Anda di halaman 1dari 11

CIRI-CIRI BERITA

Interinsik

 Nilai berita yang dapat menarik


minat orang ramai untuk
membaca
dan mengetahui realiti sebenar
sesuatu perkara itu.
Sumber berita
 Mestilah sesuatu peristiwa yang benar dan bukan
fiksyen. Penulis berita seperti wartawan, pemberita atau
editor tidak mempunyai pilihan lain selain memberitahu
sesuatu peristiwa yang sebenarnya berlaku. Peristiwa itu
tidak dirancang terlebih dahulu dan tidak ditetapkan
kesudahannya. Tidak ada tokok tambah. Ia sesuatu
peristiwa yang dilihat dengan mata sendiri. Hasil
daripada kehadiran pemberita itu sendiri barulah
sesuatu berita itu dapat ditulis dan dihasilkan.
Ketepatan berita

 Sesuatu berita itu hendaklah memperlihatkan


fakta sebenar dan betul. Ia bukan sengaja dibuat-
buat atau dihasilkan melalui imaginasi. Ia juga
bermaksud berita yang tiada kesilapan fakta dan
sumbernya adalah sahih serta boleh
dipertanggungjawabkan.
Gaya penulisan

 Banyak bergantung pada kewibawaan, pengalaman dan


keupayaan penulis mempersembahkan berita yang ditulisnya.
Ia juga mungkin merupakan pemilihan perkataan yang tepat
dan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca umum.
Menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan betul adalah gaya
penulisan yang baik. Bahasa yang digunakan hendaklah
ringkas tetapi padat dan dapat menyampaikan maklumat
secara menyeluruh. Struktur ayat yang digunakan pula tidak
berbelit-belit atau berbunga-bunga. Penggunaan ayat-ayat
pendek dan ayat yang tidak kompleks dapat mewujudkan
pemahaman pembaca dengan lebih cepat.
Fakta langsung
 Berita perlu bebas daripada prasangka,
cetusan hati dan perasaan penulis yang
beremosi. Penulisan berita hendaklah menjurus
secara langsung dan terus kepada isi atau fakta
yang hendak dipersembahkan. Berita yang
mempunyai liputan yang menyeluruh dan
maklumat terbaharu dan terkini dapat menarik
minat orang ramai membacanya.
Cepat disebarkan
 Berita mesti cepat disampaikan dan disebarkan
bagi membolehkan masyarakat atau pihak tertentu
bertindak atau mendapat maklumat tentang berita
tersebut. Ia boleh disebarkan melalui surat khabar
atau media elektronik. Lebih baik jika berita itu
disebarkan kepada umum pada hari yang sama
sesuatu peristiwa atau kejadian itu berlaku.
Maklumat sahih
 Berita yang berasaskan kejadian yang sebenar tanpa
dipengaruhi oleh pendapat persendirian. Penulis berita
mesti bersifat objektif, iaitu melaporkan berita sebenar
dan tidak sewenang-wenangnya menambah atau
mengurangi bahagian-bahagian tertentu dalam
maklumat yang ingin disampaikan. Penulis berita perlu
menyampaikan berita secara berstruktur dalam situasi
yang tidak dipengaruhi oleh emosi agar berita yang
ditulis menepati ciri-ciri kesahihannya. Pengolahan
boleh dibuat pada kandungan berita yang disampaikn
tanpa mengubah fakta seperti tempat kejadian, orang
yang terlibat semasa kejadian.
Maklumat lengkap
 Berita mesti lengkap dan boleh menjawap soalan-soalan yang
menjadi inti utama berita. Soalan-soalan ini dapat mengelakkan
pembaca terkeliru dalam menentukan kesahihan dan ketepatan berita.

Apa merujuk kepada peristiwa atau


kejadian yang berlaku itu - jenayah,
rompakan, pembunuhan, kemalangan dan
sebagainya.

Bila - tentang waktu dan tempoh masa kejadian


itu berlaku, termasuk tarikh dan hari kejadian
untuk menentukan kesahihan sesuatu berita itu.

Bagaimana - menjelaskan kepada pembaca tentang


cara peristiwa itu berlaku.
Siapa - individu yang terlibat dalam peristiwa itu
dan nama orang itu perlu lengkap berserta nama
jawatan atau gelaran jika ada.

Di mana menerangkan nama tempat kejadian. Nama


atau alamat tempat kejadian perlu spesifik agar pembaca
dapat membuat gambaran tentang suasana tempat
kejadian itu.

Mengapa - memberitahu pembaca sebab-sebab


peristiwa berlaku. Punca kejadian tidak diketahui atau
masih dalam siasatan hendaklah ditulis.
Pemerengganan berstruktur
 Mestilah pendek dan biasanya mengandungi tiga
atau empat ayat sahaja. Satu perenggan satu
maklumat. Ia bertujuan untuk menyenangkan
pembaca mengikuti kandungan berita dengan lancar.
Pertukaran maklumat dalam setiap perenggan
hendaklah berstruktur, iaitu mengikut urutan yang
logik dan mempunyai kesinambungan dengan
perenggan sebelumnya. Dilakukan dengan
menggunakan penanda wacana yang bersesuaian agar
wujud satu kesatuan teks yang utuh.

Anda mungkin juga menyukai