Anda di halaman 1dari 1

TAKHTA BERNILAI SECANGKIR MINUMAN

 
 

Seorang Sufi, Ibnu Sammak mengadap raja dengan membawa secangkir


minuman. Raja itu meminta sedikit nasihat daripada Ibnu Sammak. Ibnu Sammak
bertanya raja, "Katakanlah tuanku dalam kehausan yang amat sangat dan hanya
terdapat secangkir minuman yang ada di tangan saya ini. Relakah tuanku
membayar secangkir minuman ini dengan seluruh harta benda tuanku?" Raja itu
mengatakan, "Sudah tentu."  

Orang sufi itu meneruskan, "Kalau tuanku terpaksa menyerahkan takhta kerajaan
tuanku untuk menghilangkan kehausan itu, bagaimana, bolehkah tuanku
serahkan?". Raja menjawab, "Sudah tentu aku serahkan!"  

Ibnu Sammak lantas berkata, "Nah tuanku, janganlah tuanku bergembira dengan
takhta kerajaan yang nilainya hanya seteguk minuman!"   
 

MORAL & IKTIBAR   


 

 Seorang yang bagaimana tinggi sekalipun pangkatnya perlu merujuk kepada


ulama untuk kebahagiaan dan keselamaatn di akhirat 
 Kurniaan Tuhan berupa secangkir air untuk menghilangkan dahaga saja lebih
besar nilainya daripada takhta kerajaan seluas bumi 
 Janganlah sombong dan bongkak dengan apa yang ada pada kita kerana itu juga
adalah kurniaan Allah. 
 Setiap nikmat dan kurniaan perlulah kita syukuri dan lahirkan kesyukuran kepada
Allah yang mengurniakannya. 
 Sekiranya kita bersyukur atas nikmat Allah, nescaya akan diberikan tambahan
nikmat. Sebalinya jika tidak bersyukur, azab Allah yang amat pedih menunggu
kita di akhirat nanti.

Anda mungkin juga menyukai