Anda di halaman 1dari 14

SASTERA TAHUN 10NB

Hari Isnin, 4 April 2011.

Novel Pengabdian bab 1.12.


SINOPSIS NOVEL PENGABDIAN
BAB 1.11???
SINOPSIS NOVEL PENGABDIAN BAB
1.12
Bab ini bermula dengan perjalanan Siti Nur untuk
menjemput Zul di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Siti Nur teringatkan Samuel yang menghubunginya dengan
berita yang memeranjatkan dan menggembirakan iaitu
apabila Sam menyatakan hasratnya untuk memeluk agama
Islam dan meminta pertolongan Siti Nur dan keluarga Siti
Nur untuk menguruskannya. Ini membuatkan Siti Nur lebih
gembira dan menurut saja permintaan tersebut. Ketibaan
Zul mengejutkan Siti Nur dengan penampilannya yang
dipengaruhi oleh budaya barat. Di sepanjang perjalanan
pulang ke Seria, Siti Nur memarahi Zul kerana
penampilannya yang terikut-ikut dengan budaya barat. Siti
Nur juga teringatkan surat dari Hadi yang menyatakan Zul
tidak lagi menghadiri kuliah dan gagal memasuki tahun
kedua di kolej politekniknya di England kerana
terpengaruh dengan kawan-kawannya. Siti Nur berdiam
diri dan enggan menegur Zul kerana dIa tahu bahawa Zul
tidak suka mendengar nasihat orang lain.
Setibanya di rumah, ibunya Fatimah pula memarahi Zul
kerana cara pemakaiannya. Keluarga Marof terus sibuk
menguruskan persandingan Zul dan Marina kerana pihak
perempuan inginkan majlis yang sempurna mengikut adat
resam orang Melayu. Dalam kesibukan itu, Siti Nur masih
meluangkan masa untuk menjahit baju teluk belanga untuk
majlis pengislaman Sam yang turut diselarikan dengan
majlis berbedak Zul. Malam majlis berbedak tersebut
berjalan dengan lancar. Peter tidak hadir ke majlis
pengislaman Sam tetapi ibunya, Nyonya Peter hadir
walaupun dalam keadaan sedih dan muram kerana pilihan
Sam untuk memeluk agama Islam. Setelah menghadiri
majlis berbedak di rumah Marina, Sam pulang ke rumahnya
dan mahu dirinya dikenali sebagai Doktor Muhammad Faisal
bin Abdullah di tempat kerja esoknya. Siti Nur yang berada
di rumah Seria pula termenung memikirkan kesudahan
kemesraan yang dirasakannya bersama Doktor Muhammad
Faisal bin Abdullah yang beliau sendiri pun masih tidak tahu
jawapannya.
ANALISIS/KAJIAN ASPEK SASTERA

Pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya

WATAK yang menggerakkan cerita.


Pelakon dalam sesebuah cerita.

Pelukisan tentang watak dari aspek


luaran dan dalaman.
PERWATAKAN Penghuraian tentang ciri-ciri seseorang
watak.

Sesuatu perkara (role) yang dimainkan


PERANAN WATAK oleh sesuatu watak dalam sesebuah
cerita.
CONTOH PERANAN WATAK:
Peranan Siti Nur sebagai seorang doktor:

Siti Nur berperanan sebagai seorang doktor


yang berwibawa dan baik hati serta komited
terhadap kerjayanya. Ini jelas terbukti
apabila beliau pernah mempertahankan
seorang pesakitnya yang ingin diberhentikan
perkhidmatannya oleh pihak hospital. Siti Nur
juga disukai oleh pesakit-pesakitnya terutama
di kalangan anak kecil yang inginkan beliau
yang menjalankan rawatan terhadap mereka.
WATAK-WATAK DALAM NOVEL
PENGABDIAN BAB 1.11
SITI NUR

ZUL HANNAH

SAMUEL
NYONYA PETER

MAROF
PETER

FATIMAH
AKTIVITI BERKUMPULAN

Bentukkan EMPAT kumpulan di antara kamu.

Kaji novel Pengabdian bab 1.12 dari aspek watak


dan perwatakannya BERDASARKAN PERANAN
WATAK TERSEBUT.

Setiap kumpulan akan menganalisiskan dan


membincangkan watak, perwatakan serta
peranannya.

Guru akan turut berbincang bersama kumpulan


kamu secara bergilir-gilir.
HASIL ANALISIS
WATAK & PERWATAKAN SERTA
PERANAN WATAK DALAM BAB
1.12
SITI NUR

Peranan sebagai kakak:


Siti Nur seorang kakak yang mengambil berat akan perihal adik beradiknya.
Dalam bab 1.12, Siti Nur mengambil berat tentang perihal Zul yang berpakaian
mengikuti budaya barat. Walaupun mengetahui Zul tidak suka menerima
nasihat, Siti Nur cuba menasihatinya dengan cara yang baik. Siti Nur juga
kakak yang pemurah bila beliau telah membelanjakan wangnya untuk
kegunaan majlis persandingan Zul.

Peranan sebagai anak:


Siti Nur merupakan anak yang solehah dan bertimbang rasa. Ini dapat dilihat
apabila beliau sedia membelanjakan wangnya bagi perkahwinan Zul untuk
mengurangkan beban dan kerisauan ibu dan ayahnya. Siti Nur juga dianggap
anak yang baik kerana beliau cuba menjalankan peranan sebagai kakak yang
bertanggungjawab kepada Zul dan cuba menasihatinya bila Zul membuat
kesalahan.
SITI NUR

 Peranan sebagai kawan:


Siti Nur juga merupakan seorang kawan yang baik hati dan sanggup berkorban
demi kawannya. Dalam novel ini, Siti Nur berperanan sebagai kawan kepada
Samuel. Dalam bab 1.12, sebagai kawan yang baik hati, Siti Nur juga turut
gembira dengan keputusan Samuel untuk memeluk ugama Islam dan bersedia
untuk menguruskan perihal majlis pengislaman Samuel yang turut diselarikan
waktunya dengan majlis berbedak adiknya, Zul. Siti Nur juga berkorban masa
walaupun dalam kesibukan untuk menjahit baju Melayu teluk belanga khas
untuk Samuel bagi majlis pegislaman.
ZUL
Peranan sebagai anak:
•Seorang anak yang berperwatakan degil dan tidak suka mendengar nasihat dari sesiapa.
•Zul boleh dianggap membebankan ahli keluarganya apabila beliau melakukan perkara
yang tidak bertanggungjawab dan enggan membelanjakan wangnya untuk
perkahwinannya dengan Marina.

Peranan sebagai adik:


•Zul boleh dianggap adik yang telah membebankan Siti Nur kerana telah menyebabkan
kakaknya, Siti Nur membelanjakan wang Siti Nur untuk perkahwinannya.
•Zul tidak suka mendengar nasihat daripada Siti Nur.

Peranan sebagai seorang yang beragama Islam:


•Seorang yang cetek pengetahuannya tentang Islam kerana beliau sendiri menyatakan
bersembahyang secara makmum pun beliau kurang tahiu.
•Seorang yang telah melakukan perkara sumbang dengan Marina, teman wanitanya,
SAMUEL

Peranan sebagai anak:


• Samuel merupakan seorang anak yang mempunyai pendirian tegas. Terbukti apabila
beliau tetap memeluk agama Islam walaupun kedua orang tuanya tidak merestui tetapi
beliau menganggap Islam merupakan agama yang terbaik.

Peranan sebagai kawan:


• Samuel merupakan kawan kepada Siti Nur sejak kecil sehinggalah dewasa.
• Sebagai kawan, Samuel juga telah jatuh cinta kepada Siti Nur dan beliau juga
menghormati pendirian Siti Nur. Contohnya, Samuel tidak terus menyatakan hasrat
untuk memiliki Siti Nur ketika dia baru saja masuk Islam kerana bimbang disalah tafsir
oleh Siti Nur.

Peranan sebagai seorang yang beragama Islam:


• Sebagai seorang Islam, beliau bernama Muhammad Faisal bin Abdullah setelah
menjalani majlis pengislaman di rumah keluarga Siti Nur.
•Samuel ingin membuktikan kepada Siti Nur, dia boleh menjadi seorang Islam yang
baik dan tulen.
SOALAN???

Anda mungkin juga menyukai