Anda di halaman 1dari 5

HIDAYAH

Pengarah : Muhd Hafizul Fikri bin Jaini


Penulis skrip : Khuzairie bin Ismail
Jurukamera : 1) Mohd Muazzam Fahmi bin Mesdor
2) Muhammad Saifullah bin Safli
Editing : 1) Muhd Hafizul Fikri bin Jaini
2) Muhammad Saifullah bin Safli

Penerbit/ Penasihat : Ustaz Muhamad Kharizal bin Adzemy

Barisan pelakon : 1) Muhammad Saifullah bin Safli sebagai Haziq


2) Muhd Hafizul Fikhri bin Jaini sebagai Hamie
3) Sharul Nazri bin Sarun sebagai Taufik
4) Khuzairie bin Ismail sebagai Faizul
Pelakon Pembantu : 1) Mohd Muazzam Fahmi bin Mesdor sebagai Samseng 1
2) Zulhairie bin Morphy sebagai Samseng 2
3) Al Imamu Al Ahmad bin Mohd Iqbal sebagai Samseng 3

SINOPSIS
Hidayah mengisahkan kisah seorang murid tahun 4 bernama Haziq yang
sering dibuli oleh Hamie dan kawan-kawannya. Pada suatu hari, Haziq bukan sahaja
telah dibuli, malah wang yang diberikan oleh ayahnya untuk membayar yuran turut
dirampas oleh Hamie. Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga, Haziq tetap dipukul
walaupun duitnya telah diambil oleh Hamie.

Selepas dibuli, Hamie disuruh balik ke kelas tetapi dia sebaliknya terus balik
ke rumah. Dia malu hendak masuk ke kelas dengan keadaannya yang tidak terurus
selepas dibuli. Dalam perjalanan pulang, hatinya terdetik untuk singgah ke masjid
yang berdekatan dengan taman perumahannya. Haziq terus pergi ke masjid
tersebut, menunaikan solat sunat dan kemudian berdoa supaya Hamie dan kawan-
kawannya diberi pengajaran serta dikurniakan hidayah agar kembali ke jalan yang
benar.

Doa Haziq dimakbulkan Tuhan. Selepas pulang dari sekolah, Hamie dan
kawan-kawannya bercadang untuk menghabiskan duit RM50 itu di kedai permainan
video. Tanpa mereka sedari, tindakan Hamie menayang-nayangkan duitnya itu
menarik perhatian 3 orang remaja samseng yang kebetulan melepak di kawasan
tersebut. Samseng-samseng tersebut telah berjaya menangkap Taufik dan Faizul
tetapi Hamie sempat mengelak. Salah seorang dari remaja itu mengugut untuk
mencederakan kawan-kawan Hamie jika duit RM50 itu tidak diserahkan kepadanya.
Bagaimanapun, Hamie berdegil dan bertindak menolak remaja tersebut sebelum
melarikan diri.
Terjadilah kejadian kejar-mengejar antara Hamie dan remaja-remaja itu.
Tidak lama kemudian, Hamie berjaya ditangkap. Dia kemudian dibelasah dan
duitnya diambil. Taufik dan Faizul hanya mampu melihat dan cuba
menyelamatkannya setelah remaja-remaja itu beredar.

Tuhan Maha Berkuasa. Rupa-rupanya kejadian itu hanya bayangan Hamie di


saat dia menutup mata untuk membayangkan apa yang hendak dilakukannya
dengan duit RM50 yang dirampasnya dari Haziq. Hamie terus bertaubat dan
memulangkan semula duit itu kepada Haziq. Dia kemudian meminta maaf dari Haziq
dan bermula pada saat itu berazam untuk tidak membuli lagi.

(SKRIP)
BABAK OPENING

Lagu : Coffee on the Mile - Soundtrack dari filem The Green Mile.
Sumber : Youtube

Logo Sk.Muhibbah Film Production keluar dahulu. Kemudian, babak Haziq


berjalan kaki ke sekolah.

BABAK 1 (BULI)

Efek bunyi : 1. Punch kick sound effect


2. Punch sound effect
Sumber : Youtube

Haziq berjalan kaki ke sekolah seperti biasa. Perjalanan Haziq perlahan dan
seperti memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dari jauh dia melihat Taufik melambaikan
tangan memanggilnya.

Taufik : Woi, budak! Ke sini kau.


Haziq : (Terus bergerak ke arah Taufik dengan langkah yang lemah longlai)
Taufik : Woi, cepatlah.
Haziq : (Mempercepatkan langkahnya ke arah Taufik)
Taufik : Lain kali kalau kami panggil, datanglah cepat sikit. Janganlah
terhegeh-hegeh.
Hamie : (Menolak Haziq). Kau dengarkah apa kata si Taufik tu, hah?
(Menarik kolar baju sekolah Haziq) Kau ada bawa duitkah?
Haziq : Tiada.
Hamie : Kau jangan cuba nak tipu aku, ya. Kau ni anak orang kaya, mustahillah tak
bawa duit. Cuba aku tengok. (Memeriksa poket seluar Haziq) Eh, mana kau
letak? (Bercakap kepada Taufik dan Faizul) Tiada pula. (Mengambil beg
sekolah Haziq dan memberikan kepada Faizul) Cuba kau periksa dalam
begnya ni.
Faizul : (Memeriksa beg sekolah Haziq dan mengeluarkan RM50) Hamie ada 50.
Hamie : Hahaha, bagus! 50 ringgit. (Mencium duit di tangannya dan kemudian
menutup mata sambil membayangkan perkara yang hendak dilakukannya
dengan duit-duit itu)
Haziq : Jangan ambil duit tu. Duit itu untuk aku bayar yuran sekolah.
Hamie : Aku peduli apa. Kau beritahu saja bapa kau duit ini hilang.
Taufik : Jadi kita nak buat apa dengan budak ni Hamie? (Menolak Haziq) Hamie,
macamana ni? Aku belasahlah dulu budak ni Hamie?
Hamie : (Merenung ke muka Haziq dengan pandangan yang tajam dan kemudian
menggaru-garu kepala) Mana-mana sajalah. Tapi jangan terlampau kuat,
nanti berbekas pula matanya.
Taufik : (Tersenyum lalu menumbuk perut Haziq)
Haziq : (Haziq terundur ke belakang selepas di tumbuk Taufik)
Hamie : (Menolak Haziq kemudian berkata kepada Taufik) Sudahlah, giliran aku
lagi.
Taufik : (Menumbuk Haziq bertubi-tubi)
Faizul : (Menyabarkan Hamie) Hamie, sudah Mie. Berbekas budak tu nanti, Mie.
(Menolak Haziq jauh dari Hamie) Baliklah kau pergi kelas.

BABAK 2 (DOA HAZIQ)


Lagu : Sad music (Piano and Violin)
Sumber : Youtube

Selepas diselamatkan oleh Faizul, Haziq terus balik ke rumah. Dia malu
hendak masuk ke kelas dengan bajunya yang kotor dan matanya yang bengkak
kerana menangis selepas dibuli oleh Hamie dan kawan-kawannya. Kebetulan
kawasan perumahannya berdekatan dengan sebuah masjid. Haziq terus singgah ke
masjid itu untuk sembahyang dan berdoa kepada Allah. Dalam doanya, dia
memohon semoga Hamie dan kawan-kawannya diberi pengajaran dan dikurniakan
hidayah agar kembali ke jalan yang benar.

Haziq : Ya, Allah. Ya, Tuhanku. Sesungguhnya aku insan yang lemah. Aku orang
yang teraniaya. Berikanlah pengajaran kepada Hamie dan kawan-
kawannya. Kurniakanlah hidayahMu kepada mereka. Semoga mereka
kembali ke jalanMu yang benar.

BABAK 5 (BALASAN KEPADA HAMIE)

Lagu : Epic Score - Damsel


Sumber : Youtube
Efek bunyi : Heart beat sound fx
Sumber : Youtube

Pulang dari sekolah, lain pula ceritanya dengan Hamie dan rakan-rakannya.
Mereka berseronok-seronok dengan wang yang mereka perolehi dari Haziq. Tanpa
mereka sedari, ada 3 orang samseng yang sedang memerhatikan mereka. Duit di
tangan Hamie, nampaknya menarik minat ketiga-tiga remaja itu yang bingkas
bangun dan meluru ke arah mereka. Taufik dan Faizul dengan mudah dapat
ditangkap sementara Hamie diugut oleh salah seorang dari mereka agar
menyerahkan duit di tangannya itu.

Samseng 1 : Woi, budak! Baik kau beri duit tu, kalau tidak kami akan cederakan
kawan-kawan kau.
Hamie : (Berundur ke belakang dengan wajah yang pucat)
Samseng 2 : Riz, ambil saja duit budak tu. Kita dah taka da masa ni.
Samseng 1 : (Bergerak perlahan-lahan menghampiri Hamie)
Hamie : (Tiba-tiba menendang Samseng 1 hingga terjatuh lalu melarikan diri)
Samseng 1 : Kurang ajar punya budak. Matilah kau kali ni! (Berdiri semula dan
mengejar Hamie)
Samseng 2 : (Melepaskan Taufik dan terus berlari mengejar Hamie)
Samseng 3 : (Melepaskan Faizul dan ikut sama mengejar Hamie)

Adegan kejar-mengejar berlaku. Hamie berlari sangat laju hingga sukar


dikejar oleh ketiga-tiga remaja tersebut. Babak Haziq berdoa diselitkan dalam
adegan kejar-mengejar ini.

Sampai di satu tempat, Samseng 1 berhenti seketika dan mengubah


haluannya untuk menangkap Hamie dari jalan yang lain. Samseng 2 dan 3 terus
mengejar Hamie tanpa henti. Akhirnya, ketika masuk ke satu selekoh bangunan, dia
berjaya ditangkap oleh Samseng 1. Samseng 1 terus menggenggam kolar baju
Hamie dan menumbuknya bertubi-tubi. Samseng 2 dan Samseng 3 menyusul
kemudian dan turut serta membelasah Hamie.

Lagu : Qasidah Istighfar - Aieman


Sumber : Youtube

Efek bunyi : Heart beat sound fx


Sumber : Youtube
Hamie : Ampunkan aku ya, Allah! Ampunkan aku ya, Allah! Maafkanlah aku Haziq!

Ketiga-tiga samseng tersebut meninggalkan Hamie setelah merampas duit


RM50 dari poket seluar Hamie. Faizul dan Taufik segera mendapatkan Hamie
setelah ketiga-tiga samseng itu beredar.
Taufik : Hamie! Hamie! Hamie!

Babak kembali bertukar di saat Hamie mencium duit RM50 di tangannya itu.
Hamie kelihatan berkerut dengan mata yang masih tertutup. Faizul menepuk-nepuk
muka Hamie untuk menyedarkannya.

Faizul : Hamie! Hamie! Bangun, Mie. Kenapa, Mie?


Hamie : (Membuka mata dan terus memeriksa keadaan badannya kemudian terus
mencari Haziq) Mana Haziq?
(Menyerahkan semula duit RM50 kepada Haziq) Haziq ambillah duit kau ni.
Aku nak minta maaf.
Haziq : (Mengambil duit RM50 itu kemudian menggaru-garu kepalanya kehairanan)
Hamie : Kau janganlah risau. Aku ikhlas nak minta maaf ni.
(Hamie, Haziq, Faizul dan Taufik berjalan beriringan setelah berbaik semula)
Haziq : Aku bersyukur kalau kamu benar-benar sudah menyesal di atas perbuatan
yang kamu lakukan selama ini. Syukur Alhamdulillah.
Hamie : Jadi lepas ni kita nak pergi mana?
Haziq : Waktu Zuhur pun dah nak masuk ni. Baik kita pergi ke masjid dan
sembahyang.

BABAK ENDING

Lagu : Para Pencari Tuhan – Kumpulan Ungu


Sumber : Youtube

Senarai penghargaan, nama pelakon dan kru dimainkan. Turut diselitkan,


penghargaan dan tanda ingatan kepada Allahyarham Encik Adiah bin Junang iaitu
bekas guru besar Sk.Muhibbah yang telah kembali ke rahmatullah pada 9/9/10.
Akhir sekali dimainkan babak Haziq, Hamie dan kawan-kawannya menunaikan solat
di masjid.

-TAMAT-

Pengajaran : 1. Jangan suka menganiaya orang kerana doa orang yang teraniaya
sangat makbul.
2. Perbuatan yang jahat tetap akan mendapat balasan yang jahat
tidak kira di dunia mahupun di akhirat.
3. Apabila kita menghadapi masalah, berdoalah mudah-mudahan
ditunjukkan pintu keluar dari masalah itu.
4. Allah Maha Pemberi Hidayah. Dia berkuasa memberikan hidayah
kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan pada bila-bila masa.
Kita mastilah sentiasa memohon hidayah dari Allah supaya tidak
terjebak kepada perkara-perkara yang tidak elok.

Anda mungkin juga menyukai