10NB
HARI SELASA,
29 MAC 2011
SAJAK
“Orang Tua
Dengan Hujan”
dalam
Cermin Diri
Hujan di luar
titis-titisnya melanda
atap
daun-daun nipah yang
reput
Bagaikan rumah
lantai dan pintu yang goyak
seorang tua
kuyup dalam hujan
kedinginan
mengetuk daun pintu
yang hampir kopak
itu
Hujan dan badai di luar
menghambat
seorang tua yang
mencari
perlindungan di rumahyang seperti diri dan usianya
rapuh dan goyah
ketukan itu terus bertalu
tapi rumah kosong
tidak siapa yang menyahutnya
Seorang tua
yang kini
setengah mati
kedinginan
meneruskan jalannya
dalam hujan badai
Adi Kelana
MAKSUD SAJAK
Rangkap 1:
Menggambarkan suasana hujan lebat di luar rumah yang sudah
usang
Rangkap 2:
Di luar rumah kelihatan orang tua yang sedang kehujanan hendak
mencari tempat untuk berteduh.
Rangkap 3:
Keadaan hujan yang semakin lebat menyebabkan orang tua tersebut
untuk terus berlindung di rumah tersebut akan tetapi tidak berjaya
kerana rumah itu pun tidak mampu untuk melindunginya dari hujan
tersebut.
Rangkap 4:
Orang tua itu tidak berjaya berlindung di dalam rumah itu
kerana tiada sesiapa pun di dalamnya.
Rangkap 5:
Akhirnya, orang tua tersebut terpaksa pergi dengan keadaan
kesejukan dan kekecewaan.
Maksud Tersirat:
Penyajak secara tersembunyi cuba menyatakan tentang
keadaan seorang bapa atau ibu tua yang sudah uzur telah
terbiar tanpa perhatian dan jagaan daripada anak-anaknya.
Ayah atau ibu tua terpaksa pergi ke hulu ke hilir untuk
meminta bantuan orang lain.
Aspek Kajian Dalam Sajak
Cara menjawab
- Jelaskan alasannya/buktinya.
CORAK
seseorang)
Corak sajak Pak Tua ialah Elegi iaitu ratapan dan kesedihan yang ditujukan
kepada nelayan yang miskin dan yang sering tidak mendapat hasil
tangkapan yang memuaskan. Contohnya ;
“wajahmu yang tua
terbayang di persadaian masih ” (R1:B5-6)
Sajak ini juga bercorak Ode iaitu sanjungan terhadap nelayan yang gigih
berusaha. Contohnya ;
“kenangan di sudut hatiku
tiada pernah padam selari di pinggiran waktu” (R2:B4-5)
Selain itu, sajak ini juga bercorak Epigram iaitu nasihat dan pengajaran
supaya kita mengingat jasa orang tua yang berusaha dengan gigih untuk
mencari rezeki demi tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya;
“anak nelayan hatinya gusar
dalam menempuh ombak yang besar” (R3:B5-6)
NADA
o Alunan sesebuah sajak.
Selain itu, sajak ini juga bernada sedih iaitu perasaan sedih kerana
kehilangan ayah atau seorang nelayan yang telah meninggal dunia.
Contohnya;
“wajahmu telah menghilang
di titian musim yang panjang” (R1:B2-3)
JENIS-JENIS SOALAN UMUM
JENIS-JENIS ALIRAN:
Realisme (kebenaran atau kenyataan)
Didaktisisme (unsur-unsur pengajaran)
Idealisme (pendapat/idea penyair ke arah sesuatu yang sempurna)
Simbolisme (lambang)
Romantisisme (serba indah/gambaran alam)
Humanisme (hal-hal kemasyarakatan tertumpu kepada kelas bawahan)
Patriotisme (perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air)
Nasionalisme (semangat kebangsaan)
Contoh Kajian Aliran Sajak Pak Tua :
Aliran sajak Pak Tua ialah Realisme kerana ia menekankan tentang realiti
kehidupan nelayan yang sentiasa menghadapi cabaran hidup
ketika menangkap ikan di laut. Contohnya ;
“anak nelayan hatinya gusar
dalam menempuh ombak yang besar” (R3:B5-6)
Sajak ini juga beraliran Didaktisisme iaitu pengajaran yang kita dapati
daripada kesempitan hidup mereka serta pengorbanan yang
mereka lakukan sepanjang hayat bagi mencari nafkah untuk
keluarga masing-masing bahkan untuk negara seluruhnya.
Contohnya ;
“pada perahumu yang hampir reput
di sana rindukan terpaut” (R1:B7-8)
Selain daripada itu, sajak ini juga mempunyai aliran didaktisisme iaitu
mengungkapkan pengajaran moral dan akhlak serta nasihat melalui
penulisan sajak demikian kepada masyarakat pembacanya. Ini boleh
diketahui melalui isi sajak yang cuba untuk mengungkapkan kesusahan
warga tua yang memerlukan pertolongan masyarakat khususnya anak-
anak mereka yangs sepatutnya menjaga dan memberikan keperluan
yang cukup bagi mereka ketika waktu mereka sudah tua dan uzur.
CORAK SAJAK