Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGUAN

OLEH: RAFIDAH BINTI SITAM


IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH: 5 FEBUARI 2009


TEORI PEMBELAJARAN TINGKAH LAKU

Para ahli psikologi telah mengkaji bagaimana proses pembelajaran berlaku dan telah

menghasilkan tiga pembelajaran iaitu pemebelajaran tingkah laku atau behaviorisme,

pembelajaran sosial dan kognitif. Menurut ahli psikologi, pembelajaran adalah satu proses

perubahan terhadap tingkah laku manusia yang dipengaruhi oleh pengalaman. Behaviorisme

menekankan perhatian kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh dinilai dan diukur

.Walaupun kita tidak dapat membaca fikiran manusia, tapi ia dapat digambarkan melalui tingkah

laku secara zahiriah.

Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang popular ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov

dan Watson serta ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner. Teori pelaziman klasik Pavlov

telah terhasil setelah membuat kajian terhadap peranan air liur dalam proses penghadaman

anjing. Dengan mengaitkan hasil kajian tadi, Pavlov membuat kesimpulan bahawa tindak balas

itu ada kaitanya dengan proses peneguhan. Ini berlaku apabila ransangan semulajadi akan

menjadi satu kebiasaan apabila ia kerap diberikan ransangan. Teori pelaziman klasik Watson

pula menyatakan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik. Beliau telah

membuat kajian terhadap seorang kanak-kanak dan seekor tikus putih.


Sebagai seorang guru, saya akan mengaplikasikan kedua- dua teori ini dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Salah salah satu caranya ialah dengan

memberikan pujian, ganjaran sebagai motivasi dan dorongan kepada pelajar-pelajar saya untuk

meningkatkan prestasi pembelajaran dan memperbaiki disiplin dalam kelas.

Sebagai contoh, sekiranya pelajar-pelajar saya tidak pernah mendapat keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan, saya akan menjanjikan hadiah dan ganjaran sekiranya mereka

mendapat dapat mengubah keadaan itu. Tindakan pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang

adalah gerak balas manakala ganjaran yang saya berikan pula ialah ransangan. Ransangan dan

gerakbalas ini akan dapat membentu untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran dan

menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan kerana ada unsure ‘give and

take’ antara guru dan pelajar.

Teori pelaziman operan yang diperkenalkan oleh Skinner dan Thorndike pula

menyatakan bahawa tingkah laku adalah dipengaruhi olah faktor-faktor yang ada dalam

persekitaran dan bukan dari pemikiran, perasaan ataupun persepesi. Dalam teori ini kedua-dua

ahli psikilogi ini telah menggunakan prinsip peneguhan positif dan peneguhan negatif. Kedua-

dua peneguhan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan tingkah laku.


Dalam teori pelaziman terdapat dua bentuk peneguhan iaitu peneguhan positif dan

peneguhan negatif. Terdapat sedikit perbezaan antra peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif contohnya apabila seseorang pelajar mengemukakan soalan yang baik dan

bernas, maka guru akan memuji dan ini akan menjadi motivasi dan dorongan untuk pelajar

mengulanginya lagi. Berbeza dengan peneguhan negatif, pelajar akan mendapat teguran

sekiranya melakukan sesuatu tingkah laku yang salah, contohnya tidak menyiapkan kerja

sekolah. Guru akan menegur perbuatan pelajar itu dan ini akan menyebabkan perubahan yang

positif.

Seterusnya, saya akan mengaplikasikan teori ini dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas saya. Sekiranya pelajar-pelajar dalam kelas saya melakukan tingkah

laku yang tepat, contohnya menyiapkan kerja rumah yang diberikan, maka mereka akan

mendapat kepuasan serta keseronokan apabila mendapat pujian dan penghargaan daripada saya .

Peneguhan ini secara tidak langsung akan memperkuatkan dan mengukuhkan lagi tingkah laku

tadi dan mereka cenderung untuk mengulanginya lagi.

Jika tadi saya akan memberikan pujian dan penghargaan terhadap tingkah laku yang tepat

kepada pelajar-pelajar ,saya juga akan memberikan denda atau teguran terhadap pelajar yang

melakukan tindakan yang bertentangan. Hukuman hanya akan berlaku apabila operan atau

tingkah laku dilemahkan oleh akibat yang mengikutinya. Dengan kata lain, hukuman adalah

akibat negatif yang akan membawa kepada pengurangan dalam kekerapan sesuatu tingkah laku.
Thorndike juga telah membahagikan hukum pembelajaran kepada tiga bahagian iaitu,

hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum kesediaan ialah merujuk kepada

kesediaan dan persiapan yang perlu ada sebelum seseorang bertindak, iaitu belajar.Kesediaan

dapat dilihat dari tiga aspek iaitu kesedian psikomotor, afektif dan kognitif.

Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui

aplikasi dan akan dilemahkan tanpa ada pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan

dalam latihan hafalan. Manakala hukum kesan pula ialah menyatakan bahawa kesan yang

menyeronokkan akan meningkatkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.

Berdasarkan kepada tiga hukum pembelajaran tadi, saya akan mengaplikasikannya

dengan mengadakan pelbagai ransangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang

menyeronokkan. Seterusnya, memberikan ganjaran dan peneguhan untuk respon yang betul ,

menentukan persekitaran yang sesuai untuk belajar, sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar dan

memulakan pengajaran dengan memastikan pelajar bersedia dari pelbagai aspek.

Anda mungkin juga menyukai