Anda di halaman 1dari 20

MODEL

PERSONAL
Model pembelajaran personal bermula dari perspektif kendiri
seseorang individu.

Model ini cuba menerapkan pendidikan agar kita lebih memahami


diri sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap
pendidikan serta belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum
daripada sekarang.

Model personal menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang


individu dan mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta
mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat
sendiri.
TUJUAN
:
Membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan.

MATLA
MAT :
Pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu.

*Maka, model personal terdiri daripada pendekatan untuk


membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam
melahirkan personaliti yang seimbang.
PEMBELAJARAN MELALUI
KAUNSELING
Model tidak direktif (non-directive) oleh Carl
Rogers menggambarkan falsafah dan teknik
pengajaran model personal.

Model personal berhasrat membentuk satu


komuniti pelajar yang berdisiplin diri serta
mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.
Rogers (1982) & beberapa orang penyokong model
kaunseling tidak direktif :

Percaya bahawa manusia akan berkembang dengan perhubungan


manusia yang positif.

Pengajaran dengan berfokuskan hubungan manusia berbanding


pengajaran konsep mata pelajaran.

Rogers menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.


Pertemuan dengan pelajar harus wujud suatu persekitaran yang
penuh dengan kasih sayang, keyakinan, empati dan saling
memahami.

Guru bantu pelajar memahami bagaimana menghadapi tugasan serta


bagaimana menuju ke arah penyempurnaan kendiri.
Guru dianggap sebagai kaunselor : satu pakatan antara guru dengan
pelajar.

Guru berperanan untuk membimbing pelajar ke arah memahami


bagaimana pelajar boleh memainkan peranan utama dalam
pembelajaran mereka.
Proses pembelajaran sebegini Pelajar dibantu
bermula dengan guru bertanggungjawab terhadap
membantu pelajar perubahan tingkah laku untuk
memperjelas masalah. menyelesaikan masalah.

Guru bantu pelajar mencuba Pelajar dibimbing ke arah


dan membuat refleksi terhadap pembentukan perasaan empati
keputusan yang dibuat dalam terhadap orang lain dalam
percubaan tersebut. persekitaran pembelajaran.
PERANAN
GURU
Membantu pelajar mengarah diri
Proses perkembangan diri :
Guru beri maklum balas tentang
masing-masing demi pencapaian kemajuan diri dan membantu
matlamat kendiri. pelajar menyelesaikan masalah jika
ada.

Paling penting :
Guru mewujudkan pakatan dengan pelajar
bertujuan untuk membimbing dan membantu
mereka sepanjang penyelesaian tugasan dan
masalah.
Tujuan model
non-directive
mengikut Joyce et al.,
(2002)
Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang
lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan
diri yang realistik dan perasaan empati terhadap orang lain.

Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan


aspirasi pelajar, di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk
menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar.

Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti


dan ekspresi peribadi.
FASA-FASA DALAM
MODEL PEMBELAJARAN
NON-DIRECTIVE
FASA Kenal pasti dan mendefinisi situasi.
1 Guru menggalakkan luahan perasaan pelajar.

FASA Meneroka masalah


Pelajar digalak untuk menerangkan masalah.
2 Guru menerima dan memperjelas perasaan pelajar.
Membentuk pengertian baru.
FASA Pelajar membincang masalah.
3 Guru memberika sokongan kepada pelajar.

FASA Perancangan dan membuat keputusan.


Pelajar merancang untuk membuat keputusan.
4 Guru memperjelas keputusan-keputusan yang
mungkin diambil.
Integrasi / kesepaduan.
Pelajar memperoleh pengertian lanjutan
FASA 5 dan membentuk tindakan yang lebih positif.
Guru memberikan sokongan kepada
pelajar.

Tindakan luar
daripada Pelajar sendiri mengambil tindakan positif.
temubual
IMPLIKASI MODEL PERSONAL
DALAM
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Dalam mengaplikasi model personal, perlu diwujudkan satu
persekitaran pembelajaran supaya individu membentuk
kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi.

Menekankan individu sebagai insan yang unik dan cabaran


untuk membentuk personaliti yang berintegrasi, penuh
keyakinan dan kompeten.

Penting bagi guru membentuk serta menggabungkan aspek


intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti
seimbang.
Kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsi, tetapi ditentukan
oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru.

Model non-directive bergantung pada faktor semula jadi dan


bukan ditentukan oleh kesan pengajaran. Kesan pengajaran
amat bergantung pada kejayaan pemupukan perkembangan diri
pelajar.
Guru perlu menyediakan suatu iklim sosial yang mengizinkan
pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi
perasaan.

Di sinilah pelajar perlu diberikan peluang untuk meluahkan


perasaan dalam perbincangan individu atau kumpulan.
DISEDIAKAN OLEH :
AFIFAH AHMAD
PISMP PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 2
IPGM KAMPUS KOTA BHARU KELANTAN

Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang
kita dapat & bersyukurlah dengan apa yang kita ada….

Anda mungkin juga menyukai