Anda di halaman 1dari 12

SASTERA TAHUN

10NB

HARI SELASA,
5 April 2011

SAJAK

“Orang Tua
Dengan Hujan”
dalam
Cermin Diri
Hujan di luar
titis-titisnya melanda
atap
daun-daun nipah yang
reput

Bagaikan rumah
lantai dan pintu yang goyak
seorang tua
kuyup dalam hujan
kedinginan
mengetuk daun pintu
yang hampir kopak
itu
Hujan dan badai di luar
menghambat
seorang tua yang
mencari
perlindungan di rumahyang seperti diri dan usianya
rapuh dan goyah
ketukan itu terus bertalu
tapi rumah kosong
tidak siapa yang menyahutnya
Seorang tua
yang kini
setengah mati
kedinginan
meneruskan jalannya
dalam hujan badai

Adi Kelana
SESI PERBINCANGAN
Aspek Kajian Dalam Sajak
PERUTUSAN
 Sesuatu yang hendak disampaikan.

 Secara tidak langsung atau tidak berterus terang.

 Elakkan perkataan janganlah, hendaklah dan seumpamanya.

 Sekurang-kurangnya 4-5 perutusan yang lengkap.

 Apa yang hendak disampaikan kepada para pembaca melalui


sajaknya.

 Biasanya penyajak mengharapkan sesuatu yang positif, amanat


dan maksud yang tersirat/tersurat.
NILAI PENGAJARAN

 Secara langsung & berterus terang (tersurat atau tersirat)

 Memberi nasihat.

 Penggunaan perkataan ini lazimnya digunakan: hendaklah,


janganlah, elakkanlah.

 Berdasarkan sebab dan akibat yang ditonjolkan dalam sajak.

 Sekurang-kurangnya 5 pengajaran boleh dicipta berdasarkan


sajak.
AKTIVITI BERKUMPULAN

Bentukkan EMPAT kumpulan di antara


kamu.
DUA kumpulan akan menganalisis sajak
dari aspek perutusan dan DUA kumpulan
akan menganalisis sajak dari aspek nilai
pengajaran.
Setiap perutusan dan nilai pengajaran
hendaklah dikemukakan dengan alasan
dan buktinya.
Wakil bagi setiap kumpulan akan
membentang hasil kerja bersama.
Setiap ahli kumpulan hendaklah
bekerjasama.
SESI PEMBENTANGAN
PERUTUSAN

• Penyajak cuba menyampaikan perihal atau


perkara yang berkaitan dengan kehidupan
manusia yang sering lupa dan leka serta tidak
memperdulikan golongan tua ataupun warga
emas yang amat memerlukan pemedulian
mereka yang lebih muda, atau khususnya
anak-anak mereka sendiri.
NILAI PENGAJARAN
Beberapa nilai pengajaran boleh dikesan melalui sajak ini. Di
antaranya ialah:

1. Kita hendaklah memperdulikan warga tua atau warga emas


kerana mereka juga golongan yang sama pentingnya serta
memerlukan keperluan yang sepatutnya dalam kehidupan
sehari-harian mereka.
2. Kita hendaklah mempunyai sikap kemanusiaan dan tolong
menolong kepada orang yang memerlukannya.
3. Sifat simpati kepada orang lain yang susah hendaklah
sentiasa ada di dalam diri kita walaupun sedikit.
4. Sebagai seorang ahli masyarakat, kita janganlah bersikap
‘camah mata’ dan hendaklah kita sentiasa membantu
mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan.

Anda mungkin juga menyukai