarik minat dan perhatian murid-murid sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Tujuan utama adalah supaya mereka tidak berasa bosan apabila belajar.
TGFU boleh memberi murid-murid pemahaman yang lebih menyeluruh
terhadap setiap permainan. Pada masa yang sama, murid-murid mempunyai
peluang untuk memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tersebut.
TGFU juga menekankan peningkatan tahap aktiviti fizikal murid-murid kerana muridmurid memerlukan ketangkasan serta kecergasan untuk bermain permainan. Oleh
itu, TGFU amat sesuai untuk diadakan dalam sekolah rendah dan sekolah
menengah kerana ia boleh memberi murid-murid keseronokan dalam menjalankan
aktiviti fizikal.
Selain itu, TGFU juga dapat menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai
tempat dan masa yang sesuai untuk bersaing sesama murid, movitasi dan bersuka
ria. Permainan ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk mengeratkan
hubungan persahabatan dan kerjasama sesama sendiri. Melalui permainan, muridmurid juga akan melibatkan diri secara aktif untuk memperoleh kemenangan dan
berpeluang untuk membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan keadaan
secara pantas dan serta-merta dalam permainan. Peraturan permainan dalam TGFU
adalah lebih bebas dan sedikit kerana ia lebih mengutamakan keseronokan.
Kumpulan kami telah memilih untuk menjalankan satu permainan kecil yang
berkaitan dengan kategori jaring atau dinding. Rakan kelas kami juga akan terlibat
dalam permainan ini supaya setiap orang memahami konsep tentang permainan
kategori jaring atau dinding.

2.0Permainan Kategori Jaring Atau Dinding

2.1 Nama:
Pass and Gol
2.2 Matlamat
Setelah menjalankan aktiviti ini, murid-murid akan dapat:

Berkembang dari segi pertumbuhan fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal

pada setiap peringkat perkembangan manusia.


Mengembangkan potensi yang terpendam dan bakat mereka juga dapat

dicungkil melalui permainan ini.


Memperolehi kemahiran-kemahiran baru dan lebih memahami konsep-

konsep tertentu serta pelbagai latar perhubungan bagi permainan ini.


Meningkatkan ketangkasan pergerakan dan otak menjadi cergas.
Membentuk dan memperkembangkan personaliti dan kognitif mereka.
Memperolehi pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat.
Menambah pengetahuan tentang bahagian-bahagian anggota tubuh badan

dan memahami mekanisme serta fungsi otot-otot dalam tubuh badan mereka.
Menghayati dan mengamakan nilai murni semasa menjalankan permainan
sesama ahli dalam kumpulan.

2.3 Objektif:
a. Psikomotor

Melakukan teknik menghantar dan menerima bola dengan betul.


Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran menghantar dan menerima

bola dalam aktiviti yang berkaitan.


Menguji ketangkasan dan kecergasan murid.
Melatih koordinasi murid.

b. Kognitif

Menyatakan 3 langkah keselamatan terhadap diri sendiri semasa melakukan

aktiviti menghantar dan menerima bola.


Menyatakan tujuan dan tempoh melakukan aktiviti menghantar dan menerima
bola.

c. Afektif

Menunjukkan perasaan seronok melalui mimik muka dan sorakan.

Melatih murid bekerjasama antara ahli kumpulan.

2.4 Tarikh
18 September-19 September 2012
2.5 Jangka masa
8.00am-5.00pm
2.6 Tempat
Gelanggang tenis, IPG Kampus Ipoh
2.7 Kumpulan sasaran
Murid tahun 3
2.8 Bilangan Peserta
20 orang

3.0 Panduan Pelaksanaan Permainan


3.1 Jawatankuasa Kerja
Pengelola
AJK Mencatat Markah
AJK Peralatan
AJK Menjaga Masa

:
:
:
:

Teo Kian Tien


Lee Ai Chyi
Philip Hung Fung Soon
Hoh Rui Voon, Low Hui Seet

Pengadil

: Wong Mee Mee

3.2 Senarai Nama Peserta


Bil
.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Kumpulan A
Wong Chun Kai
Cheu Ching Ding
Lu Wei Kwong
Philip Hung Fung Soon
Wong WikWang
Adrience Loh Yee Shuen
Amanda Cheah Wei Hua
Eileen Ho Li Chin
Lee Mei Wei
Lim Ai Ling

Kumpulan B
Lee Cung Lim
Lim Cee Feng
Tan Wee Chuan
Albert Chin Jun Cheng
Hong A Lern
Chin Yee Ying
Ngu Lih Ting
Poh Yen Xian
Tan Jia Yuh
Teoh Ching Chew

3.3 Senarai Semak Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan


a) Senarai Semak
Bil.

Perkara
Sebelum

1.

Perbincangan tentang permainan

Tindakan
Semasa Selepas

(jaring/dinding) diadakan antara ahli-ahli


2.
3.

kumpulan.
Perancangan pelan permainan.
Prosedur dan syarat-syarat ditetapkan bagi
permainan.

4.

Pemilihan dan penyediaan peralatan yang

5.
6.

sesuai untuk permainan.


Persiapan untuk tapak permainan.
Langkah- langkah keselamatan yang

7.

diambil kira.
Refleksi dibuat bersama-sama dengan ahli

kumpulan.
b) Senarai Semak Peralatan
Bil
.
1.
2.
3.

Nama Alatan

Bilangan Alatan

Bola gimnastik
Gelung rotan
Bit

Semakan

1
6
10

c) Senarai Semak Sebelum Permainan


Bil

Perkara

Semakan

.
1. Tempat perlaksanaan permainan dikosongkan.
2. Peralatan disediakan.
3. Semua peserta melaporkan diri.
4. Peserta berpakaian sukan.
5. Memanaskan badan sebelum memulakan permainan.
d) Senarai Semak Semasa Permainan
Bil

Perkara

.
1.

Pengelola memberi penerangan tentang cara

2.
3.
4.
5.

permainan.
Pengira markah menerangkan cara pengiraan mata.
Pemantau menerangkan peraturan permainan.
Pengadil pastikan bilangan peserta mencukupi.
Pengadil pastikan permainan dijalankan dengan adil.

Semakan

e) Senarai Semak Selepas Permainan


Bil
.
1.

Perkara
Pengira markah mengira dan mengumumkan jumlah

Semakan

2.
3.
4.

markah.
Peralatan dikemas dan dipulangkan.
Menyejukkan badan selepas permainan.
Refleksi bersama peserta permainan dijalankan.

3.4 Senarai alatan


Bola Gimnastik (1)
Gelung rotan (6)
Bit (10)
3.5 Prosedur pelaksanaan permainan
I.
II.
III.
IV.

Melantik ahli jawatankuasa kerja.


Merancang permainan yang akan dimainkan.
Menamakan permainan tersebut.
Menentukan permainan ini dimainkan di mana (sama ada padang atau

V.
VI.
VII.
VIII.
IX.

gelanggang).
Memastikan jenis dan bilangan alatan yang diperlukan dalam permainan.
Membuat peraturan dan syarat-syarat permainan.
Menentukan masa permainan ini diadakan.
Memastikan bilangan peserta dan agihkan ke dalam kumpulan.
Pastikan kawasan permainan boleh digunakan pada hari tersebut dan tidak

X.
XI.
XII.

mempunyai bahan atau barang yang membahayakan peserta.


Pastikan alatan yang diperlukan cukup dan dalam keadaan baik.
Mengambil kedatangan peserta dan pastikan mereka dalam keadaan sihat.
Pulangkan alatan ke tempat asal.

3.6 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

Kon
10.97 m

Zon A

23.78m
mm

11.89m
m

Jaring

Zon B
Gelung rotan

Gelanggang
Tenis

3.7 Langkah-langkah Pelaksanaan Permainan


i.
ii.

Permainan ini dijalankan dalam kumpulan.


Semua peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, 1 kumpulan 10 orang (5

iii.

perempuan, 5 lelaki).
Ketua kumpulan keluar melambung duit siling untuk menentukan

iv.

kumpulan mana membuka bola dan kumpulan mana yang memakai bit.
4 ahli kumpulan A masuk ke gelanggang Zon A manakala 4 ahli

v.

kumpulan B masuk ke gelanggang Zon B.


Seorang perempuan dan dua lelaki dari Kumpulan A masuk ke
gelanggang Zon B manakala seorang perempuan dan dua orang lelaki

vi.
vii.

dari Kumpulan B masuk ke gelanggang Zon A.


Permainan dimulakan dengan membuka bola di kawasan pihak lawan.
Permainan ini dijalankan sebanyak dua pusingan dan setiap pusingan
selama 10 minit. Masa rehat antara dua pusingan adalah selama dua

viii.
ix.

minit.
Setiap zon mempunyai tiga gelung rotan di belakangnya dan setiap
gelung rotan mewakili setiap gol.
Peserta yang memegang gelung rotan boleh mengerakkan gelung rotan
untuk memudahkan kumpulannya mendapat markah.

3.8 Peraturan dan Syarat-syarat Permainan


i.

Peserta lain harus berada di luar jarak satu langkah dengan pemegang

ii.

bola.
Peserta lain tidak boleh merampas bola yang berada dengan pemegang

iii.
iv.
v.

bola.
Tidak boleh menolak peserta lain.
Peserta perlu membuka bola di kawasan gelangang pihak lawan.
Peserta yang memegang gelung mesti dua langkah di belakang garisan

vi.

gelanggang.
Sesiapa yang melakukan kesalahan, bola akan diberikan kepada pihak

lawan.
4.0 Kesimpulan
Permainan kategori jaring atau dinding ini sesuai untuk permainan secara
kumpulan, tetapi ia juga boleh diubahsuai untuk dimainkan secara berpasangan.
Walaubagaimanapun, banyak alatan dan ruang diperlukan jika permainan ini
dijalankan secara berpasangan. Hal ini demikian supaya semua murid boleh
bermain dalam masa yang sama.
Permainan ini memerlukan peserta yang cergas dan mempunyai ketangkasan
yang baik kerana mereka memerlukan kekuatan fizikal untuk mendapatkan bola dan
bertindak dengan pantas dan tepat mengikut keadaan. Oleh itu, para peserta perlu
sentiasa dalam keadaan sedar akan situasi dan bekerjasama dengan ahli kumpulan.
Justeru, nilai murni yang baik turut dapat disemai dalam jiwa peserta melalui
permainan yang dijalankan.
Murid-murid pasti akan suka cara belajarsambil bermain

memandangkan

kanak-kanak suka bergerak dan bukannya belajar secara pasif. Tambahan pula,
murid kurang atau tidak mengalami tekanan apabila mereka mengamalkan cara
pembelajaran ini. Oleh sebab itu, murid-murid akan belajar dengan lebih seronok
dan menumpukan perhatian terhadap permainan ini.
Potensi seseorang murid dalam aspek jasmani juga dapat dicungkil melalui
permainan ini. Contohnya, guru mendapati bahawa murid boleh menghantar bola
dengan tepat selepas bermain permainan ini. Justeru, perkara ini membolehkan
seseorang mengembangkan potensinya dengan lebih menyeluruh.

Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak harus


mengabaikan permainan yang terdapat dalam kandungan sukatan pelajaran.
Sebaliknya, para pendidik harus sentiasa berusaha untuk membimbing murid-murid
dalam permainan tersebut. Pada masa yang sama, guru harus sentiasa memberikan
motivasi kepada mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam permainan. Hal ini
kerana permainan ini bukan sahaja membolehkan murid-murid mempunyai badan
yang cergas, tetapi juga mempunyai otak yang cerdas.

5.0 Refleksi
Pada

akhir

kerja

kursus

ini,

kami

berasa

gembira

kerana

telah

menyiapkannya pada masa yang ditetapkan. Kami telah memperoleh pebagai


pengetahuan semasa menjalankan tugasan ini.
Kami telah lebih mengenali dan mengetahui tentang konsep dan jenis
permainan kecil selepas menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana, kami tidak
didedahkan dan tidak memahami permainan kecil sebelum ini. Kami juga menyedari
sebab permainan kecil dinyatakan dalam kandungan sukatan pelajaran dan
kebaikan murid menjalankan permainan kecil. Oleh itu, kami sebagai guru akan
mengadakan permainan kecil kepada murid-murid pada masa kelak.
Kami juga telah membuat rujukan dan perbincangan bersama-sama
sepanjang melakukan tugasan ini. Seterusnya, kami mencari dan berkongsi
maklumat serta bertukar pandangan antara satu sama lain. Melalui perbincangan ini,
nilai kerjasama dan hormat-menghormati dapat kami pupukkan antara satu sama
lain. Hal ini membantu kami melancarkan lagi proses penyiapan kerja kursus dan
dapatlah disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Justeru, tidak begitu susah untuk
menyelesaikan tugasan ini walaupun pada awalnya kami menyangka ia agak sukar
untuk mengenal pasti kehendak soalan kerja kursus ini.
Kami juga telah memberikan draf kepada pensyarah untuk disemak dan
mendapati bahawa ada kelemahan yang terdaapat di dalam permainan tersebut.
Kelemahan tersebut adalah dari segi alatan yang digunakan dalam permainan. Oleh

itu, kami mengubahsuai permainan tersebut dan minta pandangan pensyarah sekali
lagi supaya permainan kami bertepatan dengan kategori permainan kami.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak
faedah kepada kami. Kami mendapat pengetahuan berkaitan dengan permainan
kecil dalam kategori jaring atau dinding. Kami berharap dapat mengadakan aktiviti
permainan kecil pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai