Anda di halaman 1dari 20

STRATEGI & TEKNIK

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


DALAM
PENDIDIKAN KESIHATAN
KANDUNGAN SUKATAN
PELAJARAN
3 tunjang pembelajaran:
1. Kesihatan Diri dan Keluarga.
2. Gaya Hidup Sihat.
3. Kebersihan dan Keselamatan
Persekitaran.
Tajuk-tajuk:
 1. Kesihatan Diri dan Keluarga
(a) Kesihatan Diri
(b) Perasaan
(c) Kekeluargaan

 2. Gaya Hidup Sihat dan Selamat


(a) Pemakanan
(b) Pengurusan Konflik dan Stres
(c) Penyalahgunaan Bahan

 3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran


(a) Keselamatan
(b) Penyakit berjangkit
(c) Pertolongan Cemas
KAEDAH

STRATEGI PENGAJARAN
PENDEKATAN

TEKNIK

AKTIVITI
DEFINISI
 Pendekatan – jalan yang diambil
 Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik
 Teknik - kaedah membentuk teknik.
Misalnya kaedah bercerita = teknik
penyampaian
 Strategi - suatu susunan pendekatan-
pendekatan dan kaedah-kaedah untuk
mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa serta
kemudahan secara optimum.
Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8
KAEDAH & TEKNIK P&P
 Kaedah pengajaran - beberapa
langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu.
 Teknik-teknik pengajaran -
kemahiran atau perkara-perkara
khusus yang terdapat dalam sesuatu
kaedah
CONTOH-CONTOH KAEDAH &
TEKNIK P&P
 Permainan Simulasi
 Lakonan
 Permainan
 Demonstrasi / tunjuk cara
 Lawatan
 Bercerita
 Projek
 Tutorial
 Seni Buzz (membuat keputusan daripada
perbincangan ringkas)
 Persembahan Fikiran
KLASIFIKASI STRATEGI P&P
 Strategi pengajaran - rancangan
gabungan pendekatan dan kaedah serta
turutan pelaksanaan pendekatan dan
kaedah.
 Klasifikasi:
- Strategi Pemusatan Guru
- Strategi Pemusatan Murid
- Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran
CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN
GURU
 Guru memainkan peranan penting
 Komunikasi sehala.
 Kepimpinan guru secara autokratik
 Pencapaian objektif guru diutamakan
 Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan
daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
 Penyampaian fakta secara menghafal.
 Interaksi di antara murid adalah pasif.
 Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
 Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi,
syarahan, bercerita dsb.
 Contoh: Guru bercerita mengenai kepentingan
menjaga kebersihan diri.
CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN
MURID
 Murid memainkan peranan penting
 Komunikasi dua hala.
 Menggalakkan murid memberi pendapat.
 Objektif pencapaian murid diutamakan
 Perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang (j.e.r.i.)
 Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
 Peluang interaksi di antara murid adalah positif
(bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)
 Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk.
 Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
 Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan,
penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan,
sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.
 Contoh: Guru membimbing murid dalam perbincangan
mengenai kesedaran dan tanggungjawab menjaga kebersihan
diri.
CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN
BAHAN PELAJARAN
 Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
 Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau
murid/bahan pembelajaran
 Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih
dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
 Pengajaran lebih bermakna, menarik dan berkesan.
 Peluang interaksi antara murid banyak. Sifat sosial yang positif
dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek,
perbincangan dsb.
 Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya
bahan-bahan pembelajaran
 Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks,
buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, graf, spesimen,
slaid, video, televisyen, projektor, dsb.
 Contoh: Guru menunjukkan gambar / video bagi menerangkan
cara-cara menjaga kebersihan diri.
PENDEKATAN DAN STRATEGI P&P
 KESEPADUAN
 INDUKTIF
 DEDUKTIF
 ELEKTIF
 TEMATIK
 MASTERI
PENDEKATAN DAN STRATEGI
KESEPADUAN
 Penggabungjalinan
 Ciri-ciri gabugjalin:
 Integrasi beberapa kemahiran
 Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
 Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
 Kemahiran utama menjadi fokus
 Organisasi kemahiran fleksibel
 Kemahiran diintegrasikan saling kukuh
mengukuh antara satu sama lain.
 Penyerapan
 Ciri-ciri penyerapan :
 Mengandungi beberapa unsur ilmu
pengetahuan
 Berbagai unsur diserapkan dalam satu
matapelajaran
 Bilangan mata pelajaran dalam
penyerapan fleksibel
 Organisasi isi kandungan - Unsur utama
dan unsur sampingan
 Proses penyerapan boleh berlaku
serentak dengan proses
penggabungjalinan.
PENDEKATAN DAN STRATEGI
PENGAJARAN INDUKTIF
 Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
 Sediakan contoh-contoh yang sesuai
 Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat
kesimpulan
 Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk
mencari kesimpulan
 Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri
yang sama
 Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai &
mencukupi.
 Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
 Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
 Sediakan alat bantu mengajar
 Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar,
hidu & sentuh.
 Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh
spesifik membawa kepada kesimpulan umum.
PENDEKATAN DAN STRATEGI
PENGAJARAN DEDUKTIF
 Proses pengajaran:
 Prinsip/rumus
 Kaedah deduktif
 Aplikasi rumus/prinsip
 Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
 Guru memberi tahu murid objektif pelajaran
pada peringkat awal,
 Murid dibimbing mengingat kembali hukum,
prinsip, teori, peraturan bagi mendapat
kesimpulan yang baru/ menyelesaikan
masalah.
PENDEKATAN DAN STRATEGI
PENGAJARAN ELEKTIF

 Ciri-ciri:
- Elektif bererti pemilihan
- Menggabungkan pendekatan induktif dan
deduktif
- Banyak digunakan dalam pengajaran sains
dan matematik
- Boleh gunakan strategi Pemusatan guru,
murid dan bahan
- Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan
pengayaan
PENDEKATAN DAN STRATEGI
PENGAJARAN TEMATIK

 Pokok perbicaraan/topik utama contoh:


tema kebersihan diri, tema kebersihan
persekitaran
 Contoh:
 Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk
perbincangan
 Tema yang sama dibincangkan
 Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi
 Selepas perbincangan, keputusan
dibentangkan oleh wakil kumpulan
 Membuat rumusan
PENDEKATAN DAN STRATEGI
PENGAJARAN MASTERI

 Strategi pengajaran – adakan objektif yang


jelas dan boleh diukur.
 Pilih kaedah & teknik yang berkesan
 Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif
(diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan
objektif pelajaran bagi melihat tahap
penguasaan pelajaran.
 Aktiviti pemulihan kepada yang belum
menguasai sesuatu pelajaran
 Yang lemah diberi pemulihan dan yang berjaya
mencapai objektif diberi aktiviti pengayaan.
KESIMPULAN
 Strategi pengajaran menggabungkan
pelbagai kaedah dan pendekatan
pengajaran untuk mencapai kesan
pengajaran yang optimum sekali.
 Strategi yang baik akan menggunakan
masa, tenaga serta kos yang paling
sedikit tetapi menghasilkan kesan
pengajaran dan pembelajaran yang
paling maksimum.

Anda mungkin juga menyukai