Anda di halaman 1dari 4

ISL 1

PSS3103: PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA

Menjelaskan definisi, matlamat dan kepentingan sejarah dalam pembinaan


negara bangsa.

DEFINISI SEJARAH

Sejarah ialah asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku


pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh, dan kajian atau
pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.

Kamus Dewan

Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka


melakukannya.

Herodotus

Sejarah sebagai suatu proses interaksi yang berterusan antara para sejarawan
dengan fakta-faktanya dan dialog yang tidak putus-putus antara masa kini dengan
masa lalu.

Edward Hallet Carr

Sejarah adalah kisah tentang kebebasan dan semua sejarah adalah sejarah
semasa.

Benedetto Croce

Sejarah merupakan catatan atau maklumat tentang masyarakat manusia dan


tamadun dunia.

Ibnu Khaldun

Sejarah adalah catatan yang di dalamnya terhimpun tentang keseluruhan ilmu


pengetahuan manusia dan merupakan sains yang paling mulia.

Masudi

DISIPLIN SEJARAH
ISL 1

Sejarah
Sejarah Politik Sejarah Sosial Sejarah Ekonomi
Kebudayaan

Sejarah
Sejarah Agama Sejarah Dunia Sejarah Wilayah
Pemikiran

Sejarah
Falsafah Sejarah Sosiologi Sejarah Psikologi Sejarah
Tempatan

MATLAMAT MEMPELAJARI SEJARAH

Matlamat pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setia dan perasaan
bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah
tanah air, para pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara
dalam mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat dan
negara sebagai suatu unit tunggal, mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah
sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan memperkukuhkan semangat
cinta akan tanah air.

Sukatan Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah (KPM, 1988)

KEPENTINGAN SEJARAH DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Pendidikan sejarah merupakan asas penting dalam pembinaan bangsa.

Mempelajari sejarah bukan semata-mata kerana memperolehi ilmu atau sekadar


lulus peperiksaan, tetapi boleh dijadikan pedoman dan pada waktu yang sama
memberi iktibar kepada sesuatu bangsa kesan daripada peristiwa yang sudah
berlaku.

Pengkajian sejarah mampu menyalurkan kemahiran intelektual yang amat


bernilai bagi memahami dan mencungkil perkara-perkara yang sudah berlaku.
ISL 1

Sejarah juga membantu seseorang membuat andaian dan tafsiran di sebalik apa
yang sudah berlaku.

Dari aspek pembangunan negara, peranan sejarah dilihat menjangkau lebih


jauh dari perspektif pengkajian ke atas peristiwa lampau semata-mata.

Sejarah terbukti mampu membentuk jati diri bangsa dan negara, malah sikap dan
semangat patriotisme dapat disemai dan hidup subur dalam jiwa anak bangsa.

Sejarah juga mampu menyuburkan perpaduan dalam kalangan masyarakat


pelbagai kaum.

Menerusi subjek Sejarah di sekolah, semangat kebersamaan dalam kalangan setiap


warganegara serta sikap toleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Sejarah menggarap pemikiran dan wawasan generasi muda terhadap negara.

“Orang yang melupakan sejarah pasti akan mengulang kesilapannya.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad

(sejajar dengan pendapat George Santayana)

“Sejarah bangsa dan negara kita amat bernilai untuk difahami, kata orang kita perlu
belajar sejarah, jika tidak kita mungkin mengulangi kesilapan yang pernah berlaku.”

Tun Abdullah Ahmad Badawi

Mantan Perdana Menteri Malaysia

KESIMPULAN
ISL 1

• Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat


Malaysia.

• Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita


yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan
lahirlah warganegara tanpa jati diri.

• Mereka tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah
warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal-usul, adat resam dan budaya.

• Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam
mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan halal-haram dari aspek
undang-undang demi mencapai cita-cita mereka.

• Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini.

Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apa
yang kita runtuhkan.

Barack Hussein Obama II

Presiden Amerika Syarikat

Anda mungkin juga menyukai