Anda di halaman 1dari 26

Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosional mencakup pengendalian diri, semangat, dan ketekunan,


serta kemampuan untuk memotivasi diri sendiri dan bertahan menghadapi frustrasi,
kesanggupan untuk mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan
kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga agar beban stress tidak
melumpuhkan kemampuan berpikir, untuk membaca perasaan terdalam orang lain
(empati) dan berdoa, untuk memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan
untuk menyelesaikan konflik, serta untuk memimpin diri dan lingkungan sekitarnya.
Ketrampilan ini dapat diajarkan kepada anak-anak. Orang-orang yang dikuasai
dorongan hati yang kurang memiliki kendali diri, menderita kekurangmampuan
pengendalian moral.

Goleman (1997), mengatakan bahwa koordinasi suasana hati adalah inti dari
hubungan sosial yang baik. Apabila seseorang pandai menyesuaikan diri dengan
suasana hati individu yang lain atau dapat berempati, orang tersebut akan memiliki
tingkat emosionalitas yang baik dan akan lebih mudah menyesuaikan diri dalam
pergaulan sosial serta lingkungannya. Lebih lanjut Goleman (1997) mengemukakan
bahwa kecerdasan emosional adalah kemampuan lebih yang dimiliki seseorang dalam
memotivasi diri, ketahanan dalam meghadapi kegagalan, mengendalikan emosi dan
menunda kepuasan, serta mengatur keadaan jiwa. Dengan kecerdasan emosional
tersebut seseorang dapat menempatkan emosinya pada porsi yang tepat, memilah
kepuasan dan mengatur suasana hati.

Sementara Cooper dan Sawaf (1998) mengatakan bahwa kecerdasan emosional


adalah kemampuan merasakan, memahami, dan secara selektif menerapkan daya dan
kepekaan emosi sebagai sumber energi dan pengaruh yang manusiawi. Kecerdasan
emosi menuntut penilikan perasaan, untuk belajar mengakui, menghargai perasaan
pada diri dan orang lain serta menanggapinya dengan tepat, menerapkan secara efektif
energi emosi dalam kehidupan sehari-hari.
Selanjutnya Howes dan Herald (1999) mengatakan pada intinya, kecerdasaan
emosional merupakan komponen yang membuat seseorang menjadi pintar
menggunakan emosi. Lebih lanjut dijelaskan bahwa emosi manusia berada diwilayah
dari perasaan lubuk hati, naluri yang tersembunyi, dan sensasi emosi yang apabila
diakui dan dihormati, kecerdasaan emosional menyediakan pemahaman yang lebih
mendalam dan lebih utuh tentang diri sendiri dan orang lain. Menurut Harmoko (2005)
Kecerdasan emosi dapat diartikan kemampuan untuk mengenali, mengelola, dan
mengekspresikan dengan tepat, termasuk untuk memotivasi diri sendiri, mengenali
emosi orang lain, serta membina hubungan dengan orang lain. Jelas bila seorang
indiovidu mempunyai kecerdasan emosi tinggi, dapat hidup lebih bahagia dan sukses
karena percaya diri serta mampu menguasai emosi atau mempunyai kesehatan mental
yang baik.

Sedangkan menurut Dio (2003), dalam konteks pekerjaan, pengertian


kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengetahui yang orang lain rasakan,
termasuk cara tepat untuk menangani masalah. Orang lain yang dimaksudkan disini
bisa meliputi atasan, rekan sejawat, bawahan atau juga pelanggan. Realitas
menunjukkan seringkali individu tidak mampu menangani masalah–masalah emosional
di tempat kerja secara memuaskan. Bukan saja tidak mampu memahami perasaan diri
sendiri, melainkan juga perasaan orang lain yang berinteraksi dengan kita. Akibatnya
sering terjadi kesalahan fahaman dan konflik antara peribadi.
Berbeza dengan pemahaman negatif masyarakat tentang emosi yang lebih
mengarah pada emosionalitas sebaiknya pengertian emosi dalam lingkup kecerdasan
emosi lebih mengarah pada kemampuan yang bersifat positif. Didukung pendapat yang
dikemukakan oleh Cooper (1999) bahawa kecerdasan emosi memungkinkan individu
untuk dapat merasakan dan memahami dengan benar, selanjutnya mampu
menggunakan daya dan kepekaan emosinya sebagai energi informasi dan pengaruh
yang manusiawi. Sebaliknya bila individu tida memiliki kematangan emosi maka akan
sulit mengelola emosinya secara baik dalam bekerja. Disamping itu individu akan
menjadi pekerja yang tidak mampu beradaptasi terhadap perubahan, tidak mampu
bersikap terbuka dalam menerima perbedaan pendapat , kurang gigih dan sulit
berkembang.

Dari beberapa pendapat diatas dapatlah dikatakan bahwa kecerdasan emosional


menuntut diri untuk belajar mengakui dan menghargai perasaan diri sendiri dan orang
lain dan untuk menanggapinya dengan tepat, menerapkan dengan efektif energi emosi
dalam kehidupan dan pekerjaan sehari-hari. Tiga unsur penting kecerdasan emosional
terdiri daripada kecekapan pribadi mengelola diri sendiri, kecekapan sosial menangani
suatu hubungan dan keterampilan sosial serta kepandaian menggugah tanggapan yang
dikehendaki pada orang lain.
5 Kes kenakalan remaja yang berlaku pada masa kini serta faktor-faktor yang
boleh menjelaskan masalah emosi individu.

Gengsterisme

Penagihan
Rogol
dadah Kes
kenakalan
remaja akibat
kegagalan
mengawal
emosi

Pembuangan
Buli
bayi
Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan
teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari,
terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain
tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Tatkala ingin menyembunyikan
perbuatan dusta mereka dan tidak dapat mengawal emosi, mereka sanggup
membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru.

Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh
masyarakat setempat lantaran menyebabkan mereka tertekan. Di samping itu sikap
masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut
menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap
isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya
menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus
berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang
suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah
masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada
remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki
yang melakukan perzinaan sesuka hati.

Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas


itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan
hingga sanggup mengorbankan anak. Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan
kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan
bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada
pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya
penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah. Galakan daripada badan
tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang
anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak
mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang
menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak
mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran
dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba
membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

Salah satu kes kenakalan remaja yang berlaku akibat kegagalan mengawal
emosi ialah gejala buli yang sering berlaku di sekolah. Gejala ini dikatakan berpunca
daripada pengaruh rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan
rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Malah, ibu bapa dan guru tidak menjadi model
dalam kehidupan remaja kini. Mereka lebih percaya dengan rakan yang seusia untuk
berkongsi masalah. Pelajar yang bertubuh besar dan tegap suka membuli pelajar yang
saiz tubuhnya lebih kecil. Kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan
biasanya usia mereka adalah sebaya. Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar
terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli. Sebagai
contoh, Mohammad Afiq Qusyairi bin Baharuddin, seorang pelajar tingkatan satu di
sebuah sekolah agama di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang cedera selepas
dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut. Pelajar berkenaan telah
mengalami kecederaan parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yang
dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang. Ironinya, kumpulan pelajar yang
membelasah Mohammad Afiq disebabkan terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar
untuk berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak. Oleh
yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan salah
satu punca yang menyumbang kepada berlakunya kejadian buli dalam kalangan pelajar
sekolah.
Pengaruh Media massa menjadi punca berlakunya kes-kes buli. Media massa
menyiarkan drama atau filem yang memaparkan aksi pergaduhan yang berbahaya dan
ini mendedahkan kepada pelajar yang menontonnya. Sebahagian besar penonton
terdiri dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Mereka mudah terpengaruh oleh apa
yang ditontoni oleh mereka dan meniru aksi-aksi yang dipertontonkan tanpa menyedari
akibat daripada perbuatan mereka. Tayangan filem-filem aksi dan komik-komik yang
dipasarkan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat terutama golongan
remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Paparan aksi daripada filem-filem
dan komik-komik ini sedikit sebanyak mempengaruhi perilaku remaja ini. Sambutan
yang hangat dalam kalangan penonton dan pembaca terhadap filem atau cerita aksi ini
menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk menyiar dan
menerbitkan filem berkenaan. Paparan melalui media cetak dan elektronik banyak
memaparkan adegan buli. Walaupun pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan melalui
FINAS menyekat kebanjiran filem asing terutama dari Hong Kong, Thailand, Indonesia,
Singapura dan Hollywood masih ada lagi segelintir masyarakat yang cuba membawa
pengaruh filem berkenaan. Lambakan filem aksi yang ada di pasaran mempengaruhi
golongan remaja membeli dan menonton filem ini. Antara contoh filem-filem tempatan
seperti Filem ‘Buli’,’ ‘Gengster’ ‘KL Menjerit’ dan dari luar negara seperti drama ‘Anak
Metropolitan’, ‘Kiss Of The Dragon’ ‘Gen X Cops’ dan lain-lain. Melalui media cetak
pula, komik-komik seperti ‘Pedang Setiawan’, ‘Juara Wira’ dan lain-lain banyak
dipasarkan secara berleluasa.

Masalah desakan hidup juga menjadi punca berlakunya masalah buli. Hal ini
demikian kerana pengabaian ibu bapa terhadap tanggungjawab mendidik anak-anak
sehinggakan mendorong mereka mencari kebebasan di luar rumah. Keadaan ini
menyebabkan anak-anak mudah memberontak, menghadapi tekanan perasaan dan
berasa kurang mendapat perhatian. Tekanan perasaan yang dialami oleh remaja
disebabkan oleh desakan hidup seperti masalah kewangan, penderaan, kepincangan
institusi keluarga dan kesunyian hidup menyebabkan mereka melepaskan tekanan
perasaan dengan pelbagai cara seperti membuli rakan yang lain semata-mata dengan
niat melepaskan kemarahan terhadap ibu bapa mereka.
Intihanya, tidak dapat dinafikan faktor desakan hidup dan masalah keluarga
boleh menyebabkan seseorang membuat sesuatu perkara di luar pertimbangan. Oleh
itu, wajar ibu bapa prihatin dalam mendidik anak-anak agar mereka tidak menconteng
arang ke muka keluarga. ‘Janganlah sebab nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah buli. Penglibatan ibu bapa
dalam menangani kes buli di sekolah kini menjadi semakin penting.Hal ini demikian
kerana ibu bapalah merupakan asas permulaan pembentukan peribadi anak-anak,
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Malahan ibu bapa juga insan yang paling
hampir dengan anak-anak. Ibu bapa boleh memberikan pendidikan agama kepada
individu sejak kecil merupakan langkah berkesan untuk mengatasi masalah
ini.Pendidikan agama penting kerana boleh melahirkan manusia yang bermaruah dan
mengamalkan budi pekerti mulia.Di samping itu, ibu bapa perlu memantau pergerakan
anak-anak bagi memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang tidak
bermoral. Sebagai contoh, ibu bapa perlu berbincang dengan guru jika didapati anak
mereka bertukar sikap, menjadi pendiam atau kurang selera untuk makan. “Sudah
terhantuk baru tengadah , semoga peribahasa ini dijadikan iktibar kepada semua.

Rumusan isi Justeru, peranan ibu bapa dalam menangani kes buli tidak boleh
disangkal dan wajar bagi setiap ibu bapa menjadi ‘role model’ kepada anak-anak.
Selain itu , pihak kerajaan juga bertanggungjawab memastikan kejadian buli tidak
menular dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, pihak kerajaan
merupakan badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan
keamanan sejagat terpelihara.
Pihak kerajaan perlu memastikan undang-undang sedia ada dipatuhi dan
dilaksanakan. Mendengar sahaja perkataan hukuman, naluri semula jadi seorang
pelajar akan menjadi gerun ditambah dengan hukuman yang berat. Mereka akan
mencuba sedaya upaya membendung niat mereka dan lama-kelamaan gejala buli ini
akan pudar ditelan masa. Hukuman yang boleh dilaksanakan ialah sebatan mandatori,
penjara,dihantar ke pusat pemulihan dan dibuang sekolah.Hukuman-hukuman berat
seperti ini, akan menjadi penahan dan penghalang terbaik kepada pelajar yang suka
membuli. Di samping itu, pihak–pihak berwajib juga perlu menggembleng tenaga
mengatasi gejala ini. Sebagai contoh, Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala
Disiplin di sekolah ditubuhkan ekoran kematian Muhammad Farid Ibrahim, pelajar
tingkatan empat yang dipercayai dibuli oleh sekumpulan pelajar tingkatan lima di
Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban pada 28
Mac 2004. Oleh itu, sebagai institusi yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah,
kerajaan hendaklah berusaha menjamin keamanan dan keselamatan dengan
mengambil langkah berkesan bagi membanteras gejala ini agar tidak menjadi barah
dalam masyarakat dan “seperti api dalam sekam”.

Institusi pendidikan merupakan tempat formal individu menimba ilmu. Hal ini
demikian kerana pendidikan merupakan langkah yang paling berkesan untuk
mengekang masalah buli dan menjadi tunjang atau paksi utama yang dapat mengubati
penyakit sosial ini. Pendidikan sekular secara formal juga perlu diberikan kepada anak-
anak agar mereka dapat melalui perkembangan rohani, jasmani,emosi dan intelek
secara seimbang,iaitu sebagaimana yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan
Negara. Pendidikan yang sempurna dapat membuka minda seseorang dan membentuk
sikap serta keperibadian yang lebih terbuka dan liberal. Pihak sekolah misalnya melalui
pendekatan disiplin asertif boleh menggariskan syarat kepada pelajar sekiranya mereka
melakukan tingkah laku yang tidak wajar akan dikenakan hukuman.
Tindakan fizikal kepada orang lain, bahasa yang menjatuhkan air muka orang
lain, isyarat tidak wajar ,merosakkan harta sekolah,menentang pihak berkuasa atau
terlibat dengan dadah membolehkan individu terbabit disabitkan kesalahan.
Seterusnya, program yang memberikan penekanan kepada pendekatan penyelesaian
masalah dan program antibuli perlu diterapkan di dalam kelas. Hal ini demikian kerana,
di dalam kelas ialah tempat yang paling banyak berlakunya tingkah laku buli. Sebuah
sekolah di Kuala Lumpur berjaya mengurangkan kejadian buli apabila guru besar
sendiri menubuhkan kumpulan petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi
laporan kejadian buli di dalam kelas dan di dalam sekolah.Implikasinya, pendekatan ini
mampu mengurangkan 80 peratus kejadian buli dalam tempoh dua bulan. Oleh itu,
jelaslah kepada kita bahawa institusi pendidikan merupakan tempat formal untuk
menimba ilmu.

Ibu bapa khususnya,adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak


mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini
kerana, ibu bapa menjadi sumber utama dan pertama proses pembelajaran dan
pembentukan keperibadian remaja. Hakikat ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi
moden, Freud (1983). Oleh itu, ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam
pembentukan tingkah laku remaja menyebabkan berlakunya kemunduran pembentukan
dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja tersebut.

Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi


personaliti remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas.
Contohnya, ibu bapa yang mengamalkan cara gaya asuhan yang bersifat autokratik
dipercayai menyebabkan lahirnya personaliti yang terlalu agresif, memberontak
ataupun sebaliknya iaitu melahirkan individu pesimis. Remaja yang bersifat agresif dan
memberontak kebiasaannya lebih gemar menghabiskan masanya di luar rumah kerana
berasa terkongkong berada di dalam rumah. Maka, disini bermulalah pengaruh-
pengaruh luar yang negatif seperti pengaruh kawan-kawan yang devian, rasa ingin
kebebasan seterusnya menyebabkan punca berjinak-jinak dengan najis dadah.
Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan remaja terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Faktor yang paling utama ialah kurangnya peranan ibu bapa,
masalah keluarga, faktor diri sendiri dan pengaruh rakan sebaya yang menyababkan
masalah emosi dan membuatkan emosi remaja terganggu. Faktor-faktor lain pula
seperti sekolah dan masyarakat.

Sering kali dinyatakan ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar
di dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan
perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri
dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan
pola-pola tingkah laku remaja. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakan, disiplin di
rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh memberi
kesan ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik remaja
yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan
dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi (T. Marimuthu, 1990). Disiplin yang berterusan
dan hubungan yang baik antara ibu bapa dengan remaja meningkatkan motivasi
kejayaan di dalam pelajaran.

Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa
atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan
kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal
penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis.
Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam
pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian dengan
salah salah satu keperluan termilik dan kasih sayang (Maslow, 1954). Menurut Maslow,
kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang
mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial.
Remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah
adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan
struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak
berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman,
sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan
pelajar-pelajar yang lemah daripada segi akademik.

Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan


personaliti remaja. Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan disiplin pasti
menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan
pelaksanaan satu-satu tugasan, sebaliknya pengetua yang tidak tegas boleh
mendatangkan kesan yang negatif pula. Ini boleh menyebabkan remaja menjadi pasif,
menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan
perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga terbantut perkembangannya. Di samping itu
terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang
pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat yang bertentangan
setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh, ini boleh menjejas
pencapaian pelajar dalam pelajaran.

Kewujudan kumpulan gengster di sekolah akan memberikan kesan yang buruk


kepada para pelajar khususnya dan amnya kepada pihak sekolah kerana ahli ahli
gengster sentiasa melakukan salah laku yang boleh menganggu proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan
dengan sempurna kerana sentiasa diganggu oleh pelajar yang terlibat dengan
kumpulan gengster termasuklah aspek gangguan terhadap pengajaran guru. Mereka ini
juga tidak berminat untuk belajar.

Perlakuan gengsterisme merupakan masalah yang memerlukan perhatian serius


dan strategi mengurangkan masalah itu. Pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu
peka terhadap masalah ini. Keprihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan
tanda -tanda awal perlakuan gengsterisme adalah amat penting bagi menangani
masalah perlakuan gengsterisme di sekolah.
Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan
perkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat
menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman
serta rasa tidak selamat di kalangan pelajar akibat masalah perlakuan gengsterisme ini
sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan daripada pernyataan-pernyataan di atas maka kajian ini akan mengkaji
dan meneroka tentang per lakuan gengsterisme di sekolah. Di samping itu kajian ini
akan mengkaji tentang faktor-faktor yang paling mempengaruhi gejala gengsterisme di
sekolah dari aspek rakan sebaya, keluarga, pengaruh media dan individu itu sendiri.

Disebalik pembangunan fizikal negara kita semakin maju dan pesat membangun,
terdapat ketidakseimbangan berlaku dimana pembangunan diri dan sahsiah diri
masyarakat khususnya remaja berada dalam keadaan membimbangkan. Justeru, pihak
yang sepatutnya wajib melipatgandakan usaha dalam memfokuskan pembangunan diri
remaja dengan memperbanyak dan mempelbagaikan aktiviti yang dapat membina
kendiri dan jati diri remaja.
Implikasi daripada masalah emosi kanak-kanak ke atas perkembangan masa
depan.

Masalah emosi kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal
memberi kasih sayang dan penjagaan secara berterusan, sering mengancam mengutuk
dan atau menjerit kepada anak. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak hilang
keyakinan, harga diri dan menunjukkan tingkah laku cemas dan atau pengasingan diri
sehingga terganggu kesihatan mental mereka. Ciri-ciri ini mengambil kira empat
perkara yang tertentu iaitu:

1. Tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang tidak sihat.

2. Bentuk interaksi.

3. Kelemahan kanak-kanak.

4. Kerosakan psikologi.

Penderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial di seluruh dunia.


Penderaan berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentuk penderaan yang paling lazim
dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual.
Malangnya penderaan emosi tidak mendapat perhatian yang serupa walaupun
penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara
berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. Penderaan emosi kerap
terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental
di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan.
Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang
boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi
seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi. Dewasa ini lima kategori
sikap tingkah laku buruk ibu bapa dikenal pasti iaitu penolakan, pengasingan,
menakutkan, sikap tidak peduli dan sikap merasuah fikiran.
Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang
berisiko sehingga menyebabkan kecederaan ke atas fungsi psikologi dan emosi kanak-
kanak, keadaan ini diterima sebagai penderaan emosi. Definisi ini bergantung pada
tahap perkembangan kanak-kanak dan hanya digunakan dalam konteks antara
perorangan. Kelima-lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa berlaku dalam
keluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam suasana kekeluargaan yang
pincang. Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat tertumpahnya masalah dan
konflik orang dewasa kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaan
sebegini telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang
serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran mereka.

Pengenalan awal terhadap kes penderaan emosi di kalangan kanak-kanak


adalah penting. Ini kerana kanak-kanak masih melalui perkembangan fizikal, mental
dan psikologi. Setiap detik gangguan boleh membawa pelbagai reaksi dan padah yang
berpanjangan sehingga menggangu saat-saat penting dalam perkembangan kanak-
kanak. Jika pembentukan sahsiah kanak-kanak sudah terganggu dari awal lagi,
pelbagai masalah mental dan sosial akan timbul apabila kanak-kanak ini melangkah ke
alam dewasa. Dalam kebanyakan situasi, masalah mental dan sosial boleh
melemahkan lagi tunggak kekeluargaan pada masa akan datang. Ini sudah tentu
merugikan semua pihak.
Pakar psikiatri, terutama sekali pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja, perlu
prihatin dan memainkan peranan mereka dalam urusan ini dan memastikan supaya
sesuatu tindakan diambil sejak awal lagi. Orang lain atau ahli keluarga lain mungkin
tidak boleh mencegah penderaan emosi atau tidak boleh melindungi kanak-kanak
dengan sepenuhnya daripada melalui peristiwa yang traumatik, tetapi mereka boleh
membantu secara pendidikan iaitu memberi perlindungan bagi mengurangkan kesan
penderaan emosi, terutama sekali terhadap harga diri kanak-kanak. Pihak perundangan
juga perlu memainkan peranan mereka dengan lebih bijaksana dan berkesan dalam
pengurusan kes-kes penderaan.
Kepentingan pengawalan emosi guru dalam usaha mewujudkan P&P dalam bilik
darjah yang kondusif.

Guru sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam menerajui


pembelajaran. Ketiga-tiga entiti ini mempunyai peranan masing-masing bagi
membolehkan sebuah bilik darjah berfungsi dengan baik dan mencapai objektif yang
diharapkan oleh pihak sekolah.

Guru ialah seorang manusia biasa yang berada di tahap dewasa dan lebih tua
usianya berbanding pelajar. Dalam konteks pendidikan di Malaysia bagi sekolah
kerajaan, guru merupakan seorang yang menerima latihan perguruan serta mendapat
kelayakan untuk menjadi seorang guru sama ada dalam bentuk sijil, diploma ataupun
ijazah. Guru di sekolah merupakan satu fenomena moden di mana mereka mempunyai
pengkhususan dalam bidang tertentu dan dibayar gajiPengurusan guru-guru sekolah
awam di letakkan di bawah tadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia dan mereka
dibayar gaji oleh kerajaan. Manakala guru-guru sekolah swasta pula dibayar oleh
majikan masing-masing. Dalam skim penjawatan guru sekolah Malaysia, secara
umumnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu guru siswazah dan guru bukan
siswazah.

Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, guru ialah teras kepada
pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga
berlangsung secara tanpa guru. Guru mempunyai peranan yang besar dalam
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Di antara peranan guru
yang utama adalah sebagai role model kepada pelajar, pembentuk akhlak yang mulia,
pakar dalam pengetahuan yang dimilikinya serta mahir dalam beberapa kemahiran
khususnya yang akan diajarkan kepada pelajarnya. Menurut Schickendanz (1977) pula,
guru berperanan dalam konteks pengurusan bilik darjah.
Tugas untuk mendidik anak bangsa merupakan peranan utama bagi seorang
guru. Oleh hal yang demikian, untuk mendidik orang lain, guru sendiri perlu mempunyai
keperibadian yang mulia serta sahsiah yang terpuji supaya dapat menjadi contoh dan
ikutan para pelajarnya. Hal ini menuntut sifat profesionalisme yang tinggi. Guru
haruslah mempunyai disiplin yang cemerlang seperti bekerja keras, menepati waktu,
berakhlak mulia, mempunyai emosi yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Semua
hal ini penting untuk menarik minat pelajar terhadap guru yang mengajar kerana pelajar
akan lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
jika mereka menyukai guru yang mengajarnya.

Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru di sesebuah sekolah amat penting
terutama dari segi menjadikan aspirasi dan matlamat sekolah menjadi kenyataan.
Menurut Kamarudin Husin, peranan seorang guru dapat diringkaskan seperti berikut:
Tenaga pengajar dan perancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
sukatan pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjah berdasarkan sukatan
pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran
yang sesuai.

1. Tenaga pengajar dan perancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan


sukatan pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjah berdasarkan sukatan
pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran
yang sesuai.

2. Pengerak pembelajaran dengan menjadi pembimbing kepada pelajar supaya mereka


berusaha belajar secara individu atau secara berkumpulan.

3. Pengurus bilik darjah seperti menguruskan jadual tugas bilik darjah, menentukan
corak penyusunan kerusi, meja dan peralatan serta mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai.

4. Menjadi ibu bapa kepada pelajar, terutamanya dalam menjaga keselamatan dan
kebajikan mereka.

5. Bertanggungjawab dalam segala urusan yang berkaitan dengan disiplin.


6. Model hidup yang akan menjadi ikutan dan contoh kepada pelajar.

7. Sebagai pembimbing dan kaunselor kepada pelajar yang menghadapi masalah


dalam pelajaran atau peribadi.

8. Menjadi penasihat kepada aktiviti ko-kurikulum.

9. Menjadi pemeriksa dan penilai kepada aktiviti pembelajaran.

10. Menjadi seorang pelajar, dengan sentiasa mengikuti kursus peningkatan keilmuan
profesionalisme

11. Menjadi pembantu pentadbir sekolah dan pegawai perhubungan antara

pengetua dengan pelajar serta antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Oleh yang demikian dan menjalankan tugas dan peranannya, guru mestilah
menjadi seorang yang penyabar dan sentiasa bersedia menghadapi segala
kemungkinan yang akan berlaku. Peranan yang amat besar dan mencabar ini
menjadikan guru seorang yang dihormati dan disanjungi di mata masyarakat.

Guru harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah


mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini
bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral
yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah.
Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi
pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur.

Guru juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu
ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara
tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang
belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih
beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding
dengansekolah yang sebaliknya.
Guru mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam diri
murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan
mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru
dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing
mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di
sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke
arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.

Menyanjung tinggi dan menyokong semua aspirasi negara juga merupakan


tanggungjawab penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Selain kod etika
perguruan, aspirasi negara lain yang dikemukakan untuk pembangunan negara perlu
ditititberatkan oleh semua guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka di
sekolah. Guru berkenaan harus menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yang
positif di samping menyibarkan mesej yang diingini kepada pelajar-pelajar. Misalnya
insiden isu pergaduhan antara guru di salah sebuah sekolah memaparkan bahawa
amatlah malang jika guru tidak dapat mengawal perasaan lalu bertumbuk dan
bertarikan rambut di hadapan murid semasa perhimpunan sehingga melibatkan ibu
bapa murid untuk menyelesaikannya.
Rumusan dan Cadangan

Hasil daripada rumusan serta perbincangan, beberapa cadangan dikemukakan


bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Cadangan
yang telah dikenal pasti ialah:

i. Para guru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengeksploitasi

kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap dimensi kecerdasan emosi

pelajar. Oleh sebab kecerdasan emosi merupakan satu sifat yang boleh

dipupuk dan dikembangkan, guru perlu ada pengetahuan tentang

kecerdasan emosi agar dapat membantu meningkatkan kecerdasan emosi

pelajarnya.

ii. Guru hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang strategi

mengendali masalah emosi, cara bekerjasama dengan orang lain,

membantu pelajar mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pada dirinya.

Apabila pelajar berupaya mengawal emosi mereka akan dapat

memberikan penumpuan terhadap proses pembelajarannya.


iii. Pendidik hendaklah mewujudkan suasana bilik darjah yang

menyeronokkan seperti mengadakan perbincangan kumpulan supaya

pelajar boleh berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti ini memberi

peluang kepada pelajar mengetahui perasaan rakan dan mendapat

maklum balas terhadap tindakan yang diambil iaitu perasaan empati.

Pelajar yang mempunyai empati lebih mudah memenuhi permintaan dan

kehendak pendidik serta memberi tindak balas dengan segera.

iv. Ibu bapa adalah berperanan penting dalam menentukan proses

perkembangan emosi pelajar menjadi sempurna. Kesedaran ibu bapa

terhadap kecerdasan emosi anak-anak mereka akan dapat membantu

meningkatkan tahap kecerdasan yang dimiliki.


PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1987 telah menggariskan beberapa


faktor penting yang perlu dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Dalam sesebuah
negara pendidikan adalah teras bagi menjamin penghasilan sumber manusia yang
dapat memenuhi keperluan di dalam pelbagai bidang. Melalui pendidikan juga akan
dapat melahirkan rakyat yang berdisiplin, jujur dan berakhlak mulia. Lantaran itu
falsafah pendidikan negara telah menggariskan kenyataan berikut:

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara”

Hasil daripada penelitian terhadap falsafah pendidikan di atas, adalah jelas


bahawa perkara yang amat diberikan perhatian di dalam sistem pendidikan negara ini
adalah mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Tiga unsur yang akan diberikan keutamaan di dalam kajian ini meliputi
aspek intelek, emosi dan rohani. Aspek intelek dilihat melalui konteks pencapaian
akademik yang merangkumi kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira,
sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, mempunyai daya pemikiran yang
kreatif dan kritis supaya mampu menghasilkan idea-idea yang bernas. Emosi pula
adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi,iaitu dari aspek mempunyai
perasaan yang tenang dan berfikiran waras.
Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan
mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan
arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek “emovere” yang
membawa maksud ‘untuk keluar’. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk
bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan
yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri
dan psikologi mengatakan bahawa sebarang usaha ke arah penyesuaian akan
menimbulkan berbagai masalah. Cara menyelesaikan masalah ini banyak bergantung
kepada pengalaman yang sudah ada pada diri individu itu sendiri melalui proses
interaksi dengan persekitarannya sebelum itu.

Dalam proses perkembangan di zaman moden ini, individu terpaksa menempuh


banyak situasi baru. Ini menimbulkan masalah kepadanya. Masalah penyesuaian ini
timbul disebabkan adanya konflik dalam diri individu bagi memenuhi kehendak
persekitarannya. Hurlock (1973), mengatakan bahawa masalah emosi juga perlu dilihat
dari aspek kesannya ke atas individu, masyarakat dan juga negara. Gangguan dan
ketegangan emosi yang tinggi atau berterusan bukan hanya mempengaruhi tingkah
laku tetapi juga sikap dan keadaan psikologikal, nilai dan kebolehan mereka.

Erikson (1968) mendapati bahawa keadaan kritikal dalam diri seseorang pelajar
boleh mempengaruhi keadaan emosi pelajar tersebut. Piaget (1950) pula berpendapat
bahawa domain kognitif dan kesannya mempengaruhi perkembangan intelek pelajar
yang seterusnya mempengaruhi emosi menerusi persepsi, pembelajaran dan ingatan.

Walaupun para pelajar mempunyai tahap kebolehan yang hampir sama tetapi
pencapaian akademik mereka adalah berbeza. Percanggahan ini mungkin disebabkan
oleh beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehan pembelajaran seseorang.
Berdasarkan pernyataan di atas, perbincangan tentang kecerdasan emosi pelajar-
pelajar sekolah merupakan satu isu yang amat mustahak dan perlu diberi perhatian.
Selain daripada kecerdasan akal yang boleh menjamin tempat belajar di kolej
dan institut pengajian tinggi atau memegang jawatan profesional, kemahiran mengawal
dan menggunakan kecerdasan emosi secara bijak pula boleh menjamin kesejahteraan
hidup manusia. Adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi kebolehan pembelajaran dan tingkah laku seseorang. Di sini,
kecerdasan emosi telah dipilih untuk menguji sejauh mana ia boleh mempengaruhi
pencapaian akademik serta tingkah laku seseorang pelajar.
REFLEKSI

Setelah selesai tugasan ini, saya amat berpuas hati terhadap tugasan yang
diberikan kerana telah mengerahkan banyak tenaga untuk menyiapkannya. Saya telah
mencari maklumat di perpustakaan dan internet dan berbincang dengan kawan bagi
membuat penjelasan mengenai konsep kecerdasan emosi dan faktor-faktor yang boleh
menjelaskan masalah emosi dengan berkesan. Tugasan ini memerlukan satu
kefahaman yang kuat dan nyata untuk mengaitkan kenakalan sikap remaja masa kini
dengan masalah emosi. Saya segera menunjukkan hasil kerja saya kepada pensyarah
untuk memperbetulkan mana yang salah dan menambahkan kemajuan. Saya turut
berbincang dengan rakan bagi menambahkan informasi. Pensyarah dan rakan saya
banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Dengan adanya kolaborasi dengan pensyarah, saya dapat memperbetulkan hasil


kerja kursus saya dan menambah maklumat yang tertinggal. Maklumat juga kadangkala
sukar diperolehi namun, dengan hasil usaha yang gigih di samping bantuan rakan-
rakan seperjuangan saya dapat menganalisis isu pendidikan ini.

Setelah saya menyiapkan tugasan ini saya menyemak kembali agar memastikan
tiada kesilapan yang dilakukan. Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini
dan menghantarnya seperti tarikh yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai