Anda di halaman 1dari 3

Ali bin Talib r.

a berkata bahawa sewaktu Rasulullah


S.A.W ditanya kelebihan solat tarawih dalam bulan Ramadhan maka
beliau bersabda yang bermaksud:-

Fadzilat Solat Tarawih


----------------------

Pada malam : Orang mukmin itu terlepas dari dosanya pada


pertama permulaan malam ( Tarawih ) bersih seperti
lahirnya dari kandungan ibu

malam 2 : Dia diampuni dan juga diampuni kedua orang


tuanya yang mukmin.

malam 3 : salah satu malaikat akan mengundang dari


bawah Arsy " Mulailah bekerja maka Allah
mengampuni dosamu yang telah lalu.

malam 4 : Diberinya pahala sebanyak pahala membaca


Taurat, Injil, Zabur dan Quran.

malam 5 : Allah S.W.T menberikan pahala kepadanya


seperti pahala orang mengerjakan solat di-
Masjidil Haram, Masjidil Madidah dan Masjidil
Al-Aqsa.

malam 6 : Allah S.W.T menberikan pahala kepadanya seperti


pahala orang melakukan tawaf di Baitul Makmur
dan memohon ampun pula baginya semua batu-batu
dan tanah keras.

malam 7 : Seakan-akan dia bertemu dengan Nabi Musa A.S


dan membantu beliau memerangi Firaun dan
Haman.

malam 8 : Allah S.W.T memberikan kepadanya seperti yang


telah diberikan kepada Nabi Ibrahim A.S

malam 9 : Seakan-akan dia telah mengerjakan ibadah se-


perti Rasulullah S.A.W

malam 10 : Allah S.W.T menberikan rezeki kepadanya ke-


baikan dunia dan akhirat.

malam 11 : Dia akan keluar dari dunia (meninggal dunia)


seperti hari mula dia dilahirkan dari kan-
dungan ibunya.
malam 12 : Dihari kiamat nanti dia datang dengan wajah
yang cantik seperti bulan purnama.

malam 13 : Pada hari kiamat nanti dia akan selamat dan


aman dari segala tanggungjawab.

malam 14 : Para malaikat datang menberikan persaksian


bahawa dia sesungguhnya telah mengerjakan
solat tarawih, Allah S.W.T tidak akan meng-
hisabnya dihari kiamat.

malam 15 : Para malaikat dan para pembawa Arsy dan Kursi


memohonkan tambah baginya kebaikan.

malam 16 : Allah S.W.T mencatatkan dia bebas dari neraka


dan diizinkan masuk syurga.

malam 17 : Dia diberikan pahala sebanyak pahala para


Nabi.

malam 18 : Salah seorang malaikat akan berkata "Wahai


hamba Allah, sesungguhnya Allah S.W.T telah
redha kepadamu dan kepada kedua orang tuamu".

malam 19 : Allah S.W.T mengangkat darjatnya ke syurga


Jannatul Firdaus.

malam 20 : Dia diberi pahala sebanyak pahala para


syuhada dan solihin.

malam 21 : Allah S.W.T membangunkan baginya sebuah rumah


dari cahaya (NUR).

malam 22 : Pada hari kiamat nanti dia akan datang dengan


keadaan aman dari segala macam kerisauan dan
kedukaan.

malam 23 : Allah S.W.T akan membangunkan baginya sebuah


kota dalam syurga.

malam 24 : Akan dikabulkan 24 doa baginya.

malam 25 : Allah S.W.T menghapuskan seksa kubur


daripadanya.

malam 26 : Allah S.W.T meningkat pahala baginya selama


40 tahun.
malam 27 : Dihari kiamat nanti dia akan melalui titi
seratul Mustakim dengan mudah seperti kilat.

malam 28 : Allah S.W.T mengangkat 1,000 (seribu) darjat


baginya didalam syurga.

malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya 1,000 (


(seribu) pahala ibadah haji yang makbrul.

malam 30 : Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Makan


-lah buah-buahan syurga, mandilah dengan air
Saisabil dan minumlah dari telaga Kautsar,
Aku adalah Tuhanmu dan engkau adalah hambaku"

Renungan:-

Sayugia diingat, kalau sesaorang itu hanya berpuasa dan me-


nunaikan sembahyang tarawih sahaja tanpa menunaikan solat lima
waktu maka semua amalannya akan ditolak, apa saja sedekahnya juga
tidak akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.

Kalau kita lihat kebanyakan orang hari ini memilih bulan


Ramadhan untuk melakukan amal ibadat, sebaik sahaja habis bulan
Ramadhan maka mereka tidak lagi menunaikan sembahyang dan ada
pula orang yang menggangap bulan Ramadhan itu adalah bulan yang
menyusahkan., sebab mereka tidak dapat bebas untuk makan dan
sebaliknya mereka bersembunyi untuk makan.

Memang benar tidak ada orang yang melihat kita puasa


atau pun tidak, tetapi haruslah ingat Allah sentiasa melihat.

Renung-renunglah

Sekian sahaja, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai