Anda di halaman 1dari 6

LAMPIRAN A

GAMBAR RAJAH 1: Menunjukkan akhlak yang terpuji : Sentiasa ingat Allah


LAMPIRAN B

GAMBAR Rajah 2: Akhlak yang buruk yang dibenci oleh Allah


LAMPIRAN C

Jujur dapat bentuk manusia saling percaya, berkasih sayang


Oleh Mohd Adid Ab Rahman

2010/06/18 ( Akhlak yang baik)


SETIAP individu Muslim sangat dituntut memperhiaskan hati dengan sifat jujur atau benar
dalam semua perkara. Kejujuran adalah sifat terpuji nabi dan akan membawa ke arah kebaikan
serta keselamatan hidup di dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Mengenai perkara ini Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya sifat benar (jujur)
itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan ini membawa ke syurga dan seseorang itu akan
terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar...”
(HR Bukhari dan Muslim).

Memandangkan sifat ini sangat penting dan ada hubung kait dengan keimanan, maka tidak wajar
sama sekali seorang Muslim mengabaikannya begitu saja atau menganggap sebagai remeh.
Sesungguhnya memiliki sifat jujur adalah satu kewajipan setiap orang yang beriman. Hal ini
dapat difahami daripada firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 119 yang mafhumnya: “Hai
orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang yang
benar.” Pada masa kini, ternyata amat sukar mencari orang yang jujur dan dipercayai dalam
masyarakat.

Sehingga ada yang tergamak untuk terbabit dengan rasuah, menghalalkan cara, pecah amanah,
menabur fitnah dan berdusta demi mencapai hasrat kepentingan peribadi. Keadaan buruk ini
sangat membimbangkan dan pasti menjadi lebih parah sekiranya tidak ada usaha memberi
penyuluhan dan kesedaran kepada mereka dengan pelbagai saluran.
Kesimpulannya, orang yang jujur akan sentiasa memastikan setiap tindakan, percakapan,
kelakuan dan sebagainya menepati ajaran Islam. Orang yang jujur sangat benci kepada segala
jenis perbuatan ingkar yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah.
Kalaupun terlanjur melakukan maksiat, akan segera bertaubat kepada-Nya dengan penyesalan
serta dengan rasa takut akan azab Allah. Dia selalu sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan
oleh Allah SWT. Lantaran itu, orang yang jujur tidak mungkin mengerjakan sesuatu yang
bertentangan dengan ajaran Islam walau saat keseorangan dan tersembunyi.

Imam Al-Ghazali menyenaraikan jenis kejujuran yang perlu diamalkan oleh setiap orang Islam
yang benar-benar merindui keredaanNya iaitu:

 Jujur lisan atau perkataan sebagai contoh menepati janji dan sumpah, menjauhi sifat bohong
dan menipu;

 Jujur niat dan kehendak iaitu tercetus keinginan untuk beramal penuh ikhlas semata-mata
kerana Allah SWT;

 Jujur keazaman dalam melaksanakan sesuatu kerana Allah (yang mana lahirnya semangat
untuk melakukan amalan, semangat itu juga lahir kerana Allah);

 Jujur dalam melaksanakan apa yang diazamkan (melakukannya dengan istiqamah dan tidak
takut sebarang celaan yang datang, kerana dia melakukannya kerana Allah);

 Jujur dalam beramal itu sendiri, di mana tidak melakukan amalan zahir yang bercanggah
dengan apa yang ada dalam batin (tidak berpura-pura atau hipokrit), dan

 Jujur dalam setiap maqam agama seperti khauf, zuhud, reda, tawakal dan lain-lain.

Semuanya itu terangkum dalam firman Allah yang bermaksud: “Pada hal mereka tidak
diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya,
lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat.
Dan yang demikian itulah agama yang benar” (QS Al-Bayyinah: 5).

Jika saat menghadapi kesulitan, sangat mudah baginya untuk mendapatkan pertolongan. Ini
semua akan membuahkan ketenangan yang mendalam di jiwa.
Bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: “Tinggalkanlah hal yang membimbangkan kalian
menuju sesuatu yang tidak membimbangkan, sesungguhnya kejujuran adalah ketenangan, dan
pembohongan adalah kebimbangan” (HR Tarmizi)

Sumber rujukan :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jujurdapatbentukmanusiasalingpercaya_berkasihsay
ang/Article (18 Jun 2010)
LAMPIRAN D

Pelajar ugut bunuh guru ke Henry Gurney

25/05/2010 4:39pm (Akhlak yang buruk)

KUALA LUMPUR — Seorang bekas pelajar hari ini diperintahkan menjalani pemulihan di
Sekolah Henry Gurney, Melaka, selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas
mengaku bersalah mengugut membunuh gurunya bulan lepas.

Majistret Juvana Suhaily Samsudin memerintahkan hukuman terhadap pesalah juvana berusia 17
tahun itu bermula hari ini dan turut memerintahkan ibu juvana tersebut dikenakan bon RM1,000
tanpa cagaran selama tiga tahun.

Beliau juga membenarkan ibunya melawat pesalah itu sebulan sekali di sekolah berkenaan.

"Anak kamu ini tidak berdisplin, mahkamah memerintahkan dia dihantar ke sekolah itu,” kata
Suhaily kepada ibunya yang tidak menunjukkan reaksi semasa menjatuhkan hukuman.

Remaja itu didakwa mengugut dengan berkata: “Apa kata kalau aku hantar orang bunuh kamu?”
kepada Rosli Abdul Aziz, 54, di tempat letak motosikal Sekolah Menengah Kebangsaan Batu
Muda di sini pada jam 8.30 pagi, 21 April lalu.

Pesalah juvana itu telah dibuang sekolah kerana masalah disiplin sebelum kejadian itu. -
Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?
y=2010&dt=0525&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm (18 Jun 2010): contoh gejala akhlak buruk

Anda mungkin juga menyukai