Anda di halaman 1dari 6

Kesan Pembinaan Benteng Pemecah Ombak(Break water)

Pembinaan tembok pemecah ombak di Pantai Sabak adalah untuk


mengurangkan kesan kemusnahan pinggir pantai. “Breakwater” atau pemecah ombak
yang mengurangkan berlakunya hakisan pantai terhadap bentuk muka bumi pinggir
pantai dan kesan hakisan sosioekonomi penduduk setempat di kedua-dua buah pantai.

Pantai sabak dan pantai cahaya bulan di Kelantan ini sememangnya terkenal
sebagai salah satu tempat perlancongan yang mesti dikunjungi oleh para pelancong.
Jika suatu ketika dahulu ianya sebuah pantai yang menarik dengan pasir yang memutih
tapi kini sebahagian daripada gigi-gigi pantai kini dimamah ombak.

Saban tahun, hampir 20% daripada pantai berkenaan menjadi sebahagian


daripada laut. Hakisan semakin teruk sehingga ada yang memakan rumah penduduk
setempat dan memaksa mereka untuk berpindah. Hakisan yang berlaku turut
menjejaskan aktiviti sosioekonomi mereka yang kebanyyakkannya bekerja sebagai
nelayan sepenuh masa..

Kejadian hakisan yang saban tahun berlaku telah dapat dikurangkan sedikit demi
sedikit dengan pembinaan pemecah ombak atau “breakwater” dikedua-dua buah pantai
tersebut. Dalam kajian kami, skop kajian adalah ingin mengetahui sejauh mana
keberkesanan pembinaan “breakwater” ini terhadap penduduk setempat beserta kesan
kepada sosioekonomi mereka.
Pemecah ombak dibina untuk mengurangkan tindakan ombak di kawasan dalam
lindung angin struktur. Tindakan ombak dikurangkan melalui suatu gabungan
pemantulan dan pelesapan tenaga ombak mendatang. Apabila digunakan untuk
pelabuhan, pemecah ombak dibina untuk mewujudkan perairan yang memadai tenang
untuk operasi tambatan dan pemuatan yang selamat, pengendalian kapal, dan
perlindungan kemudahan pelabuhan. Pemecah ombak juga dibina untuk memperbaiki
keadaan olah gerak di pintu masuk muara sungai dan untuk membantu mengawal atur
pemendapan dengan mengubah arah arus dan dengan mewujudkan kawasan dengan
aras gangguan gelombang yang berbeza.

Menyedari kejadian hakisan pantai yang semakin meningkat dan mengancam


penduduk pantai serta mengakibatkan kerugian sepanjang garis pantai, Kerajaan telah
menjalankan Kajian Hakisan Pantai Kebangsaan dari bulan November 1984 hingga
bulan Januari 1986 dan hasil kajian ini menunjukkan bahawa daripada 4,809 kilometer
garis pantai negara, kira-kira 29% atau 1,380 kilometer mengalami hakisan. Untuk
menangani masalah ini, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Kejuruteraan Pantai dalam
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 1987 untuk melaksanakan rancangan
kawalan hakisan pantai di seluruh negara.

Pelbagai aktiviti manusia boleh mempengaruhi proses pemndapan di pinggir


pantai. Pembinaan jeti, jambatan atau pelabuhan di pinggir pantai menghalang aliran
arus pesisir pantai, arus laut atau kemaraan ombak. Keadaan ini akan menyebabkan
agen-agen tersebut hilang tenaga kinetik lalu terjejas keupayaan mengangkut bahan
dan melakukan proses pemendapan. Akhirnya terbentuk pelbagai landskap
pemendapan di pinggir pantai.
Pinggir pantai seringkali mengalami serangan ombak dan berlaku hakisan yang
serius. Tembok konkrit atau batu, pemasangan cerucuk besi atau konkrit dan
longgokan batu dilakukan untuk mengawal hakisan ombak yang kuat ke atas pinggir
pantai. Tindakan manusia untuk mengawal proses hakisan ombak pula, menggalakkan
proses pemendapan di pinggir pantai. Ini kerana, binaan tersebut menghalang
keupayaan ombak menghakis dan sebaliknya menggalakkan proses pemendapan
ombak berlaku.

Di sesetengah tempat di kawasan pinggir pantai, langkah pemupukan pinggir


pantai dilakukan untuk menguatkan struktur dan menstabilkan pinggir pantai. Pasir dan
serpihan batu diangkut dari kawasan lain dan ditimbun di kawasan pinggir pantai
tersebut. Penimbunan ini dianggap sebagai penimbunan tetap di kawasan tersebut.

Pinggir pantai yang mempunyai dasar laut yang dalam menggalakkan kemaraan
ombak pembinasa dan melakukan proses hakisan di tebing pinggir laut. Pembinaan
struktur pemecah dari konkrit batu selari dengan garis pantai di bahagian luar bertujuan
mencetekkan dasar laut. Dasar laut yang cetek menyebabkan ombak pecah di luar
pantai kerana ombak kehilangan tenaga kinetik. Struktur ini akan menghalang
kemaraan ombak dan menggalakkan proses pemendapan.

Sesetengah negara yang memerlukan ruang untuk pembinaan jeti, pelabuhan,


petempatan, ruang perniagaan di pinggir pantai telah menyebabkan perlonggokan
lapisan batu-bata, pasir dan tanah-tanih. Contohnya Singapura dan Melaka seringkali
melakukan tindakan tebusguna di pinggir pantai untuk mengatasi kekurangan daratan.
Tambakan ini merupakan pemendapan tetap.
Cadangan dan langkah mengatasi hakisan pantai.

Kaedah baru mengatasi hakisan pantai dilaksana Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS) akhir tahun lalu berjaya mengawal hakisan ombak yang berlaku di pantai Tok Bali
dekat sini. Teknik baru itu dikenali sebagai wellguard TM slope proctection merupakan
kaedah pertama dipasang di negeri ini membabitkan kos RM200,000. Peralatan itu
dipasang sepanjang 60 meter.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu projek benteng
pemecah ombak itu turut dilaksanakan di kawasan pantai yang kritikal dengan hakisan
di Kelantan. Kaedah berkenaan mula diperkenalkan pada akhir tahun lalu ternyata
berjaya mengurangkan hakisan pantai. Hasil kajian JPS mendapati masalah hakisan
ombak berkurangan setelah alat tersebut yang dibawa dari Johor dipasang di Tok Bali,”
katanya selepas meninjau hakisan di kawasan itu hari ini.

Beliau berkata, hakisan yang berlaku hanya kira-kira empat kaki tahun lalu,
berbanding sebelum ini antara lima hingga enam kaki ketika musim tengkujuh.
Menurutnya, alat itu akan disambung sepanjang 150 meter lagi yang dijangka
membabitkan kos hampir RM500,000. Menteri Besar turut mencadangkan supaya
pulau buatan manusia diwujudkan bagi menghalang kemaraan ombak.

Sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan, pulau berkenaan bukan sahaja


dapat dimanfaatkan untuk menahan kemaraan ombak, sebaliknya juga boleh dijadikan
tempat rekreasi yang lengkap dengan kemudahan restoran, tempat memancing dan
sebagainya.
Beliau juga mencadangkan pokok-pokok tertentu ditanam di sekitar pantai
bertujuan meredakan kemaraan ombak seperti pepatah Melayu yang menyebut seperti
aur dengan tebing’ agar ia menjadi lebih kukuh. Katanya, pihak terbabit termasuk JPS
hendaklah mencari idea baru untuk menanam pokok yang sesuai berhampiran pantai
sekitar satu atau dua kilometer dari tepi pantai.

Beliau juga bersedia memberi peluang kepada mana-mana syarikat swasta


termasuk golongan profesional dari universiti tempatan untuk bekerjasama bagi
mengkaji teknik terkini bagi menyelesaikan masalah hakisan pantai di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap
Perdana Menteri mempercepatkan kelulusan peruntukan sebanyak RM40 juta yang
pernah dijanjikan Kerajaan Pusat bagi mengatasi masalah hakisan di Pantai Sabak.

Katanya, hakisan di pantai tersebut semakin kritikal sehingga menyebabkan


sebuah masjid di kawasan berhampiran telah dimasuki pasir, manakala sebuah sekolah
kebangsaan hampir dihakiskan."Sepatutnya ketika datang ke sini, semalam Dato' Seri
Dr Mahathir Mohamad meninjau Pantai Sabak untuk mendapat gambaran sebenar
yang telah memusnahkan ratusan rumah dan harta penduduk sejak beberapa tahun
lalu," katanya di sini.

Menteri Besar berkata, disebabkan tiada peruntukan khusus dalam Rancangan


Malaysia Kelapan bagi tujuan itu menyebabkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
menggunakan peruntukan pendahuluan sebanyak RM1.2 juta daripada Kementerian
Pertanian bagi melantik syarikat perunding menjalankan kajian di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri menyediakan tiga penempatan baru kepada


penduduk yang terlibat hakisan tersebut iaitu Blok A dan B di Kampung Pulau Gajah
dan Kampung Pantai Kemeruk membabitkan 161 keluarga. Katanya, kerajaan negeri
juga sedang mencari kawasan penempatan baru bagi menempatkan ramai lagi
penduduk yang kini menunggu masa untuk dipindahkan akibat hakisan.
Rumusan

Isu mengenai hakisan muara sungai dan pantai merupakan perkara yang sudah
lama dihadapi oleh Negara Malaysia. Di pantai timur khususnya,masalah hakisan
bukan satu isu yang baru untuk diperkatakan oleh pihak kerajaan mahupun penduduk
setempat. Lazimnya hakisan sering kali disusuli dengan kemusnahan tempat tinggal,
kehilangan tanah serta kerosakan infrastuktur seperti jalan raya, tembok, pemecah
ombak mahupun benteng.

Tidak seperti bentuk muka bumi didaratan, pertemuan dan pertembungan proses
pinggir pantai dan muara sungai menyebabkan bahagian persisir pantai dan muara
sungai membentuk morfologi persekitaran yang dinamik. Hal ini boleh dilihat melalui
beberapa definisi yang diberikan berkaitan muara sungai. Kamus istilah geologi(1990)
mendefinisikan muara sungai sebagai lembah sungai yang berdekatan dengan laut,
dipengaruhi oleh arus pasang surut yang membawa air masin.

Pemecah ombak dibina untuk mengurangkan tindakan ombak di kawasan dalam


lindung angin struktur. Tindakan ombak dikurangkan melalui suatu gabungan
pemantulan dan pelesapan tenaga ombak mendatang. Apabila digunakan untuk
pelabuhan, pemecah ombak dibina untuk mewujudkan perairan yang memadai tenang
untuk operasi tambatan dan pemuatan yang selamat, pengendalian kapal, dan
perlindungan kemudahan pelabuhan. Pemecah ombak juga dibina untuk memperbaiki
keadaan olah gerak di pintu masuk muara sungai dan untuk membantu mengawal atur
pemendapan dengan mengubah arah arus dan dengan mewujudkan kawasan dengan
aras gangguan gelombang yang berbeza

Anda mungkin juga menyukai