Anda di halaman 1dari 3

[Hadis Ramadhan] [Hadis Zikir] [Hadis Al-Quran] 

Hadith 1

Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan
selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan
solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan," 

Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang
disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah .
Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang pada tiap satu
penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh
ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di
penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.Kini
marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita
Cari tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada
tempatnya dengan sempurna? 

Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadith di atas menunjukkan
kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak
mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun
solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi Iman. 

Kata Abdullah ibn Mas'ud:

"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang


manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'.
Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan
keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan
lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'

Mullah 'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat
adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi olah
sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah,"


 
Hadith 2

Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh
sampailah dia ke salah satu pintu kabair(dosa besar)."

Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Jangan melengah-lengahkan tiga perkara iaitu: 

1.Solat-apabila telah masuk waktunya

2. Pengkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap dan 

3. Perkahwinan seorang wanita- apabila sudah ditemui jodohnya." 

Ramai orang yang menganggap diri mereka sebagai orang Islam yang
mengamalkan perintah Allah dengan bersolat secara menjama'kan solatnya
apabila pulang ke rumah hanya dengan alasan mereka dalam perjalanan,
berniaga atau bekerja. 

Menangguhkan solat sehingga luput waktunya tanpa sesuatu alasan yang


kukuh (misalnya uzur) adalah satu dosa besar. Walaupun ia tidak semudharat
melengah-lengahkan solat namun berat juga.
 
Hadith 3:

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW


memperkatakan tentang solat baginda bersabda :

"Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya;
menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal,
tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat". 

"Yang senasib dengan orang-orang ini pada hari Hisab adalah kerana amalan-
amalan orang yang sesat ini diikuti . Itulah sebabnya solat dilengah-lengahkan. 

Dari itu jika seseorang melengah-lengahkan solat kerana tamakkan kekayaan,


dia akan menemui nasib Qarun; jika kerana cintakan kedaulatan, maka nasib
Fir'aunlah yang diterimanya; jika kerana berhasrat hendak mendampingi
seorang raja maka nasib Hamamamlah yang diterimanya; dan jika kerana sibuk
dengan berniaga maka nasib Ubay bin Khalaflah yang diterimanya."

Menerima nasib seperti mereka itu dengan jelasnya menunjukkan azab yang
pedih sedang menunggu mereka yang melengah-lengahkan solat. Walaupun
yang kafir akan kekal abadi menderita azab, sementara yang beriman akan
dilepas setelah diazab beberapa tempoh dan akhirnya dibenarkan masuk
syurga, namun tempoh azab ini tidak siapa yang tahu, mungkin sampai beribu-
ribu tahun lamanya.

 
[Hadis Ramadhan] [Hadis Zikir] [Hadis Al-Quran] 
[Ilmu] [Solat] [Puasa] [Zakat] [Haji] [Korban] [Al-Quran] [Pedoman] [Doa] [Perkahwinan] [Jawi] [Kalendar
Islam] [Kesihatan Rokok]

[Home] [Cyber Mosque MPSJ] [Al-Falahk] [Pentadbiran Islam] [Pengetahuan Islam]

Copyright© 1999 Majlis Perbandaraan Subang Jaya. All Rights Reserved.

Anda mungkin juga menyukai