Anda di halaman 1dari 4

Subject : Soal Jawab Puasa

Date : Thu, 16 Nov 2000 19:08:43 -0800 (PST)

Soal :
Sahkah puasa bagi pesakit asma yang perlu menggunakan
alat bantuan (saya kurang pasti namanya) yang perlu
dimasukkan ke dalam mulut?

Jawab:
Penggunaan Inhaler bagi Pesakit Athma

Bagi pesakit athma atau lelah. Amalan penggunaan


inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut
itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini
adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya
(Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand
Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)

Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga


harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh
Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu'
Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini
meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan
makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia
diharuskan

Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203)


tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk
suntikan atau menghirup serbuk..

Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah


ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud
semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.

http://jaringan-ilmu.blogspot.com
Soal:
Semasa saya kecil, saya pernah mendengar pendapat yang

mengatakan antara perkara perkara yang membatalkan


puasa termasuklah memasukkan sesuatu kedalam rongga,
contohnya seperti berikut

1. mengorek lubang hidung dengan jari


2. mengorek telinga dengan pengorek telinga
3. menuang ubat mata (eyemore) kedalam mata

boleh kah saudara dapat membetulkan was was ini dengan

mengemukkan dalil dalil yang sahih.

Jawab:
1. Tidak batal puasa dengan mengorek lubang hidung
atau mengorek telinga dengan pengorek telinga.

Ini adalah pendapat Ibn Taymiyah dalam majmu' Fatawa.


menurut Ibn Taymiyah, maksud batal puasa jika
memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka bermaksud
memasukkan makanan atau minuman untuk menghilangkan
rasa lapar atau dahaga. Sedangkan seseorang mengorek
hidung atau telinga bertujuan membuat kotoran di
dalamnya. namun tidak digalakan kerana boleh dilakukan
waktu malam.

2. menitiskan eye-mo atau seumpamanya ke dalam mata.


Juga tidak batal puasa menurut pendapat Ibn Taymiyah
dalam Majmu' Fatawa. Kerana tujuan penitisan air ubat
tadi bukan berniat utk menghilangkn haus dahaga.

(lihat penjelasan Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah serta


Qardhawi dalam Fatwa Mu'asirat)

sekian

thtl
TuanHassan Tn-Lah <<thtlbpr@telekom.com.my>

http://jaringan-ilmu.blogspot.com
Soal :
Harap Tuan Hassan dapat berikan ulasan tambahan....
Ada ulamak berpendapat tidak perlu qada puasa tapi
cuma bayar fidyah berdasarkan hadis ini, tetapi ramai
ustaz mengajarkan perlu qada & fidyah. Diharapkan Tuan
Hassan dapat jelaskan....

"Ucapan Ibnu Abbas : wanita yang hamil dan wanita yang


menyusui apabila khawatir atas kesehatan anak-anak
mereka, maka boleh tidak puasa dan cukup membayar
fidyah memberi makan orang miskin " ( Riwayat Abu
Dawud ). Shahih

"Diriwayatkan dari Nafi' dari Ibnu Umar: Bahwa


sesungguhnya istrinya bertanya kepadanya ( tentang
puasa Ramadhan ), sedang ia dalam keadaan hamil.
Maka ia menjawab : Berbukalah dan berilah makan sehari
seorang miskin dan tidak usah mengqadha puasa ." (
Riwayat Baihaqi) Shahih.

Jawab:
Dr Qardhawi telah membuat kajian dalam nas yang
bersimpang siur ini dan dalam kitab feqahnya (fatawa
mu'asirat), Qardhawi berpendapat fidyah sahaja.
Madzhab Syafi'iy antaranya yang menetapkan qadha dan
fidyah. Ini adalah khilafiah dan keduanya harus utk
diamalkan.

sekian
thtl

http://jaringan-ilmu.blogspot.com
From: "puncak benua" <atieqsa@tm.net.my

Soal :
Assalammualaikum..
disini saya ada kemusykilan berkenaan dengan org yg
telah menninggal dunia. contohnya jikalau seorg bapa
telah meninggal dunia bolehlah anaknya menggantikan
puasanya, haji dan umrah bagi pihaknya. sekian
wassalam.
Assalamualaikum.

Jawab:
Menurut Qaul Jadid Asy-Syafi'ie, tidak dibolehkan
menggantikan (qadha) puasa orang mati secara mutlaq
(baik ia mempunyai kesempatan masa hidup atau
tidak) tetapi memadai dikeluarkan (fidyah) dari harta
peninggalannya satu cupak sehari mengikut jumlah hari
puasa yang ditinggalkan.

An-Nawawi menyatakan dibolehkan warisnya mengggantikan


puasa si mati. Tetapi jika dia meninggalkan harta
wajib salah satunya (qadha atau fidyah)

Sah menghajikan orang yang sudah mukhallaf apabila dia


tidak mampu menunaikan haji kerana tua, sakit (yang
tidak ada harapan sembuh)atau meninggal dunia. Hadis
di bawah dijadikan qias.

" Dari Ibnu Abbas r.a: Pernah Al Fadlu bin Abbas duduk
di belakang Rasulullah saw. Lalu datang seorang wanita
dari "Khats'ama". Mulailah Al Fadhlu memandang
kepadanya dan wanita itu memandang kepadanya. Lalu
Nabi saw memalingkan muka Al Fadhlu ke arah lain. Lalu
wanita itu berkata: Ya Rasulullah sesungguhnya
kewajiban Ibadah haji dari Allah itu, atas
semua hambaNya. Sedangkan aku mendapatkan masa hidup
ayahku dalam keadaan terlalu bangka, tidak kuat lagi
naik kenderaan. Apakah saya boleh hajikan dia.
Baginda menjawab: Ya. Dan peristiwa itu pada waktu
Haji Wada'

(Muttafaqun Alaihi)

http://jaringan-ilmu.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai