Anda di halaman 1dari 10

 PERSEDIAAN MENGAJAR KESUSASTERAAN MELAYU 

Nama Guru : Muhammad Najib bin Noorashid.

Tahun : 9B.

Tarikh : 23hb Ogos 2010.

Hari : Isnin.

Bilangan Pelajar : 14 orang.

Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu.

Masa : 60 minit (10.00 pagi – 11.00 pagi).

Tajuk : Watak dan perwatakan penting serta nilai pengajaran dalam

Hikayat Seri Rama.

Isi Pelajaran & Aspek Kajian Sastera : Watak dan perwatakan serta nilai pengajaran.

Bahan Serapan : Teks Hikayat Seri Rama dalam Bunga Rampai Melayu Kuno
dan klip video ‘Ramayana Epic: The Abduction of Sita by Ravana’.

Objektif Am : Para pelajar dapat mengenali aspek-aspek kajian sastera dan


membuat kajian dengan betul melalui sastera rakyat.

Objektif Khas (Hasil Pembelajaran) : Pada akhir pengajaran, para pelajar akan dapat:
a) Menyatakan watak dan menjelaskan perwatakan penting dalam Hikayat Seri Rama,
b) Menghasilkan nilai pengajaran berdasarkan Hikayat Seri Rama sama ada secara lisan
ataupun tulisan.

Pengetahuan Sedia Ada : Para pelajar telah belajar dan mengetahui kesemua aspek-aspek
kajian prosa secara amnya dan telah membaca Hikayat Seri Rama sebelum kelas bermula.

Alat Bantu Mengajar : Papan Putih

Komputer Riba

Projektor

Slaid Powerpoint [Lampiran A]

Kertas Nota Edaran [Lampiran B]

OHP

Kertas lutsinar

Teks “Hikayat Seri Rama” dalam buku teks Bunga Rampai


Melayu Kuno [Lampiran C]
Klip Video

Kertas Latihan Kerja Rumah [Lampiran D]

Laman Blog: www.ilmuwanmuda-2010.blogspot.com


[Lampiran E]
Pendekatan : Eklektik.

Kaedah : Kaedah Berfokus.

Fokus Utama : Watak dan Perwatakan.

Fokus Sampingan : Nilai-Nilai Pengajaran.

Kaedah Eklektik (Mengalami dan Menghayati).

Kaedah Kolaboratif.

Pembelajaran berasaskan tugasan.

Teknik Mengajar : Penerangan,


Bacaan,

Penyoalan,

Kerusi Panas,

Perbincangan,

Tugasan.

Aktiviti : Main peranan watak dan perwatakan, menonton tayangan klip


video, perbincangan dan pembentangan.
Gabungjalin : Kemahiran lisan, membaca dan menulis.

Kemahiran berfikir (menyatakan, menjelaskan dengan contoh,

menghuraikan, menghayati watak dan perwatakan).

Penyerapan Ilmu : Teknik membentang, teknik menilai.

Penyerapan Nilai Murni : Nilai-nilai kemasyarakatan.


Rujukan :

Haji Nurazmi Kuntum, 2005. Memahami Sajak dan Novel. Brunei Darussalam: Perdagangan dan Percetakan Bintang Sdn Bhd.

Hashim Awang, 1984. Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

M. G Emeis, 1988. Bunga Rampai Melayu Kuno. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Http://bmspm.net/aspeksastera.htm, Aspek-Aspek Sastera. 17-05-2010.


LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN & ABM KEMAHIRAN
& GURU PELAJAR
MASA

Set Induksi Membaca Al-Fatihah 1. Guru menayangkan Pelajar melihat klip video ABM: Klip Visual Bersuara  Bercakap
(5 minit) klip visual. yang ditayangkan.
 Mendengar
Klip visual bersuara 2. Guru menanyakan 2 Pelajar mengutarakan Teknik Penyoalan  Berfikir
tentang sedutan cerita soalan kepada para jawapan mereka.
Hikayat Seri Rama. pelajar:  Melihat
a) Berdasarkan
pembacaan dan
pengetahuan kamu,
sedutan cerita
apakah yang
ditunjukkan
sebentar tadi?
b) Apakah idea-idea
yang boleh kamu
dapati daripada
tayangan klip visual
tadi?

Aspek-Aspek Kajian 3. Guru bertanyakan


Prosa pengetahuan sedia
ada pelajar tentang
aspek-aspek kajian
prosa.

Langkah 1 Pengenalan isi 1. Guru Pelajar akan mendengar Para pelajar telah diarahkan  Melihat
(5 minit) pelajaran: Watak , memperkenalkan dengan penuh perhatian. untuk membaca Hikayat  Mendengar
perwatakan dan nilai tajuk isi pelajaran Seri Rama pada kelas
pengajaran dalam kepada pelajar. sebelumnya.  Berfikir
Hikayat Seri Rama.
 Bercakap
Sinopsis Hikayat Seri 2. Guru bertanyakan Para pelajar akan ABM: Buku Bunga Rampai
Rama. sinopsis Hikayat Seri menjawab soalan-soalan Melayu Kuno
Rama secara ringkas yang dikemukakan.
kepada beberapa
orang pelajar Pelajar mendengar dan
sebelum memberi perhatian penuh
mengemukakan serta boleh menyalin
sinopsis berdasarkan mana-mana isi penting.
kajian guru.

Pengetahuan sedia ada 3. Guru bertanyakan Para pelajar telah


pelajar tentang kajian pengetahuan sedia mempunyai pengetahuan
watak, perwatakan dan ada pelajar tentang sedia ada dalam kajian
nilai pengajaran serta Hikayat Seri Rama sastera prosa.
Hikayat Seri Rama. dan tentang kajian
watak, perwatakan Teknik soal jawab.
dan nilai pengajaran
secara amnya.

Langkah 2 Aspek kajian prosa: 1. Guru mengedarkan Pelajar mendengar dan ABM: Slaid Powerpoint &  Melihat
(5 minit) Watak, perwatakan dan nota edaran dan memberi perhatian penuh Nota Edaran.  Mendengar
nilai pengajaran. menerangkan serta boleh menyalin
konsep-konsep mana-mana isi penting Teknik penerangan.  Berfikir
watak, perwatakan dalm nota edaran yang
 Bercakap
dan nilai pengajaran diberikan. Guru menerangkan konsep
dalam kajian sastera kajian prosa klasik secara
prosa klasik secara ringkas untuk mengimbas
lanjut. kembali pengetahuan
2. Guru turut menyoal Para pelajar akan pelajar.
beberapa orang menjawab soalan-soalan
pelajar tentang isi yang dikemukakan.
pelajaran. Teknik perbincangan.
3. Guru akan bertanya Pelajar akan bertanyakan
sekiranya pelajar soalan yang
ada soalan berhubungkait dengan Teknik soal jawab.
mengenai isi tajuk pelajaran kepada
kandungan guru sekiranya ada.
pelajaran.
4. Jika tiada soalan,
guru akan
meneruskan dengan
aktiviti
berkumpulan.

Langkah 3 Watak dan perwatakan 1. Guru memilih empat Para pelajar yang terpilih Teknik Kerusi Panas.  Berfikir
(8 minit) penting dalam Hikayat pelajar untuk ke akan mengikut arahan
 Bercakap
Seri Rama: depan kelas dan yang diberikan kepada
a) Seri Rama; memainkan peranan mereka.
b) Sita Dewi; watak penting
c) Laksamana; dalam Hikayat Seri
d) Maharaja Rama.
Rawana. 2. Guru bertanya Para pelajar yang dipilih di Kaedah mengalami dan
beberapa soalan hadapan akan menjawab menghayati dipraktikkan
yang berkaitan soalan yang diajukan untuk penghayatan penuh
perwatakan- kepada mereka. para pelajar tentang watak
perwatakan watak dan perwatakan yang ada.
yang penting dalam
hikayat tersebut.
3. Guru juga membuka
sesi soal jawab bagi
pelajar-pelajar yang
lain kepada pelajar
yang terpilih di
hadapan.

Langkah 4 Klip Video ‘Ramayana 1. Guru menayangkan Para pelajar menonton Klip video dipilih  Melihat
(10 minit) Epic: The Abduction of klip video penuh klip video yang ditunjukkan pada para  Mendengar
Sita by Ravana’. tentang Hikayat Seri ditayangkan oleh guru pelajar agar mereka dapat
Rama. sambil mencatat isi-isi memaksimumkan lagi  Berfikir
2. Guru turut penting berdasarkan kefahaman tentang watak
 Menulis
mengarahkan para arahan yang telah guru dan perwatakan yang
pelajar untuk berikan. terpilih serta membantu
mengambil mereka menjana lebih
perhatian tentang isi banyak idea.
cerita dan
menilainya secara
individu dari aspek
watak, perwatakan
dan nilai
pengajaran.

Langkah 5 Watak, perwatakan 1. Guru membahagikan Pelajar mengikut Aktiviti Berkumpulan.  Bercakap
(20 minit) penting dan nilai kelas kepada empat kumpulan masing-masing
 Mendengar
pengajaran dalam kumpulan dan dan memilih wakil untuk Penerapan nilai: Kerjasama
Hikayat Seri Rama. melantik ketua sesi pembentangan. dan tolak ansur.  Berfikir
masing-masing bagi
sesi pembentangan.  Melihat
 Berbincang
2. Guru mengarahkan Kumpulan akan Teknik perbincangan.
setiap kumpulan berbincang selama 10
untuk minit.
membincangkan
kajian watak,
perwatakan penting
dan nilai pengajaran
dalam Hikayat Seri
Rama.

3. Setelah masa yang Wakil kumpulan akan ABM: OHP dan kertas
diperuntukkan berdiri di hadapan dan lutsinar.
selesai, guru akan membentang hasil
mengarahkan wakil perbincangan sementara
daripada setiap pelajar yang lain akan
kumpulan untuk memberi perhatian dan
membentangkan mencatat isi-isi penting.
hasil perbincangan.
Masa yang diberikan bagi
4. Ketika waktu setiap kumpulan adalah 2
pembentangan, guru minit.
turut menilai hasil
kerja pelajar secara
umumnya.

Tugasan Perbincangan melalui 1. Guru memberikan Pelajar mendengar dan Penerapan Nilai:  Berfikir
Lanjutan Laman Blog; arahan untuk memberi perhatian penuh Berdikari  Menulis
(5 minit) Soalan [Lampiran F] menyiapkan tugasan serta boleh menyalin
lanjutan melalui mana-mana isi penting Laman blog:
soalan perbincangan untuk panduan. www.ilmuwanmuda-
dalam laman blog 2010.blogspot.com
yang telah disediakan oleh guru untuk
disediakan guru. tugasan lanjutan secara
Latihan Kerja Rumah 2. Guru mengedarkan Para pelajar menerima individu.
(individu) nota latihan untuk nota latihan untuk dibuat
kerja rumah. di rumah.

Penilaian Kefahaman para pelajar Guru menyoal beberapa Para pelajar akan Teknik soal jawab.  Bercakap
(5 minit) mengenai kajian cerpen pelajar tentang apa yang mengutarakan jawapan
 Mendengar
yang telah dipelajari dipelajari pada hari itu. mereka. Di samping penilaian secara
pada hari ini a. Apa yang kamu lisan, hasil pembentangan  Berfikir
fahami mengenai isi yang dilakukan oleh pelajar
pelajaran yang diajar sebelumnya juga dijadikan
pada hari ini? bahan penilaian
b. Siapakah watak- keseluruhannya.
watak yang penting
dalam Hikayat Seri
Rama?
c. Apa nilai pengajaran
yang sesuai dengan
hikayat tersebut?

Penutup Rumusan isi pelajaran Guru merumuskan kesemua Para pelajar mendengar Penerapan Nilai:
(2 minit) isi pelajaran pada hari ini dan mengambil perhatian Kesyukuran
dan mengulang secara serta mencatat isi
ringkas isi pelajaran hari ini. rumusan yang penting.
Bacaan Doa Surah Al-
Asr
JUMLAH MASA:
60 MINIT

Penilaian Kendiri:

____________________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________

Penilaian Guru:

____________________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________

Penilaian Ketua Jabatan/Penyelia:

____________________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai