Anda di halaman 1dari 3

From : Ra Barakuda <ba_rakuda@yahoo.

com>
To : hizb@hizbi.net
Subject : H-Net* Tazkirah Tadi Malam
Date : Wed, 5 Dec 2001 04:38:37 +0000 (GMT)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~
salam~

Malam tadi, saya berkesempatan menghadiri tazkirah


seorang ust selepas terawih; antara tazkirah yg paling
laser setakat ini. Tak taulah sesuai ka tidak dengan
keadaan semasa. Antaranya, dia kata (saya cuba tulis word
by word apa yg dia cakap):

"Kita sebagai pendakwah ini kena bijak ambik kesempatan


menyampaikan dakwah kpd manusia, contohnya hari biasa
bila kita mai bagi kuliah cuma beberapa org saja yg ada,
itu pun jenis baik-baik belaka, yg dok derhaka kpd Allah
bukan nak mai dengar pun. Jadi,sebab tu kita kena ambik
peluang malam terawih nie untuk bagi tazkirah sebab malam
ini masjid penuh, yg beriman kpd Allah pun mai , yg jenis
derhaka kpd Allah pun mai. Itulah kelebihan bulan
ramadan, bulan yg mampu mengumpulkan golongan yg beriman
dan golongan yg derhaka kpd Allah bersama-sama. Saya
tengok menunduk setengah2 pakcik-pakcik tu"

Tu dia, ceroi betoi dia tibai!

Kemudian dia tambah lagi:

"Saya cukup respect dan hormat dengan seorang pendakwah


itu yg pandai dan bijak menggunakan kesempatan. Baru2 ini
saya tengok beliau, i.e Mufti Selangor masa istiadat
pengkebumian YDP Agong. Kalau nak kira aulanya, bila baca
talkin kita kena baca dlm bahasa Arab, tapi dak...dia
tibai baca dlm bahasa Melayu. Sebab apa, sebab dia tengok
audience; kat situ semua ada, Raja-Raja, Menteri2 dan
Pembesar2 yg mungkin ada yg tak pernah dengar tazkirah
seumur hidup depa, semuanya ada.......termasuklah
pemimpin nombor satu yg derhaka kpd Allah tu pun ada
sekali. Dia baca talkin nak tuju kat depa tu lah; depa
pakat dengar dan kamera pun pi focus kat muka2 depa
sorang-sorang termasuklah muka Pemimpin No satu yg Dehaka
kpd Allah tu....nampaklah air mata dia meleleh, tak
taulah betul2 atau buat2 bila dengar Mufti baca talkin
kata "Ingatlah Sesungguhnya Mati itu Benar, Alam Kubur
itu Benar, Soal Mungkar Nangkir itu juga Benar...."

Ceroi sungguh dia tibai...

http://jaringan-ilmu.blogspot.com
Lagi satu dia cerita:

"Kita nie hiudp kena la ikut sirah Nabi; nie kita kalau
bulan ramadhan dok ingat dua benda saja....posa terawih,
posa terawih...itu saja. Tapi tak mau ikut sirah Nabi.
Hangpa tau ka kata, setiap hari dlm bulan ramadhan itu
ada sejarah tersendiri. Malam nie saya nak cerita pasal
sejarah dari hari pertama ramadhan sampai hari 30. Sempat
tak sempat tak tau lah; kalau tak sempat, kita pakat
makan sahur sama-sama kat sini"

[Saya meluru keluar pi ambik pen & buku catitan]

Dia sambung:

"Hari pertama bulan ramadhan; pada tahun 9 Hijrah, pada


hari pertama posa, satu rombongan dari Taif diketuai oleh
ketua suku kaumnya mai jumpa Nabi, habag nak peluk Islam.
Kalau kita ingat sejarah Taif, ish, memang sedih sungguh
bila dengar cerita bagaimana Nabi dihina dan dilontar
baru hingga berdarah2....sampaikan Jibrail pun naik
kesian, mai offer nak angkat gunung Uhud pi campak kat
puak2 tu. Tiba2 la nie nak mai masuk Islam pulak, nak
buat baik dengan Nabi pulak"

"Jadi, Iktibar yg kita boleh ambik ialah dlm berdakwah


jgn dok dendam. Kat tempat saya hari tu, ada sorang KARAT
BIRU (ceroi nie, dlm masjid tu ramai juga UMNO rasanya);
amboi mak dia anti sungguh kat kita. Bila kita tegur dia,
bila kita jalan jauh sikit, nanti dia ludah hala ke kita.
Bila pi rumah dia katup tingkap rumah dia. Sekali tu kita
pi pelekat poster kat pokok betik dekat2 area rumah dia;
dia pi bagi penendang kat pokok betik tu.....kesian kat
pokok betik tu, tak pasal2 buah dia habis jatuh ke tanah.
Kira KARAT BIRU sungguh la"

"Sekali tu kita cuba pi cucuk dia bila minyak naik harga.


Dia kata 'ala, sekupang saja, apa masalahnya, boleh dok
pi sana pi sini lagi, bukan nak kacau pun'. Tu dia punya
KARAT BIRU. Nak jadi ceritanya, hari tu rokok naik
sekupang sebatang...ha, yg tu yg dia marah sangat. Org
nie kalau dulu suka org tu, bila dah marah habis semua
maki hamun dia keluar; dia marah sungguh, bersembur dia
maki hamun, antaranya dia kata: 'INI DAH FIRAUN DAH
NIE!!".

"Ha, tu dia punya manusia pun dok ada....minyak naik


harga tak apa, tapi jangan dok kacau rokok dia"

http://jaringan-ilmu.blogspot.com
"Diringkaskan cerita dia mula sedar, dan mula dok mai
mengaji. Baru2 nie dia minta borang....dan dah bagi balik
dah pun borang tu kat kita. Ingat2 sekali, kalau dok
kenang masa dia KARAT BIRU dulu, mau bagi penampat
sebijik, tapi bila ingat sirah Nabi masa first ramadhan
tu....kita pun tak kata apa, w/pun ada geng2 muda dok mai
cucuk kita kata "Boleh percaya ka dia tu Ustaz, Ikhlas ka
dia etc".....kita cuma tafsir berdasarkan luaran sebab
kita manusia ini cuma ahli Zahir dan bukan ahli Bathin"

Banyak lagi yang ustaz cerita,cuma telinga saya dok


terngiang-ngiang dengan mukadimah dia:

"Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Kau Tunjukkanlah kepada kami Kebenaran itu
Nyata Benarnya.
Dan Berilah Kekuatan Kpd Kami Untuk Memperjuangkannya,
Kau Tunjukkanlah kepada kami Kesesatan itu
Nyata Sesatnya.
Dan Berilah kekuatan kepada Kami Untuk Menentangnya...

Mungkin Allah SWT telah memperkenankan doa beliau selama


ini, maka sebab itu beliau berani bangun memperkatakan yg
hak tanpa selindung selindung lagi...

-Wassalam-

p.s: Dia dan cover sirah hari pertama saja...betoi dia


kata kalau dia cover sampai 30 hari, soq pun mau tak
habis lagi...

http://jaringan-ilmu.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai