Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Projek: Sistem Penghantaran Mesej Ringkas Unit Kecil dalam Medan Peperangan

Penyelia Dicadangkan: Kapt(B) Syed Nasir Alsagof.

Pernyataan Masalah:

Pernyataan masalah ini secara amnya adalah seperti berikut:

i. Risiko untuk berlakunya salah faham dan tidak faham komunikasi adalah tinggi.
ii. Memerlukan lingkungan jarak komunikasi yang tetap.
iii. Jika pandangan terhad maka komunikasi isyarat tangan dan lengan berkurangan.
iv. Isyarat tangan dan lengan yang dibuat adalah mudah diketahui dan diramal oleh musuh jika
dalam jarak yang dekat.

Matlamat Projek:

Sistem Pesanan Pergerakan Perang ini diharap dapat membantu ketua platun bagi menghatar
sebarang arahan pergerakan.Hal ini bagi menangani isu-isu ketidakjelasan,ketidaktepatan dan
ketidakberkesanan sesuatu pesanan yang dihantar.

Selain itu,system ini bermatlamat untuk mengatasi masalah-masalah keselamatan seperti maklumat
yang dihantar mudah diketahui oleh pihak musuh.

Manfaat ini dapat digunakan sebagai titik tolak yang mampu menghasilkan system penghantaran
pesanan perang yang memberi kesenangan kepada pengguna,lebih efektif, dan selamat daripada
pengetahuan musuh.Diharapkan dengan terhasilnya system ini akan membantu unit-unit infantry Tentera
Darat Malaysia dalam melaksanakan taktik dan strategi dalam sesuatu operasi perang.

Objektif Projek:

Objektif Sistem Penghantaran Mesej Ringkas Unit Kecil dalam Medan Peperangan adalah
seperti berikut:

i. Membangunkan sebuah sistem penghantaran maklumat tanpa bunyi, dan tanpa


menggunakan isyarat visual.

ii. Mewujudkan sebuah sistem penghantaran pesanan ringkas yang jelas,tepat dan berkesan.

iii. Membina sebuah system penghantaran maklumat yang tidak boleh diramal dan diketahui
oleh musuh kerana menggunakan enkripsi data
Skop Projek:

Secara amnya,skop projek adalah melibatkan:

i. System komunikasi sehala.

ii. System komunikasi satu kepada banyak (one-to-many communication).

iii. Menggunakan jaringan perantaraan wireless atau WIFI.

iv. Menggunakan kaedah enkripsi(MD5) untuk keselamatan daripada diceroboh oleh anasir
luar.

Anda mungkin juga menyukai