Anda di halaman 1dari 1

CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw.
Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi
setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali
menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya
kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak
sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika
dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati
saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di
syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling
membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua
muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa
kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw yg
bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan
bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan
mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira
semula...

Tauladan dari kisah ini:

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai
Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan
nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.

Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak
bertemu .

Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat
naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang
mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.

Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-
baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana
Allah.

Anda mungkin juga menyukai