Anda di halaman 1dari 1

Selain matlamat yang jelas, Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan turut mempunyai beberapa objektif utama yang harus

dicapai melalui usaha murni para guru. Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Objektif dari aspek pengetahuan menekan pencapaian untuk mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap pembangunan watak yang mulia. Menerangkan peranan dan tanggungjawab kearah pembinaan keluarga yang bahagia, menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni, memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia, menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara dan mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat. Objektif dari aspek kemahiran pula menekan pencapaian untuk mengurus diri dengan baik dan bertanggungjawab, mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku, berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat, menangani konflik diri, keluarga dan rakan, belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat, menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama dan juga membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain. Objektif dari aspek nilai pula menekan pencapaian untuk mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri, menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga, menghormati kaum dan budaya lain, menyayangi alam sekitar, menunjukkan semangat kekitaan,

Anda mungkin juga menyukai