Anda di halaman 1dari 2

7 Ciri-Ciri Lelaki Buruan Wanita

1. Yakin Pada Diri Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lekukan
sesuatu perkara itu dengan terbaik. yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri
sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya
kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. penting untuk berlatih
bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

2. Pandai Buat Lucu Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau
tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu
membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan
hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terua merindui karenahmu.

3. Romantik Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal
atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata.
Suka mengambil berat dan penyayang kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi
salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau
agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebantakannya memilih yang romantik.

4. Wang Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya
mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga
boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya
suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal
bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar
terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat
nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding
dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.
5. Bijak Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai.
Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan
pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya
tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah
seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolaholah kamu telah membaca keseluruhan buku
tersebut. pakilah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti
seorang intelek.

6.  Sensitif. Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola
mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan awak” bagaimanapun
jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan
pohon yang kukuh.

7. Suka Kanak-Kanak Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas
dalam semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang
sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan
perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu.
perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi
bapa yang penyayang. 8. Bijak Berdandan Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh.
bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan
bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai.
Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek
kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia
nanti. Apapun, tiada lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi sempurna. perlu
di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu. jadikan gunakan kelebihan itu
dengan sebaik mungkin. yang penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Sementara yang
selebihnya kamu bolehlah berpura-pura. Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah berjaya di
tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu.

Anda mungkin juga menyukai