Anda di halaman 1dari 3

3 Langkah, dan 7 cara berkesan untuk memperbaiki

Attitude

Ok,kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua cara-cara yang agak berkesan untuk memperbaiki
“Attitude” anda.Aku agak tertarik untuk berkongsi dengan korang semua,sebab bagi aku benda ini amat
penting kerana kita semua sedar banyak benda yang terjadi tidak mengikut kehendak dan apa yang kita
rancang, dan kadangkala perkara negative yang berlaku menyebabkan kita patah semagat dan hilang keyakinan
diri, dan sememangnya sungguh mencabar untuk kita terus kekal bersikap positif dagan semua dugaan dan
cabaran yang kita tempuhi setiap hari. Jadi saya ada beberapa petua yang mungkin dapat membantu
memperbaiki attitude dan menjadikan kita seorang yang lebih Positif dalam menghadapi kehidupan yang
semakin mencababar ini.

Level 1
Ini adalah Fasa pertama dan yang paling penting yang harus kita lakukan sebelum kita teruskan ke fasa yang
selanjutnya, Fasa ini bertujuan untuk menutralkan dan memulihkan mindset kita, dan menuteralkan sedikit
tekanan yang kita hadapi.

1. Berterima kasih /Bersyukur/ Hargai

•Buat kan satu senarai perkara yang anda rasa anda amat bersyukur atau hargai kerana telah terjadi pada anda.
Tapi ingat ini akan menjadi Sesuatu tugasan yang amat sukar sekiranya anda telah debelengu oleh tekanan dan
sifat negative dalam jangka masa yang lama, tetapi sedarlah bahawa sebenarnya sentiasa ada perkara yang
sepatutnya anda bersyukur, walaupun sekadar makanan untuk anda makan, udara untuk bernafas, angota badan
yang masih berfungsi dan sebagainya. Untuk keputusan yang berkekalan, tananmkan tekad dalam diri anda
untuk menyenaraikan sekurang kurangnya satu perkara yang amat hargai setiap hari, Dengan cara ini anda
akan dapat mengurangkan sifat negative dan anda akn dapat megurangkan tahap tekanan yang anda alami, dan
ianya dapat menyedarkan anda bahawa masih banyak perkara baik yang masih berlaku pada diri anda.

2. Semua yang terjadi ada sebabnya

•SEMUANYA, Ya saya maksudkan semuanya yang terjadi pada kita ada sebabnya. Jika anda mula menilai
setiap situasi yang menekan dan mendesak anda dan cuba jadikan ianya sebagai satu cabaran kearah kebaikan
dan bukannya tekanan dan sesuatu yang merugikan anda,Anda sebenarnya sudah mula mengubah sikap anda,
contohnya jika anda telah terjebak dalam kesesakan lalulintas munkin ini sudah ditakdirkan supaya anda tidak
akan terlibat dalam kemalangan yang mungkin akan terjadi keatas anda jika tidak dihalang oleh kesesakan
lalulintas itu, atau jika anda diberhentikan kerja angaplah ia sebenarnya permulaan bagi anda untuk mandapat
kerja yang lebih baik, Sebenarnya semua perkara boleh di lihat dalam dua persepsi yang berbeza iaitu negative
dan positif, jadi latihlah diri anda untuk menilai sesuatu dalam persepsi yang positif kerana ianya akan
membantu untuk mengubah sikap anda.

LEVEL 2

Fasa 2 ini bertujuan untuk megurangkan tekanan (lebih kepada sains) fasa ini lebih senang untuk dilakukan
jika anda sudah berjaya di fasa yang pertama, (kalau kepala dah serabut, perasaan tak tenang macam mana nak
gelak bila ada orang buat lawak, kang tak pepasalPELAWAK tu jadi PESAKIT. Nak bersenam jauh sama
sekali )

3. Lawak Jenaka
•Lawak jenaka ni lebih kurang macam senaman, ia juga dapat merangsan tubuh untuk menghasilan bahan
kimia pada otak yang boleh megurangkan tekanan dan secara tak langsung dapat mengalihkan focus kita
kepada benda lain dari sikap negative kita. Bahkan menurut kajian ketawa adalah terapi yang baik untuk
tekanan,

4. Senaman
•Hehehe Saya tau perkara ini memang menakutkan tetapi jujur saya katakana ini merupakan asas utama yang
boleh memberikan kesan serta merta, kerana senaman boleh menghasilkan bahan kimia dalam otak kita yang
dapat membant melegakan tekanan , walaupun sekadar menari bila mendengar lagu kesukaan anda.

LEVEL 3

Fasa 3 adalah fasa yang akan melatih dan membentuk sikap dan keperibadian anda, Fasa ini juga juga akan
megubah sikap negatif yang sabati dalam diri anda. Fasa Mungkin akan menjadi sia sia jika ada gagal dalam 2
fasa yang sebelumnya.

5. Lihat , baca atau dengar dari mereka yang anda kagumi ( Pembakar Semangat )

•Tengok dengar atau baca darimana mereka bermula, apa yang mereka lalui, tekanan yang mereka hadapi dan
kesukaran yang mereka tempuhi sehingga mereka dikagumi, ini dapat menyedarkan kita bahawa apa yang kita
hadapi sekarang tidaklah seteruk mereka, dan semestinya kita juga mampu sapai apa yang telah mereka capai
atau mungkin lebih baik dari mereka

6. RAKS – Random Acts of Kindness. (buat kebaikan tanpa memilih orang)

•Cuba luangkan sedikit masa dari dunia sikap negetif kita yang menyeramkan itu untuk berbuat baik pada
seseorang, kerana ini terbukti dapat memperbaiki sikap kita dengan serta merta, tidak semestinya anda
menderma ribuan ringgit atau membina rumah anak yatim, tetapi cukup sekadar dimulakan dengan ucapan
terima kasih kepada posmen yang menghantar surat saman trafik anda, senyum kepada orang yang anda tidak
kenali selepas dia terlangar anda dan mintak maaf kepadanya walaupun dia yang langar anda, atau berikan
pujian kepada orang yang anda saying, dan kalau mampu cuba belanja minum orang yang anda tak kenali.

7. Raikan Kejayaan anda

• Fikirkan semua perkara yang telah Berjaya anda lakukan sepanjang hidup anda, cara ini hampir sama dengan
bersyukur , Sebagai permulaan anda boleh lakukan dengan cara yang sederhana, Tetapi harus ingat jagan ada “
TAPI “,( boleh tapi, Berjaya tapi. ) dalam diri anda, dan kalau anda mampu cuba raikan kejayaan anda degan
cara yang paling meriah, lakukan apa saja yang anda suka bagi meraikan kejayaan itu, bergembiralah degan
sepenuh hati, (jagan melampaui batas agama dan moral dah)
P/s : kejayaan hadir dalam berbagai bentuk dan rupa, contohnya, Berjaya menamatkan pelajaran, Berjaya
membali rumah, Berjaya memiliki isteri anda, Berjaya melakukan senaman, dapat makan makanan kesukaan
anda, dan macam macam lagi (tak kira la sekecil mana pun)

Anda mungkin juga menyukai