Anda di halaman 1dari 58

PERINCIAN CARA PENGUBATAN MENGIKUT AMALAN RASULULLAH

Oleh : Daniel Zainal Abidin

Ar-Rasul telah meninggalkan kepada kita kaedah-kaedah penting berhubung
dengan cara pengubatan.

1. Perdampingan dengan Allah dengan mengingati Allah berdoa

dan bersabar.

2. Kerehatan

3. Jampi dan bertangkal

4. Menggembirakan pesakit

5. Pengubatan Kejiwaan (Psychoterapy)

6. Pengasingan Atau Isolation/Quarantine

7. Menganalisa Untuk Memastikan Punca Penyakit

8. Berpantang Ketika Sakit

9. Memakan Ubat

10. Memasukkan Ubat Ke Dalam Rongga-Rongga Badan

11. Menyapu Ubat Di Atas Kulit (Topical Application)

12. Pembedahan (Operation)

1. Perdampingan dengan Allah dengan mengingati Allah berdoa dan

bersabar.
Ini disebabkan, Penyembuh yang sebenamya ialah Allah. Adalah sesuatu yang
tidak masuk diakal sekiranya mereka yang sakit enggan untuk berdamping
dengan Dia Yang Maha Penyembuh dan mereka bersikap menjauhkan diri
daripadaNya.
i) Firman Allah:

"Ingatilah Aku nescaya Aku akan mengingatimu."

(Al-Baqarah: 152)
Ingatilah Allah, moga-moga Allah akan mengingati mereka yang sakit dengan
pertolonganNya.

Ibn Hisyam meriwayatkan bagaimana Ar-Rasul bersembahyang duduk ketika

sakit sebelum wafat. Menunjukkan perdampingan dengan Allah perlu berterusan
walaupun ketika sakit.
ii) Bersabda Ar-Rasul:
"Kamu hendaklah mengambil dua jenis ubat:- madu dan Qur'an."
(Baihaqi dan Ibn Majah)
Membacakan Al-Qur'an merupakan ubat penting di dalam kehidupan manusia, di
samping ubat-ubat lain. Pembacaan Al Qur'an akan merapatkan lagi hubungan
seseorang dengan Allah.
iii)Pesakit-pesakit juga tidak boleh lupa daripada berdoa kepada Allah.
Perhatikanlah hadis ini:"Letakkanlah tangan kamu di bahagian yang kamu terasa sakit. Kemudian
bacalah

tiga kali dan kemudian

bacalah

sebanyak tujuh kali!"

Berkata Osman, "Aku pun melakukannya dan Allah menghilangkan kesakitan ku

itu!"
(Muslim)
Si doktor juga perlu berdoa untuk si pesakit.
Lihatlah bagaimana Ar-Rasul berdoa untuk Saad ibn Waqqas:
"(3x)
"Ya Allah, sembuhkanlah Saad." (3x)
(Muslim)
iv) Di samping itu pesakit-pesakit dan para-para doktor mesti memahami bahawa
kesabaran adalah penting di samping berusaha, kerana penyakit yang menimpa
akan
mengkifaratkan dosa-dosa.
Bersabda Ar-Rasul:
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau
kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa duri
(yang mengenai), melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya."
(Bukhari dan Muslim)

2. Kerehatan
Pesakit-pesakit mestilah disuruh berehat untuk mengembalikan kekuatan kepada
mereka. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Sekiranya seseorang sedang sakit ataupun bermusafir akan dicatatkan (pahala)
baginya seperti mana yang dilakukannya semasa bermukim dan sihat."
(Bukhari)
Seseorang yang sakit yang terpaksa meninggalkan amalan amalan sunat yang
telah dilakukannya semasa ia sihat akan mendapat pahala yang sama
seolah~lah ia telah beramal dengan ibadahibadah itu semasa ia sakit. Ini
disebabkan pesakit-pesakit amnya keletihan dan kurang kekuatan diri lantas
mereka perlu banyak berihat. Ini merupakan kelonggaran yang Allah berikan
kepada mereka yang sakit.
3. Jampi dan bertangkal.
Berhubung dengan ini, mengikut satu hadis:
Sahabat-sahabat telah bertanya Ar-Rasul tentang jampi. Bersabda Ar-Rasul:
"Bacakan jampi kamu kepada saya. Tidak ada salahnya dengan jampi, selagi
mana tidak ada kesyirikan di dalamnya."
(Muslim)
Dengan ini menunjukkan kepada kita tentang keharusan menggunakan jampi
dalam usaha-usaha pengubatan, asalkan isinya tidak bercanggah dengan aqidah
Islam (iaitu jampi dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an dan doa-doa serta
wirid-wirid dari Rasulullah s.a.w.) Adapun jika isi-isi jampi itu bercanggah dengan
aqidah dan syari'at, maka diharamkan.
Adapun tentang penggunaan tangkal, Ar-Rasul ada bersabda:
"Sesiapa yang menggantungkan tangkal, maka Allah tidak akan
menyelamatkannya....''
(Ahmad dan Hakim)
Mengikut satu hadis yang lain, Nabi telah bersabda:
"Jika salah seorang daripada kamu mengalami ketakutan diwaktu tidur,
hendaklah ia mengucapkan doa (yang ertinya): "Aku berlindung dengan kalimahkalimah Allah yang sempurna dari kemarahan siksaanNya dan dari kejahatan
hamba-hambaNya dan dari bisikan-bisikan syaitan, dan agar syaitan tidak
menghampiri.' Dengan itu syaitan tidak akan dapat menimpakan bencana ke
atasnya." Sahabat AWullah ibn Umar telah mengajar doa ini kepada anakanaknya yang boleh bercakap dan untuk anak-anaknya yang masih kecil, yang
masih belum boleh bercakap, ia menulis doa ini untuk dijadikan tangkal untuk
mereka itu.

(Abu Daud, An Nasai, Hakim dan Tarmuzi. Kata Tarmuzi - Hassan Gharib. Kata
Hakim -- Sahih)
Di antara ulama-ulama yang mengharuskan penggunaan tangkal (dengan
menggunakan ayat Qur'an, wirid-wirid dan doa-doa ma'thur) ialah Aisyah, Malik,
Syafie, asalkan ia tidak mengiktiqadkan bahawa tangkal itu mampu
menghindarkannya dari sebarang malapetaka.
Di antara ulama-ulama yang tidak mengizinkannya ialah Abdullah ibn Abbas,
Abdullah ibn Mas'ud, Huzaifah, dan Imam Hanafi.
Untuk lebih berhati-hati, lebih baiklah kita tidak menggunakan tangkal di dalam
pengubatan, sebab Ar-Rasul tidak pernah menggunakannya ketika berubat.
Wallahu a'alam.
4. Menggembirakan Pesakit.
Pesakit perlu diberikan semangat dan kekuatan psikologi. Ini akan
menghilangkan perasaan putus asa. Jangan sekali-sekali dikatakan
kepadanya: "Awak sudah tidak ada harapan lagi!"
Telah bersabda Ar-Rasul:
"Tatkala kamu menziarahi seseorang pesakit hilangkanlah kerisauannya
tentang ajalnya. Walaupun ini tidak dapat menolak sesuatu, tetapi ia
dapat menenangkan jiwa.
(Ibn Majah dan Tarmuzi)
Di samping itu mintalah sipesakit mendoakan kita, kerana doanya dimakbulkan Allah.
Telah bersabda Ar-Rasul:
"Apabila kamu menziarahi seseorang pesakit, suruhlah dia berdoa untuk
kamu, kerana sesungguhnya doanya seperti doa malaikat."
(Ibn Majah)
Namun di institusi-institusi perubatan sekarang, sering kita melihat
para doktor, jururawat-jururawat dan lain-lainnya mengherdik dan
menengking pesakit-pesakit, Ini cukup menyedihkan bukan
menggembirakan mereka.
5. Pengubatan Kejiwaan (Psychotherapy)
Cara ini, insyaAllah, amat baik jika digunakan untuk mengubati
setengah pesakit-pesakitjiwa. Seorang doktor perlu berbincang dengan
penuh kelembutan dan kebijaksanan dengan seseorang pesakit untuk
mencuba menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapinya.
Perhatikanlah bagaimana bijaksananya Ar-Rasul menyelesaikan
masalah seorang anak muda yang berpenyakit jiwa di zaman dahulu:

Telah datang seorang anak muda kepada Ar-Rasul dan ia berkata: "Ya
Rasulullah, bolehkah kamu mengizinkan saya untuk berzina?" Maka
orang ramai pun menjadi riuh rendah. Lantas berkata: "Marilah kesini!"
Maka pemuda itu pun menghampiri dan duduk di hadapan Ar- Rasul.
Bersabda Ar-Rasul:
"Apakah kamu suka ini berlaku kepada ibu kamu?"
Jawab anak muda itu:
"Tidak moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untuk mu!
Bersabda Ar-Rasul :
"Begitulah juga manusia, mereka tidak menyukai ini berlaku kepada ibuibu mereka. Apakah
kamu suka ini berlaku kepada anak perempuan kamu?"
Jawabnya :
"Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!"
Bersabda Ar-Rasul :
"Begitulah juga manusia, mereka tidak menyukai ini berlaku kepada ibuibu
Jawabnya :
"Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!"
Bersabda Ar-Rasul :
"Begitulah juga dengan orang lain, mereka tidak suka ini berlaku
kepada
anak-anak perempuan mereka. Adakah kamu suka ini berlaku kepada
saudara
perempuan kamu?"
Jawabnya :
'"Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!"
Bersabda Ar-Rasul :
"Begitulah juga dengan orang lain, mereka tidak suka ini berlaku ke
atas
saudara-saudaraperempuan mereka!"

Kemudian Ar-Rasul bertanya tentang emak saudaranya dan jawapannya

juga tidak!
Lantas Ar-Rasul pun meletakkan tangan kanan Baginda di atas dada
anak muda itu seraya berdoa:- '"Ya Allah, bersihkanlan hatinya.
Ampunilah dosanya dan peliharalah kemaluannya."
Maka bangunlah anak muda itu dan tidak ada perkara yang paling di
bencinya ketika itu melainkan zina
(Ahmad)
Alangkah sempurnanya pengubatan kejiwaan yang dilakukan oleh ArRasul. Sesungguhnya tidaklah jiwa yang bersih sahaja yang dapat
membersihkan jiwa-jiwa yang kotor? Lihatlah pula 'psychotherapy' di
zaman moden ini, yang dilaksanakan oleh mereka yang hati-hati mereka
bernajis. Hasilnya ialah yang berpenyakit akan bertambah penyakitnya!
Perlu diingat bahawa psychotherapy ini mestilah diasaskan kepada
landasan syari'at dan bukan di atas landasan kufur seperti konsep tiaptiap perbuatan berpunca daripada kehendak-kehendak seks yang
diutarakan oleh Sigmend Freud dan lain-lainnya.
6. Pengasingan Atau Isolation/Quarantine.
Islam telah mengutarakan konsep pengasingan (iaitu mereka Yang sakit
tidak boleh bergaul dengan mereka yang sihat terutamanya di dalam
pengubatan penyakit-penyakit berjangkit).
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Sekiranya kamu terdengar taun menyerang di suatu tempat, jangan
kamu memasuki tempat itu. Dan sekiranya kamu berada di suatu
tempat dan taun menyerang, jangan kamu keluar daripadanya."
(Bukhari dan Muslim)
7. Menganalisa Untuk Memastikan Punca Penyakit.
Pada dasamya Islam (dibidang perubatan) menerima hakikat bahawa
tanda-tanda zahir penyakit (symptoms) yang sama bukan bermakna
punca dan sebab penyakit juga adalah sama.
Perhatikanlah apa yang Ar-Rasul sabdakan tentang darah istihadhah:
"Ia adalah berpunca dari saluran darah dan bukanlah ia darah haidh..."
(Bukhari dan Muslim)
Daripada ini jelas menunjukkan, walaupun seseorang wanita boleh
mengalami keadaan keluamya darah daripada farajnya, akan tetapi
sebabnya mungkin berbeza. Satu disebabkan oleh penyakit disaluran

darah yang di panggil sebagai istihadhah dan sebab yang lain ialah
haidh. (Diseases with the same symptoms but different causes).
Islam menekankan aspek memastikan punca penyakit untuk tiap-tiap
penyakit terlebih dahulu sebelum diberikan ubat. Ini disebabkan,
sekiranya ubat yang salah di berikan kepada pesakit, akibatnya lebih
membahayakan daripada mendatangkan kemanfaatan. Oleh itu ubat
yang diberikan mestilah mampu, dengan izin Allah, mengubati punca
sesuatu penyakit (cause), bukan hanya mampu mengurangkan tandatanda zahir penyakit itu (symptomatic treatment).
Perhatikanlah sabda Ar-Rasul tentang penyakit yang dibawa oleh lalat:
"Jika terjatuh lalat di dalam bekas (air atau minuman) seorang di antara
kamu, maka hendaklah dibenamkannya kemudian dikeluarkannya,
kerana sesungguhnya salah satu daripada dua sayapnya mempunyai
penawar dan sayapnya yang lain mempunyai penyakit."
(Bukhari)
Di dalam hadis ini, Ar-Rasul memberi isyarat tentang kepentingan
menghapuskan punca penyakit dengan ubat yang tertentu. Ar-Rasul
tidak menyuruh sahabat-sahabat Baginda membiarkan saja racun dari
lalat itu dimakan dan kemudian apabila kelihatan tanda-tanda racun itu
dibadan (symptoms), maka terus diubati sahaja tanda-tanda zahir itu.
Akan tetapi Ar-Rasul menyuruh kita memusnahkan punca penyakit ini
dari awal-awal lagi, dengan menyuruh sahabat- sabahat membenamkan
lalat itu didalam bekas makanan ataupun minuman. Ini merupakan
suatu peringatan tentang kepentingan memusnahkan punca penyakit di
dalam usaha-usaha pengubatan.
Mengikut hadis yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi telah
mengubati penyakit sihir yang menimpa Baginda dengan mengeluarkan
bahan-bahan sihir daripada sebuah perigi dan kemudian membuangnya.
Ini juga merupakan petanda bahawa pengubatan sesuatu penyakit
mestilah bermula dengan memastikan puncanya terlebih dahulu dan
kemudian menghilangkan atau memusnahkan punca atau penyebab
sesuatu penyakit itu.
Lihatlah pula perkataan Imam Ibn Qaiyim tentang cara pengubatan
penyakit pening:- "Dan cara pengubatannya berbagai-bagai kerana
pelbagaian jenis dan sebab-sebabnya. Ada bentuk pening yang
memerlukan pembuangan sesuatu benda dari badan. Ada yang
memerlukan makanan-makanan (tertentu)..."
Perkataan Ibn Qaiyim menunjukkan kepada kita tentang kepentingan
memastikan punca sesuatu 'symptom' (tanda penyakit) sebelum
memulakan rawatan. Kesamaan'symptoms' penyakit-penyakit bukan
bermakna kesamaan punca!. Lantas tidak salah bagi umat Islam
mengujudkan makmal-makmal tertentu untuk memeriksa umpamanya,

air kencing, air ludah dan sebagainya untuk memastikan punca sesuatu
penyakit, sekiranya ini diperlukan. Begitulah juga diharuskan
penggunaan X-ray, alat-alat ultrasounds dan lain-lainnya untuk
menentukan sebab sesuatu penyakit ketika ini diperlukan.
8. Berpantang Ketika Sakit.
Islam menyuruh mereka yang sedang mengidap sesuatu penyakit,
berpantang daripada apa-apa saja, yang akan menyemarakkan dan
menambahkan lagi serangan sesuatu penyakit itu.
Mengikut satu riwayat:- "Rasulullah telah memasuki rumah Ummu
Munzir bersama Saidina Ali. Saidina Ali ketika itu sedang hampir
sembuh daripada penyakitnya. Rasulullah pun bangun mencapai buahbuah tamar yang tergantung di dalam rumah itu untuk dimakannya dan
Saidina Ali pun turut bangun untuk mengambil buah tamar seperti yang
dilakukan oleh Ar-Rasul. Lantas Ar-Rasul pun bersabda kepada Saidina
Ali: "Sesungguhnya kamu hampir-hampir sembuh daripada penyakit!"
Saidina Ali pun tidak jadi memakan buah-buah tamar itu. Ummu Munzir
pun memasak bubur gandum dan menjamu mereka dengannya.
Bersabda ArRasul kepada Ali: "Makanlah ini. Ia lebih bermanfaat untuk
kamu."
(Abu Daud, Ibn Majah dan Tarmuzi)
Di dalam hadis yang lain, Suhaib telah berkata aku pun datang kepada
Rasulullah, dan di hadapan Baginda ketika itu terhidang roti dan buah
tamar, Bersabda Ar-Rasul: "Marilah dan makan." Maka aku pun
mengambil buah tamar dan terus memakannya." Bertanya Ar-Rasul:
"Adakah kamu memakan buah tamar sedangkan mata kamu sedang
sakit?"
(Tarmuzi dan Al Hakim)
Walau bagaimanpun, jika sipesakit berselera mtuk memakan makanan
yang sepatutnya dipantangi, maka berikanlah sedikit makanan itu
kepadanya. Jangan dihalangi sama sekali daripada menjamahnya, keran
andaikata dihalangi ini akan mendatangkan lebih banyak kemudharatan
daripada kemudharatan apabila ia memakan sedikit sahaja daripada
makanan itu.
Satu ketika Saidina Ali telah datang kepada Nabi dan ketika itu ia
(Saidina Ali) sedang sakit mata. Di hadapan Ar-Rasul ketika itu
terhidang buah-buah tamar yang sedang dimakannya. Bersabda ArRasul "Ya Ali, adakah kamu teringin kepada buah tamar ini?" (Abu
Nuai'm dan Ibn Majah - Hadis Hasan) Maka Ar-Rasul memberikan sebijisebiji buah-buah tamar kepadanya hingga genap tujuh biji. Selepas itu
Baginda bersabda: "Cukuplah setakat ini"
(Abu Nuai'm dan Ibn Majah -- Hadis Hann)

Adapun tentang makanan-makanan lain yang tidak harus dipantangi

oleh sipesakit, berikanlah apa saja yang disukainya.
Satu ketika Ar-Rasul telah memiarahi seorang sahabat yang sedang
sakit dan bertanya kepadanya: "Apakah makanan yang kamu terasa
suka untuk memakannya?"
Jawabnya: "Aku teringin hendak memakan roti gandum."
Bersabda Ar-Rasul:
Kemudian bersabda Ar-Rasul:
"Sesiapa yang mempunyai roti gandum, maka hantarlah ia kepada
saudaranya."
"Sekiranya seseorang pesakit di antara kamu berkehendakkan sesuatu
berikanlah makanan itu kepadanya."
(Ibn Majah)
Kesimpulannya:- Sekiranya sipesakit perlu dipantangi daripada sesuata
makanan, janganlah diberikan makanan itu kepadanya. Tetapi kalau ia
berkeinginan juga untuk menjamahnya berikanlah sedikit makanan itu
kepadanya. Adapun makanan-makanan lain berikanlah mengikut
kesukaannya.
9. Memakan Ubat.
Satu bentuk rawatan yang telah ditunjukkan oleh Ar-Rasul ialah
memberi ubat-ubat untuk dimakan oleh pesakit-pesakit (oral
medication).
Menurut satu hadis:
Seorang sahabat telah datang memberitahu Ar-Rasul bahawa
saudaranya sedang diserang oleh penyakit cirit-birit. Maka Nabi pun
menyuruh agar diberikan madu kepada saudaranya, untuk dimakan.
Akan tetapi penyakit cirit-birit saudaranya itu tidak berkurangan malah
semakin bertambah buruk. Sahabat ini telah menjumpai Ar-Rasul
sebanyak tiga kali mengadukan perkara ini dan di setiap kali
perjumpaan itu, Ar-Rasul menyuruh agar diteruskan memberi madu.
Pada kali yang keempatnya, Nabi pun bersabda: "Allah bercakap benar
dan perut saudaramu yang ber- dusta." Lantas diberikan madu untuk
kali yang keempatnya, maka baiklah penyakit saudaranya itu.
(Bukhari dan Muslim)
10. Memasukkan Ubat Ke Dalam Rongga-Rongga Badan.
Harus juga memasukkan ubat ke dalam rongga-rongga badan sekiranya
ia diperlukan untuk mengubati sesuatu penyakit.

Sesungguhnya Nabi telah menyuruh mengubati sejenis penyakit

bernanah di antara hidung dan halltum dengan memasuk- kan ubat ke
dalam rongga hidung sipesakit itu.
(Abu Daud)
Di dalam hadis yang lain:
Seorang wanita telah diserangi penyakit di bahagian matanya, lantas
berkatalah Abdullah ibn Mas'ud: "Sekiranya kamu melakukan seperti
mana yang dilakukan oleh Ar-Rasul ini lebih baik untuk kamu dan lebih
layak untuk sembuh iaitu kamu memasukkan air ke dalam mata kamu
dan berkata: Jauhilah penyakit. Wahai Tuhan bagi manusia, sembuhilah
penyakit kerana Kamulah Yang Maha Penyembuh dan tidak ada ubat
melainkan ubat kamu, penawar yang tidak akan meninggalkan
penyakit."
(Ahmad, Ibn Majah dan Hakim)
Lantas harus memasukkan ubat-ubat ke dalam rongga-rongga badan
seperti hidung, mata, telinga dan lain-lainnya sekiranya ini diperlukan
untuk merawati sesuatu penyakit.
11. Menyapu Ubat Di Atas Kulit (Topical Application)
Ar-Rasul pernah berubat dengan cara menyapu ubat di atas kulit yang
dihinggapi oleh penyakit.
Menurut satu hadis:
'Tidak mengenai Rasulullah sesuatu luka ataupun duri melainkan
disapukan inai diatasnya."
(Tarmuzi)
12. Pembedahan (Operation)
Pada ketika-ketika diperlukan, Islam mengizinkan pembedahan
dilakukan keatas sipesakit.
Menurut satu hadis:
"Nabi telah menghantar seorang tabib kepada Ubai ibn Kaab yang
sedang sakit. Tabib itu telah memotong saluran darahnya dan kemudian
menyelar (cauterize).
(Muslim)
Menurut satu hadis yang lain:
Abdullah ibn Abbas telah berkata: "Nabi telah berbekam dan telah
memberi upah kepada sipembekam darah.

(Bukhari dan Muslim)

Berbekam bererti memotong satu bahagian badan untuk mengeluarkan darah daripadanya. Kesemuanya ini menunjukkan harus
memotong badan sipesakit untuk mengeluarkan darah dan melakukan
pembedahan pembedahan lain dalam usaha untuk mengubati pesakit.
Peringatan:i) Umat Islam digalakkan untuk mengkaji dan menganalisa dengan lebih
mendalam perkara-perkara yang berhubung dengan bidang perubatan
ini, samada untuk mewujudkan ubat-ubat yang lebuh mujarrab ataupun
untuk mengenal pasti teknik-teknik rawatan dan pengesanan penyakit
(diagnosis) yang lebih baik ataupun yang lain-lainnya, insyaAllah.
Ini berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Kalimah yang bijaksana ialah barang yang kehilangan dari seorang
yang bijaksana. Di mana saja ia mendapatinya, dialah yang lebih berhak
memilikinya."
(Ibn Majah dan Tarmuzi)
Berhubung dengan ini Hasan Al-Banna telah berkata: "Islam
membebaskan akal mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan
ahli-ahli ilmu. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan berman- faat.
Hikmah adalah suatu barang yang hilang daripada seorang mukmin di
mana saja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak
memilikinya." 58
Sesungguhnya usaha-usaha yang seperti ini adalah merupakan suatu
ibadah.
ii) Kadang-kadang di dalam proses pengubatan, para doktor ter- paksa
membuat keputusan-keputusan Yang besar. Umpamanya ia terpaksa
memilih satu di antara dua cara untuk mengubati seseorang pesakit
sedangkan kedua-dua cara pengubatan itu mempunyai kemudharatankemudharatan yang tersendiri. Sebagai contoh, per- soalan samada
perlukah suatu pembedahan yang berisiko tinggi dilakukan ataupun
dibiarkan sahaja sipesakit dengan keadaannya, yang mana ini juga
mempunyai risiko yang tinggi.
Kaedah yang mesti dipegang ialah:-

"Harus mengambil yang ringan di antara dua kemudharatan."

Sekiranya seseorang doktor tidak ada pilihan melainkan ter- paksa
memilih satu di antara dua bentuk pengubatan yang sama sama
memudharatkan, hendaklah dipilih cara pengubatan yang kurang
memudharatkan dibandingkan dengan cara yang lainnya. Sebagai
contoh, Ar Rasul pernah menyuruh dua sahabat Baginda memakai
sutera untuk mengubati penyakit gatal mereka. Hadis ini diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim.
Walaupun jelas mengikut kacamata syari'at, memakai sutera bagi lelaki
adalah memudharatkan kerana ianya haram, tetapi ianya merupakan
kemudharatan yang lebih ringan jika dibandingkan dengan
kemudharatan yang akan menimpa jika dibiarkan penyakit gatal-gatal
ini berterusan! Lantas Ar-Rasul telah memilih kemudharatan yang lebih
ringan dengan mengizinkan kedua-dua orang sahabat Baginda itu
memakai sutera untuk seketika.
http://www.members.tripod.com/ppim/konsep1.htm

PERINCIAN CARA PENGUBATAN MENGIKUT

AMALAN RASULULLAH
Daniel Zainal Abidin
Ar-Rasul telah meninggalkan kepada kita kaedah-kaedah penting berhubung
dengan cara pengubatan.
1. Perdampingan dengan Allah dengan mengingati Allah berdoa dan
bersabar.
2. Kerehatan
3. Jampi dan bertangkal
4. Menggembirakan pesakit
5. Pengubatan Kejiwaan (Psychoterapy)
6. Pengasingan Atau Isolation/Quarantine
7. Menganalisa Untuk Memastikan Punca Penyakit
8. Berpantang Ketika Sakit
9. Memakan Ubat

10. Memasukkan Ubat Ke Dalam Rongga-Rongga Badan

11. Menyapu Ubat Di Atas Kulit (Topical Application)
12. Pembedahan (Operation)
1. Perdampingan dengan Allah dengan mengingati Allah berdoa dan bersabar.
Ini disebabkan, Penyembuh yang sebenamya ialah Allah. Adalah sesuatu
yang tidak masuk diakal sekiranya mereka yang sakit enggan untuk
berdamping dengan Dia Yang Maha Penyembuh dan mereka bersikap
menjauhkan diri daripadaNya.
i) Firman Allah:

"Ingatilah Aku nescaya Aku akan mengingatimu."

(Al-Baqarah: 152)
Ingatilah Allah, moga-moga Allah akan mengingati mereka yang sakit
dengan pertolonganNya.
Ibn Hisyam meriwayatkan bagaimana Ar-Rasul bersembahyang duduk
ketika sakit sebelum wafat. Menunjukkan perdampingan dengan Allah perlu
berterusan walaupun ketika sakit.
ii) Bersabda Ar-Rasul:
"Kamu hendaklah mengambil dua jenis ubat:- madu dan Qur'an."
(Baihaqi dan Ibn Majah)
Membacakan Al-Qur'an merupakan ubat penting di dalam kehidupan
manusia, di samping ubat-ubat lain. Pembacaan Al Qur'an akan merapatkan
lagi hubungan seseorang dengan Allah.
iii)Pesakit-pesakit juga tidak boleh lupa daripada berdoa kepada Allah.
Perhatikanlah hadis ini:"Letakkanlah tangan kamu di bahagian yang kamu terasa sakit. Kemudian
bacalah
bacalah

tiga kali dan kemudian

sebanyak tujuh kali!"

Berkata Osman, "Aku pun melakukannya dan Allah menghilangkan kesakitan ku

itu!"
(Muslim)
Si doktor juga perlu berdoa untuk si pesakit.
Lihatlah bagaimana Ar-Rasul berdoa untuk Saad ibn Waqqas:

"(3x)
"Ya Allah, sembuhkanlah Saad." (3x)
(Muslim)
iv) Di samping itu pesakit-pesakit dan para-para doktor mesti memahami
bahawa
kesabaran adalah penting di samping berusaha, kerana penyakit yang
menimpa akan
mengkifaratkan dosa-dosa.
Bersabda Ar-Rasul:
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau
kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa
duri (yang mengenai), melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya."
(Bukhari dan Muslim)
2. Kerehatan
Pesakit-pesakit mestilah disuruh berehat untuk mengembalikan kekuatan
kepada mereka. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Sekiranya seseorang sedang sakit ataupun bermusafir akan dicatatkan
(pahala) baginya seperti mana yang dilakukannya semasa bermukim dan
sihat."
(Bukhari)
Seseorang yang sakit yang terpaksa meninggalkan amalan amalan sunat
yang telah dilakukannya semasa ia sihat akan mendapat pahala yang sama
seolah~lah ia telah beramal dengan ibadahibadah itu semasa ia sakit. Ini
disebabkan pesakit-pesakit amnya keletihan dan kurang kekuatan diri lantas
mereka perlu banyak berihat. Ini merupakan kelonggaran yang Allah berikan
kepada mereka yang sakit.
3. Jampi dan bertangkal.
Berhubung dengan ini, mengikut satu hadis:
Sahabat-sahabat telah bertanya Ar-Rasul tentang jampi. Bersabda Ar-Rasul:
"Bacakan jampi kamu kepada saya. Tidak ada salahnya dengan jampi, selagi
mana tidak ada kesyirikan di dalamnya."
(Muslim)
Dengan ini menunjukkan kepada kita tentang keharusan menggunakan jampi
dalam usaha-usaha pengubatan, asalkan isinya tidak bercanggah dengan
aqidah Islam (iaitu jampi dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an dan doadoa serta wirid-wirid dari Rasulullah s.a.w.) Adapun jika isi-isi jampi itu
bercanggah dengan aqidah dan syari'at, maka diharamkan.

Adapun tentang penggunaan tangkal, Ar-Rasul ada bersabda:

"Sesiapa yang menggantungkan tangkal, maka Allah tidak akan
menyelamatkannya....''
(Ahmad dan Hakim)
Mengikut satu hadis yang lain, Nabi telah bersabda:
"Jika salah seorang daripada kamu mengalami ketakutan diwaktu tidur,
hendaklah ia mengucapkan doa (yang ertinya): "Aku berlindung dengan
kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahan siksaanNya dan dari
kejahatan hamba-hambaNya dan dari bisikan-bisikan syaitan, dan agar
syaitan tidak menghampiri.' Dengan itu syaitan tidak akan dapat
menimpakan bencana ke atasnya." Sahabat AWullah ibn Umar telah
mengajar doa ini kepada anak-anaknya yang boleh bercakap dan untuk anakanaknya yang masih kecil, yang masih belum boleh bercakap, ia menulis doa
ini untuk dijadikan tangkal untuk mereka itu.
(Abu Daud, An Nasai, Hakim dan Tarmuzi. Kata Tarmuzi - Hassan Gharib. Kata
Hakim -- Sahih)
Di antara ulama-ulama yang mengharuskan penggunaan tangkal (dengan
menggunakan ayat Qur'an, wirid-wirid dan doa-doa ma'thur) ialah Aisyah,
Malik, Syafie, asalkan ia tidak mengiktiqadkan bahawa tangkal itu mampu
menghindarkannya dari sebarang malapetaka.
Di antara ulama-ulama yang tidak mengizinkannya ialah Abdullah ibn
Abbas, Abdullah ibn Mas'ud, Huzaifah, dan Imam Hanafi.
Untuk lebih berhati-hati, lebih baiklah kita tidak menggunakan tangkal di
dalam pengubatan, sebab Ar-Rasul tidak pernah menggunakannya ketika
berubat. Wallahu a'alam.
4. Menggembirakan Pesakit.
Pesakit perlu diberikan semangat dan kekuatan psikologi. Ini akan
menghilangkan perasaan putus asa. Jangan sekali-sekali dikatakan
kepadanya: "Awak sudah tidak ada harapan lagi!"
Telah bersabda Ar-Rasul:
"Tatkala kamu menziarahi seseorang pesakit hilangkanlah
kerisauannya tentang ajalnya. Walaupun ini tidak dapat menolak
sesuatu, tetapi ia dapat menenangkan jiwa.
(Ibn Majah dan Tarmuzi)
Di samping itu mintalah sipesakit mendoakan kita, kerana doanya dimakbulkan Allah.

Telah bersabda Ar-Rasul:

"Apabila kamu menziarahi seseorang pesakit, suruhlah dia berdoa
untuk kamu, kerana sesungguhnya doanya seperti doa malaikat."
(Ibn Majah)
Namun di institusi-institusi perubatan sekarang, sering kita melihat
para doktor, jururawat-jururawat dan lain-lainnya mengherdik dan
menengking pesakit-pesakit, Ini cukup menyedihkan bukan
menggembirakan mereka.
5. Pengubatan Kejiwaan (Psychotherapy)
Cara ini, insyaAllah, amat baik jika digunakan untuk mengubati
setengah pesakit-pesakitjiwa. Seorang doktor perlu berbincang dengan
penuh kelembutan dan kebijaksanan dengan seseorang pesakit untuk
mencuba menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapinya.
Perhatikanlah bagaimana bijaksananya Ar-Rasul menyelesaikan
masalah seorang anak muda yang berpenyakit jiwa di zaman dahulu:
Telah datang seorang anak muda kepada Ar-Rasul dan ia berkata: "Ya
Rasulullah, bolehkah kamu mengizinkan saya untuk berzina?" Maka
orang ramai pun menjadi riuh rendah. Lantas berkata: "Marilah
kesini!" Maka pemuda itu pun menghampiri dan duduk di hadapan ArRasul.
Bersabda Ar-Rasul:
"Apakah kamu suka ini berlaku kepada ibu kamu?"
Jawab anak muda itu:
"Tidak moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untuk mu!
Bersabda Ar-Rasul :
"Begitulah juga manusia, mereka tidak menyukai ini berlaku kepada
ibu-ibu mereka. Apakah
kamu suka ini berlaku kepada anak perempuan kamu?"
Jawabnya :
"Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!"
Bersabda Ar-Rasul :
"Begitulah juga manusia, mereka tidak menyukai ini berlaku kepada
ibu-ibu

Jawabnya :
"Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!"
Bersabda Ar-Rasul :
"Begitulah juga dengan orang lain, mereka tidak suka ini berlaku
kepada
anak-anak perempuan mereka. Adakah kamu suka ini berlaku kepada
saudara
perempuan kamu?"
Jawabnya :
'"Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!"
Bersabda Ar-Rasul :
"Begitulah juga dengan orang lain, mereka tidak suka ini berlaku ke
atas
saudara-saudaraperempuan mereka!"
Kemudian Ar-Rasul bertanya tentang emak saudaranya dan
jawapannya juga tidak!
Lantas Ar-Rasul pun meletakkan tangan kanan Baginda di atas dada
anak muda itu seraya berdoa:- '"Ya Allah, bersihkanlan hatinya.
Ampunilah dosanya dan peliharalah kemaluannya."
Maka bangunlah anak muda itu dan tidak ada perkara yang paling di
bencinya ketika itu melainkan zina
(Ahmad)
Alangkah sempurnanya pengubatan kejiwaan yang dilakukan oleh ArRasul. Sesungguhnya tidaklah jiwa yang bersih sahaja yang dapat
membersihkan jiwa-jiwa yang kotor? Lihatlah pula 'psychotherapy' di
zaman moden ini, yang dilaksanakan oleh mereka yang hati-hati
mereka bernajis. Hasilnya ialah yang berpenyakit akan bertambah
penyakitnya! Perlu diingat bahawa psychotherapy ini mestilah
diasaskan kepada landasan syari'at dan bukan di atas landasan kufur
seperti konsep tiap-tiap perbuatan berpunca daripada kehendakkehendak seks yang diutarakan oleh Sigmend Freud dan lain-lainnya.
6. Pengasingan Atau Isolation/Quarantine.
Islam telah mengutarakan konsep pengasingan (iaitu mereka Yang sakit
tidak boleh bergaul dengan mereka yang sihat terutamanya di dalam
pengubatan penyakit-penyakit berjangkit).
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sekiranya kamu terdengar taun menyerang di suatu tempat, jangan

kamu memasuki tempat itu. Dan sekiranya kamu berada di suatu
tempat dan taun menyerang, jangan kamu keluar daripadanya."
(Bukhari dan Muslim)
7. Menganalisa Untuk Memastikan Punca Penyakit.
Pada dasamya Islam (dibidang perubatan) menerima hakikat bahawa
tanda-tanda zahir penyakit (symptoms) yang sama bukan bermakna
punca dan sebab penyakit juga adalah sama.
Perhatikanlah apa yang Ar-Rasul sabdakan tentang darah istihadhah:
"Ia adalah berpunca dari saluran darah dan bukanlah ia darah
haidh..."
(Bukhari dan Muslim)
Daripada ini jelas menunjukkan, walaupun seseorang wanita boleh
mengalami keadaan keluamya darah daripada farajnya, akan tetapi
sebabnya mungkin berbeza. Satu disebabkan oleh penyakit disaluran
darah yang di panggil sebagai istihadhah dan sebab yang lain ialah
haidh. (Diseases with the same symptoms but different causes).
Islam menekankan aspek memastikan punca penyakit untuk tiap-tiap
penyakit terlebih dahulu sebelum diberikan ubat. Ini disebabkan,
sekiranya ubat yang salah di berikan kepada pesakit, akibatnya lebih
membahayakan daripada mendatangkan kemanfaatan. Oleh itu ubat
yang diberikan mestilah mampu, dengan izin Allah, mengubati punca
sesuatu penyakit (cause), bukan hanya mampu mengurangkan tandatanda zahir penyakit itu (symptomatic treatment).
Perhatikanlah sabda Ar-Rasul tentang penyakit yang dibawa oleh lalat:
"Jika terjatuh lalat di dalam bekas (air atau minuman) seorang di
antara kamu, maka hendaklah dibenamkannya kemudian
dikeluarkannya, kerana sesungguhnya salah satu daripada dua
sayapnya mempunyai penawar dan sayapnya yang lain mempunyai
penyakit."
(Bukhari)
Di dalam hadis ini, Ar-Rasul memberi isyarat tentang kepentingan
menghapuskan punca penyakit dengan ubat yang tertentu. Ar-Rasul
tidak menyuruh sahabat-sahabat Baginda membiarkan saja racun dari
lalat itu dimakan dan kemudian apabila kelihatan tanda-tanda racun
itu dibadan (symptoms), maka terus diubati sahaja tanda-tanda zahir
itu. Akan tetapi Ar-Rasul menyuruh kita memusnahkan punca penyakit
ini dari awal-awal lagi, dengan menyuruh sahabat- sabahat
membenamkan lalat itu didalam bekas makanan ataupun minuman. Ini

merupakan suatu peringatan tentang kepentingan memusnahkan punca

penyakit di dalam usaha-usaha pengubatan.
Mengikut hadis yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi telah
mengubati penyakit sihir yang menimpa Baginda dengan mengeluarkan
bahan-bahan sihir daripada sebuah perigi dan kemudian
membuangnya. Ini juga merupakan petanda bahawa pengubatan
sesuatu penyakit mestilah bermula dengan memastikan puncanya
terlebih dahulu dan kemudian menghilangkan atau memusnahkan
punca atau penyebab sesuatu penyakit itu.
Lihatlah pula perkataan Imam Ibn Qaiyim tentang cara pengubatan
penyakit pening:- "Dan cara pengubatannya berbagai-bagai kerana
pelbagaian jenis dan sebab-sebabnya. Ada bentuk pening yang
memerlukan pembuangan sesuatu benda dari badan. Ada yang
memerlukan makanan-makanan (tertentu)..."
Perkataan Ibn Qaiyim menunjukkan kepada kita tentang kepentingan
memastikan punca sesuatu 'symptom' (tanda penyakit) sebelum
memulakan rawatan. Kesamaan'symptoms' penyakit-penyakit bukan
bermakna kesamaan punca!. Lantas tidak salah bagi umat Islam
mengujudkan makmal-makmal tertentu untuk memeriksa umpamanya,
air kencing, air ludah dan sebagainya untuk memastikan punca sesuatu
penyakit, sekiranya ini diperlukan. Begitulah juga diharuskan
penggunaan X-ray, alat-alat ultrasounds dan lain-lainnya untuk
menentukan sebab sesuatu penyakit ketika ini diperlukan.
8. Berpantang Ketika Sakit.
Islam menyuruh mereka yang sedang mengidap sesuatu penyakit,
berpantang daripada apa-apa saja, yang akan menyemarakkan dan
menambahkan lagi serangan sesuatu penyakit itu.
Mengikut satu riwayat:- "Rasulullah telah memasuki rumah Ummu
Munzir bersama Saidina Ali. Saidina Ali ketika itu sedang hampir
sembuh daripada penyakitnya. Rasulullah pun bangun mencapai buahbuah tamar yang tergantung di dalam rumah itu untuk dimakannya
dan Saidina Ali pun turut bangun untuk mengambil buah tamar seperti
yang dilakukan oleh Ar-Rasul. Lantas Ar-Rasul pun bersabda kepada
Saidina Ali: "Sesungguhnya kamu hampir-hampir sembuh daripada
penyakit!" Saidina Ali pun tidak jadi memakan buah-buah tamar itu.
Ummu Munzir pun memasak bubur gandum dan menjamu mereka
dengannya. Bersabda ArRasul kepada Ali: "Makanlah ini. Ia lebih
bermanfaat untuk kamu."
(Abu Daud, Ibn Majah dan Tarmuzi)
Di dalam hadis yang lain, Suhaib telah berkata aku pun datang kepada
Rasulullah, dan di hadapan Baginda ketika itu terhidang roti dan buah
tamar, Bersabda Ar-Rasul: "Marilah dan makan." Maka aku pun
mengambil buah tamar dan terus memakannya." Bertanya Ar-Rasul:

"Adakah kamu memakan buah tamar sedangkan mata kamu sedang

sakit?"
(Tarmuzi dan Al Hakim)
Walau bagaimanpun, jika sipesakit berselera mtuk memakan makanan
yang sepatutnya dipantangi, maka berikanlah sedikit makanan itu
kepadanya. Jangan dihalangi sama sekali daripada menjamahnya,
keran andaikata dihalangi ini akan mendatangkan lebih banyak
kemudharatan daripada kemudharatan apabila ia memakan sedikit
sahaja daripada makanan itu.
Satu ketika Saidina Ali telah datang kepada Nabi dan ketika itu ia
(Saidina Ali) sedang sakit mata. Di hadapan Ar-Rasul ketika itu
terhidang buah-buah tamar yang sedang dimakannya. Bersabda ArRasul "Ya Ali, adakah kamu teringin kepada buah tamar ini?" (Abu
Nuai'm dan Ibn Majah - Hadis Hasan) Maka Ar-Rasul memberikan
sebiji-sebiji buah-buah tamar kepadanya hingga genap tujuh biji.
Selepas itu Baginda bersabda: "Cukuplah setakat ini"
(Abu Nuai'm dan Ibn Majah -- Hadis Hann)
Adapun tentang makanan-makanan lain yang tidak harus dipantangi
oleh sipesakit, berikanlah apa saja yang disukainya.
Satu ketika Ar-Rasul telah memiarahi seorang sahabat yang sedang
sakit dan bertanya kepadanya: "Apakah makanan yang kamu terasa
suka untuk memakannya?"
Jawabnya: "Aku teringin hendak memakan roti gandum."
Bersabda Ar-Rasul:
Kemudian bersabda Ar-Rasul:
"Sesiapa yang mempunyai roti gandum, maka hantarlah ia kepada
saudaranya."
"Sekiranya seseorang pesakit di antara kamu berkehendakkan sesuatu
berikanlah makanan itu kepadanya."
(Ibn Majah)
Kesimpulannya:- Sekiranya sipesakit perlu dipantangi daripada sesuata
makanan, janganlah diberikan makanan itu kepadanya. Tetapi kalau ia
berkeinginan juga untuk menjamahnya berikanlah sedikit makanan itu
kepadanya. Adapun makanan-makanan lain berikanlah mengikut
kesukaannya.
9. Memakan Ubat.
Satu bentuk rawatan yang telah ditunjukkan oleh Ar-Rasul ialah
memberi ubat-ubat untuk dimakan oleh pesakit-pesakit (oral
medication).

Menurut satu hadis:

Seorang sahabat telah datang memberitahu Ar-Rasul bahawa
saudaranya sedang diserang oleh penyakit cirit-birit. Maka Nabi pun
menyuruh agar diberikan madu kepada saudaranya, untuk dimakan.
Akan tetapi penyakit cirit-birit saudaranya itu tidak berkurangan
malah semakin bertambah buruk. Sahabat ini telah menjumpai ArRasul sebanyak tiga kali mengadukan perkara ini dan di setiap kali
perjumpaan itu, Ar-Rasul menyuruh agar diteruskan memberi madu.
Pada kali yang keempatnya, Nabi pun bersabda: "Allah bercakap benar
dan perut saudaramu yang ber- dusta." Lantas diberikan madu untuk
kali yang keempatnya, maka baiklah penyakit saudaranya itu.
(Bukhari dan Muslim)
10. Memasukkan Ubat Ke Dalam Rongga-Rongga Badan.
Harus juga memasukkan ubat ke dalam rongga-rongga badan
sekiranya ia diperlukan untuk mengubati sesuatu penyakit.
Sesungguhnya Nabi telah menyuruh mengubati sejenis penyakit
bernanah di antara hidung dan halltum dengan memasuk- kan ubat ke
dalam rongga hidung sipesakit itu.
(Abu Daud)
Di dalam hadis yang lain:
Seorang wanita telah diserangi penyakit di bahagian matanya, lantas
berkatalah Abdullah ibn Mas'ud: "Sekiranya kamu melakukan seperti
mana yang dilakukan oleh Ar-Rasul ini lebih baik untuk kamu dan
lebih layak untuk sembuh iaitu kamu memasukkan air ke dalam mata
kamu dan berkata: Jauhilah penyakit. Wahai Tuhan bagi manusia,
sembuhilah penyakit kerana Kamulah Yang Maha Penyembuh dan
tidak ada ubat melainkan ubat kamu, penawar yang tidak akan
meninggalkan penyakit."
(Ahmad, Ibn Majah dan Hakim)
Lantas harus memasukkan ubat-ubat ke dalam rongga-rongga badan
seperti hidung, mata, telinga dan lain-lainnya sekiranya ini diperlukan
untuk merawati sesuatu penyakit.
11. Menyapu Ubat Di Atas Kulit (Topical Application)
Ar-Rasul pernah berubat dengan cara menyapu ubat di atas kulit yang
dihinggapi oleh penyakit.
Menurut satu hadis:

'Tidak mengenai Rasulullah sesuatu luka ataupun duri melainkan

disapukan inai diatasnya."
(Tarmuzi)
12. Pembedahan (Operation)
Pada ketika-ketika diperlukan, Islam mengizinkan pembedahan dilakukan
keatas sipesakit.
Menurut satu hadis:
"Nabi telah menghantar seorang tabib kepada Ubai ibn Kaab yang
sedang sakit. Tabib itu telah memotong saluran darahnya dan
kemudian menyelar (cauterize).
(Muslim)
Menurut satu hadis yang lain:
Abdullah ibn Abbas telah berkata: "Nabi telah berbekam dan telah
memberi upah kepada sipembekam darah.
(Bukhari dan Muslim)
Berbekam bererti memotong satu bahagian badan untuk mengeluarkan darah daripadanya. Kesemuanya ini menunjukkan harus
memotong badan sipesakit untuk mengeluarkan darah dan melakukan
pembedahan pembedahan lain dalam usaha untuk mengubati pesakit.
Peringatan:i) Umat Islam digalakkan untuk mengkaji dan menganalisa dengan lebih
mendalam perkara-perkara yang berhubung dengan bidang perubatan ini,
samada untuk mewujudkan ubat-ubat yang lebuh mujarrab ataupun untuk
mengenal pasti teknik-teknik rawatan dan pengesanan penyakit (diagnosis)
yang lebih baik ataupun yang lain-lainnya, insyaAllah.
Ini berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Kalimah yang bijaksana ialah barang yang kehilangan dari seorang
yang bijaksana. Di mana saja ia mendapatinya, dialah yang lebih
berhak memilikinya."
(Ibn Majah dan Tarmuzi)
Berhubung dengan ini Hasan Al-Banna telah berkata: "Islam
membebaskan akal mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan
ahli-ahli ilmu. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan berman- faat.
Hikmah adalah suatu barang yang hilang daripada seorang mukmin di

mana saja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak

memilikinya." 58
Sesungguhnya usaha-usaha yang seperti ini adalah merupakan suatu
ibadah.
ii) Kadang-kadang di dalam proses pengubatan, para doktor ter- paksa
membuat keputusan-keputusan Yang besar. Umpamanya ia terpaksa memilih
satu di antara dua cara untuk mengubati seseorang pesakit sedangkan keduadua cara pengubatan itu mempunyai kemudharatan-kemudharatan yang
tersendiri. Sebagai contoh, per- soalan samada perlukah suatu pembedahan
yang berisiko tinggi dilakukan ataupun dibiarkan sahaja sipesakit dengan
keadaannya, yang mana ini juga mempunyai risiko yang tinggi.
Kaedah yang mesti dipegang ialah:-

"Harus mengambil yang ringan di antara dua kemudharatan."

Sekiranya seseorang doktor tidak ada pilihan melainkan ter- paksa
memilih satu di antara dua bentuk pengubatan yang sama sama
memudharatkan, hendaklah dipilih cara pengubatan yang kurang
memudharatkan dibandingkan dengan cara yang lainnya. Sebagai
contoh, Ar Rasul pernah menyuruh dua sahabat Baginda memakai
sutera untuk mengubati penyakit gatal mereka. Hadis ini diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim.
Walaupun jelas mengikut kacamata syari'at, memakai sutera bagi lelaki
adalah memudharatkan kerana ianya haram, tetapi ianya merupakan
kemudharatan yang lebih ringan jika dibandingkan dengan
kemudharatan yang akan menimpa jika dibiarkan penyakit gatal-gatal
ini berterusan! Lantas Ar-Rasul telah memilih kemudharatan yang
lebih ringan dengan mengizinkan kedua-dua orang sahabat Baginda itu

mengajar doa ini kepada anak-anaknya yang boleh bercakap dan untuk anak-

anaknya yang masih kecil, yang masih belum boleh bercakap, ia menulis doa

terhidang buah-buah tamar yang sedang dimakannya. Bersabda Ar-

Rasul "Ya Ali, adakah kamu teringin kepada buah tamar ini?" (Abu

Sumber :- http://www.members.tripod.com/ppim/konsep1.htm

Anda mungkin juga menyukai