1.0 PENGENALAN
Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai tujuan kajian, skop kajian, kaedah
kajian, serta kaedah penjagaan kesdihatan menurut Islam. Peyelidik juga akan
mengemukakan cadangan untuk memberi kesedaran kepada pembaca.
Menurut Nor Atiqah Ghazali (2003), menyatakan bahawa Islam menitikberatkan
tentang kesihatan. Manusia yang mempunyai kesihatan yang baik, akan
memudahkannya untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Disamping itu juga, manusia
yang mempunyai kesihatan yang baik akan dapat menjaga imej dan ketrampilan
dirinya. Selain itu, orang yang tidak mempunyai kesihatan yang baik wajahnya akan
kelihatan suram dan tidak ceria. Berwajah suram dan tidak ceria akan mengakibatkan
seseorang itu kurang mendapat perhatian daripada masyarakat.
Diantara kesihatan yang baik ialah berpunca dari kebersihan diri, menjauhkan diri
daripada gejala tidak sihat seperti budaya melepak, merokok, menghisap dadah dan
sebagainya.
Kesihatan yang baik juga adalah anugerah dari Allah S.W.T dan merupakan nikmat dari
Allah S.W.T. Orang yang memiliki kesihatan yang baik perlulah bersyukur kepada Allah
S.W.T. Dan Allah S.W.T sendiri telah menuntut dan mengajar manusia agar menjaga
kesihtannya. Begitu juga Rasulullah SAW, baginda juga sering mengingatkan kita agar
menjaga kesihatan. Orang yang menjaga kesihatan akan mendapat pahala dari Allah
S.W.T.
Tujuan manusia dihidupkan oleh Allah S.W.T adalah untuk mengabdikan diri kepada-
Nya serta melakukan segala perintah yang telah ditetapkan di dalam ajaran agama
Islam.
Oleh itu, badan dan fizikal yang sihat amat penting bagi setiap orang Muslim dalam
melaksanakan segala kewajipan yang diperintahkan oleh-Nya. Badan yang sihat juga
akan dapat membina kecerdasan akal yang sangat penting untuk berfikir secara
relevan dan merancang demi masa depan agama Islam.
Pengertian:
Sihat: Sihat berasal dari bahasa Arab, secara etimologis adalah selamat dari cacat cela
sementara al-sihhah juga bererti benar dan sesuai dengan kenyataan. Perkataan sihat
sudah mencerminkan selamat daripada segala cacat dan kekurangan.
Sakit: Musibah sakit atau penyakit yang dideritai oleh seseorang pesakit hakikatnya
adalah suatu cubaan Allah S.W.T bagi hamba-Nya kerana Allah S.W.T menghendaki
kebaikan bagi si hamba.
Firman Allah S.W.T
Maksudnya: Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu
dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya
kepada Kami. (Surah Al-Anbiya : ayat 35).
Kita boleh mengambil manfaat dari cara Rasulullah SAW dalam penjagaan kesihatan
yang ilmiah dengan memperhatikan faktor makanan dan memelihara kesihatan dengan
tatacara atau pola pemakanan yang sihat dan teratur.
Begitu juga dengan bersikap berhati-hati terhadap makanan dan minuman yang
membahayakan kesihatan. Kerana sesungguhnya kesempurnaan kesihatan adalah
merangkumi kesihatan jasmani dan rohani dengan mengikuti petunjuk-petunjuk Islam
yang dipraktikkan oleh Nabi SAW. Sebagaimana sabda Rasulluah SAW yang
bermaksud:
Mencegah penyakit rohani dan jasmani yang menular di kalangan masyarakat manusia
hanya boleh dilakukan dengan menutup pintu-pintu kerosakan yang menjadi agen
merebaknya berbagai-bagai jenis penyakit.
Tambahan lagi, penyakit yang membawa kepada kerosakan perlu dicegah dari awal-
awal lagi. Umpamanya berzina merupakan suatu dosa besar dalam agama Islam.
Ajaran agama Islam telah mewajibkan seluruh umat Islam supaya menutup aurat,
mengharamkan pergaulan bebas dan sebagainya. Begitu juga, di bidang perubatan
penyakit zahir turut membawa kepada penyakit rohani. Sebagaimana terdapat kata-
kata pujangga mengatakan bahawa
Tiga tujuan utama Allah S.W.T memberikan penyakit pada seseorang antaranya :
i. Penghapusan dosa, rahmat dan peningkatan darjat
ii. Memberikan keinsafan
iii. Kutukan Allah S.W.T.
Menurut Zulekha Yusoff (2006), terdapat beberapa kaedah menjaga dan mengekalkan
kesihatan yang dianjurkan oleh Islam ialah:
Menurut Abu Bakar Abdul Majeed dan Abu Bakar Yang (1999), menyatakan bahawa
gaya hidup sihat sebagai usaha menunjang keadaan sihat sebagai amalan sehari-hari
dapat dilakukan dalam berbagai aspek anataranya adalah seperti berikut:
v. Kesihatan mental
Menjaga kesegaran mental dan mencegah kemungkinan terjadinya kegawatan
pemikiran daripada ketegangan, depresi mental dan lain-lain sehingga dapat diperolehi
sikap sabar dan tawakal dalam menghadapi berbagai permasalahan yang mendorong
seseorang berfikir secara tidak rasional dan mengarah kepada perasaan putus asa,
kehilangan kepercayaan diri atau melakukan kezaliman.
“Orang Mukmin yang gagah lebih baik dan lebih dikasihi Allah S.W.T daripada orang
Mukmin yang lemah.”(Riwayat Muslim)
Bagaimanakah seseorang itu dapat solat bila berpenyakit, berpuasa bila tubuhnya tidak
kuat, pergi haji bila tubuhnya tidak sakit dan tidak pula sanggup untuk mencari wang
buat belanja pergi haji. Bahkan jika dikaji dengna teliti dari sudut kesihatan dan
kedoktoran mengenai beberapa perintah pengajaran Islam, kita akan nampak betapa
besarnya Islam memandang soal kesihatan ini.
Menurut Zulekha Yusoff (2006), kesihatan akan diperolehi jika manusia dapat
menciptakan hubungan yang baik dengan Allah S.W.T dan mampu menciptakan
keharmonian sesama manusia dan alam. Terdapat sebab atau punca yang
mempengaruhi sakit dan sihat seseorang. Antara sebab-sebab manusia sakit ialah
ingkar dengan Tuhan. Manusia yang ingkar dengan suruhan Allah S.W.T serta
melanggar larangan-Nya akan ditimpa penyakit seperti penyakit AIDS yang sekarang ini
menjadi masalah besar masyarakat dunia disebabkan oleh manusia itu sendiri yang
selalu melanggar peraturan Allah S.W.T.
Justeru itu, bermusuhan dengan makhluk merupakan salah satu punca terjadinya
sesuatu penyakit. Bencana yang menimpa manusia seperti pncemaran udara, air dan
persekitaran boleh menyebabkan terjadinya beberapa penyakit. Sikap manusia yang
memandang remeh terhadap penjagaan persekitaran telah menggangu ekosistem
kehidupan alam ini. Selain itu, punca penyakit juga adalah disebabkan oleh makhluk
halus sama ada syaitan atau jin. Caranya ialah dengan merosakkan organ tubuh atau
meresap ke dalam jiwa yang dipanggil kerasukan.
Disamping itu, udara dan persekitaran yang bersih sangat penting kepada kesihatan
manusia. Persekitaran yang bersih akan menjamin kesihatan dan akan menjauhkan
penyakit. Sampah-sarap, sistem pengairan, tandas hendaklah dijaga dengan baik
kerana sekiranya perkara-perkara ini berada dalam keadaan kotor akan mendtangkan
pencemaran udara dan persekitaran yang seterusnya merebakkan penyakit.
Sepertimana, perkara yang menyebabkan penyakit adalah makanan dan minuman.
Banyak penyakit yang dihidapi oleh manusia dewasa ini berpunca daripada makanan
seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, cirit-birit dan gastrik. Sebaliknya, memang
tidak dinafikan bahawa gangguan emosi atau rohaniah akan memberi kesan kepada
kesihatan seseorang. Agak sukar memastikan penyakit yang dideritai oleh pesakit jiwa,
tetapi sebenarnya dalam jiwa yang bergelombang, resah, gelisah, cemas, takut,
berangan-angan tinggi dan sebagainya akan menimbulkan berbagai gejala yang buruk
pada urat saraf yang boleh muncul sebagai skait jasmani.
Menurut Amina Noor dan Kamilarini Kamalsha (2008), menyatakan bahawa jangan
mencampurkan makanan yang boleh membawa kemudaratan. Dengan pencampuran
itu boleh menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri. Justeru itu, Rasullullah SAW
menyarankan bahawa beliau tidak pernah sekali mencampurkan di antara susu dan
ikan, di antara susu dan makanan yang mempunyai bahan-bahan asid, di antara dua
jenis makanan yang mempunyai unsure-unsur panas, di antara susu dengan telur, di
antara daging dengan susu, di antara makanan yang dipanggang dengan api dengan
yang dimasak (secara biasa).
Bahkan juga, Ibnu Qaiyim r.h berpendapat bahawa minum minuman yang berkhasiat
iaitu dalam suatu minuman yang terhimpun padanya kemanisan asli dan kesejukan air,
adalah antara minuman yang paling bermanfaat untuk badan. Disamping itu, kita
dilarang tidur selepas makan. Ini kerana terdapat dalam sebuah Hadis ada
meriwayatkan:
“Rasulullah SAW melarang tidur selepas makan dan sesungguhnya perbuatan itu
mengeraskan hati.” (Riwayat Abu Nuaim).
Sehubungan dengan itu, bagi penghisap rokok turut dilarang daripada merokok kerana
ianya jelas membawa kepada kemudaratan kesihatan badan. Seperti yang kita semua
ketahui merokok boleh membawa kepada penyakit kanser, barah paru-paru, batuk
kering (tibi) dan lain-lain. Kesannya walaupun tidak secara tiba-tiba tetapi tetap
membawa kebinasaan. Hukumnya haram. Seseorang itu dilarang melakukan sesuatu
yang boleh memudaratkan dirinya
Selain itu, kita juga dilarang makan atau minum dari sesuatu yang boleh memabukkan
seperti contoh yang biasa kita semua maklum iaitu minuman arak. Arak merupakan ibu
segala kejahatan. Dimana kita sebagai umat Islam sangat ditegah dalam peminuman
tersebut. Ianya tergolong dalam dosa-dosa besar. Oleh itu, sebagai umat Islam yang
diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya menjauhkan setiap perkara yang dilarang dalam
ajaran agama Islam untuk keharmoniaan hidup sejagat.
5.2.7 Pencegahan Penyakit
i) Merujuk kepada penyembuhan secara kerohanian atau etika atau psikologi untuk
penyakit-penyakit yang mungkin dalam bentuk kebatinan atau kejiwaan.
ii) Kepercayaan bahawa penyakit terutamanya sakit otak atau gila disebabkan oleh
kuasa roh yang ghaib.
6.0 CADANGAN
8.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kertas kerja ini telah membincangkan mengenai tujuan kajian,
skop kajian, kaedah kajian, hasil kajian dari resansi keperpustakaan serta cadangan
yang telah dikemukakan diatas ini. Dengan ini, keseluruhan objektif kajian telah dapat
dicapai.
Sehubungan itu, daripada hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik dapati semua
golongan mestilah menjaga kesihatan diri supaya tubuh badan kita terhindar daripada
segala jenis penyakit yang berjangkit. Justeru itu, di dalam kehidupan ini kita
sentiasalah mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan yang
harmoni.
Tambahan lagi, menjaga, mengawal dan mencegah penyakit adalah satu keperluan
dalam kehidupan ini. Walaupun kesihatan sudah dijaga dengan baik, tetapi masih juga
terkena penyakit, maka semua yang berlaku ini adalah sebagai ujian atau dugaan
daripada Allah S.W.T dan sebagai kifarat (penghapusan dosa). Kita sebagai manusia di
muka bumi ini perlulah sentiasa menitikberatkan soal kesihatan dalam diri masing-
masing.
Oleh itu, penyelidik berharap dengan terhasilnya penulisan ini dapat memberi
kepercayaan kepada pembaca bahawa penjagaan kesihatan merupakan perkara
penting dalm kehidupan ini dan menjadikan sebagai panduan di masa akan datang.
9.0 RUJUKAN
Abu Bakar Abdul Majeed & Abu Bakar Yang. 1999. Konsep dan Operasi Perubatan
Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Perniagaan Normahs.
Ali Mu’nis. 1995. Pengubatan Cara Rasulullah s.a.w. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd.
Amina Haji Noor. 2001. Hikmah Menjaga Kesihatan Diri. Kuala Lumpur: Penerbitan
Darul Iman Sdn. Bhd.
Amina Noor & Kamilarini Kamalsha. 2008. Panduan Kesihatan & Kecantikan Menurut
Islam Sihat Fizikal & Mental. Kuala Lumpur: Al-Risalah Product SDN. BHD.
Abu Hassan Ali. 2006. Kesihatan Dalam Konteks Islam. Selangor: Penerbitan Dar
Hakamah/ Dar Bariyazi.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. 2005. Penjagaan & Rawatan Kesihatan Secara Islam. Kuala
Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar.
Luqman Hakim. 2002. Tips Penjagaan Makanan dan Kesihatan. Kuala Lumpur: Al-
Hidayah Publishers Ilmu Cahaya Kehidupan.
Nor Atiqah Ghazali. 2003. Petua kesihatan. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Wan Mohd. Nor Wan Daud & Shahrul Amar Abdullah. 1992. Kesihatan dan Perubatan
Dalam Tradisi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Zulekha Yusoff, Asmak Ali, Maznah Daud, Farahdina Abd Manaf, Noor Salwati Sabtu &
Mazlah Yaacob. 2006. Sains Kesihatan Dalam Tamdun Islam. Kuala Lumpur: Pusat
Penerbitan Universiti(UPENA),UiTM.
by:faradibana