Anda di halaman 1dari 9

Halangan-halangan menjadi pendengar yang baik.

Tahukah anda bagaimana menjadi seorang pendengar yang baik dapat membuat anda
memiliki personaliti yang cemerlang dan dihormati? Terdapat beberapa kelebihan yang
bakal anda perolehi apabila menjadikan budaya mendengar secara positif yang bukan
sahaja menguntungkan anda, malah pada masa yang sama menjadikan orang lain
menghargai kehadiran anda di sekeliling mereka.

Menjadi seorang pendengar yang efektif membuat anda belajar sesuatu. Anda akan
mempelajari perkara-perkara baru dari orang lain, menerokai sesuatu yang belum
pernah tahu selama ini dan membuat anda mengenali diri dengan lebih mendalam lagi.
Misalnya anda mendengar kisah pengalaman rakan anda yang menghabiskan masa
cutinya dengan mengikuti ibu bapanya mengerjakan umrah. Anda akan mempelajari
darinya bagaimana keadaan bumi Arab dan situasi di Mekah. Mungkin juga anda akan
mula mengetahui gaya hidup masyarakat dari pelbagai negara yang beragama Islam
datang untuk menunaikan ibadah bersama-sama.

Mendengar secara efektif membantu anda merapatkan hubungan yang sedia ada.
Ramai yang salah sangka bahawa dengan banyak berkata-kata itulah caranya untuk
merapatkan hubungan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Andaian yang salah,
sebaliknya dengan menjadi ramah dan pada masa yang sama mendengar apa yang
disampaikan orang lain akan menimbulkan penerimaan orang lain terhadap anda.
Percaya atau tidak, anda juga menjadi popular disebabkan sikap suka mendengar yang
menandakan anda memberi perhatian dan sokongan kepada kata-kata yang
disampaikan.

Tambahan lagi, pendengar yang efektif mempunyai kesan dan pengaruh ke atas sikap
serta kelakuan orang lain sehinggakan anda dihormati oleh individu-individu yang
terlibat. Keadaan ini berlaku kerana mereka menganggap anda mempunyai perasaan
dan menyediakan ruang untuk memahami mereka. Jika anda seorang pengerusi
sebuah persatuan atau kelab, anda akan menjadi pemimpin yang mudah diikuti
sekiranya anda memberi peluang untuk mereka memberi cadangan atau apa-apa idea
untuk kebaikan persatuan tersebut.

Selain itu, menjadi pendengar yang baik adalah saluran hiburan yang seimbang jika
tahu bagaimana hendak melakukannya. Mengapa sesetengah orang gemarkan muzik
yang pelbagai genre di pasaran hari ini? Muzik adalah salah satu cara menjadikan
pendengaran cara berhibur. Anda mungkin pernah mengingati bait-bait lagu
kegemaran, malah pernah pula menyanyikannya. Hanya satu kemungkinan sahaja
yang memungkinkan anda melakukan perkara sedemikian, iaitu anda mendengar
dengan teliti dan menghayatinya.
Pendengar yang baik adalah pembantu yang baik. Sebabnya ialah anda bukan sahaja
mendengar dengan sepasang telinga semata-mata, tetapi anda membawa ia terus
kepada hati untuk merasa empati anda cuba memahami dengan mendalam. Misalnya
anda merupakan seorang abang atau kakak yang prihatin akan mendengar keluhan
adik yang lebih muda usianya dan cuba membantunya setakat yang anda mampu untuk
menggembirakannya.

Namun, kebaikan-kebaikan ini mudah terlindung dengan halangan-halangan yang


menganggu anda menjadi seorang pendengar yang baik. Terdapat tujuh halangan yang
perlu anda berhati-hati apabila mempraktikan gaya pendengaran yang efektif terhadap
rakan-rakan atau ahli keluarga.

01. Ambil mudah dengan orang yang sedia kenali.

Kajian mendapati mereka yang mempunyai hubungan yang akrab dalam satu jangka
masa yang lama akan mempunyai tahap tumpuan yang rendah terhadap apa yang
didengarinya berbanding apabila berinteraksi dengan individu yang baru dikenali.
Bersikap acuh tidak acuh terhadap seseorang yang akrab seperti sahabat karib atau
adik beradik terhadap apa yang cuba disampaikan oleh mereka bukanlah sikap yang
baik meskipun anda menyangka mereka sudah memahami sikap anda. Kekalkan gaya
pendengaran yang betul sebagai menghormati mereka.

02. Khayal di dunia sendiri.

Ketika anda sedang mendengar suara sahabat yang bercerita, pada masa yang sama
anda turut mendengar satu suara lain yang bercerita hal yang berbeza. Itulah suara
minda yang akan timbul apabila anda tidak menumpukan perhatian dengan apa yang
cuba disampaikannya. Keadaan ini berlaku apabila perkara yang disampaikan tidak
menarik perhatian atau membosankan sehinggalah timbul cerita baru dalam minda dan
berdialog dengan anda.

03. Kejutan emosi dalam perbualan.

Anda mungkin tidak menggemari sesuatu yang anda dengar sehinggakan anda cuba
untuk tidak mendengarnya lagi. Kebiasaannya, kata-kata yang kasar, ayat-ayat yang
tidak selari dengan sikap dan gaya hidup anda mungkin menimbulkan kejutan emosi
dalam perbualan. Misalnya dalam pengalaman penulis yang berasal dari sebuah negeri
yang dikatakan sikap penduduknya menggunakan perkataan secara kasar dan intonasi
yang meninggi. Ia menimbulkan keadaan yang kurang selesa untuk mereka yang
menganggapnya kurang sopan meskipun pengamalannya melambangkan
kemesraannya terhadap anda mengikut gaya tersendiri. Keadaan ini dikatakan sebagai
kejutan emosi dalam perbualan yang menjejaskan pendengaran yang efektif.

04. Mengkritik individu yang berbual dengan anda.

Fizikal seseorang mudah menjadi sasaran kritikan sehingga melarikan tumpuan untuk
mendengar apa yang cuba disampaikan. Dalam sebuah rancangan televisyen
tempatan, seorang peserta dalam ujibakat penghibur untuk rancangan realiti dikritik
oleh sekumpulan juri kerana gaya penampilannyayang disifatkan teruk dan tidak sesuai.
Tetapi beliau diterima kerana mempunyai suara yang merdu. Seandainya juri-juri tadi
terus terganggu dengan gaya penampilan peserta tersebut, kemungkinan peserta
tersebut gagal. Kejayaannya tidak lain tidak bukan ialah kerana sikap juri yang menutup
matanya seketika dan mendengar sesuatu yang penting untuk mereka membuat
penilaian. Begitulah juga keadaannya apabila ia melibatkan diri anda.

05. Kata-kata lebih deras dari fikiran.

Ada individu yang sukar mengawal kecepatan kata-katanya sehinggakan menyukarkan


orang lain untuk mendengar secara efektif untuk mendapatkan mesej yang sebenar.
Anda boleh melakukannya jika anda merupakan peserta pasukan bahas dan pidato
yang memerlukan hujah-hujah yang padat disampaikan dalam satu jangka masa
tertentu. Tetapi ia tidak bermaksud anda perlu berkata-kata secepat yang mungkin.
Kesannya orang lain tidak mempunyai masa untuk memikirkan apa yang didengarinya
sebelum ini. Individu normal berkata-kata sebanyak 125 patah perkataan seminit, malah
ada yang mencapai 600-800 patah perkataan dalam tempoh tersebut.

06. Terlalu banyak dengan maklumat tidak perlu.

Pelbagai maklumat yang datang dalam bentuk audio menjengah kehidupan anda
sebagai pelajar hari ini. Malaysia mempunyai puluhan stesyen radio yang kini
kebanyakkannya beroperasi 24 jam sehari. Setiap sejam anda akan mendengar berita
terkini di kaca televisyen meskipun dengan mata yang terpejam. Setiap kali anda
menghidupkan pemain MP3 mudah alih, anda berkemungkinan sedang mendengar
ratusan lagu atau simpanan audio berbentuk dialog, wawancara yang dirakamkan
sebelum ini. Dengar ertikata lain, anda dihujani dengan terlalu banyak maklumat.
Kebanjiran sumber sebanyak ini akan mengganggu seseorang untuk mendengar
secara efektif, apatah lagi untuk mendapatkan mesej yang diingininya. Maklumat yang
tidak diperlukan mungkin akan menjadi perangkap kepada anda. Maka bertindak
memilih maklumat yang benar-benar diingini sahaja baik untuk mendengar atau hendak
menyampaikannya..
07. Gangguan sekeliling yang menarik perhatian.

Gangguan-gangguan luaran baik berbentuk bunyi atau fizikal boleh mengurangkan


kepekaan seseorang untuk mendengar sesuatu. Pernahkah anda mengalami keadaan
apabila suasana menjadi sangat sunyi apabila benar-benar menumpukan perhatian
kepada pelajaran sehinggakan anda tidak mendengar bunyi kenderaan di luar yang
sedang rancak bergerak dan panggilan ibu di luar bilik anda. Mungkin anda seakan-
akan ‘menghilangkan’ suara sahabat di hadapan anda yang sedang berkata-kata
apabila mata anda tiba-tiba tertarik melihat sesuatu atau kedengaran lagu kegemaran
anda yang dipasang di gerai makan seberang jalan. Inilah antara gangguan-gangguan
luar yang menjejaskan gaya pendengaran yang berkualiti.

4.0 INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH

4.1 Kepentingannya

Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah.
Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid
semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan
pengajarannya berkesan dan bermutu.

Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu
pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan
baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham.
Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan
murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi
sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran
menjadi hambar dan membosankan.

Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid
sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat
menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.

Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu
terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan
sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung
memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila
berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi
mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta
cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).

4.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah

Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis.


Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh
penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru,
komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan
untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam
atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah
diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat
penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).

Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan
bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan
bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan
menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid,
mengenakan denda dan sebagainya.

Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik
darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa
dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru
bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu
secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi
arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan
interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.

Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya
menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan
murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif.
Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-
murid seperti berikut :

Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid

Enggan menerima langsung cadangan dari murid

Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid
dengan persekitaran bilik darjah

Suka menengking dan memarahi murid

Selalu memberi amaran

Gagal menyediakan kemudahan kepada murid

Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut :

Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid

Menerima perbezaan pendapat dari murid


Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna

Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah

Bersimpati dengan masalah murid

Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba

Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih
banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid.
Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan
kesan positif kepada pembelajaran murid-murid.

Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa
orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam
Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku
guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah :

Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar

Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas

Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran

Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama
dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas

Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai
guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang
mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati.
Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru
sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi
dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka.

4.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan

Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan
kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan
interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life,
1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab
yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi
bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi
untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah :

Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi


yang bermakna.
Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas
apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar
terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.

Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan


pelajar

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka,


terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh
negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun
1989.(Mok Soon Sang, 1996).

Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang
berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil
dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah
disarankan, antaranya :

Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid
dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan

Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk


mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri

Memberi arahan secara lebih positif

Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif

Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi
guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah :

Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat
melahirkan kemesraan antara guru dengan murid

Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan
hendaklah ikhlas dan jujur

Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan
daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan

Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan
kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid

Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran
Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau
berkomunikasi dengan murid

Sentiasa mengulang isi-isi penting

Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau


pengajaran

Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau


maklum balas

Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan


pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau
komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh
berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid
sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang,
hormat menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi
Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah :

"Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang
lebih tua maka ia bukan dari golongan kami"

(Riwayat Al-Bakhari)

"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal"

(Riwayat Al-Bakhari)

"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi
salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu
majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya"

(Riwayat Al-Tabrani)

5.0 HALANGAN-HALANGAN DALAM INTERAKSI BILIK DARJAH

Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), terdapat juga halangan-halangan yang
menyebabkan interaksi bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu :

Faktor fizikal

Seperti bangunan, dinding bilik dan kecacatan tubuh badan

Faktor bukan fizikal


Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau
faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu dan sebagainya serta faktor
masa.

6.0 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI

Persoalan utama kita ialah bagaimanakah halangan-halangan tersebut dapat diatasi,


terutamanya terhadap faktor dalaman diri atau faktor psikologi yang mendatangkan
kesan yang sangat negatif terhadap pembelajaran murid serta juga pengajaran guru.

Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi
mengatasi masalah tersebut, antaranya ialah :

Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid
dalam satu kelas

Memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan

Pendekatan individu

Menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerakerja kelas,


kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja, eksperimen dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992), ternyata bahawa


saranan-saranan tersebut ada yang terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat
dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan tenaga guru,
seperti pengecilan jumlah murid dalam satu bilik darjah. Rata-rata kebanyakan sekolah
terpaksa menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu darjah.

Anda mungkin juga menyukai