Anda di halaman 1dari 1

TOLERANSI NABI DALAM BERDAKWAH 

Sedang Nabi Muhammad saw duduk bersama para sahabat, muncul seorang pemuda
berjumpa Nabi lalu berkata "Izinkanlah saya untuk berzina." Mendengar perkataan
yang biadab itu, sahabat-sahabat terpinga-pinga dan merasa marah.   

Namun Nabi Muhammad bersikap tenang dan melayan dengan baik. Baginda
menyuruh pemuda itu hampir kepadanya lalu bertanya "Mahukah engkau berzina
dengan ibumu?" Pemuda itu menjawab "Tidak!". Lantas Nabi bersabda "Kalau begitu,
orang-orang lain juga tidak suka berbuat jahat kepada ibu-ibu mereka." Nabi
kemudian mengajukan soalan kedua "Sukakah kamu berbuat jahat dengan saudara
perempuanmu sendiri? atau sukakah kamu sekiranya isteri kamu dinodai orang?"
Kesemua soalan itu dijawab oleh pemuda itu dengan "Tidak!".   

Rasulullah saw kemudian meletakkan tangannya yang mulia ke atas pemuda itu
sambil berdoa "Ya Allah, sucikanlah hati pemuda ini. Ampunkanlah dosanya dan
peliharakanlah dia dari melakukan zina."   

Sejak peristiwa itu, tiadalah perkara yang paling dibenci oleh pemuda itu selain
zina.    
                         

MORAL & IKTIBAR    


 

o Sifat berlemah-lembut dan toleransi amat perlu ada dalam setiap pendakwah.  
o Sifat lemah-lembut kunci bagi kejayaan dakwah  
o Sifat toleransi merupakan satu rahmat dan pemberian Allah yang bersifat
dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim  
o Perkataan yang kasar dan kesat bukan menghampirkan orang  lain kepada kita
malah akan menjauhkannya lagi  
o Sebelum melakukan sesuatu perkara, perlulah bermesyuarat  atau berbincang
(bertukar-tukra fikiran) dengan orang lain  
o Jauhkan bertindak mengikut hawa nafsu kerana ia datang dari  syaitan  
o Kemukakanlah soalan kepada orang lain walaupun soalan itu kemungkinan
tidak ada logiknya; sementara orang yang ditanya  pula berikanlah layanan
yang sepatutnya dengan ikhlas.  
o Berikanlah nasihat atau teguran kepada orang yang memerlukan  namun
teguran itu hendaklah dilakukan dengan ihsan kerana  Allah semata-mata
semoga orang yang berkenaan tidak berasa  diperhinakan dan terus menerus
terbiar menjadi mangsa syaitan. 
o Berdakwah dengan hikmah memberikan kesedaran dan  keinsafan kepada
orang yang didakwah. 

Anda mungkin juga menyukai