Anda di halaman 1dari 39

1.

0 PENGENALAN

Perkembangan bermaksud proses yang berlaku sepanjang masa. Dalam

proses perkembangan ini kita akan lihat perubahan yang berlaku pada seorang

individu hasil interkasi di antara faktor genetik yang diwarisi dan pengaruh

persekitaran ( Doherty & Brennan, 2008). Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki

sifat, bakat dan ciri semulajadi yang diwarisi dari ibubapa mereka. Keadaan

persekitaran pula, menentukan bagaimana kanak-kanak ini menggunakan bakat

yang diwarisi untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dengan pelbagai

situasi.

Seperti faktor baka dan persekitaran yang telah dibincangkan, kedua-

duanyaamat penting dalam membentuk fizikal dan mental kanak- kanak yang baik.

Olehitu, peranan ibu bapa dalam mendidik dan melatih anak- anak mereka untuk

menjalani gaya hidup yang sihat amat dititikberatkan.

Dewasa ini, banyak keperluan dari segi intelek, jasmani, rohani, sosial dan

emosi perlu diterapkan dalam diri kanak- kanak. Justeru itu, ibu bapa dan guru

dilihat sebagai individu perlu memberikan peluang kepada anak- anak mereka untuk

meningkatkan perkembangan kendiri agar mereka mempunyai kemahiran yang lebih

tentang menguruskan diri sendiri.

1
2.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan

perkembangan. Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sifat

perubahan yang dapat di ukur sama ada mengikut peringkat dan ketentuan masa. Apabila ia

bersifat kuantitatif, setiap perubahan seseorang dapat dilihat dengan nyata berdasarkan

pengukuran yang dibuat ke atas seseorang ataupun sesuatu organisma. Pertumbuhan yang

biasa, kecuali yang disebabkan oleh kanser, selalunya berhenti manakala sesuatu

organisma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa dan selepas itu pertumbuhan tidak

lagi berlaku.

Perkembangan pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu perubahan yang

tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang

menunjukkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Berlainan dengan hal

pertumbuhan, perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga

tamatnya hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu

organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun

peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-

menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.

Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara

‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral

dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan

yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua

perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku

ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan

sifat-sifat yang sejagat.

2
Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang

saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke

arah tertentu dan yang dijangkakan. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan

perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan

organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang saling berkait serta

berhubung dengan pertambahan umur.

Menurut Atan Long pula, erkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak

dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana

sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula,

perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan

hingga ke akhir hayat organisma.

Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organism ke

peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat

kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus,

dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi

sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada

keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu

phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua

individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal

cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

3
3.0 PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Terdapat empat prinsip asas perkembangan iaitu proses perkembangan

mengikut aturan, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur

daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik, pertumbuhan dan

perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan, corak dan

aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia

berbeza untuk setiap individu, perkembangan adalah hasil interaksi di antara

kematangan dan pembelajaran.

Prinsip pertama ialah proses perkembangan mengikut aturan, misalnya

seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian

merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri seterusnya berjalan. Perkembangan

4
juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya

perkembangan kognitif dan bahasa.

Prinsip kedua ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan

beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seseorang bayi boleh

menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.

Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke

otot-otot halus.

Prinsip ketiga merupakan pertumbuhan dan perkembangan adalah satu

proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan seorang

kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya

sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.

Seterusnya corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi

kadar perkembangan manusia berbeza untuk hampir setiap individu. Misalnya,

sesetengah kanak-kanak dapapt berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang

hanya boleh berjalan 18 bulan. I ni adalah salah satu faktor yang membawa kepada

perbezaan di antara manusia yang kita lihat di dalam sebuah bilik darjah.

Akhir sekali, perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan

pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam

seseorang individu, misalnya merangkak,duduk, berjalan dan kemudian berlari.Ia

dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik.

Seterusnya merupakan pendapat tokoh- tokoh mengenai prinsip

perkembangan kanak-kanak. Menurut Mook Soon Sang (2009) prinsip-prinsip

perkembangan kanak-kanak adalah seperti berikut pertumbuhan berlaku dalam dua

5
arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tepi ke tengah, pertumbuhan struktur fizikal

mendahului kemahiran fungsinya, pertumbuhan secara menyeluruh mendahului

secara khusus, corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi

kadarnya adalah berbeza pada setiap individu, pertumbuhan berlaku hingga satu

tahap tetapi perkembangan berlaku secara berterusan hingga hayat akhir.

Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Ini dapat dibuktikan

bahawa pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan

rohani, emosi dan sosial. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan

mengikut peringkat-peringkat berikut, peringkat pralahir merupakan prenatal iaitu

dalam kandungan 9 bulan, peringkat kedua ialah peringkat bayi (0-2 tahun),

peringkat ketiga ialah peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun), peringkat

pertengahan kanak-kanak (6-9 tahun), peringkat akhir kanak-kanak (9-11 tahun),

peringkat awal remaja (11-15 tahun), peringkat pertengahan remaja (16-18 tahun),

peringkat akhir remaja (18-21 tahun), peringkat dewasa (21-60 tahun), dan

peringkat tua (60 tahun ke atas). Perkembangan pula terbahagi kepada dua iaitu

perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak.

Seterusnya, perkembangan daripada egosentrik kepada menerima

pandangan orang lain. Menurut Haliza Hamzah, Joy N.Samuel dan Rafidah Kastawi

pula mengatakan prinsip perkembangan kanak-kanak melalui proses perkembangan

berlaku mengikut urutan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk

dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan

seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak.

Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

6
Kemudian perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur

daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh

mengenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.

Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke

otot-otot halus. Seterusnya, pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses

yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan seorang kanak-kanak

akan menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga

merupakan asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru kelak.

Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar

perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sesetengah kanak-kanak

boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada

18 bulan. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara

manusia yang kita dapat lihat di dalam sesebuah bilik darjah. Akhir sekali,

perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan

pembelajaran.

Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada di dalam seseorang

individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan, dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi

oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses

peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Proses pembelajaran membantu

seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada di dalam dirinya.

Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna

memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih

atau meniru cara-cara berenang.

7
4.0 FAKTOR BAKA MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau

keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri

perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna

kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu

bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental.

Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai

atau tidak pandai.

Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,

bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam

peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan

setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza

dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah

membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar

perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah

faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya

perbezaan individu di antara satu sama lain.

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri

daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di

lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang

didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut

kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing

membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal

biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu

8
percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan

membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-

masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan

bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi

yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah berikut mengilustrasikan bagaimana

proses percantuman dan pertukaran kromosom berlaku dalam proses

persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.

Berdasarkan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam

perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa.

Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-

ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi.

Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri

fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria

serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal

luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu

bapa.

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan

Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan

dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan

kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam

sesuatu kelas.

9
Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan

kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan

melahirkan anak yang juga cerdas pintar.

Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi

daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang

stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

5.0 FAKTOR PERSEKITARAN MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-

ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan

sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat

pertumbuhannya.

Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan

manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu

ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah

telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-

ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar

perkembangannya. Misalnya; · kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang

mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang

sihat. Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak

memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Selain itu, kanak-kanak diasuh

dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah

laku dan emosi dengan sempurna. Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau

tinggi juga membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap

10
optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan

seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,

khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-

kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong

perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang

bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai

murni yang positif daripada mereka.

Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan

kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya: perbezaan nilai hidup

membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. Selain itu, perbezaan

kebudayaan dan agama juga melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku

manusia. Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan

membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral,

beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna.

Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap

manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta

mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan manakala kebudayaan masyarakat

yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber

teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada

maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti

suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita

11
ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan

meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya,

kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan,

kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang

tidak diingini.

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam

perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang

bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam

bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang

kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran

akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.

Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi

tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

diisytiharkan pada tahun 1988.

12
6.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas

pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan

ceria. Menurut “Kurikulum Prasekolah Kebangsaan” (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada

empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan

psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan

anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.

Menurut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak

boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi

pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan

dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak

ini adalah keseimbangan (stability),pergerakan (locomotion), manipulasi

(manipulation). Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan

kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti.

Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak

tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan

objek di persekitarannya. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi

antara kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-

kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka

mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman.

13
Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu

memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak

perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi aspek

kemahiran fizikal.

6.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL (DATA DAN PERBINCANGAN) PERINGKAT 1

NAMA TINGGI BERAT PANJANG LUAS LILIT

TANGAN BAHU KEPALA


Tuan Muhammad Firdaus 114 CM 25 KG 37.5 CM 34.5 CM 53 CM
Nik Muhd Afiq Danial 153 CM 15 KG 41 CM 31 CM 54 CM
Nur Nazian Sofia 112 CM 13 KG 38 CM 28CM 52 CM
Nur Ain Fitri Daya 111 CM 11 KG 38 CM 30 CM 38 CM
PURATA 122.5 CM 16 KG 38.63 CM 30. 9 CM 49.25 CM

PURATA PERKEMBANGAN FIZIKAL PERINGKAT 1


Lilit Kepala

Luas Bahu

Panjang Tangan

Berat

Tinggi

0 20 40 60 80 100 120 140


PURATA

Rajah R

14
Rajah 1 menunjukkan tentang purata perkembangan fizikal dari segi tinggi,

berat, panjang tangan, luas bahu dan ukuran lilit kepala bagi pelajar peringkat 1 iaitu

berumur 6-7 tahun. Dapatan kajian mendapati purata berat badan bagi pelajar

peringkat 1 ini ialah 16 Kg, purata tinggi pula ialah 122.5 cm, purata panjang tangan

pula ialah 38.63 cm, purata luas bahu ialah 30. 9 cm, dan purata ukuran lilit kepala

ialah 49.25 cm. Hasil dapatan kajian ini selari dengan prinsip asas perkembangan

yang menyatakan kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak iaitu perubahan dalam

pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang

lebih spesifik. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum

beransur ke otot-otot halus. Selain itu, hasil dapatan ini juga menunjukkan prinsip

perkembangan yang dinyatakan oleh Mook Soon Sang (2009) iaitu corak

pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada

setiap individu.

6.2 PERKEMBANGAN FIZIKAL (DATA DAN PERBINCANGAN) PERINGKAT 2

NAMA TINGGI BERAT PANJANG LUAS LILIT

TANGAN BAHU KEPALA


Longnashur Long Ibrahim 128 CM 20 KG 42 CM 32 CM 53 CM
Mohd Firdaus b Rostam 129 CM 21 KG 42 CM 35.3 CM 52 CM
Nor Asiah bt Ramli 148 CM 38 KG 47 CM 32.3 CM 54 CM
Nur Aina bt Azuhal 146 CM 20 KG 46 CM 31 CM 54 CM
PURATA 137. 8 CM 24.8 KG 44.25 CM 32.7 CM 53.3 CM

15
PURATA PERKEMBANGAN FIZIKAL PERINGKAT 2
Lilit Kepala

Luas Bahu

Panjang Tangan

Berat

Tinggi

0 20 40 60 80 100 120 140 160


PURATA

Rajah 2 menunjukkan tentang purata perkembangan fizikal dari segi

tinggi, berat, panjang tangan, luas bahu dan ukuran lilit kepala bagi pelajar peringkat

1 iaitu berumur 8--10 tahun. Dapatan kajian mendapati purata berat badan bagi

pelajar peringkat 1 ini ialah 24.8 Kg, purata tinggi pula ialah 137. 8 Cm, purata

panjang tangan pula ialah 44.25 Cm, purata luas bahu ialah 32.7 Cm, dan purata

ukuran lilit kepala ialah 53.3 cm. Hasil dapatan kajian ini selari dengan prinsip asas

perkembangan yang menyatakan kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak iaitu

perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan

16
umum kepada yang lebih spesifik. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar

terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus. Selain itu, hasil dapatan ini juga

menunjukkan prinsip perkembangan yang dinyatakan oleh Hamzah, Joy N.Samuel

dan Rafidah Kastawi iaitu corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama

tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Melalui hasil

kajian ada kanak-kanak tingginya 148 cm tetapi tinggi rakannya 128 cm walaupun

mereka sebaya. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di

antara manusia yang kita dapat lihat di dalam sesebuah bilik darjah. Akhir sekali,

perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan

pembelajaran.

6.3 PERKEMBANGAN FIZIKAL (DATA DAN PERBINCANGAN) PERINGKAT 3

NAMA TINGGI BERAT PANJANG LUAS LILIT

TANGAN BAHU KEPALA


Nor Fatin Syazwani bt Adek Awang 159 cm 38 kg 41 CM 30 CM 52 CM
Nafsah Binti Ismail 155 cm 25 kg 38 CM 31 CM 54 CM
Faiz Aiman bin Zakaria 152.2 cm 23 kg 46 CM 28CM 53 CM
Mohd Syafiq Danial Mohd Zaki 155 cm 21 kg 38 CM 30 CM 54 CM
PURATA 155.3 cm 26.8 kg 40.8 CM 30 CM 53.3 CM

PURATA PERKEMBANGAN FIZIKAL TAHAP 3


Lilit Kepala

Luas Bahu

Panjang Tangan

Berat

Tinggi

0 20 40 60 80 100 120 140 160 180


PURATA

17
Rajah 3 menunjukkan tentang purata perkembangan fizikal dari segi tinggi,

berat, panjang tangan, luas bahu dan ukuran lilit kepala bagi pelajar peringkat 1 iaitu

berumur 11-12 tahun. Dapatan kajian mendapati purata berat badan bagi pelajar

peringkat 1 ini ialah 26.8 kg, purata tinggi pula ialah 155.3 cm, purata panjang

tangan pula ialah 40.8 cm, purata luas bahu ialah 30 cm, dan purata ukuran lilit

kepala ialah 53.3 cm. Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa ketinggian

kanak-kanak perempuan mula mencapai kemuncak pada peringkat ini. Ketinggian

kanak-kanak lelaki pula mula bertambah apabila mereka berumur 10-15 namun

mencapai tahap kemuncak pada umur 15 tahun. Pada umur sebelas tahun kanak-

kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan

mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada

mereka.

18
7.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi

pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran

masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori

merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimiginasi, dan lain-

lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelansungan hidup seseorang individu.

Perkembangan kanak-kanak memeberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran

kanak-kanak.Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yhang berlaku

daripda satu peringkat perkembangan seterusnya.

Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan

menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada

peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya

sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran

yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali

atau skipping, berenang ,menunggang basikal dan meluncur (skating).

Misalnya,kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti

seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan

menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi

semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji,

mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah

berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan

mereka telahpun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan

orang dewasa seperti bermain alat muzik.

19
Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan

memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar

mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.

Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan & akhir kanak-kanak,

Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak

melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini

membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga

menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka

Panjang ( IJP ) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan

kepada IJP kanak-kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah.

Kanak-kanak pada peringkat pra-sekolah banyak menggunakan simbol dalam

perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat

dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di

sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang

perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan

dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini,

menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan

antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan

melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh,

seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet

walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka

menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba

menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol.

20
Terdapat perbezaan yang konsisten antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-

kanak perempuan dalam pergerakan, ketangkasan, koordinasi, dan kekuatan fizikal.

Misalnya kanak-kanak lelaki mengatasi kanak-kanak perempuan dari segi kekuatan

kuasa kaki dan koordinasi tangan dan kaki. Lelaki didapati lebih mahir dalam

pergerakan seperti menendang,melontar,menangkap,berlari,melompat

jauh,memukul dan sebagainya manakala perempuan pula mempunyai kelebihan

dalam kemahiran motor yang memerlukan kelenturan, keseimbangan, dan

pergerakan berirama dan gimnastik.

Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian

Pendidikan, Dr. Sharifah Nor Puteh berkata, pendidikan awal yang berkualiti amat

perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Menurut

beliau , Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama

yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan

komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi,

perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif

pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep

masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan

satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran,'' jelasnya.

Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan

aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek

yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan

bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula

difahami.

Kesimpulannya ialah kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa

yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk

21
menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang

dimainkan oleh pihak sekolah dan ibubapa sangat penting untuk memastikan

perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu.

Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik

dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak.

Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya

ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan

juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada

tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula menggunakan memparktikkan kemampuan

baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibubapa dan dengan yang lain.

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi

pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran

masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori,

merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-

lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap

pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-

kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun

pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit. Mereka sepatutnya

memahami proses transformasi, keterbalikan dan menaakul. Menurut Piaget, kanak-

kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan

(conservation). Di dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip asas

iaitu prinsip identiti yang mana mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah

22
atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya

berubah. Prinsip yang kedua ialah ‘compensation’ (ganti rugi). Mereka tahu sesuatu

perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain.

Prinsip yang terakhir ialah keterbalikan. Pelajar boleh mengulang proses yang

berlaku secara mental kepada keadaan asal semula.

7.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF (DATA DAN PERBINCANGAN)

7.1 BILANGAN GULA-GULA

Ujian kognitif yang pertama melibat prinsip Identiti Jean Piaget mengenai

nombor. Setiap peringkat, saya mengambil empat orang pelajar untuk diuji. Pada

mulanya gula-gula disusun dengan jumlah yang sama setiap baris kemudian

kedudukan gula-gula diubah sedikit. Selepas itu dua soalan akan ditanya kepada

pelajar . Soalan pertama ialah “adakah sama bilangan gula-gula di setiap baris?”.

Soalan kedua ialah selepas transformasi kedudukan gula-gula. Soalan kedua

berbunyi “ adakah bilangan gula-gula masih sama atau lebihpun ada yang lebih

banyak ?”

KEDUDUKAN ASAL

23
TRANSFORMASI

24
HASIL DAPATAN KAJIAN BAGI BILANGAN GULA-GULA BAGI PERINGKAT 1

NAMA KEDUDUKAN ASAL TRANSFORMASI SEBAB


Tuan Muhammad Firdaus SAMA SAMA Jumlah bilangan gula-gula sama

atas dengan bawah


Nik Muhd Afiq Danial SAMA TIDAK Kedudukan gula-gula atas dengan

bawah berubah
Nur Nazian Sofia SAMA SAMA Jumlah bilangan gula-gula sama

atas dengan bawah


Nur Ain Fitri Daya SAMA TIDAK Kedudukan gula-gula atas dengan

bawah berubah

HASIL DAPATAN KAJIAN BAGI BILANGAN GULA-GULA BAGI PERINGKAT 2

NAMA KEDUDUKAN ASAL TRANSFORMASI SEBAB


Longnashur Long Ibrahim SAMA SAMA Jumlah bilangan gula-gula

sama atas dengan bawah


Mohd Firdaus b Rostam SAMA SAMA Jumlah bilangan gula-gula

sama atas dengan bawah


Nor Asiah bt Ramli SAMA SAMA Jumlah bilangan gula-gula

sama atas dengan bawah


Nur Aina bt Azuhal SAMA SAMA Jumlah bilangan gula-gula

sama atas dengan bawah

HASIL DAPATAN KAJIAN BAGI BILANGAN GULA-GULA BAGI PERINGKAT 2

NAMA KEDUDUKAN ASAL TRANSFORMASI SEBAB


Nor Fatin Syazwani bt Adek Awang SAMA SAMA Jumlah bilangan gula-

25
gula sama atas dengan

bawah
Nafsah Binti Ismail SAMA SAMA Jumlah bilangan gula-

gula sama atas dengan

bawah
Faiz Aiman bin Zakaria SAMA SAMA Jumlah bilangan gula-

gula sama atas dengan

bawah
Mohd Syafiq Danial Mohd Zaki SAMA SAMA Jumlah bilangan gula-

gula sama atas dengan

bawah

Bagi pelajar peringkat pertama iaitu 6-7 tahun. dua orang pelajar menjawab

‘sama’ bagi soalan kedua kerana dapat mengira jumlah gula-gula manakala dua lagi

tidak boleh lagi mengira menjawab ‘tidak sama’ kerana terkeliru dengan susunan

gula-gula. bagi pelajar 8-10 tahun dan 11-12 tahun, semua pelajar menjawab

“sama” bagi soalan kedua kerana pelajar mempunyai kebolehan untuk mengira

jumlah gula-gula wlaaupun kedudukan telah ditukar. Ini membuktikan kebanyakkan

pelajar dapat menguasai prinsip pengekalan Jean Piaget iaitu prinsip identiti. Prinsip

identiti, mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan,

bilangan/amaun adalah sama. Ini kerana, kebanyakkan muridboleh mengira gula-

gula.

7.2 PANJANG BENANG

Ujian kognitif yang kedua juga melibat prinsip Identiti Jean Piaget mengenai

kepanjangan. Setiap peringkat, saya mengambil empat orang pelajar untuk diuji.

Pada mulanya dua benang dibiarkan dalam keadaan melintang dengan saiz yang

26
sama. Selepas itu, benang yang kedua digulung. Kemudian dua soalan akan ditanya

kepada pelajar . Soalan pertama ialah “adakah sama panjang kedua-dua benang ini

sama?. Soalan kedua ialah selepas transformasi panjang benang. Soalan kedua

berbunyi “ adakah kedua-duanya sama panjang atau salah satunya lebih panjang ?

Kedudukan asal

Transformasi

HASIL DAPATAN KAJIAN BAGI PANJANG BENANG BAGI PERINGKAT 1

NAMA KEDUDUKAN ASAL TRANSFORMASI SEBAB


Tuan Muhammad Firdaus SAMA TIDAK Tali lebih pendek
Nik Muhd Afiq Danial SAMA TIDAK Tali lebih kecil
Nur Nazian Sofia SAMA TIDAK Saiz tali lebih pendek
Nur Ain Fitri Daya SAMA TIDAK Tali bergulung

HASIL DAPATAN KAJIAN BAGI PANJANG BENANG BAGI PERINGKAT 2

MA KEDUDUKAN ASAL TRANSFORMASI SEBAB


Longnashur Long Ibrahim SAMA SAMA Tali cuma digulungkan
Mohd Firdaus b Rostam SAMA SAMA Tali cuma digulungkan
Nor Asiah bt Ramli SAMA TIDAK Tali lebih kecil
Nur Aina bt Azuhal SAMA SAMA Tali cuma digulungkan

27
HASIL DAPATAN KAJIAN BAGI PANJANG BENANG BAGI PERINGKAT 3

NAMA KEDUDUKAN ASAL TRANSFORMASI SEBAB


Nor Fatin Syazwani bt Adek Awang SAMA SAMA Tali cuma digulungkan
Nafsah Binti Ismail SAMA SAMA Tali cuma digulungkan
Faiz Aiman bin Zakaria SAMA SAMA Tali cuma digulungkan
Mohd Syafiq Danial Mohd Zaki SAMA SAMA Tali cuma digulungkan

Bagi pelajar peringkat pertama iaitu 6-7 tahun. keempat pelajar

menjawab ‘tidak’ kerana berpendapat tali tersebut telah menjadi pendek setelah

digulungkan manakala bagi pelajar 8-10 tahun hanya seorang sahaja yang

menjawab “tidak” dan 11-12 tahun, semua pelajar menjawab “sama” bagi soalan

kedua kerana pelajar berpendapat panjang tali itu tetap sama tetapi ia cuma

digulungkan. Melalui ujian ini, dapat diketahui pelajar peringkat pertama iaitu umur 6-

7 tahun tidak dapat menguasai lagi prinsip ketekalan iaitu prinsip identiti. Jean

Piaget menyatakan penguasaan prinsip ketekalan merupakan pencapaian satu

peringkat pemikiran logik. Ini menunjukkan pelajar peringkat pertama masih lagi

lemah dalam pemikiran logik.

7.3 JISIM PLASTISIN

Ujian kognitif yang ketiga juga melibatkan jisim. Seramai 12 orang murid

daripada 3 tahap pelajar diuji. Pada mulanya dua plastisin dalam berbentukkan bola

dengan saiz yang sama dan kemudiannya, salah satu dileperkan. Dua soalan akan

ditanya kepada pelajar . Soalan pertama ialah “adakah sama jumlah plastisin dalam

setiap bola sama?. Soalan kedua ialah selepas transformasi bentuk plastisin .

Soalan kedua berbunyi “ adakah kedua-duanya mempunyai jumlah plastisin yang

sama atau salah satunya lebih ?

KEDUDUKAN ASAL

28
TRANSFORMASI

HASIL DAPATAN KAJIAN BAGI JISIM PLASTISIN BAGI PERINGKAT 1

NAMA KEDUDUKAN ASAL TRANSFORMASI SEBAB


Tuan Muhammad Firdaus SAMA TIDAK Plastisin lebih kecil
Nik Muhd Afiq Danial SAMA TIDAK Plastisin leper
Nur Nazian Sofia SAMA TIDAK Plastisin lebih besar
Nur Ain Fitri Daya SAMA TIDAK Plastisinleper

HASIL DAPATAN KAJIAN BAGI JISIM PLASTISIN BAGI PERINGKAT 2

NAMA KEDUDUKAN ASAL TRANSFORMASI SEBAB


Longnashur Long Ibrahim SAMA SAMA Plastisin cuma dileperkan
Mohd Firdaus b Rostam SAMA TIDAK Plastisin lebar
Nor Asiah bt Ramli SAMA TIDAK Plastisin besar
Nur Aina bt Azuhal SAMA SAMA Plastisin cuma dileperkan

HASIL DAPATAN KAJIAN BAGI JISIM PLASTISIN BAGI PERINGKAT 3

29
NAMA KEDUDUKAN ASAL TRANSFORMASI SEBAB
Nor Fatin Syazwani bt Adek Awang SAMA SAMA Plastisin cuma dileperkan
Nafsah Binti Ismail SAMA TIDAK Plastisin lebar
Faiz Aiman bin Zakaria SAMA SAMA Plastisin cuma dileperkan
Mohd Syafiq Danial Mohd Zaki SAMA SAMA Plastisin cuma dileperkan

Bagi pelajar peringkat pertama iaitu 6-7 tahun. keempat pelajar menjawab

‘tidak’ kerana berpendapat jisim plastisin tersebut dikurangkan selepas dipenyekkan

manakala bagi pelajar 8-10 tahun dua sahaja menjawab “tidak” dan dua orang

menjawab “sama” dan 11-12 tahun, dua sahaja menjawab “tidak” dan dua orang

menjawab “sama”bagi soalan kedua. Melalui ujian ini, dapat diketahui pelajar

peringkat pertama iaitu umur 6-7 tahun tidak dapat menguasai lagi prinsip ketekalan

iaitu prinsip identiti. Jean Piaget menyatakan penguasaan prinsip ketekalan

merupakan pencapaian satu peringkat pemikiran logik. Ini menunjukkan pelajar

peringkat pertama masih lagi lemah dalam pemikiran logik. Pelajar peringkat kedua

dan ketiga juga sebenarnya juga agak lemah dalam pemikiran logik yang melibatkan

jisim.Ini menunjukkan prinsip ketekalan tidak dikuasai sepenuhnya oleh pelajar.

30
8.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL

Peringkat awal perkembangan kanak-kanak merupakan masa yang terbaik

bagi proses pembelajaran berlaku. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih mudah

menerima pengaruh rangsangan persekitaran sama ada yang berbentuk positif atau

negatif. Rangsangan yang positif akan melonjakkan lagi kecemerlangan diri kanak-

kanak tersebut. Pada peringkat ini kemahiran dan potensi kanak-kanak lebih mudah

untuk dikembangkan ke peringkat yang optimum.

Pada tahap ini juga kebanyakan kanak-kanak dapat menerima pengajaran

dan sanggup menghabiskan banyak masa dengan aktiviti fizikal yang dapat

meningkatkan kemahiran mereka. Proses pembelajaran kanak-kanak memerlukan

keperluan fizikal mereka seperti persekitaran, kebersihan diri dan rasa selamat perlu

dipenuhi. Kanak-kanak perlu digalakkan mengamalkan langkah kebersihan diri

seperti menjaga kebersihan pakaian, rambut, kuku dan penjagaan gigi. Penjagaan

diri yang baik akan membolehkan kanak-kanak lebih memberi tumpuan terhadap

pembelajaran mereka. Mereka juga memerlukan keadaan persekitaran yang

31
kondusif dengan menggalakkan aktiviti yang dapat merangsang deria mereka dalam

pembelajaran. Kanak-kanak juga seharusnya berasa selamat di persekitaran untuk

pembelajaran mereka.

Dari aspek pemakanan pula, kanak-kanak akan berasa cepat bosan dengan

pemakanan yang sentiasa sama dihidangkan kepada mereka. Makanan yang

berkhasiat dan yang dapat memenuhi selera mereka adalah amat penting. Kanak-

kanak memerlukan makanan yang dapat membekalkan tenaga untuk mereka seperti

makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi seperti nasi, bihun dan roti.

Selain itu, makanan berprotein yang menggalakkan pertumbuhan mereka

seperti telur, ikan dan daging. Kanak-kanak akan cepat tertarik dengan makanan

yang berwarna yang menarik seperti buah-buahan. Cara pemakanan ini akan

mempengaruhi tumbesaran dan kematangan minda kanak-kanak.

Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif. Pembelajaran kanak-kanak melalui

pengalaman fizikal. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan

motor halus yang berkaitan dengan pergerakan yang membolehkan kanak-kanak

terlibat dengan aktiviti fizikal dengan yakin. Kanak-kanak boleh dilibatkan dengan

aktiviti seperti memegang guli untuk belajar mengira bilangan objek. Melalui aktiviti

penggunaan motor kasar dan motor halus seperti ini akan meningkatkan kecerdasan

kanak-kanak.

32
9.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan

pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari

lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal

sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman,

merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak

boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan

oleh Jean Piaget.

Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan

berkembang secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat ini, perkembangan

motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik.

Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti

berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih

mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai.

Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping, berenang,

menunggang basikal dan meluncur (skating).

33
Misalnya,kanak –kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti

seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan

menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi

semakin kecil. Kanak-kanak antara 8hingga 10 tahun pula boleh menggergaji,

mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah

berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan

mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan

orang dewasa seperti bermain alat muzik.

Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan

memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk

ajarmereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.Menurut Piaget pula, pada

peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,Pemikiran Olahan Konkrit meliputi

olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang

terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan

pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi.

Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan

strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanakkanak. Cara

kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra

sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan

keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan

peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu

34
benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan

datang dan berbincang perkara lepas.

Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan

masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan

simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu

sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain,

mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-

kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka

melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan

sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud

dengan menggunakan simbol. Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi

meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama

yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan

komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi,

perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif

pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep

masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan

satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.

Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk

melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk

meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah

35
mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan

warna sudah mula difahami. Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini

sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini.

Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan

baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa

sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau

terganggu. Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan

logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang

abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati

contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam

pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih

daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan

kemampuan baru melalui lawak danpergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang

lain.

36
10.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Corak dan aturan perkembangan kanak-kanak adalah hampir sama tetapi

kadar perkembangannya berbeza untuk setiap individu. Kemungkinan baka dan

persekitaran yang mempengaruhi kadar perkembangan kanak-kanak. Oleh itu,

peranan ibu bapa dalam mendidik dan melatih anak- anak mereka untuk menjalani

gaya hidup yang sihat amat dititikberatkan. Dewasa ini, banyak keperluan dari segi

intelek, jasmani, rohani, sosial dan emosi perlu diterapkan dalam diri kanak- kanak.

Justeru itu, ibu bapa dan guru dilihat sebagai individu perlu memberikan peluang

kepada anak- anak mereka untuk meningkatkan perkembangan kendiri agar mereka

mempunyai kemahiran yang lebih tentang menguruskan diri sendiri.

Bagi meransang perkembangan fizikal bagi kanak-kanak 7-12 tahun, pelajar

bolehlah diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis. Mereka

juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti permainan dan latihan-latiahan seperti

berenang, gimnastikuntuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan

37
yang lebih cekap. Guru boleh menyediakan aktivit lasak seperti bola sepak untuk

lelaki dan akti kurang lasak bagi pelajar perempuan seperti bola jaring.

Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuaiperlu diterapkan kepada kanak-

kanak. Perbezaan saiz,berat badandengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika

kanak-kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah

penyesuaian dan sosial.

Bagi memastikan perkembangan kognitif dalam kalangan pelajar berjalan

lancar, guru yang mengajar kanak-kanak peringkat 7-11 tahun perlu mengunakan

bahan pejal yang boleh menarik perhatian kanak-kanak. Tujuannya bagi

menggalakan pertumbuhan dan perkembangan psikomotor. Contoh, murid-murid

yang belajar sains tahun 4 akan ditunjukkan tentang alam semula jadi di

sekelilingnya. Pelajar dapat menggunakan deria rasanya untuk

memahamipembelajaran. Guru juga boleh mengadakan kuiz pengiraan, teka-teki,

teka silang kata dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada

pelajar untuk memanipulasi dan menguji perkara-perkara yang telah dipelajari.

Untuk pelajar 11 tahun ke atas pula, guru boleh memberi situasi dan

permasalahan yang boleh menyebabkan pelajar berfikir secara abstrak kerana

kanak-kanak pada umur ini boleh berfikir secara abstrak.. Contohnya ialah, 4x +x =

10. Apakah nilai x ?.Kanak-kanak pada umur ini boleh berfikir secara abstrak. Selain

itu, guru juga boleh memberikan situasi yang memerlukan pelajar membuat

hipotesis. Contohnya, apakah yang berlaku di dunia ini jika tiada garam ?. pada

peringkat ini mereka juga boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif

penyelesaian masalah.

38
39

Anda mungkin juga menyukai