Anda di halaman 1dari 31

PENDIDIKAN DAN

PEMBANGUNAN
INSAN
PEMBANGUNAN INSAN SEIMBANG
DAN SUMBER MANUSIA
• Matlamat pendidikan di Malaysia-
memperkembang insan seimbang serta
membangunkan sumber manusia utk kemajuan
negara.
• Matlamat pendidikan Malaysia dicerminkan dlm
falsafah Pendidikan Kebangsaan yg diumumkan
secara rasmi pada tahun 1988.
• Reformasi pendidikan di Malaysia dr semasa ke
semasa adalah berlandaskan kpd usaha
memperkembang insan seimbang.
• Dengan itulah wujudnya WAWASAN 2020.
WAWASAN 2020
• Merupakan satu wawasan yg amat mencabar
bg rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar.
• Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh YAB
Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia, dlm sidang majlis
perdagangan malaysia yg berlangsung di Kuala
Lumpur pada 28-2-1991.
• Wawasan ini mengandungi 9 cabaran.
CABARAN PERTAMA
• Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu
padu serta menyanjung masa hadapan yang
diperkongsi bersama.
• Bangsa itu mestilah sejahtera,terintegrasi
wilayah-wilayah & kelompok-kelompok
etniknya,menikmati kehidupan bersama yang
sepenuhnya berasaskan persamaan hak &
keadilan, mambentuk sebuah “Bangsa Malaysia”
dgn rasa taat setia dan pengabdian yg tdk
berbelah bg terhadap bangsa
CABARAN KEDUA
• Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yg
bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya, akan
dirinya sendiri, bangga akan keadaanya kini dan
segala yakin sesuatu yg telah dicapainya, dan
cukup tangkas utk menghadapi segala macam
rintangan.
• Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai
sifat-sifat mengejar kecemerlangan benar-benar
menyedari segala kemungkinan dirinya, tdk
terkongkong jiwanya, dan dihormat pula oleh
semua bangsa lain.
CABARAN KETIGA
• Yg sentiasa hadapi adalah cabaran
mambentuk dan memperkembang sebuah
masyarakat demokrasi yg matang, yg
mengamalkan suatu bentuk demokrasi
Malaysia yg unggul, berasaskan muafakat dan
musyawarah, dan dapat pula dicontohi oleh
negara-negara membangun lainya.
CABARAN KEEMPAT
• Membentuk sebuah masyarakat yg kukuh ciri-
ciri moral dan etikanya, dgn para warganya
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian
yg utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yg
luhur.
CABARAN KELIMA
• Membentuk sebuah masyarakat matang yg
bersifat liberal lagi toleran, dgn setiap warga
bangsa Malaysia, tanpa mengira keturunan
mahupun kepercayaanya, bebas
mengamalkan dan melaksanakan adat resam,
kebudayaan serta kepercayaan agamanya
masing-masing, tanpa merasa tersisih drpd
bangsa tersebut.
CABARAN KEENAM
• Membentuk sebuah masyarakat yg bersifat
sains serta progresif, berdaya cipta dan
berpandangan jauh ke hari muka, yakin
sebuah masyarakat yg bukan sahaja dpt
memanfaatkan teknologi kini ttp turun
menjadi penyumbang terhadap pembentukan
peradaban sains dan teknologi pada masa
hadapan.
CABARAN KETUJUH
• Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan
berbudaya penyayang,sebuah sistem sosial yg
lebih mementingkan masyarakat drpd diri
sendiri, dgn kebajikan rakyat tdk diasaskan
pada negara mahupun individu, ttp pada
sistem kekeluargaan yg kukuh lagi mantap
CABARAN KELAPAN
• Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yg
adil ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin
pengagihan kekayaan negara secara adil lagi
saksama, dgn kemajuan ekonominya dinikmati
bersama oleh setiap rakyat.
• Masyarakat yang demikian tdk akan terbentuk
selagi terdapat penentuan fungsi ekonomi
berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran
ekonomi kpd kelompok-kelompok kaum yg
tertentu.
CABARAN KESEMBILAN
• Membentuk sebuah masyarakat yg makmur,
dgn ekonomi yg mampu menghadapi
persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan
mempunyai daya ketahanan.
• Singkat kata, wawasan 2020 ini meletakkan
matlamat utk menjadikan Malaysia sbg
sebuah negara yg maju dlm semua aspek dan
dimensi ekonomi, politik, sosial, kerohanian,
psikologi, dan budaya.
• Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh
menjadi sebuah negara yg bersatu padu.
TANGGUNGJAWAB GURU
TERHADAP
MASYARAKAT……..
• Mendidik pelajar-pelajar supaya mereka
menjadi generasi yg berilmu
pengetahuan,berakhlak mulia dan
bertanggungjawab kpd diri, masyarakat,
agama dan negara.
• Mendidik pelajar-pelajar supaya mempunyai
daya ketahanan tinggi dgn memperolehi
kemahiran-kemahiran, khasnya dlm bidang
teknik dan vokasional dlm wawasan 2020
serta memenuhi aspirasi dan kehendak
individu,masyarakat dan negara.
• Memainkan perananya sbg agen perubahan
dgn membawa perubahan-perubahan baru
untuk memenuhi aspirasi dan kehendak
pelajar, masyarakat dan negara yg semakin
kompleks, tinggi, maju dan berkembang.
• Sehubungan ini, perubahan kurikulum sekolah
hendaklah berlandaskan selaras dgn cita-cita
dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk mencapai matlamat dan aspirasi
wawasan 2020, iaitu memperkembang insan
seimbang dan membangunkan sumber
manusia untuk kemajuan negara.
• Dan ia meliputi……….
• Perubahan sukatan pelajaran yg berorientasikan kepada
program bersepadu.
• Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-
nilai murni diserapkan dlm semua mata pelajaran.
• Perubahan program pendidikan yang berorientasiakan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
• Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah
pendidikan umum.
• Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk
membangunkan sumber manusia dgn melatih kemahiran
pelajar dlm bidag sains dan teknologi.
INOVASI DAN
REFORMASI PENDIDIKAN
UNTUK PEMBANGUNAN
INSAN
INOVASI KURIKULUM DALAM
PENDIDIKAN
 Inovasi kurikulum dikenali sebagai reformasi
kurikulum.
 Inovasi kurikulum – Pembaharuan, pembaikan,
pengubahsuaian atau pemulihan terhadap
kurikulum.
 Tujuan – Menjadikan kurikulum yang sedia ada
dengan lebih baik, lebih sempurna dan lebih
sesuai mengikut keperluan masa dan negara.
FAKTOR INOVASI
KURIKULUM
Keperluan masyarakat dan negara – melatih
lebih banyak tenaga mahir untuk membantu
dalam perkembangan negara.
 Perkembangan Sains dan Teknologi
Perkembangan Falsafah, psikologi dan Teori
Pendidikan – pendidikan di sekolah menjadi
lebih baik dan sempurna
REFORMASI PENDIDIKAN
Maksud : Perubahan sistem pendidikan
dengan tujuan menjadikannya lebih
mantap dan sempurna.
Reformasi pendidikan melibatkan dasar,
matlamat, kurikulum dan sistem
pendidikan.
PELAKSANAAN KBSR DAN KBSM KE
ARAH WAWASAN 2020
• Di dalam dekad 90-an, Malaysia
mengambil langkah untuk mengemaskini
sistem pendidikan negara dengan
memperkenalkan perubahan dalam KBSR
dan KBSM.
Antara perubahan dan pelaksanaan kurikulum
sekolah rendah KBSR yang utama :
i. Menyerapkan nilai-nilai murni dalam semua
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ii.Matlamat pendidikan sekolah rendah
menekankan penggunaan kemahiran asas
secara betul, jujur dan bertanggungjawab dalam
urusan seharian .
iii.Kemahiran- kemahiran disusun semula daripada
paling asas kepada kompleks mengikut topik.
 Pelaksanaan Konsep Sekolah Bestari membawa
reformasi kurikulum pendidikan dalam KBSM.
 Mengikut rancangan Sekolah Bestari di
peringkat permulaan, sebanyak 4
matapelajaran, iaitu BM, BI, MT dan SN
diperkenalkan dalam 90 sekolah rendah dan
sekolah menengah yang dikenal pasti sebagai
sekolah bestari.
 Jadi, Sukatan Pelajaran bagi 4 matapelajaran
tersebut diubahsuai dan disediakan dalam
bentuk perisian oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum bersama Telekom Smart School.
INOVASI KURIKULUM 2003
 Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk
pelaksanaan pelajaran MT dan SN dalam BI
pada tahun 2003 adalah sesuai mengikut
peredaran masa.
 Perubahan kurikulum ini membantu untuk
mengatasi kelemahan yang terdapat dalam
sukatan pelajaran lama dan dijangka dapat
mencapai hasrat yang tersirat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.
Antara reformasi pendidikan yang dilaksanakan di peringkat
sekolah menengah:
i. Mengutamakan pendidikan teknologi .
ii. Mengubah sistem peperiksaan SRP kepada PMR mulai
tahun 1993.
iii.Memperkenalkan komputer sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran.
iv.Mengutamakan pendidikan SN dan MT dengan
mengubahsuaikan KBSR dan KBSM.
v. Mewajibkan calon STPM mengambil kertas MUET sebagai
syarat memohon masuk unversiti tempatan.
vi.Melancarkan Rancangan Perkembangan Pendidikan
(2001-2010).
vii.Melaksanakan program kurikulum baru bagi KBSR dan
KBSM .
CIRI-CIRI KURIKULUM MASA DEPAN KE
ARAH PEMBANGUNAN INSAN
 Mengikut Rancangan Perkembangan
Pendidikan (2001-2010), beberapa ciri kurikulum
masa depan dapat diramal berdasarkan
rancangan pendidikan berikut:
 Pendidikan Pra Sekolah
 Pendidikan Sekolah Rendah
 Pendidikan Sekolah Menengah
• Reformasi pendidikan yang berlandaskan
kepada matlamat dan FPK dan Wawasan
2020 menggerakkan perubahan sistem
pendidikan melalui inovasi kurikulum,
dengan harapan melahirkan rakyat
Malaysia yang beraklak mulia dan berilmu
pengetahuan untuk pembangunan dan
kemajuan negara.

Anda mungkin juga menyukai