Anda di halaman 1dari 1

Kita gagal sebab kita disuruh berjaya

Sebut pasal gagal, ramai orang tak suka cakap.

Gagal ni menyakitkan. Tiap kali ingat usaha-usaha kita yang gagal, kita jadi sakit hati.

Untuk membuat kita bermotivasi sentiasa, kita perlu bersangka baik pada apa jua perkara. Ini
termasuklah bersangka baik pada kegagalan. Kegagalan amat baik buat diri kita kerana ia
membuat kita semakin maju ke depan sebab kita rasa tercabar.

Kita gagal sebab kita disuruh untuk berjaya. Bila dah gagal, itu maknanya kita kena buat lagi
dengan lebih baik di masa akan datang. Buat lagi. Andai kata gagal sekali lagi, buat lagi sampai
betul-betul menjadi.

Gagal hanyalah satu proses menuju kejayaan.

Setiap orang yang mahu berjaya pasti akan melaluinya. Di dalam kesusahan, ada kesenangan-
kesenangan yang kita tak nampak. Semua kesenangan-kesenangan tu menanti untuk kita garap,
untuk kita genggam di dalam tangan kita.

Kegagalan amat suka pada orang yang tak berhenti berusaha. Dia usaha, usaha, usaha tanpa
mengenal erti penat lelah.

Kegagalan tak suka pada orang yang usahanya hanya sementara, sebab itulah orang yang
usahanya asyik berubah-ubah langsung tak pernah mencapai apa-apa kejayaan. Lihat sekeliling
Anda, kita leh nampak ada banyak orang camni.

Tak ada cara mudah untuk berjaya, tak ada ‘shortcut’ atau jalan pintas.

Anda kena berusaha keras. Anda kena menempuh kegagalan, barulah Anda beroleh kejayaan.
Mulai hari ini, serapkan dalam minda yang kegagalan tu sebenarnya bukanlah perkara yang
menyakitkan, sebaliknya ia perkara yang baik untuk mendidik Anda menjadi dekat dengan
kejayaan.

Secara saikologinya, kita kena dilatih bersusah-susah dahulu, barulah kita boleh beroleh
kejayaan.

Jika kita beroleh kejayaan dahulu sebelum bersusah-susah, kejayaan yang kita peroleh tu tak
kekal lama, bahkan kita tak akan merasa berdaya mencapai kejayaan-kejayaan seterusnya yang
jauh lebih besar, lebih hebat pencapaiannya dari kejayaan sedia ada. Lagipun, minda kita kurang
‘matang’ apabila kita bersenang-senang dulu sebelum kita bersusah-susah.

Anda mungkin juga menyukai