Anda di halaman 1dari 5

ISI KANDUNGAN

BIL

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

PERKARA

MUKA SURAT

Kata Aluan YDP SMK Kuala Ketil


Kata Aluan Pengetua SMK Kuala Ketil
Atur Cara Program
Agenda Mesyuarat Agung Persatuan Ibu-bapa dan Guru
Kali Ke 36 Sesi 2016/2017
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 35 Sesi 2015/2016
Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2015/2016
Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2015/2016
Laporan Kewangan PIBG SMK Kuala Ketil Sesi 2015/2016 13-14
Usul / Maklum balas & Cadangan

10.Lampiran

i
ii
1
2
3-10
11
12
15
16

Ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana


Analisis Peperiksaan STPM 2015
Analisis Peperiksaan SPM 2015
Analisis Peperiksaan PT3 2015
Laporan Kokurikulum 2015
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 36 Sesi 2016/2017
Borang Penyataan Usul
Takwim Kurikulum Sekolah 2016
Takwim Persekolahan dan Peperiksaan 2016
Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)

Sarana Sekolah dan Sarana Ibu-bapa


Propektus Sekolah
Sekalung Budi & Penghargaan

KATA ALUAN YDP PIBG SMK KUALA KETIL

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

17-23
24
25-26
27-28
29-32
33-34
35
36
37
38-39

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita berkumpul dengan
berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kuala Ketil kali ke-36.
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung
PIBG 2015/2016 yang telah berusaha gigih menyempurnakan dan menjayakan program ini. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang dapat hadir pada
mesyuarat kali ini.
Peranan dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan guru semakin hari semakin mencabar
dan corak didikan kini memerlukan titik perubahan yang melibatkan semua pihak. Oleh itu, Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) harus memulakan langkah mencorak perubahan agar dapat memainkan
peranan yang berkesan bagi mamacu dan melonjakkan kecemerlangan pendidikan di SMK Kuala Ketil.
Bagi pihak PIBG pembangunan bukanlah hanya dalam bentuk fizikal dan infrastruktur sahaja, tetapi
aspek pembangunan modal insan juga amat dititikberatkan. Kita mengimpikan warga SMK Kuala Ketil
khususnya para pelajar mempunyai keterampilan diri serta berpersonaliti unggul. Ibu bapa juga harus
mempersiapkan diri agar sumbangan dan idea yang dicurahkan sentiasa relevan dengan keperluan
pendidikan masa kini dan seterusnya dapat memastikan anakanak kita dilengkapkan dengan ilmu
dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang,
Dalam usaha menjamin kecemerlangan pendidikan, adalah diharapkan agar guru-guru dapat
mengambil inisiatif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka di sekolah.Namun,
penglibatan ibu bapa dan penjaga dalam aktiviti serta kegiatan yang dianjurkan oleh PIBG juga amat
penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.PIBG merupakan saluran perantaraan
komunikasi antara guru-guru dan ibu bapa atau penjaga Maka amat wajarlah kerjasama ini dibina
berasaskan kemuliaan dan kesucian hati. Oleh itu, sebagai ibu bapa kita harus sentiasa menyokong
para guru agar mereka lebih bermotivasi untuk menjayakan misi dan visi sekolah.
Akhir kata, saya menaruh sepenuh kepercayaan dan harapan kepada barisan peneraju PIBG
sesi 2016 /2017 untuk menyumbangkan usaha dan tenaga ke arah mencapai kecemerlangan yang
kita cita-citakan.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan kepercayaan
yang diberikan kepada saya sebagai Yang Dipertua. Sesungguhnya segala harapan saya ini datangnya
daripada hati saya yang ikhlas demi kemajuan anak-anak didik SMK Kuala Ketil .
Sekian Terima Kasih

(EN MD. FADIL BIN ARIFFIN)


Yang Dipertua PIBG
SMK Kuala Ketil 2015/2016

KATA ALUAN PENGETUA SMK KUALA KETIL


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam
ASEAN.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat
mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 khusus bagi Sekolah Menengah Kebangsaan
Kuala Ketil.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibu bapa yang dapat hadir pada Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-36 ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan
visi dan misi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil mencapai kecemerlangan di bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah pelajar. Saya mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG telah banyak
menabur jasa buah fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta pelbagai program sekolah.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang melaksanakan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-36 dengan penuh komitmen.
Tuan-tuan dan puan-puan, selaras dengan anjakan ke-9, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013- 2025, sesungguhnya kolaborasi dalam semua aspek amat diperlukan daripada semua
warga sekolah ini bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Kerjasama yang erat bagai aur dengan tebing
diharap dapat membawa perubahan bersepadu dalam mengangkat martabat sekolah sekali gus
mengangkat martabat pendidikan di Malaysia. Kita sedia maklum bahawa tahun 2015 merupakan tahun
akhir gelombang pertama PPPM. Segala tindakan harus selari dengan lima aspirasi dan enam
pencapaian pelajar.
Keberhasilan pelajar perlu diterjemahkan melalui anjakan paradigma sekolah abad 21. Para guru
bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran bilik darjah abad 21 dengan kepelbagaian
aktiviti seperti KBAT dan I-THINK. Cabaran negara adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan
pengetahuan atau k-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Justeru, membangunkan
sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing,
merupakan satu keperluan. Oleh itu, pendidikan abad ke-21 telah memberi perubahan yang menarik
terhadap sekolah, guru, pelajar dan kurikulum.
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan
Program Komuniti ASEAN di semua sekolah, Institut Pendidikan Guru dan Matrikulasi. Program ini
adalah bertujuan meningkatkan pengetahuan murid berkaitan sosio budaya dan kehidupan masyarakat
dalam negara-negara ASEAN. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Institut
Pendidikan Guru dan Matrikulasi adalah dimohon melaksanakan program kesedaran, publisiti dan
promosi berkaitan Komuniti ASEAN di peringkat sekolah, IPG dan Matrikulasi. Program ini hendaklah
dilaksana secara berfokus seperti melaksana program promosi kesedaran berkaitan Komuniti ASEAN,
melaksana sebaran maklumat berkaitan Komuniti ASEAN, meningkatkan kesedaran murid berkaitan
Komuniti ASEAN melalui aktiviti PdP, program 5 minit dalam perhimpunan, menyediakan sudut /laluan
berkaitan Komuniti ASEAN, menganjurkan pertandingan mengarang (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris).
Akhir kata, kerjasama erat daripada semua guru dan ibu bapa amat diperlukan untuk membentuk
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil sebuah sekolah penyayang yang kekal abadi. Dengan
pegangan nilai murni penyayang, semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil, saya yakin
bahawa suasana pembelajaran dan pengajaran di sekolah akan pasti kondusif dan harmoni, pencapaian
kurikulum, kokurikulum serta kemenjadian pelajar juga akan cemerlang.
Sekian, wabilahi taufiq walhidayah wassalamu'alaikum warahmatulli wabarakatuh.
AB MALEK BIN SULAIMAN
Pengetua
SMK Kuala Ketil

Anda mungkin juga menyukai