Anda di halaman 1dari 6

BAHASA MELAYU TAHUN 9

HARI KHAMIS, 7 APRIL 2011


KARANGAN (JENIS PERBINCANGAN).
 Dalam karangan jenis perbincangan, kamu bebas
mengemukakan pendapat. Kamu boleh menyokong
ataupun menyanggah tajuk yang dikemukakan.

 Dalam menulis karangan jenis ini, kamu harus


mempunyai pengetahuan yang luas tentang tajuk yang
hendak dibincangkan.

 Hujah-hujah yang dikemukakan juga mestilah logik


dan tidak menyentuh isu-isu yang sensitif.

 Kamu juga perlu memastikan sama ada kamu


dikehendaki memberi hujah-hujah daripada satu sudut
ataupun kedua-dua sudut.
 Oleh itu, sebelum kamu merangkakan
karangan, kamu mestilah memastikan sama
ada kamu perlu menyokong atau menyanggah
sesuatu isu tersebut.

 Walau bagaimanapun, kamu tidak boleh


menyokong atau menyanggah sesuatu tajuk
secara sembarangan.

 Dalam sesetengah hal, kamu boleh sama ada


menyokong atau menyanggah tajuk-tajuk
tersebut, contohnya:
 Kesihatan lebih penting daripada kekayaan;
 Hidup di bandar lebih selesa daripada hidup di desa.
 Ada juga soalan-soalan yang memerlukan kamu bersikap
neutral, iaitu memerlukan kamu memberikan hujah-hujah
daripada kedua-dua pihak. Contohnya:
 Bincangkan kebaikan dan keburukan pengaruh rancangan televisyen
terhadap pelajar;
 Huraikan kebaikan dan keburukan tinggal di kampung.

 Karangan jenis perbincangan ini memerlukan pendahuluan


yang menggambarkan tajuk secara tepat dan padat.

 Setelah isi-isi penting dihujahkan, kamu perlu menuliskan


perenggan penutup. Berikanlah kesimpulan kamu dengan
menyatakan pendirian kamu terhadap tajuk yang
dibincangkan tersebut.

 Gunakan bahasa yang mudah difahami. Elakkan daripada


menggunakan bahasa yang berbunga-bunga. Walau
bagaimanapun, kamu boleh menggunakan kata-kata kiasan
untuk menjadikan karangan kamu lebih menarik.
TAJUK KARANGAN:

Kemajuan sains dan


teknologi moden hari ini
memudahkan lagi
manusia menjalani
kehidupan mereka
sehari-hari.
TAJUK 1.
KARANGAN: PENDAHULUAN

2. ISI:

3. PENUTUP 4-5 ISI UTAMA YANG


PERLU DIHURAIKAN.

Anda mungkin juga menyukai