Anda di halaman 1dari 5

PERJANJIAN SEWA

SUATU PERJANJIAN yang diperbuat pada 1 DISEMBER, 2010, diantara alamat


pemilik (kemudian daripada ini dipanggil “Pemilik”) sebagai satu pihak dan
penyewayang beralamat di alamat penyewa (kemudian daripada ini dipanggil
“Penyewa”) sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA :-

1. Pemilik ingin memberi dan menerima suatu sewaan ke atas bangunan beralamat di
alamat premis (kemudian daripada ini dipanggil “Rumah Kedai Tersebut”)

2. Pemilik adalah tuanpunya berdaftar ke atas Rumah Kedai Tersebut.

MAKA ADALAH DIPERSETUJUI sebagai berikut:-

1. Pemilik bersetuju memberi sewa dan Penyewa menerima suatu sewaan ke atas
Rumah Kedai Tersebut untuk tempoh selama TIGA (3) TAHUN yang bermula
daripada 1 DISEMBER 2010 dengan bayaran sewa sebanyak xx Ribu xx Ratus
(RM9,999.99) sahaja sebulan yang perlu dibayar dan dijelaskan oleh Penyewa
kepada Pemilik pada tiap-tiap bulan pada atau sebelum 05 haribulan tiap-tiap bulan
dalam kalendar berkenaan sehingga tamat tempoh penyewaan (selepas ini disebut
“Sewaan Tersebut”)

2. Penyewa hendaklah menjelaskan wang deposit semasa menandatangani Surat


Perjanjian ini dengan kadar jumlah seperti berikut :-

a) Deposit Sewa untuk dua (2) bulan…………………...RM 9,999.00

b) Elektrik dan Air……………………………………… 9,999.00


-----------------
JUMLAH RM9,999.00
==========

-1-
3. Tempoh selama tiga (3) tahun akan dibahagikan sebagaimana berikut:-

a) Akan membayar sewa yang dipersetujui di dalam Perjanjian ini pada hari dan
dengan cara yang tersebut diatas;

b) Akan hanya menggunakan Rumah Kedai Tersebut untuk Premis Perniagaan


sahaja dan tidak membuat atau membenarkan sebarang perkara dilakukan di
Rumah Kedai No Tersebut yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau
jiran tetangga;

c) Akan menjaga dan memelihara Rumah Kedai Tersebut supaya sentiasa berada
dalam keadaan baik dan sempurna sepanjang tempoh penyewaan melainkan
(kerosakan akibat penggunaan dan pemakaian hari-hari dan kerosakan dan
bencana api, ribut taufan, peperangan, rusuhan atau lain-lain bencana alam
adalah dikecualikan);

d) Akan bertanggungjawab keatas keselamatan ansuran kesemua harta-harta alih


yang diletakkan oleh penyewa di Rumah Kedai Tersebut;

e) Tidak akan menyerah hak, memberi sewa semula ( Sub Let) atau sebagainya
kepada mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan Pemilik;

f) Akan menjelaskan bayaran elektrik dan air yang digunakan oleh Penyewa
sahaja di Rumah Kedai Tersebut;

g) Tidak akan membuat apa-apa tambahan atau membina mana-mana bangunan


kecuali dengan persetujuan pihak pemberi sewa;

h) Tidak akan menyimpan atau membenarkan disimpan segala apa barang yang
mungkin melanggar undang-undang, akta, ordinan dan pentadbiran.

4. Pemilik dengan ini bersetuju dan berwaad sebagaimana berikut:-

a) Untuk membenarkan Penyewa jika ia membayar sewa yang dipersetujui


dengan tepat pada waktunya dan mentaati segala syarat dan butir-butir yang
terkandung di dalam perjanjian ini untuk menikmati Rumah Kedai Tersebut
dengan aman.

b) Akan membayar segala cukai bersabit dengan Rumah Kedai Tersebut yang
mesti dibayar oleh Pemilik.

-2-
5. DENGAN BERSYARAT DAN ADALAH DIPERSETUJUI OLEH KEDUA-DUA
PIHAK seperti berikut:-

a) Pemilik berhak menyemak dan menaikkan kadar sewa sebaik sahaja tempoh
masa berkaitan ( 3 Tahun) tamat.

b) Kadar kenaikan sewaan adalah bergantung kepada persetujuan kedua belah


pihak.

6. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa mana-mana pihak boleh menamatkan Perjanjian


dengan memberi tiga (3) bulan Notis Bertulis kepada pihak yang satu lagi atau
memilih untuk membayar pampasan tiga (3) bulan sewaan.

7. Kedua-dua pihak mempunyai pilihan untuk membaharui Perjanjian ini sebaik sahaja
Perjanjian ini tamat untuk tempoh dua (2) tahun seterusnya tetapi tertakluk kepada
syarat-syarat yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak pada masa tersebut.

-3-
SEBAGAI MENYAKSIKAN HAL DI ATAS kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini
menurunkan tandatangan mereka atau bagi pihak mereka pada haribulan dan tahun
tersebut di atas.

DITANDANTANGANI …………………………………………..
OLEH PEMILIK PEMILIK

Dihadapan:

DITANDATANGANI ………………………………………………
OLEH PENYEWA PENYEWA

Dihadapan:

-4-

Anda mungkin juga menyukai