Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan Teknologi komunikasi dan Media Global

Peranan komunikasi dalam perkembangan arus komunikasi di kenali sebagai


‘postindustrialisme’ yang bermakna perkembangan ini dapat mengubah masyarakat kepada
masyarakat yang memperolehi sistem perkhidmatan yang pelbagai dalam memperolehi kesenangan. 1
Selain itu perkembangan teknologi komunikasi ini juga turut mengubah kepada masyarakat pertanian
kepada perindustrian akibat pergolakan sistem ekonomi. Contohnya pergolakan antara Negara maju
dengan Negara dunia ketiga (D3), Perkembangan teknologi komunikasi kepada medium
pembangunan juga akan mewujudkan satu rangkaian baru sejajar dengan revolusi perindustrian
sehingga telah menghasilkan alat telekomunikasi seperti telefon, satelit, komputer dan sebagainya. 2
Sebagai contoh Alat komunikasi ini mewujudkan revolusi informasi yang memberi lebih peluang
kepada masyarakat. Namun, perkembangan teknologi ini juga turut mengundang pelbagai ancaman
kepada masyarakat dan Negara khususnya.

William Paisley (1985), menyatakan bahawa perubahan dalam teknologi meletakkan


komunikasi di barisan hadapan revolusi sosial. 3 Bermakna teknologi komunikasi dianggap sungguh
penting dalam masyarakat moden seperti Amerika Syarikat. Kini, teknologi komunikasi
membolehkan masyarakat membentuk alat komunikasi yang diingini tetapi pada harga yang
ditetapkan.4 Teknologi komunikasi adalah alat perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial
yang dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar informasi dengan
individu-individu lain. Mac Luhan (1965), Keupayaan ini menyebabkan individu boleh
berkomunikasi pada jarak yang jauh dan dengan cepat untuk memperolehi informasi yang dahulunya
tidak mungkin didapati.5 Kepesatan dalam perkembangan teknologi ini telah melahirkan media global
yang mampu meningkatkan proses pembangunan Negara lantas menyebabkan sesetengah pihak
menyatakan bahawa media global dapat menyatupadukan dan menyeimbangkan masyarakat.
Teknologi yang diserap daripada barat berperanan mengubah Negara yang mundur kerana
berdasarkan andaian daripada kemajuan teknologi barat akan menyebabkan pergantungan antara
Negara maju dan Negara dunia ketiga (ND3). Transnational Corporation (TNC) merupakan pihak
utama dalam pemindahan teknologi komunikasi dari Negara maju ke ND3. 6 Ia juga turut membantu
masyarakat untuk mengubah sikap dan amalan tradisional kepada moden kerana masyarakat sebelum
ini lebih kepada tingkahlaku, sikap dan kepercayaan tradisional ataupun mengamalkan corak
kehidupan yang lama.

Walaubagaimanapun, kewujudan media global dalam perkembangan teknologi komunikasi


ada sesetengah pihak berpendapat bahawa kebangkitan media global ini dapat menyatupadukan dan
dapat menyeimbangkan masyarakat. Namun, sesetengah pihak yang lain pula tidak bersetuju dengan
penyatuan dan penyeimbangan masyarakat dengan kewujudan media global. Dalam tugasan saya ini
juga turut menyatakan kebaikan dan keburukan kepada kebangkitan media global kepada masyarakat
dalam perkembangan teknologi komunikasi. Perkembangan teknologi komunikasi dirangsang oleh
perkembangan kapitalis dalam kalangan TNC yang turut memiliki media global. Nd3 dilihat sebagai
pasaran. Motif utama TNC adalah mencari pasaran untuk memaksimumkan keuntungan, bukan untuk
menyeimbangkan dan menyatukan masyarakat.

Adakah media global dapat menyatupadukan dan menyeimbangkan masyarakat ?????

Dunia abad ke 21 adalah satu dunia baru .Dunia sekarang ini bukan lagi dikenalpasti dengan
sandaran ideologi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya. Kuasa besar ekonomi dunia dengan
sistem kapitalisnya ingin mewujudkan satu dunia global dengan pasaran global. Organisasi
perdagangan dunia (World Trade Organisation) adalah mekanisme yang digunakan untuk
melialisasikan impian global tersebut. (wheeler 1997) dalam bidang komunikasi pula, proses
penglobalan dunia boleh terhasil dengan mewujudkan media global yang berperanan bukan sahaja
menyebarkan maklumat tetapi juga mencorak dan mempengaruhi pendapat awam dunia (Public
watchdog).7

Impak media global ke atas Nd3 khususnya akan wujud ketidakseimbangan dalam
masyarakat kerana Negara maju mudah untuk menerima teknologi komunikasi berbanding Nd3. Ini
disebabkan proses menyebarluas bahan berita dan pengetahuan dapat dilakukan dengan pantas tanpa
sekatan keseluruh pelusuk dunia. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang pesismistik mengenai
globalisasi dan media global ini, situasi ini akan mengulangi satu lagi usaha penjajahan. Pada masa
lalu penjajahan dilakukan secara fizikal melalui kekuatan ketenteraan dan kemudiannya berlaku
secara kuasa ekonomi.8 Kini penjajahan boleh dilakukan secara elektronik dengan mendominasi
rangkaian media global. Pada tahun 1980an wujud satu isu berkenaan imperialisme media antara
Negara maju dan Nd3 disebabkan oleh ketidakseimbangan (inbalance, unequel change –IBM, Warner
Brother).9 Akibatnya terdapat perhubungan dominasi dan pergantungan. Hal ini turut disebabkan
Negara maju mengawal kuasa dalam pemilikan teknologi komunikasi.

Dalam menghadapi media global ini kita perlu melihatnya dengan cara terbuka dan menilai
implikasi dan penerimaan kepada masyarakat dan Negara. Namun begitu kita juga perlu
memantaunya secara kritikal untuk memebolehkan kita memberikan tindakbalas yang sesuai agar kita
dapat menguasai bentuk politik, ekonomi, budaya dan identiti nasional kita berdasarkan penyebaran
berita, rangkaian televisyen dunia, agensi periklanan dan internet (wheeler 1997).

McGrew (1992:65) menggambarkan media global sebagai “intensification of global


interconnectedness”. Apa yang dimaksudkan dengan Mcgrew dengan peningkatan hubungan jaringan
global adalah pada waktu ini sempadan Negara tidak lagi menjadi rintangan dalam kehidupan kita.
Hampir semua aktiviti sudah mula bergerak merentasi sempadan Negara sama ada barangan, modal,
manusia, pengetahuan, imej, jenayah, pencemaran alam, dadah, fashion dan juga kepercayaan.
Kaedah pergerakan itu berlaku dalam pelbagai cara, sama ada melalui jaringan hubungan antara
peribadi, institusi, pengangkutan udara dan juga jaringan sistem komunikasi. Marshall MacLuhan
(1964), menyatakan dunia sekarang semakin mengecil dengan perkembangan media global yang di
kenali sebagai ‘global village’, Melalui jaringan sistem komunikasi seperti internet, telefon, atau
rangkaian televisyen global dunia telah dikecilkan untuk memudahkan individu menjadi semakin
rapat. Maksudnya, kita sudah tidak boleh lagi mempertahankan ruang dan masa sudah menjadi hak
sepunya masyarakat sejagat.10 Sempadan Negara bangsa bukan lagi menjadi sebab untuk
mempertahankan kemasukan maklumat daripada luar.

Contohnya di Malaysia, Kita tidak boleh lagi mengatakan Negara kita terasing daripada
rangkaian hubungan globalisasi ini. Walaupun mempunyai perkhidmatan siaran televisyen satelit
yang terhad, tetapi sama ada siaran itu secara langsung atau tertangguh, kita sudah dapat menikmati
program daripada media global setiap hari. Kita bukan sahaja disajikan dengan maklumat politik,
kewangan (ekonomi) dan sosial daripada pelbagai tempat didunia melalui CNN dan CNBC tetapi juga
berkongsi hiburan yang sama dengan penduduk dunia yang lain melalui filem-filem melalui rangkaian
televisyen seperti MTV dan V Channel, selain daripada diperagakan dengan perisian program kanak-
kanak daripada Disney Channel dan Nicoldeian. 11 kebaikkannya daripada perkembangan ini, bukan
sahaja kita akan beruntung untuk menerokai dunia luar dengan mudah dan mendapat faedah
daripadanya, tetapi dalam masa yang sama juga kita akan lebih terdedah kepada unsur-unsur luar ke
dalam persekitaran kita. Keterbukaan kepada dunia luar tanpa kawalan inilah yang kurang disenangi
oleh kebanyakan Negara kerana mereka merasa kehilangan keupayaan untuk menentukan apakah
yang baik untuk Negara mereka, terutamanya budaya yang menjadi identiti mereka. Menurut Bennet
(1982), pembentukan masyarakat massa telah dikatakan menimbulkan satu budaya baru “mass
culture” atau budaya massa yang dilihat sebagai penggugat dan penghakis kualiti budaya masyarakat
asal.12

Dalam kewujudan media global ini juga akan meyebabkan penyebaran budaya massa yang
pelbagai. Masyarakat akan terdedah kepada proses intergrasi dan disintergrasi budaya di mana budaya
luar menyerap dan diterima dalam budaya kita di samping ia juga menghakis budaya yang sedia ada.
Budaya ini dianggap menggantikan dan menghakis budaya organik, asli dan berdikari dengan budaya
yang lemah dan insipid hasil komersialisme dan menggalakkan konsumsi yang pasif menurut
MacDonald (1957).13

Satu perkara yang tidak boleh kita ketepikan dalam membincangkan tentang media global
adalah peranan teknologi komunikasi yang semakin canggih berupaya menghubungkan pelbagai
pelusuk dunia dalam satu rangkaian global. Ini berlaku sama ada melalui rangkaian telefon, faximili,
internet, ataupun media global.
Order Baru Maklumat Dunia (NWICO) adalah satu isu yang hangat diperdebatkan oleh
Negara-negara yang menjadi anggota Unesco pada tahun 1980an. Tujuannya adalah untuk
membetulkan keadaan aliran maklumat ini kerap berlaku salah laporan dan paparan negatif Negara
membangun dalam kalangan audien media di Negara maju. 14 Negara maju terutama Amerika Syarikat
menolak hujah untuk memperbetulkan order maklumat dunia dengan alasan ia akan mejejaskan
kebebasan media yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara maju yang lain (Dunia
Pertama). Walaupun isu ini mendapat sokongan padu daripada negara membangun (Dunia Ketiga)
dan negara blok Soviet (Dunia Kedua) namun perlaksanaannya tidak kecapaian.

Dengan adanya pasaran global, industri media akan menikmati “economics of scale” di mana
kos pengeluarannya akan menurun disamping mempunyai pasaran yang lebih luas. Dengan itu
industri media akan dapat mengurangkan kos produksi dan memaksimumkan keuntungan seperti juga
dengan entiti ekonomi yang lain. Dalam konteks economics of scale inilah wujudnya media global
kerana ia akan memberikan pulangan yang besar kepada pengusaha industri ini. Walaupun dari segi
perkiraan ekonominya adalah baik, media global juga memberi implikasi sosial yang berbeza di
kalangan audiennya. Industri media dikatakan lebih berpengaruh dalam proses sosialisasi dan
penyuburan isian media terhadap khalayaknya.

Di Malaysia, perkhidmatan stesen televisyen satelit Astro menggambarkan pertembungan


antara industri media tempatan dengan industri media global. Astro tidak perlu memberi tumpuan
kepada pembikinan isi kandungan seperti televisyen tempatan yang lain. Astro kebanyakannya
menyalurkan program daripada organisasi media global yang membekalkan isi kandungan untuk
saluran-saluran khusus seperti ESPN, HBO, Star TV dan sebagainya. Untuk menghadapi persaingan
ini, dasar liberal kerajaan telah membolehkan perkhidmatan television kommersial. Bagitu juga stesen
awam iaitu Television Malaysia saluran TV1 dan TV2 juga akan dikorporatkan untuk
membolehkanya menghadapi persaingan dengan stesen komersial dan satelit yang lain.

Tahun 1980an adalah satu era perkembangan media global yang pesat disebabkan oleh
beberapa faktor seperti penswastaan, deregulasi dan perkembangan teknologi baru komunikasi. Pada
akhir tahun 1980an telah wujud apa yang dikatakan sebagai pasaran media global di mana syarikat
media lebih merupakan syarikan bercorak transnational yang menjalankan operasinya dimerata
tempat di dunia ini.15 Diantara syarikat tersebut adalah Time-Warner, The Walt Disney Company,
News Corporation, Turner Broadcasting, Matsushita dan Sony Corpoation (pemilik CBS Records dan
Columbia Picture).

Perkembangan media global berlaku dalam tiga cara. Pertama melalui mengukuhkan
kedudukan syarikat dengan mengambilalih pemilikan syarikat yang bersaing. Kedua melalui
penerokaan pasaran baru di luar daripada negara di mana syarikat itu beroperasi. Ketiga dengan
melambakkan sebanyak mungkin program atau perisian media di negara peripheral yang kurang
keupayaan untuk menghasilkan perisian media mereka sendiri. Jika diambil contoh dalam industri
penyiaran di mana sektor program kanak-kanak dianggap sebagai satu segmen pasaran global yang
lumayan. Dalam konteks ini terdapat tiga syarikat gergasi yang memonopoli pengeluaran dan
pemilikan saluran televisyen tematik iaitu The Walt Disney Company, Cartoon Network dan
Nickelodeon. The Walt Disney Company selain daripada berfungsi sebagai pengeluar filem dan
program televisyen juga melancarkan jenama saluran telivesyennya sendiri iaitu Disney Channel di
Amerika Syarikat pada tahun 1983 dan kemudiannya di Eropah dan Asia pada tahun 1995. 16

Media global bukan sahaja begitu dominan dalam program hiburan tetapi juga dalam program
berita. Pelancaran televisyen satelit Cable News Network (CNN) yang menyiarkan berita selama 24
jam sehari telah mengubah corak masyarakat dunia mendapat berita dengan cepat dan secara
langsung. Di Malaysia khususnya di antara rangkaian berita yang boleh diterima melalui televisyen
satelit adalah CNN, BBC World, MSNBC, Deutsche Welle dan juga Al Jazeera. Al Jazeera adalah
stesen televisyen berbahasa Arab yang berpengkalan di Dubai. Stesen ini menjadi pesaing kepada
rangkaian berita televisyen global yang lain sewaktu perang Afganistan pada tahun 2000 di mana ia
berupaya melaporkan berita dari dalam Afghanistan dengan banyak liputan eksklusif. Petikan
daripada siaran televisyen Arab ini banyak juga digunakan oleh stesen televisyen berita tempatan.

Dengan meningkatnya penglobalan ekonomi dunia, periklanan juga memainkan peranan


yang penting. Oleh kerana pengiklan terbesar di dunia adalah terdiri daripada syarikat yang
berpangkalan di Amerika Syarikat seperti Disney dan Time-Warner, maka tidak asinglah jika
kebanyakan agensi periklanan terbesar di dunia juga berpengkalan di negara tersebut. 17 Walau
bagaiamanapun, agensi periklanan ini meluaskan perkhidmatannya di negara semi-peripheral dan
peripheral dan dalam masa yang sama juga menerapkan nilai, sikap dan amalan perniagaannya.

Satu lagi aspek media global adalah Internet. Sekarang ini internet dianggap sebagai satu
medium massa yang telah mencipta dimensi baru dalam komunikasi global. Sistem internet
sebenarnya sudah bermula pada tahun 1950an apabila pihak tentera Amerika Syarikat mencipta dan
menggunakannaya untuk meyalurkan maklumat ketenteraan. Walau bagaimanapun internet mula
digunakan secara meluas oleh orang ramai mulai tahun 1990an. Adalah dianggarkan pada awal 2000
pengguna internet telah meningkat hampir 400 juta dalam kalangan penduduk dunia. Dalam konteks
perkembangan internet ini, bukan saja jumlah penggunaanya dianggap penting, tetapi juga corak yang
telah dilakukan antara internet dengan media massa yang lain. 18

Internet pada peringkat awal perkembangannya hanya pengguna tertentu boleh mendapat
akses kepada data atau maklumat yang tertentu sahaja. Namun kini Internet menjadi satu sistem 24
jam yang memberikan perkhidmatan maklumat web, portal dan juga laman web berita. Pengabungan
ini telah menlengkapkan lagi dominasi rangkaian televisyen satelit CNN kali ini dengan laman web
beritanya. Dalam konteks ini juga, Masyarakat lebih cepat menerima maklumat secara terus dari
Negara luar.

Sebagai sebuah negara ‘penerima’ Malaysia mungkin menganggap ia mendapat faedah


daripada perkembangan semasa ini kerana media global bertindak sebagai ‘jendela dunia’ kepada
penduduknya. Implikasi kepada tren media global ini adalah peningkatan pemusatan pemilikan dan
operasi dan mengurangkan ciri pluralisme dalam industry media. Isu pluralisme ini ada kaitannya
dengan aspek sosio-politik dan budaya kerana ia akan mengurangkan ‘kebebasan’ dari segi
penyaluran pelbagai maklumat. Pluralisme media bermaksud bukan sahaja dari segai kepelbagai
penawaran kandungan media tetapi juga dari segi pemilikan media yang bebas dan berotonomi.

Penutup

Walaupun jika kewujudan media global ini akan meyekat dari segi kepelbagaian dan kebebesan
memilih dan bersuara, usaha perlu diteruskan untuk mempastikan bahawa masyarakat mempunyai
akses kepada pelbagai saluran untuk membolehkan mereka mendapat kepelbagaian maklumat yang
membantu mereka dalam membuat keputusan. Bagi negara pula, dalam dominasi media global untuk
menonjolkani identiti global, perlu juga diteruskan usaha agar ciri-ciri identiti setempat terus
dipertahan dan dipromosikan. Untuk tujuan itu diperlukan satu dasar jangka panjang untuk
menentukan halatuju dan juga tindakbalas tempatan untuk menangani masalah penyatuan dan
ketidakseimbangan masyarakat.
1
Mustafa Kamal Anuar .Perkembangan penyelidikan komunikasi dan Rancangan Komunikasi Universiti Sains Malaysia. Universiti sains
Malaysia (1992:2).
2
Michael Jay. Komunikasi dan penemuan sains (1995:4)
3
Everett M.rogers.Teknologi Komunikasi Media baru dalam masyarakat. Kuala Lumpur (1991:1)
4
Pool, Ithiel De Sola. Technologies Of Freedom. CAMBRIDGE, Mass.. Penerbitan Universiti Harvard (1983:6)
5
McLuhan Marshall. Understanding Media: The extensions of Man. New York: McGraw-Hill (1965:6)
6
Http://elearning.gunadarma.ac.id/docmodul/ekonomi_pembangunan bab-7 tranational corporation.p (akses august 15
2010)
7
Wheeler, M. Politics abd the mass media, Cambridge Massachusetts: Balckwell Publishers. (1997)
8
http://news.cnet.com/2010-1071-963113.html (akses august 18 2010)
9
Puan wang Lay kim. Nota kuliah, Universiti Sains Malaysia. Imperialisme (2008:9)
10
Md. Sidin Ahmad Ishak. Etika dalam Komunikasi Media, Universiti Malaya Kuala Lumpur (2006:8)
11
Http://elearning.gunadarma.ac.id/docmodul/ekonomi pembangunan bab-7 tranational corporation.p (akses September
5 2010)
12
Bennet, claude f.Resolving Conflicting Demands On Evaluation: A test Demontration of Videotex for Farmers”,(1982: 115-125)
13
MacDonald, D. 1957, A Theory of Mass Culture, in Rosenberg (1957)
14
Edward S. Herman & Robert W.Mcchesney. The Global media The new Missionaties of Corporate Capitalism (1999:24)
15
Goldsmith Media Group. Media Organisations In society: centrl issues, in curran, J.ed.(2000)
16
http://elearning.gunadarma.ac.id/docmodul/ekonomi pembangunan bab-7 tranational corporation
17
Herman, E. & MacChesney, R.1997, The Global Media: The New Missionaries of Corporate capitalism, Casell (1997:70)
18
Zalina yahya. Utusan Malaysia: It dan Komputer.(2002, 15 julai)

Anda mungkin juga menyukai