Anda di halaman 1dari 5

Pakaian Panglima Dan Hulubalang Dahulu Kala Dalam Catatan

Lama

Sumber: http://sangtawal.blogspot.com/2010/06/pakaian-panglima-dan-hulubalang-
dahulu.html

Tajuk : Pakaian Panglima Dan Hulubalang Dahulu Kala Dalam catatan Lama

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta

Sudah lama rasanya tidak menulis artikel, hari ini saya ingin berkongsi ilmu
dengan pembaca sekalian berkenaan dengan ‘pakaian’ orang dulu dulu.Bila kita
dengar perkataan pakaian, maka fikiran kita tentulah membayangkan bagaimana
orang-orang dahulu berpakaian, siap berdestar di kepala , berbekung, berkeris,
nampak segak seperti dalam kebanyakan filem filem melayu purba yang pernah
kita tonton sebelum ini.

Di musim cuti sekolah ini biasanya ia dimeriahkan lagi oleh majlis kenduri-
kenduri kahwin.Oleh itu, tak lupa juga di kesempatan ini Sangtawal ingin
mengucapkan selamat pengantin baru kepada pembaca blog ini yang akan atau
baru saja mendirikan rumahtangga, saya doakan agar kalian beroleh bahagia
dan dirahmati Allah swt hingga ke anak cucu dan hingga ke hujung nyawa!

Bila melihat pakaian raja sehari ketika dipersandingkan itu, maka terbayanglah
oleh kita betapa hebat dan segaknya pemuda atau hulubalang melayu dahulu
kala!

Namun, orang tua-tua melayu kita biasanya low profile, cakapnya lembut, selalu
berlapik dan berkias! Itu sebabnya saya nasihatkan kepada pembaca semua
agar jangan terlalu sombong dengan orang-orang tua kita, terutama yang
telah lanjut usia tetapi masih kuat ingatannya dan masih kuat fizikalnya!
Hampirilah mereka, hormatilah mereka dan mintalah mereka ajarkan ilmu-
ilmu berguna kepada kita semua, insyaAllah mereka akan ajarkan kita ilmu
yang sangat berguna!

Berkaitan dengan hal ‘pakaian’ ini, arwah datuk saya pernah berpesan kepada
saya, agar mencari pakaian-pakaian yang baik untuk dipakai pada badan
agar terpelihara dari musuh dan iblis! pakaian itu jugalah yang kita pakai
bila berperang dengan musuh-musuh Allah nanti! Carilah pakaian nabi-nabi
atau pakaian wali-wali Allah katanya. Pada mulanya saya tidak mengerti apa
yang dimaksudkan dengan kata-kata itu, maklumlah waktu itu umur baru belasan
tahun, datuk kata, tak apa, nanti bila saya besar saya akan faham.

Hal berkaitan dengan ‘pakaian’ ini terbiar berlalu begitu saja sehinggalah datuk
kembali ke rahmatullah. Beberapa minggu selepas kematian datuk , nenek
memanggil saya dan memberikan beberapa naskhah lama peninggalan arwah
datuk kerana nenek tahu saya ialah jenis orang yang suka menyimpan benda –
benda lama. Antaranya ada satu naskhah tulisan tangan setebal 52 mukasurat
bertarikh 6.5.1359 masihi ( 651 tahun silam), menurut kata nenek inilah
naskhah atau catatan yang amat datuk sayangi, ia dalam bentuk fotokopi kerana
naskhah asal telah hilang selepas seorang daripada saudara datuk meminjam
dan menghilangkannya, nasib baik beliau telah membuat salinan fotokopi, itupun
tulisannya sudah kabur dan amat susah untuk dibaca!

*Di bahagian atas catatan tertulis "Inilah pakaian untuk laki-laki yaitu panglima
dan hulubalang...."
Saya pernah membawa naskhah ini kepada arwah guru utama saya Habib Zain,
beliau nasihatkan saya supaya menyimpan baik-baik naskhah ini dan naskhah
ini adalah catatan orang dulu-dulu tentang pakaian-pakaian mereka, katanya ,
cukuplah dengan pakaian yang sedia ada yang diajari olehnya kerana untuk
memakai pakaian dalam catatan ini, ia sudah kehilangan salsilah dan punca
rantaian atau sumber rujuknya! Takut jadi isim atau kepanasan jika memakainya.
Pesan arwah guru, catatan ini banyak berkait dengan Tareqat Syattariah yang
banyak diamalkan oleh orang-orang melayu Patani dan Ulama Patani silam. Jika
bertemu dengan mereka yang ahlinya atau tahu selok belok pemakaian ‘pakaian
ini’ dan dimana duduk letaknya dibadan bolehlah belajar, tiada salahnya, Cuma
katanya bila memakai apa-apa pakaian atau kalimah dibadan, jangan terlalu
taksub kepadanya, nanti boleh menjadikan kita syirik dengan kehebatan pakaian
itu, padahal makhluk tiada kuasa, hanya Allah swt yang berkuasa! Itulah yang
membezakan antara pemakaian dan amalan. Bagi guru utama pula, dia
menekankan untuk melebihkan amalan, kerana dengan izin Allah amalan
akan bertukar menjadi pakaian bila kita terdesak katanya.

Kata arwah guru, setiap pendekar sufi itu mesti cukup amalan dan
pakaiannya!

Saya termenung sendirian, mungkin ‘pakaian’ inilah, yang tercatat dalam


naskhah ini yang datuk maksudkan dulu, namun oleh kerana ketika itu umur
saya di belasan tahun, mungkin datuk tidak terus mengajar saya. Apapun ,
kesedihan dan penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana atas sikap kelekaan
saya juga, tidak pernah saya bertanya datuk berkaitan ‘pakaian’ ini di hari-hari
akhir usia datuk, sehingga datuk pergi membawa bersama ilmu atau pakaian
yang tidak ternilai itu.

Arwah guru bercerita, pernah dulu ketika Mat Kilau meminta perlindungan Tok
Ku Paloh, semasa Mat Kilau berada dirumah Tok Ku Paloh, sebelum mandi Mat
Kilau memecat Kalimah atau pakaiannya lalu disangkutkannya di dinding rumah
Tok Ku Paloh, walaupun orang biasa dengan mata kasar tidak nampak, tapi Tok
Ku Paloh yang ketika itu menyandang pangkat Wali Qutubul Zaman boleh
nampak, lalu dia berkata kepada Mat Kilau, pemakaian itu bukan tak boleh, tapi
lebih baik jika ia digabungkan dengan zikrullah kerana ia sendiri tidak akan
mampu menandingi kehebatan Zikrullah! Lalu Mat Kilau pun menjadi murid
kepada Tok Ku Paloh pula untuk beberapa ketika !.

Arwah guru juga ada ceritakan bahawa ada seorang tua yang selalu keluar
rumahnya sesudah subuh untuk menoreh getah dan selalu berjalan di dalam
gelap tanpa membawa lampu suluh! Bila diperhatikan betul-betul oleh orang
kampung , tubuh lelaki tua itu terutamanya dibahagian dahinya selalu nampak
cerah bila berada didalam gelap, bila ditanya oleh beberapa orang kampung,
apakah amalannya, dia berkata tidak ada apa-apa yang istimewa, buat apa yang
Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang, tetapi bila ditanya oleh arwah guru saya
secara ‘direct ‘- kalimah atau pakaian apakah yang dipakai di dahinya dan
ditubuhnya? Dia terus terkejut dan berkata, ‘pakaian’ itu umpama lampu basikal,
dinamo basikal adalah Qalbi dan putaran roda basikal itu adalah zikrullah, oleh
itu untuk mencerahkan lampu basikal, jangan biarkan roda itu berhenti dari
menggerakkan dinamo basikal!
Saudaraku sekalian, sekarang bukan masanya untuk bersuka ria, mengumpul
harta bertimbun-timbun, berangan-angan ingin hidup ribuan tahun lagi, leka
dengan hiburan dan maksiat . Sekarang adalah masa untuk belajar, menyucikan
diri dan mengisi kekuatan diri zahir dan batin untuk menghadapi bencana besar
dihadapan kita yang sedang menanti! Musuh-musuh Allah dan Rasulnya sudah
lama bersedia. Mereka sangat-sangat mengidamkan bumi Semenanjung Emas
ini. Mereka sangat –sangat hauskan darah anak cucu Nabi Ibrahim a.s dan nabi
Yusuf a.s di bumi Mala ini.

Carilah ilmu peninggalan nenek moyang yang dulu dan amalkan selalu.

Carilah pakaian pakaian yang perlu, jika mahu!

Namun perlu diingat : sebaik-baik pakaian adalah Pakaian Taqwa.

Wahai Melayu-Islam Nusantara, bersatulah!!!

*P/s- sekiranya ada di antara pembaca sekalian yang tahu berkaitan dengan
catatan/ilmu /pakaian di atas, saya amat-amat berharap agar dapat hubungi saya
di e-mail : sangtawal@yahoo.com dengan kadar seberapa segera.

Sangtawal Sakranta.

Anda mungkin juga menyukai