Anda di halaman 1dari 1

BUANG VIRUS SHORTCUT GUNA CMD

Berkenaan dengan penulisan entri

pada kali ini akan ditunjukkan cara-cara membuang virus

shortcut secara manual. Virus shortcut merupakan virus yang membuat jangkitan dan seterusnya
akan membuat fail shortcut daripada folder tertentu dan menyembunyikan folder asal. Virus shortcut
juga dilengkapi dengan folder recycler yang bergantung dari jenis virus. Virus ini juga mempunyai
kandungan virus trojan dan worm untuk melakukan kerosakan pada sistem windows terutamanya
pada explorer.exe dan cmd.exe. Memandangkan virus shortcut ini boleh mendatangkan mudarat
pada komputer jom belajar cara-cara untuk menyingkirkannya.
1. Buka Command Prompt. Start- All Program- Accessories- Command Prompt. Kalau nak
cepat, klik Run, taip cmd dan klik ok. Perisian Command Prompt akan muncul. Sebelum
itu, Scan terlebih dahulu pendrive anda menggunakan anti-virus. Pastikananda buang virus
yang dikesan oleh anti-virus tersebut.
2. Seterusnya, lihat nama drive pada pendrive anda samaada F,C,T dan sebagainya. Cuma
jangan taip abjad C atau D kerana C dengan D adalah hak milik cakera keras dan komputer
anda. Taip attrib -h-r-s/s/d f :\*.* dan klik enter. Yang admin boldkan (f) tu adalah
nama drive pada pendrive.
3. Selepas beberapa minit (dalam 2 minit macam tu) pergi ke lokasi pendrive anda dan anda
akan dapati folder yang telah disorok oleh virus tadi akan muncul semula dan folder yang
mengandungi virus akan menunjukkan anak panah. Jadi, delete / buang folder
itu. Ingat! anda mestilah membuang folder yang mempunyai anak panah sahaja dan biarkan
folder yang tiada anak panah.

4. Tutup kembali pendrive anda dan buka kembali. Anda dapat melihat kesemua folder yang
disimpan boleh digunakan semula.
5. Siap. :D
P/s: Kalau nak lebih selamat, scan kembali pendrive anda selepas membuang virus shortcut dari
pendrive anda.

Anda mungkin juga menyukai