Anda di halaman 1dari 1

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Dasarwasa ini, sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan
dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di
sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh permasalahan pencemaran alam sekitar
yang beronar yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dikatakan negara kita
mempunyai kadar pencemaran alam yang tinggi. Oleh itu, kebaikan dan keburukan
yang mewarnai fokus perbincangan yang akan dihuraikan dengan terperinci demi
kebaikan bersama.

Dalam konteks ini, kadar pencemaran alam dikatakan begitu tinggi walaupun pihak
berkuasa cuba menafikannya berkali-kali. Impak-impak negatif seperti pencemaran
sungai, penggondolan bukit dan pembakaran secara terbuka menceritakan betapa
buruknya pencemaran alam itu selain kejadian tanah runtuh yang kerap kali berlaku
kebelakangan ini. Media massa turut membuat laporan yang memberikan gambaran
bahawa pencemaran alam di negara ini begitu kritikal. Oleh itu, pemahaman tentang
punca-punca pencemaran alam amat penting bagi menangani kemelut ini.

Dalam zaman yang serba canggih ini, salah satu penyumbang utama dalam
pencemaran alam di negara ini adalah sektor pembalakan yang begitu meluas dan
intensif di Sabah, Sarawak dan Pahang. Aktiviti pembalakan sama ada yang
dibenarkan atau haram telah menyebabkan banyak kawasan hutan dalam negara ini
hilang dalam sekelip mata sahaja. Kita semua sedia maklum bahawa hutan menjadi
salah satu alat penapis pencemaran semulajadi tetapi jika hutan sudah tiada
bermakna kita sudah kehilangan sistem yang mampu menapis pencemaran ini.
Sesungguhnya pencemaran alam di negara ini berlaku kerana sektor pembalakan
hutan.

Kita sering membaca di dada-dada akhbar, salah satu punca pencemaran adalah
aktiviti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai, lautan, dan sistem takungan air
negara. Kebanyakan kilang atau syarikat perindustrian lebih gemar membuang sisa
toksik ke kawasan semulajadi ini kerana mereka tidak mahu mengeluarkan belanja
yang banyak untuk membersihkannya terlebih dahulu. Tindakan yang tidak
bertanggungjawab ini menyebabkan hampir kesemua saliran di negara ini
mengalami pencemaran yang tinggi. Maka bayangkanlah betapa dahsyatnya kesan
daripada pencemaran air di mana air juga menjadi habitat semulajadi kepada
hidupan akuatik dan keperluan asas bagi manusia.
Natijahnya, pencemaran alam ini telah berlaku dan akan terus berlaku tanpa ada
langkah-langkah pencegahan yang konkrit, sistematik dan pragmatik. Usah kita
menunding jari menyalah satu sama lain kerana itu bukanlah caara yang matang
untuk menyelesaikannya. Demi merialisasikan visi dan wawasan 2020, marilah kita
sama-sama memepuk sikap tidak kira dari golongan tua mahupun muda.

Anda mungkin juga menyukai